BAB
3
DINI tak betah nak duduk. Satu bilik
ditawafnya. Serabut memikirkan perkara yang satu ini. Mainan takdir apakah yang
perlu dia lalui?
“Aduh! Apa aku nak buat ni?” Kepala digaru.
Dini meroyan tak habis
mengenangkan si Ajad a.k.a Abjad yang bakal dihadapinya sepanjang hidup.
Maksudnya selagi dia bekerja di sini. Takkanlah semata-mata nak elakkan diri
dari si Ajad a.k.a Abjad dia kena berhenti kerja. Dah lima tahun dekat sini dan
dia pun dah serasi.
“Tensionnya!!!” Dini menjerit kecil. Dia menyandarkan kepala di
kerusi.
“Cik Dini, kenapa?” Tiba-tiba
Grace meluru masuk ke bilik Dini.
“Kenapa apa, Grace?”
soal Dini semula. Badan ditegakkan.
“Saya dengar macam Cik
Dini menjerit,” jawab Grace terpinga-pinga.
“Oh! Jari saya tersepit
masa tutup laci. Small matter. Dah
pergi buat kerja sana.”
Grace menjongketkan
bahunya dan keluar semula.
Dini menyelak daily plannernya. Manalah tahu kut-kut
ada mesyuarat atau apa-apa program yang bersangkut-paut dengan bahagian
operasi.
“Crap! Crap! Crap!” Tripple
crap. Dini mengetuk kepalanya untuk entah kali ke berapa.
Kenapalah dia tak
terfikir bahagian operasi dengan kewangan kan memang tak boleh dipisahkan. Bagaikan
aur dengan tebing. Si Ajad a.k.a Abjad memang akan terus menghantuinya
sepanjang dia berkerja di sini.
Dini mencapai telefon
bimbit. Mencari nama seseorang sebelum menekan ikon telefon berwarana hijau.
Lega bila panggilan yang dibuatnya bersambut.
"Hello! Kak long.
Matilah orang," adu Dini kepada Sara.
"Assalammualaikum,
Dini," perli Sara.
"Waalaikummussalam.
Kak long kena tolong orang," rengek Dini.
"Tadi nak mati ni
nak suruh tolong pula. Apa kes?"
"Kak long ingat
tak mamat buta huruf hari tu?"
"Buta huruf? Yang
mana satu ni?"
"Alah yang abjad tu..."
Dini menguatkan sedikit suaranya. Geram. Cepat pelupa betul kakaknya ni.
"Yang handsome tahap gaban tu? Ajad kan nama
dia bukan abjad?"
"Tak kisahlah
mana-mana pun. Yang pasti dia ada dekat sini. Satu opis dengan orang dan yang
paling epik sekali dia anak bos orang. Huarghhhh!!!" Suara Dini macam nak
menangis.
"Itulah lain kali
jangan nak cakap lepas aje. Insurankan sikit mulut tu. Kesian si Ajad."
"Abjadlah, Kak long.
Tak payah nak Ajad sangat," bentak Dini.
"Ajad Safiy,"
bisik seseorang di sebelah telinga kiri Dini.
"Mama!!!"
Dini jatuh terjelepuk ke bawah kerusi. Telefonnya pula tercampak ke sudut.
Ajad pantas mengambil
telefon bimbit Dini.
"Okey, kak long.
Ajad nak berbual sikit dengan budak dobi ni." Talian terus dimatikan. Telefon
bimbit Dini disimpan di dalam kocek seluar. Ajad tersenyum senget berdiri di
sebelah meja Dini.
Dini terus bangun.
Itulah kata orang tua cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar.
Dia memang pandang-pandang tapi pandang ke tingkap bukannya ke pintu.
"Sorry, Cik Dini." Grace
tersengih-sengih memandang bosnya.
“It’s okay, Grace. You may go.”
Dini tanpa rasa malu terus duduk semula di kerusinya.
Grace keluar dan
menutup pintu bilik Dini. Sempat kenyit mata.
Dini membalas dengan
membesarkan matanya.
Ajad tanpa silu duduk
di atas meja kerja Dini. Dibucu. Betul-betul menghadap Dini. Matanya tak lepas
dari memandang Dini. Tajam menikam.
“What should I do to make you clear?” Ajad tersenyum-senyum.
“Apa nak clear-clear? Kau boleh tak duduk dekat
kerusi. Tak belajar sivik ke dulu. Datang dahlah tak berjemput. Suka hati dia
aje nak sergah orang.”
“Eh! Dah kau tu
senang-senang panggil aku abjad mestilah aku kena betulkan.”
“Tak salahkan sebab kau
buta huruf.”
“Read my lips, Cik Dini. Ajad Safiy. A-J-A-D-S-A-F-I-Y.” Ajad
merapatkan mukanya betul-betul di depan muka Dini. Mencari anak mata Dini. Direnung
tajam.
Dini bergerak ke
belakang sedikit. Hatinya tiba-tiba rasa berdebar. Anak mata Ajad yang berwarna
biru cair itu memandangnya sehingga terasa seperti tembus ke belakang.
Lekas-lekas dia
beristighfar. Menolak rasa yang muncul tanpa disangka. Tetapkan hati Dini. He is your enemy not your hero.
“Encik Ajad, CEO call for a meeting.” Terbuntang mata
Grace melihat aksi Ajad dan Dini. Sepantas kilat dia menutup kembali pintu
bilik Dini.
Dini dengan sekuat
tenaga yang dia ada menolak badan Ajad menjauhinya.
Ajad ketawa. Suka bila
melihat wajah Dini yang cuak dan pucat.
“First day kerja dah buat hal,” omel Dini.
“Itu baru first day. Well, Cik Dini. Can’t wait to
work with you.” Ajad bangun dan bergerak ke pintu.
“Telefon aku,” pinta
Dini.
Ajad mengeluarkan
telefon bimbit Dini. Dia menaip sesuatu sebelum telefonnya pula berbunyi.
“Save my number.” Ajad kenyit mata. Telefon bimbit Dini diletakkan di
atas sofa dan dia terus keluar.
“Cik Dini, tadi tu saya
tak tahu…” Grace masuk semula dengan muka takut-takut setelah Ajad pergi.
“Jangan fikir yang
bukan-bukan, Grace. Tak ada apa-apa yang berlaku pun. Please shut your mouth. Kalau saya dengar ada orang bercerita
tahulah saya siapa dalangnya. Lagi satu, cepat-cepat beritahu saya kalau awak
nampak Encik Ajad tu berlegar di bahagian kewangan,” ujar Dini tegas.
“Sorry again, Cik Dini. Lunch
on me?” pujuk Grace.
“Saya demand,” usik Dini.
“Just name it,” balas Grace.
“Tak perlulah, Grace.
Tengah-tengah bulan ni. Just go, do your work.” Dini tersenyum.
“Ini yang buat saya
makin sayang pada Cik Dini. Nak apa-apa panggil saya tau.”
Seharian Dini sibuk
menyemak akaun syarikat untuk setengah bulan yang pertama. Seharian jugalah dia
lupa kewujudan Ajad.
Sehinggalah waktu
balik.
Dini bernyanyi kecil
sebaik keluar dari perut lif di tempat letak kereta tingkat bawah. Tangan
kanannya menyelongkar beg tangan untuk mengambil kunci kereta.
Punat kunci ditekan.
Hatinya tiba-tiba panas bila melihat ada kereta lain yang menghadang keretanya.
"Abang Rahim!
Siapa punya kereta yang block kereta
saya ni?" jerit Dini di depan sebuah kereta BMW putih. Tangannya dah mencekak
pinggang.
"Rasanya Encik
Ajad punya."
"Telefon dia.
Suruh dia alihkan. Mentang-mentang syarikat bapak dia. Suka hati dia aje nak parking kat mana-mana. Memang buta huruf
betul. Tak tahu agaknya tempat parking
dia dekat mana."
Rahim menelefon seperti
yang dipinta.
"Cik Dini! Encik
Ajad kata lagi satu jam. Dia tengah meeting."
"Huh! Banyak
cantik muka dia. Saya ni dahlah penat." Dini yang panas hati terus
menendang tayar kereta Ajad sampai alarmnya
berbunyi.
Tak tunggu lama Rahim pantas
mendail nombor telefon Ajad semula.
Ajad yang baru menerima
panggilan dari sekuriti, kelam-kabut turun ke basement.
"Hoi, rosaklah
kereta aku!" marah Ajad bila dilihatnya Dini masih tak berhenti menendang
keretanya.
"Kalau tak nak kereta
kau rosak baik alihkan cepat. Suka hati kau aje kan nak block kereta orang." Dini berhenti menendang.
"Mana kereta
kau?" tanya Ajad geram.
"Yang kau block tu kereta akulah." Dini
menjeling.
"Ini?" Ajad
menuding pada kereta hitam yang dihalang dengan keretanya.
“Well…” Dini buat gaya berlagak.
Ajad rasa nak pitam. Rasa
nak hantuk kepalanya ke dinding. Gadis dobi a.k.a akauntan ini memandu Porsche
Cayman S hitam? Semakin merundum markah untuk diri dia. Gadis ini bukan gadis sembarangan.
"Kenapa?"
Dini terus menuju ke keretanya.
"Kau ada sugar daddy eh?" Ajad bersandar
pada pintu BMWnya memandang Dini yang baru nak masuk ke dalam kereta.
"Kau ni memang
suka memandang rendah pada keupayaan orang kan? Kalau nak tahu sangat mana aku
dapat kereta ni. Follow aku."
Dini terus masuk ke dalam keretanya. Dia tahu tak mungkin Ajad akan
mengikutnya.
Ajad masih bersandar.
Dini menekan pedal
minyak berkali-kali. Bergema satu basement
dengan ngauman enjin Porsche Cayman S.
Ajad berjalan mendekati
kereta Dini. Badan dibongkokkan sedikit. Cermin tingkap sebelah pemandu
diketuk.
Dini menurunkan sedikit
cermin tingkap keretanya.
“Betul kau nak aku ikut
kau?” tanya Ajad minta kepastian.
“Kalau kau tak malu,”
ejek Dini.
“Aku memang tak malu.
Jangan laju sangat.” Ajad terus bersetuju. Rasa tercabar dengan kata-kata Dini.
Laju dia masuk ke dalam
keretanya. Sempat dia menelefon Amar supaya mesyuarat disambung tanpa dia.
No comments:
Post a Comment