PUAN ZAITUN membelek wajah di
cermin. Setelah yakin solekan di wajahnya kemas tanpa sebarang comot, tangannya
mencapai gincu berwarna pink lembut, kemudian dioles ke bibirnya.
Gincu diletakkan kembali ke atas meja solek sebelum
berdiri tegak di hadapan cermin, memeriksa penampilannya hari ini.
Rambutnya elok tersanggul. Mekapnya tipis namun
cukup menaikkan seri wajah. Baju kebaya moden yang tersarung di badan nampak
elok terletak.
Dia tersenyum puas hati.
“Awalnya bersiap, awak nak ke mana ni?” Tuan
Eskandar merenung isterinya di meja solek sambil kedua belah tangannya
membetulkan tali leher sendiri.
“Jumpa bakal menantu kita,” jawab Puan Zaitun
sambil tersenyum meleret.
“Bakal menantu kita? Bukan bakal menantu awak?”
usik Tuan Eskandar.
Serentak itu wajah ceria Puan Zaitun berubah
kelam, dia segera menoleh ke arah suaminya.
“Abang tak mengaku Haris tu anak abang ke?” Puan
Zaitun mencerlung pada suaminya.
Tuan Eskandar ketawa kecil.
“Awak ni, lain yang abang maksudkan, lain pula
yang awak faham.”
“Dah abang tak mengaku itu bakal menantu kita,
mesti sebab abang tak mengaku Haris tu anak abang, kan?” Puan Zaitun menarik
wajah masam.
Tuan Eskandar datang menghampiri si isteri.
Kedua belah tangannya memicit-micit kedua belah bahu isterinya. Kalau si isteri
merajuk, memang itu saja caranya untuk pulihkan rajuknya.
“Kenapa pula abang tak nak mengaku. Anak sekacak
Haris tu memang menjadi kebanggaan seorang ayah tau. Kalau tak kerana emaknya
yang jelita, tak mungkin abang boleh dapat anak sekacak itu. Nak harapkan DNA
abang yang tak berapa nak handsome ni, tak mungkin boleh dapat anak sekacak dan
sebijak Haris,” pujuk Tuan Eskandar.
Hati Puan Zaitun berbunga-bunga. Itulah antara
sebab mengapa dia suka merajuk sebab dia seronok dipujuk oleh si suami.
“Mestilah dia bijak sebab ayah dia. Tinggi dan
kacak sebab ayah dia juga,” Puan Zaitun tersenyum meleret. Dia tahu si suami
saja merendah-rendahkan diri. Kalau tidak kerana jatuh cinta pandang pertama
pada Eskandar, mana mungkin dia sanggup jadi isteri kepada lelaki tampan ini.
“Jadi, siapa bakal menantu kita tu?” soal Tuan
Eskandar sambil merenung wajah si isteri melalui cermin.
“Siapa lagi, anak manja kawan baik awaklah.”
“Kazim?”
“Abang ada kawan baik lain ke?”
“Klise,”
Tuan Eskandar menaikkan kening pada si isteri, kemudian tersenyum kecil. Kawan
baik menjodohkan anak masing-masing. Memang sangat klise!
“Klise
ke… apa ke… saya tak kisah. Yang saya kisah darah kita tak mengalir ke tempat
yang salah. DNA anak cucu kita terjaga.”
Tuan Eskandar menggeleng kepala. Apabila
isterinya membuka cerita bab darah ni memang dia tidak berapa hendak setuju.
Penting sangatkah darah kerabat yang mereka pertahankan selama ni? Bukankah
darah manusia sama saja?
Pernah juga dia cuba ubah pemikiran Puan Zaitun,
tapi sudahnya berakhir dengan masam muka kemudian tak fasal-fasal berhari-hari
dia kena pujuk. Kalau pujuk macam tadi dia tidak kisah, tetapi kalau sampai
beribu-ribu duit melayang, memang dia sanggup mendiamkan diri dari bercakap soal
darah keturunan dengan isterinya.
“Haris tahu ke awak dah buat keputusan ni?” Tuan
Eskandar mula tak sedap hati.
“Sekejap lagi dia tahulah,” jawab Puan Zaitun
acuh tak acuh.
Kedua belah kening Tuan Eskandar terangkat.
“Sayang…soal nikah kahwin ni bukan benda main-main. Kena ada persetujuan dari
tuan punya badan baru kita boleh merancang itu ini.”
Puan Zaitun tersenyum lebar.
“Anak kesayangan kita tu mana pernah membantah
cakap saya selama ni. Lagipun saya mama dia. Saya tahu apa yang terbaik untuk
anak kita. Abang jangan risaulah. Haris mesti setuju punya.” Penuh yakin Puan
Zaitun membahas.
Tuan Eskandar hanya mampu menggeleng. Simpati
pada si anak mula muncul dalam hati. Tapi dia sendiri tak mampu nak cakap
apa-apa bila Puan Zaitun dah bersuara. Harapan dia agar si anak tidak ada
pilihan sendiri. Jadi, kuranglah rasa bersalah dia bersetuju dengan rancangan si
isteri. Kalau tidak, filem Antara Dua Darjat 2014 bakal terjadilah nampaknya.
BAU haruman semerbak buat Puan Zaitun sedut nafas panjang-panjang.
“Wanginya?” Dia menjeling Haris yang
baru turun dari biliknya.
Tak pernah-pernah
anak tunggal dia ni bau semerbak macam ni sebelum ini. Tiba-tiba hati Puan
Zaitun rasa semacam, lebih-lebih lagi apabila melihat senyuman dan wajah ceria si
anak.
“Morning
mama,” Haris mencium pipi kanan mamanya.
“Nak jumpa siapa ni?” Puan Zaitun memandang
curiga. Sapaan selamat pagi dari si anak tidak disambut. Takkan nak jumpa
pelanggan sewangi ini?
“Bakal menantu mama,” jawab Haris bersahaja.
Serentak itu Puan Zaitun tersedak. Kopi yang
baru sedikit disisip diletakkan pantas ke atas meja.
Tuan Eskandar segera menepuk-nepuk belakang
isterinya.
“Haris!” Tuan Eskandar menjeling anaknya.
Haris ketawa kecil.
“Amboi mama, sampai tersedak. Terkejut gembira
ke terkejut tak gembira ni?” usik Haris, tersenyum sambil menunggu pembantu
rumah mereka menuang kopi ke dalam cawan di depannya.
“Bergantung kepada siapa calonnya. Kalau kena
dengan taste mama, terkejut gembira.
Kalau tidak…” Dengan wajah serius, Puan Zaitun membiarkan ayat itu tergantung.
“Siapa?” soalnya keras selepas si anak hanya
mendiamkan diri.
Haris yang sedang menyuap sarapan pagi
mengangkat wajah memandang wajah mamanya. Melihat renungan tajam terarah
padanya, terus hatinya jadi kecut.
“Berguraulah mama,” Haris telan liur. Tidak
boleh berterus terang sekarang, nanti tidak fasal-fasal pagi yang indah akan
jadi huru hara. Papa pun dah menjeling beri amaran.
“Hal menantu jangan nak bergurau, ya,” pesan
Puan Zaitun tegas.
Sekali lagi Haris telan liur. Sudah terbayang di
ruang matanya halangan yang bakal dia hadapi. Terngiang-ngiang kembali
perbualan dia dengan Shakir semalam. Sanggupkah dia harungi semua itu?
Tidak mahu membebankan fikiran sendiri dengan
perkara yang belum pasti, Haris cepat-cepat menukar topik perbualan mereka
sekeluarga.
“Pagi-pagi ni mama lawa semacam je, nak pergi
mana? Takkan pergi pasar?” Haris pandang penampilan mamanya. Kalau tengok dari
pakaian dan solekan, dia yakin mamanya bukan hendak ke pasar.
“Jumpa bakal menantu,” jawab Puan Zaitun.
Kali ini tiba giliaran Haris pula tersedak. Air
yang ditelan terasa tercekik di kerongkong.
“Dah kenapa pagi ni semua orang asyik tersedak
je ni? Makan tak baca bismillah ke?” sindir Tuan Eskandar sambil menggeleng
kepala.
“Amboi! sampai tersedak, gembira nak dapat calon
isteri ke?” perli Puan Zaitun.
Haris tersengih. Mama ni, dah pandai nak perli dia
pula.
“Bergantung kepada calonnya,” balas Haris,
sengaja memulang sinikal mamanya tadi.
“Melly,” jawab Puan Zaitun tanpa selindung lagi.
“Hah?” bulat mata Haris memandang mamanya.
Walaupun sudah berkali-kali nama Melly disebut
mamanya, kali ini kejutannya lain benar. Terasa seperti ada renjatan elektrik
pada janungnya.
“You’re
kidding, right?”
“Mama tak bergurau. Mulai hari ini, Haris kena
belajar menerima hakikat.”
“Mama… kan Haris dah banyak kali cakap. Haris
tak suka Melly. Hati Haris tak pernah suka pada dia.”
“Tak kenal maka tak cinta. Nanti mama akan susun
supaya Haris dan Melly keluar berdua. Kenal hati budi masing-masing. Lepas
kenal mesti Haris suka,” tegas Puan Zaitun.
Haris pandang papanya, mengharap sokongan namun
sebaliknya Tuan Eskandar langsung tidak angkat wajah dari dada surat khabar.
Terus dia mendengus kasar. Nampaknya dia
berseorang dalam hal ini.
Tidak!
Apa jadi pun dia tidak akan memilih Melly.
Selama ini hidupnya ditentukan mamanya. Tapi kali ini dia tidak akan biarkan
Puan Zaitun menentukan siapa pasangan hidupnya. Ini soal hati dan perasaan.
Soal siapa yang bakal jadi peneman hari tuanya. Soal siapa yang bakal jadi ibu
kepada anak-anaknya.
Dia tak sanggup menyentuh mana-mana wanita tanpa
rasa cinta. Dia mahukan hidup yang dipenuhi rasa sayang. Dia mahukan rumah tangga
yang dibina dari rasa cinta kedua belah pihak.
Dan Haris yakin, semua itu tidak akan diperolehi
jika dia bersama Melly. Semua itu hanya akan dapat dikecapinya jika si gadis
mutiara yang berada di sampingnya.
Apa pun yang terjadi, dia akan pastikan, Anis
Sophea bakal menjadi suri hatinya!
Apa pun yang terjadi, dia akan dapatkan apa yang
hatinya mahu.
Next ?
ReplyDeleteBest
ReplyDeletecopy paste dari atas:
ReplyDeleteApa jadi pun dia tidak akan memilih Melly. Selama ini hidupnya ditentukan mamanya. Tapi kali ini dia tidak akan biarkan Puan Zaitun menentukan siapa pasangan hidupnya. Ini soal hati dan perasaan. Soal siapa yang bakal jadi peneman hari tuanya. Soal siapa yang bakal jadi ibu kepada anak-anaknya.
klise!
yess.. i'm with you dear! our real life memang klise. lepas ni kita request writer buat cerita watak boleh terbang2 lak, nak? make sure u support novel tu nanti tauu..
Delete- Arah Tuju-
cerita terbang2 tu better ko bace siri TWILIGHT le -Arah Tuju- jgn nk synical pulak!
DeleteI'm not trying to be cynical. Just pointing out the obivious. Sorry if you felt offended.
DeleteActually..i noticed something. You keep on complaining about this story nearly on every chapter and yet you keep on coming back for more..
-Arah Tuju-
coming back sbb musabab ku nk cari if ada kelainan tp bila dh habis di blog ni, mmg ku dh decide tk beli lah unless ade magik cerita ni ada sesuatu yg berbeza!
Delete& sbb ku tengok promo novel ni sgt 'over' or just gimmilk je!
ooo.. okey, i know the answer. tq dear.
DeleteI see. Well from what i've been seeing,the writer is a publicist. So i guess it's his job to make all the hype for the sake of selling his book regardless it's an extraordinary or just a plain cliche story.
DeleteArah Tuju
totally agree with u the writer a publicist of a fofular gem so he has the extra advantage to buy readers by displaying artists modelling his cover novel - kn readers masani mudah cair & melting & terleleh tengok muka artist tho' story is plain cliche! di tambah lg kena offer hadiah mutiara 5K hahahaaaa yg tak ada IG pon dh sibuk meleleh nk buka account IG
DeleteWow.... i like Haris... Yes!!
ReplyDeletehoohohohoho..I Like...
ReplyDeletebest2...xsabar tggu bab sterusnya~~
ReplyDelete