|
“You dah breakfast?”
Farhah geleng
kepala. Namun kemudian Farhah lebih pantas lagi menganggukkan kepalanya. Farhah
segan hendak beritahu yang dia breakfast
Maggi subuh tadi.
Entah kenapa
gerak hati Farhah beritahu, ada perkara buruk berlaku kalau dia bersama dengan Syed
Arif. Hari itu Farhah sudah dicop muka tak cantik. Lepas ni apa pula? Farhah
belum cukup kuat hendak terima kejutan kedua selepas kejutan pertama tempoh
hari.
“Sekejap geleng
sekejap angguk, mana satu ni?”
“Sudah. I dah breakfast tadi.”
“Okey, tapi kalau
you breakfast sekali lagi, tak ada
masalah, kan? Kita breakfast dekat
McDonald’s.”
“Huh?” luah
Farhah sepatah.
Otak Farhah sudah
bekerja keras mengira-ngira baki wang yang berada di dalam beg duitnya. Semalam
dia beli beras lima kilogram yang paling murah. Baki duit belanja adalah… RM
22.60 kalau tak salah. Memang cukup kalau hendak sarapan dekat McDonald’s. Tapi
esok lusa macam mana?
“I betul-betul
dah kenyang.”
“Please?” pinta Syed Arif tidak mahu kalah. Sekali lagi meneliti setiap inci
muka Farhah.
Mulalah Farhah
teringat insiden yang tidak berapa nak klise tempoh hari. Lekas-lekas Farhah
memandang ke arah lain.
“It was very rude kalau kita bercakap
dengan seseorang, dan seseorang tu pilih pandang tempat lain. Kenapa you tak
nak pandang mata I? Mata I tak cantik ke?”
Luar biasa hebat
soalan Syed Arif. Tapi takkanlah Farhah hendak mengaku yang mata Syed Arif
menggoda sangat? Dalam mimpi pun Farhah takkan mengaku.
“Okey, I pandang
you sekarang. You nak cakap apa?”
“You tak pandang
betul-betul. I nak you pandang mata I terus. Bukan pandang sipi-sipi.”
“Now shoot. I dah tak pandang sipi-sipi
dah,” balas Farhah. Hati di dalam sudah hampir melompat keluar membalas sorotan
tajam Syed Arif. Sudahnya dia kalah.
“See. You pandang sipi-sipi lagi. Cara I
pandang macam nak telan orang ke sampai you takut sangat nak pandang mata I?”
“Tak. Mata you
ada tahi mata. Sebab tu I tak nak pandang.”
Meletus tawa Syed
Arif.
“Betul ke ada
tahi mata?” soal Syed Arif kemudian setelah tawanya reda. Lelaki itu telah
mengeluarkan sehelai tisu dan mula membersihkan matanya.
Amboi… Siap bawa
tisu. Farhah sendiri pun tak bawa tisu.
“Tak ada pun. You
sengaja beri alasan ya?” desak Syed Arif. Matanya sudah dikecilkan. Dia memang
terlalu sengaja menatap muka Farhah puas-puas.
“Tadi memang
ada,” beritahu Farhah. Bersungguh-sungguh benar menegakkan benang basahnya.
“Sebenarnya you
yang ada tahi mata,” komen Syed Arif.
“Hah?” luah
Farhah. Kelam-kabut dia membersihkan matanya.
“Guna tisu ni.
Lebih bersih.”
Mendadak saja
pipi Farhah tambah menebal.
Macam mana pula
Farhah yang boleh ada tahi mata ni? Ini hukuman Tuhan ke sebab Farhah menipu
tadi?
Padan muka kamu,
Farhah. Cakap bohong lagi.
“I nak balik.
Terima kasih sebab tolong selamatkan lelaki tadi dan beri I tisu,” ujar Farhah
lantas lekas-lekas angkat kaki.
Betullah gerak
hati Farhah tadi. Memang ada perkara ‘buruk’ yang berlaku.
“You nak ke mana
tu? Urusan kita belum selesai.”
Syed Arif
mengulum senyum hangat khas untuk Farhah sahaja.
“I tak pernah ada
business arrangement dengan you pun.”
“You did when you start calling me just now.
Kemudian lompat-lompat macam anak saudara I yang umur tujuh tahun tu.”
“I panggil you
sebab nak selamatkan lelaki tadi.”
“I tak terima
alasan murahan. I nak you teman I breakfast dan you tak boleh kata tidak.
Lagipun, I tengok you ni macam tak cukup zat saja. You makan nasi ke makan
Maggi?” tanya Syed Arif lagi dengan muka selambanya.
“Makan nasilah!”
tempelak Farhah. Susah hati benar bila tekaan Syed Arif sangat betul.
“Kalau macam tu, breakfast dengan I kali ni. I belanja.
Atau you nak I heret you masuk dalam kereta?”
“Huh?”
Seperti
biasa, Syed Arif tersengih-sengih. Dia memang suka lihat muka terkejut Farhah.
“Okey,
I breakfast lagi sekali. Tapi I nak
bayar sendiri. You tak payah belanja I. I nak yang paling mur.. Maksud I, I nak
hotcakes tu saja.”
“Okey.”
Nampaknya,
pagi ini pagi yang tidak membosankan. ‘An
amusing object’ sedang
menemaninya. Agak-agak, boleh tak Syed Arif menyanyi kecil?
Tolonglah Syed Arif. Sila fokus pada pemanduan
dan cari tempat letak kereta secepat mungkin.
Farhah mengekori Syed Arif memasuki Restoran
McDonald’s. Dia tidak berani untuk beriringan dengan lelaki itu. Bimbang
perkara buruk bakal berlaku lagi.
“One family breakfast box. Makan sini,”
pinta Syed Arif kepada pekerja McDonald’s tersebut.
Farhah besarkan
matanya. Otaknya kembali bekerja keras mengira wang yang perlu dia keluarkan.
Dan dia hampir hendak pengsan melihat harga family
box tersebut.
“I nak hotcakes. Kenapa you oder family box? I ada RM22.60 saja. Kalau
bahagi dua, I kena bayar you RM10.00. Habis, I nak makan apa esok, lusa dan
tulat?”
Syed Arif sudah
hampir ketawa mendengar kata-kata Farhah.
“Dengan duit
RM12.60 tu, boleh bertahan berapa lama sangat? Takkan I nak makan Maggi lagi.
Hari-hari makan Maggi, lama-lama muka I pun boleh jadi macam Maggi. I kena
jimat duit tu sampai hari Khamis!” bidas Farhah dengan suara yang sengaja
ditinggikan.
Kemudian baru
Farhah sedar, suaranya yang meninggi itu telah berjaya membuat 60 persen
pelanggan di dalam restoran tersebut memberi sepenuh tumpuan padanya.
Dengan muka
hampir hendak menangis, Farhah berpaling lantas melangkah pergi. Dia sudah
membuka rahsia diri tanpa sedar. Semuanya sebab Syed Arif terlalu suka
mendesak.
“Kami akan duduk
meja paling tepi tu. Nanti boleh tolong hantar tak? Kawan I merajuk. I kena
pujuk,” beritahu Syed Arif setelah menyerahkan not dua puluh ringgit.
Pekerja
McDonald’s tersebut hanya mengulum senyum lebar sebelum mengangguk setuju.
“Farisha, tunggu
sekejap.”
“Nama I bukan
Farisha. Berapa kali I nak cakap baru you nak ingat nama I? Nama I Farhah. F. A
. R . H . A . H,” luah Farhah dengan muka paling kesal. Kali ini Farhah sudah
mengeja namanya sendiri.
“Sorry, my mistake again.”
Farhah jeling Syed
Arif lalu kembali mengayun langkah deras.
“She is indeed an amusing object,” ujar Syed
Arif lantas lekas-lekas mencapai lengan Farhah.
“Kenapa you
pegang lengan I pula ni?”
“Jari tangan you
tak berlapik. Nanti you kata I ambil kesempatan. Lengan you ni
sekurang-kurangnya dilapik dengan lengan baju.”
Pandai pula Syed
Arif ini menjawab. Kemudian meskipun Farhah menolak, Syed Arif berjaya memaksa
Farhah duduk di kerusi paling tepi dan dihadang oleh dinding kaca. Jadi, kalau
Farhah hendak bergerak ke mana-mana, Farhah perlu melepasi Syed Arif dulu.
“Kita breakfast, kemudian you boleh balik. Breakfast kali ni, I belanja.”
“No. I tak nak berhutang dengan you.”
“Okey, macam ni.
Hari ni I belanja you. Nanti, bila you dapat duit hasil jualan lukisan you, you
belanja I semula. Macam mana?”
Farhah membisu.
Masih menimbang-nimbang cadangan Syed Arif.
“Ini kad I.
Nombor telefon I ada dekat situ. You boleh telefon I bila-bila masa you rasa
nak belanja I semula.”
Syed Arif sudah
pun menyerahkan sekeping kad kecil kepada Farhah.
“Sekarang kita
makan dulu, boleh?” pujuk Syed Arif lagi ketika pekerja McDonald’s sudah
menghantar family box yang dipesan
tadi.
Farhah menjadi
pemerhati pada kecekapan Syed Arif bergerak mengambil sos dan juga gula untuk
air teh Farhah. Kemudian Syed Arif siap tolong letak lagi gula ke dalam air teh
Farhah.
Sebenarnya, hati
Farhah sempat juga terbersit. Nampak caring
saja Syed Arif ni. Tanpa sedar, bibir Farhah melebar dengan senyuman. Senyuman
terindah.
“Kenapa?”
“Apa?”
“I nampak you
senyum.”
Farhah kerutkan
dahi. Aduh… Farhah kena tangkap basah lagi.
“Tak ada
apa-apa.”
“Kenapa you
senyum?” tekan Syed Arif. Selagi Farhah tak beri jawapan, Syed Arif takkan
berhenti bertanya.
“I teringat
cerita kartun yang I tonton semalam” jawab Farhah. Namun kemudian dia menyesal
memberi jawapan yang entah apa-apa itu.
Terangkat-angkat
kening Syed Arif. Susah hendak percaya dengan cerita Farhah.
“You makan Maggi
apa pagi tadi?” tanya Syed Arif kemudian.
Kunyahan Farhah
terhenti. Bulat sepasang matanya membalas sorotan Syed Arif.
“I tak makan
Maggi pun.”
Terlihat dengan
jelas senyuman lucu terukir di bibir Syed Arif.
“Kalau you tak
makan Maggi, apa yg melekat dekat baju you tu? Bukan cebisan mi ke?”
Sekali lagi
Farhah membeliakkan matanya. Dan apabila dia tunduk, memang ada cebisan mi yang
melekat. Sudahlah tadi dia ada tahi mata. Sekarang ada cebisan mi pula melekat
pada baju.
Wahai Farhah,
bawa bertenang. Jangan cepat melatah.
“First I ingat you lelaki, tapi
sebenarnya you seorang perempuan. Kemudian malam blind date tu you muncul dengan penampilan baru, you pakai dress. I nak you tahu yang I dah terkejut sampai nak pengsan.”
Keras seketika
tubuh Farhah bila Syed Arif buka cerita.
“Dan sekarang, I
jumpa you semula. You pakai T-Shirt,
yang dihias dengan cebisan mi, yang dah melekat dan kering. You sedar tak, yang
you ni sangat unik dan lucu?”
Gerakan
tangan Farhah benar-benar sudah terhenti. Bulat lagi matanya.
“Jadi, you
tahulah I orang yang sama?” soal Farhah. Nyaris hendak menjerit geram melihat
muka Syed Arif yang ala-ala menahan ketawa itu.
Syed Arif angguk
laju-laju sambil mengulum senyum selebarnya. Kemudian lelaki itu mula ketawa.
Ketawa yang sedap didengar.
“I suka tengok you.
Bila you kelam-kabut, you nampak sangat menarik,” beritahu Syed Arif setelah
tawanya mulai reda.
“Bila dengan you,
ada saja perkara menarik, pelik dan lucu berlaku dalam hari I. I suka.”
Farhah telan
liur. Tidak tahu kenapa hati perempuannya bergegar mendengar kata-kata Syed
Arif. Dia mula tidak senang duduk.
Dan percayalah,
nafas Farhah berhenti sejenak bila Syed Arif mencapai sehelai tisu kemudian
dengan selambanya mengelap hujung mulut Farhah.
Terkebil-kebil
mata Farhah. Dan seperti selalu, haruman minyak wangi Syed Arif yang sangat
sedap dihidu itu kembali memenuhi rongga hidung.
“You makan macam
anak saudara I yang umur tujuh tahun tu. Hujung bibir dia mesti comot,” komen Syed
Arif setelah selesai menolong membersihkan hujung bibir Farhah. Seperti selalu
juga, bibir lelaki itu cukup bijak mengukir senyuman khas untuk Farhah.
“Thanks. Ta.. Tapi.. Tapi lepas ni you
lap mulut anak saudara you saja. You jangan lap mulut I lagi,” tutur Farhah
dengan suara terputus-putus. Kemudian dia kelam-kabut mencapai tehnya. Terus
dia teguk.
Berair-air juga
mata Farhah. Masih panas air teh tersebut. Tapi takkanlah Farhah hendak buat
perangai dengan luah air teh itu semula? Itu sengaja tunjuk perangai tak
senonoh namanya. Farhah tak sanggup.
“Farhah, would you like to be my girlfriend?”
Untuk kesekian
kalinya, Farhah membeliakkan mata. Tidak dapat menahan rasa terkejut melampau
yang melanda, Farhah sudah menyembur air teh yang penuh dalam mulut tepat ke
muka Syed Arif.
No comments:
Post a Comment