Saturday, 20 September 2014

Bab 7 : MUTIARA HATIKU RAFFLESIA -BILL BORA

         


 ANIS cabut kasut, melangkah malas ke arah sofa di ruang tamu kemudian menghempas badan di sofa.
Ah! lega. Tiap-tiap hari kena bergasak dengan penumbang LRT memang membosankan.
            Kalaulah ada teman lelaki, mesti tiap-tiap hari akan ada orang hantar dan ambil ke tempat kerja. Tapi, jangan beranganlah Anis. Entah bila agaknya dia boleh dapat teman lelaki yang rajin macam itu.
            “Amboi, ada bunga. Siapa bagi ni?” Terdengar suara Jasmin menyapa.
            Anis mengangkat wajah yang disembam pada bantal kecil kemudian memusingkan badan menghadap Jasmin di sofa hadapannya.
            “Adalah,” balas Anis tersenyum sipu. Badan yang penat terasa ringan apabila teringatkan Ikmal.
            Jasmin menaikkan kedua keningnya. Sesuatu yang baru ni. Siapa pula yang bagi bunga pada Anis?
            “Nak berahsia pula, cakaplah siapa?” Jasmin mula teruja.
            “Kalau aku cakap mesti kau tak akan percaya.” Anis sengaja bermain tarik tali. Sekali sekala mendera perasan teman baik apa salahnya.
            “Cakaplah dulu baru aku akan percaya,” gesa Jasmin lagi.
            “Ikmal bagi.” Anis tayang senyum meleret.
            “Ikmal mana?” Dahi Jasmin berkerut. Setahu dia Anis tak ada kawan lelaki bernama Ikmal. Lagi pun, kawan-kawan Anis semuanya dia kenal.
            “Ikmal Haikal.” Anis masih cuba bermain teka-teki, mengharapkan Jasmin dapat meneka siapakah yang disebut Anis.
            “Kawan baru kau ke?”
            “Ishhh… kau ni. Takkan tak kenal Ikmal Haikal?” Dahi Anis berkerut. Nama Ikmal tu kan selalu terpampang di ruangan hiburan di dalam surat khabar. Takkan Jasmin boleh tak kenal?
            Jasmin menggeleng.
            “Cakap ajelah. Siapa dia Ikmal Haikal itu? Lawyer? Majistret?” Jasmin meniru gaya ibu mertua Kassim Selamat.
            Anis tergelak kecil melihat gelagat si teman. Selalu suka buat lawak.
            “Tuuu...” Anis memuncungkan bibirnya ke arah kaca tv yang kebetulan sedang menyiarkan iklan syampu yang menjadikan Ikmal sebagai modelnya.
            Terkebil-kebil Jasmin memandang kaca tv kemudian kembali memberi perhatiann kepada Anis di depannya.
            “Model iklan tu?” Jasmin seperti tak percaya.
            Anis mengangguk sambil tersenyum lebar.
            “Serius?” Sebelah kening Jasmin sudah terangkat.
            “Yalah. Buat apa main-main dengan kau.”
            “Macam mana kau boleh kenal dia?” Jasmin masih curiga. Anis ni kadang-kadang bukan boleh percaya sangat. Suka menyakat!
            “Semalam, dia datang shooting di butik. Lepas tu pagi tadi masa aku sampai kat butik, dah ada bunga untuk aku.” Anis bercerita dengan wajah ceria.
            “Amboi, baru pertama kali jumpa dah bagi bunga? Betul ke ni?”
            “Ya ampun minah ni. Betullah. Takkan aku nak beli bunga untuk diri sendiri pula. Kalau macam tu baik aku beli coklat ke.... kek ke…kenyang juga aku, bah!” Anis menarik wajah masam. Terkeluar loghat Sabahnya terus.
            “Wah, kalau macam tu aku tumpang gembira. Akhirnya, ada juga lelaki boleh pecahkan tembok besar dalam hati kau tu,” ujar Jasmin sambil tersenyum.
            Anis tersengih-sengih. Pecahkan tembok besar? Ikmal? Entahlah…dia belum ada rasa itu lagi. Tapi dia hanya pendamkan rasa hati itu sendiri.
            Belum sampai masa dia hendak berkongsi dengan Jasmin dan dia juga tidak mahu sesakkan fikiran memikirkan perkara seperti ini. Masih terlalu awal. Sekarang dia cuma mahu menikmati rasa indah yang sedang dirasai sekarang.
            “Kawan aku dah berkawan dengan model sekarang ni. Dahsyat… dahsyat,” usik Jasmin.
            “Kelas, kan? Kau jangan cemburu pula,” balas Anis tersenyum sipu.
            “Huh, tak kuasa aku.” Jasmin mencebik. Tak hairan pun!
            Setakat model suam-suam kuku macam Ikmal itu memang bukan mainan dialah. Lainlah kalau yang mengejar Anis tu hartawan ternama. Kalau itu yang berlaku, ada kemungkinan juga dia akan cemburu.
            “Tapi kan…” tiba-tiba wajah ceria Anis berubah mendung.
            “Tapi apa?” Jasmin memandang hairan.
            “Tadi... lelaki yang stalk aku hari tu muncul lagi. Duduk sebelah meja aku masa lunch tadi dan pandang aku langsung tak berkalih.”
            Bulat mata Jasmin memandang Anis. Wajahnya berubah resah mendengar cerita si teman.
            “Kau kena hati-hati. Entah-entah dia ada pasang niat tak baik dekat kau.”
            “Aku rasa tak lah sampai macam itu.” balas Anis. Tapi yang sebenarnya, dia sendiri pun agak ragu-ragu.
            “Mana kau tahu tak?”
            “Entah, tengok dari air muka dia, tak nampak macam orang jahat.”  
            Kalau ikut logik pun, takkanlah Puan Zaitun tu nak ambil lelaki tak senonoh jadi anak ikannya.
            “Kau ni. Zaman sekarang bukan macam zaman P Ramlee. Asal orang jahat je muka nampak jahat. Zaman sekarang, muka baik tu yang patut tak percaya tahu. Sebab apa yang ada di dalam kita tak nampak.” Jasmin berhujah.
            “Ya, itu aku tahu. Tapi, dia ni… memang lain sikit.”
            Bukan Anis hendak membela tapi naluri dia dapat rasakan yang lelaki itu tiada niat jahat. Sekurang-kurangnya tiada niat jahat pada dirinyalah. Kalau niat jahat pada butik majikan Rafflesia, dia tak tahulah pula.
            Serentak itu, terbayang di ruang matanya pandangan lelaki tersebut. Jika hendak dibandingkan Ikmal dan lelaki itu, memang jauh kacak lelaki pelik itu.
            Dan dia akui, bila berhadapan dengan lelaki itu, degup jantungnya selalu berubah rentak.
            “Tak payah nak lain-lain. Semua lelaki jangan sesekali kau percaya seratus peratus. Lebih-lebih lagi yang kau tak kenal.” Jasmin masih tak puas hati.
            “Yalah, yalah.” Anis garu-garu kepala. Tiba-tiba dia jadi buntu memikirkan tetang lelaki tersebut.
            “Esok aku ambil kau di sana lepas kerja.” Entah kenapa dia rasa semacam pula bila mendengar cerita Anis tentang lelaki itu.
            “Eh! tak payahlah.”
            “Tak apa, risaulah aku. Nanti kalau jadi apa-apa pada kau, macam mana aku nak jawab dengan keluarga kau?”
            “Insya Allah, tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.”
            “Kau ni cepat sangat bersangka baik dengan orang.”
            “Dalam hidup kita ni kena selalu bersangka baik dengan orang. Barulah semua perkara positif akan dekat dengan diri kita.” Anis senyum sebelum menyambung kata.
            “Bila perkara positif dekat dengan diri kita, hidup kita akan sentiasa mudah dan bahagia.”
            Dan melihat wajah masam Jasmin, Anis tergelak sendiri. Nampak sangat Jasmin tidak setuju!
             
             


BALIK dari pejabat, Haris tidak pulang ke apartmentnya mahupun rumah keluarganya. Sebaliknya dia terus memandu ke Mandarin Oriental.
Selepas kunci kereta diserahkan kepada jockey, dia bergerak masuk menuju ke cigar lounge hotel tersebut, La Casa Del Habano.
Sebaik sahaja kaki masuk ke bilik persendirian itu, dia disambut pelayan lounge tersebut.
Belum sempat si pelayan hendak membawanya ke tempat duduk, Haris sudah mengangkat tangan.
            “My friend is here…” Haris terus bergerak menuju ke arah sofa kulit berhampirannya.
            “Bro…” Tangannya menyambut huluran dari si teman.
            “Shakir…” Haris terus melabuhkan duduk di sofa.
            “Cigar?” pelawa Shakir.
            Haris angkat kening mendengar pelawaan Si teman.
            Shakir ketawa besar.
            “Why the hell did you come here if you don’t smoke?”
            Haris terdiam. Entah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia ke sini dan kenapa dia sanggup berada di celah kepulan asap dari cerut bernilai ribuan ringgit itu.
            Dia bukan perokok. Bauan di tempat ini sepatutnya melemaskan dia tapi hari ini semua itu tidak menganggu dirinya. Fikiran dan hatinya memang sudah cukup serabut. Kepala dan jiwanya sedang teringatkan ‘si gadis mutiara.’
            Gadis yang sudah berhari-hari membuat jiwanya sasau. Apa sangatlah serabut berada di sini berbanding serabut di hatinya.
            “Bro, kau ni dah kenapa? Datang sini sekadar nak termenung saja ke?” soal Shakir setelah beberapa ketika Haris hanya mendiamkan diri.
            “Nothing.”
            “Nothing?” Sinis Shakir.
            Fine, aku teringatkan seseorang.” Akhirnya Haris mengalah, mengakui apa yang sedang mengganggunya.
            “Teringatkan seseorang? For real? Siapa? Melly?” soal Shakir separa menyindir.
            “I rather cut my arm dari teringatkan dia!”
            Terus pecah ketawa Shakir.
            “Dah tu siapa? Puteri raja mana yang buat kau jadi macam ni?” soalnya ingin tahu.
            She’s nobody. Just a girl.” Haris mengeluh perlahan.
            Everybody is somebody. So, who is she exactly?”
            Sales girl.” Haris angkat bahu.
            Serentak itu kening Shakir terangkat.
            “Whoa, aku dah dapat hidu drama yang bakal muncul dalam hidup kau.” Shakir menggeleng-geleng kepala.
            Dia sudah lama kenal Haris dan keluarga lelaki ini. Lebih-lebih lagi emak Haris. Wanita itu seleranya tidak pernah nak rendah. Semuanya nak yang high class.
            “Jangan nak overdramatic sangat boleh?” Haris jegilkan mata.
            “Aku overdramatic? You do realize we’re talking about Puan Zaitun, your mother right? Kita berkawan ni pun jadi isu. Inikan pula kau mula nak angaukan sales girl?”  Sekali lagi Shakir ketawa besar.
            Cerut di tangan dibawa ke mulut, dihisap sebelum asapnya dilepaskan ke udara.
            “I’m screwed, Shakir!”
            “Come on, man. She’s just a girl!”
            “Is it? Habis tu cuba cakap dengan aku kenapa sejak aku jumpa dia kepala aku ni asyik teringatkan dia. Kenapa hati aku ni asyik nak seru nama dia. If she’s just a girl, kenapa aku rasa macam orang sasau setiap kali bayangan dia melintas dalam fikiran aku? Dua tiga hari ni aku dah jadi macam orang tak betul. Dapat tengok dia dari jauh pun dah mampu buat hati aku tenang.”
            “Damn! You are screwed!” Shakir dah bulat mata. Betul-betul tak percaya si teman di depannya boleh buat pengakuan begini.
            Haris mengeluh panjang. Tubuhnya disandarkan ke belakang kerusi. Mata dipejam. Nafas dalam ditarik. Dan bayangan Anis muncul kembali dalam fikirannya. Perlahan dia buka mata dan mengeluh untuk kesekian kalinya.
            “Mama kau tahu fasal dia?”
            “Tak.”
            “Good.”
            “Tapi… mama aku kenal dia.”
            “What?” bulat mata Shakir pandang Haris.
            “She works at Rafflesia.”
            “Oh, jadi bukan sembarangan sales girllah?”
            “Ada kategori sales girl ke?” soal Haris sarkastik.
            Shakir cuma ketawa mendengar ayat sarkastik si teman.
            “Kau betul-betul suka dia ke?”
            “Jujurnya? Aku tak tahu apa yang aku rasa.”
            “Pulak?”
            “She…arghhh! Aku tak tahu Shakir. Yang aku tahu dalam kepala aku ni asyik muncul wajah dia.” Haris dah meramas rambut sendiri. Serabut!
            “Wow! Ini memang parah.”
            Haris mendengus, kembali bersandar pada sofa.
            “What should I do, bro?”
            “Have you talk to her?”
            Haris menggeleng. Hendak bercakap macam mana kalau setiap kali dia pandang wajah itu, lidah dia kelu.
            “Hah? Tak bercakap? Biar betul kau ni!” Dahi Shakir kembali berkerut.
            “Masalahnya sekarang, aku rasa aku bertepuk sebelah tangan.”
            “Maksud kau?” Makin berkerut dahi Shakir.
            “Dia tak tahu aku suka dia.”
            “What?” Pecah lagi ketawa Shakir.
            “Aku tak berani nak tegur dia. Bila berhadapan dengan dia, entah…aku jadi speechless.” Akui Haris.
            “Memang betul-betul hebat dia ni sampai boleh buat buaya kota macam kau jadi penakut.”
            Haris ketawa kecil mendengar istilah Shakir terhadapnya.
            “Dia lain, bro. Sangat-sangat lain dari gadis yang pernah aku kenal.” Walaupun pertemuan mereka singkat, tapi hati dia kuat mengatakan Anis Sophea tidak seperti wanita lain. Ada sesuatu dalam diri gadis itu yang membuatkan dia ingin terus mendekati  dan terus dekat.
            “Well…good luck to you, bro. Ingat, ni bukan benda senang. Kalau kau nak pursue perempuan tu, banyak benda yang kau kena fikir. Mama kau. Melly.”
            “Aku tahu, Shakir.” Haris raup wajah sendiri.
            “But you know what? Screw them. It’s your life after all. Kalau kau dah nak, dapatkan je. Susah sangat bawa je perempuan tu kahwin lari. Tapi kena ambil tindakan cepatlah. Man up! Kalau dibiarkan macam ini saja, bahaya bro. Nanti kena ngap dengan buaya lain, kau juga melopong. Di bandar ni, ramai buaya yang cari mangsa spesis yang lain daripada yang lain sebab dia orang dah bosan makan makanan yang sama.” Panjang lebar ‘ceramah’ Shakir.
            Haris terdiam seketika. Tiba-tiba fikirannya teringatkan peristiwa tengah hari tadi. Terbayang-bayang di ruang mata si gadis bergelak ketawa dengan lelaki kacak lain.
            Serentak itu hatinya terasa sakit. Teramat sakit. Mungkin betul kata Shakir, kalau lambat nanti dia yang makan hati.

            Arghhh! Ini tak boleh jadi.

5 comments:

  1. bad gurl anis mengharapkan ada teman lelaki so konon dpt jd driver pegi hantar & blk keja!
    pleashhh le pompuan napa lh korang suka sgt berangan & punya minda yg tahap bodoh - blk umah bila letih naik tren lrt taxi mengeluh & nak kan boipren yg mewah berkereta, bosan dohhh asyik benda & plot yg sama di dlm novel.
    semakin fening bila d adakan watak typical org kaya puan zaiton yg punya taste nk menantu yg setaraf!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... tetiba ai rasa ai ni mcm bad gurl yg bodohlah! i pun pernah berangan macam tu, dan i dapat! what you think you become dear!

      - Arah Tuju-

      Delete
  2. Namapon cite...hihihi..
    Tp sapa tau kot2 nasib baik jd reality..

    ReplyDelete
  3. Cite novel kn slalu nye rekaan smate2..tp mne kite tau kot2 reality nye mmg ade watak2 mcm tu,rsenye xperlu emo sgt kot,hehehe...(peace yo)

    ReplyDelete
  4. i rather cut my arm??? oh my E...... !!!
    i would rather CUT OFF my arm
    i would rather CUT MY ARM OFF
    i would rather CHOP MY ARM OFF

    -FF-

    ReplyDelete