BAB 4
AJAD terkesima bila Dini memandu masuk ke
perkarangan rumah agam yang terletak di Jalan Straits View. Kawasan elit yang memang
terkenal di bandaraya Johor Bahru.
She’s
not an ordinary woman.
“Assalammualaikum, mama.”
Dini mendapatkan seorang perempuan tua yang sedang membelek bunga orkid.
“Waalaikummussalam.
Mimpi apa hari ni?” tanya perempuan tua itu.
“Mimpi?” soal Dini
semula.
“Hari isnin ni,
sayang.” Kening perempuan tua itu terangkat.
“Ooo… ada orang kepoh
sibuk sangat nak tahu kereta tu siapa punya.” Dini memuncungkan mulut pada
kereta hitamnya.
“Orang kepoh? Siapa?” Kali
ini dahi perempuan tua itu berkerut.
“Ehem…” Terdengar suara
seseorang berdeham.
Perempuan tua itu
menjenguk ke belakang Dini. Dia memandang Dini semula. Keningnya diangkat.
“Anak bos,” bisik Dini.
Perempuan tua itu mengangguk.
Ajad mendekati dua
beranak itu. Dia bersalam dan mencium tangan perempuan tua itu.
“Maaf, aunty. Datang tak berjemput.”
“Tahu pula,” perli
Dini. Dia menyeringai bila terasa lengannya dicubit.
“Eh… tak apa. Pintu rumah
ni terbuka luas untuk sesiapa pun. Siapa namanya?”
“Ajad Safiy. Panggil
Ajad aje, aunty.” Ajad tersenyum
memperkenalkan dirinya.
“Ini mama aku. Puan Sri
Alia.” Sengaja Dini menekan suara tika menyebut nama Puan Sri Alia.
Ajad angkat kening
tanda ada aku kisah.
“Jom kita duduk sana.
Selesa sikit nak berborak.” Puan Sri Alia bergerak ke meja bulat kecil yang
memang terletak di halaman rumah. Sudah terhidang minuman petang di atas meja.
“Kau dah tahu kan mana
aku dapat kereta tu. So, apa tunggu
lagi? Baliklah.” Dini memandang tajam Ajad di sebelahnya. Menghalau Ajad secara
baik.
“Ajad, mari sini. Buat
apa lagi dekat situ? Dini…” Puan Sri Alia melambai.
“Aku memang nak balik
tapi tak sampai hati.” Ajad terus meninggalkan Dini yang sedang menahan marah.
Mulut Dini terkumat
kamit sambil berjalan menghampiri mamanya.
“Ma, Dini masuk
dululah. Nak rehat. Penat sangat ni.” Dini memandang sayu pada Puan Sri Alia.
“Jangan nak mengada.
Duduk,” arah Puan Sri Alia.
Ajad tersenyum senget.
Dini menarik kasar
kerusi di antara Ajad dan mamanya.
Mereka berbual
seketika.
Dini lebih banyak
mendiamkan diri. Dalam hati dah mendongkol geram dengan layanan mesra mamanya.
Pada dia lelaki biadap macam si Ajad a.k.a. Abjad tak layak mendapat layanan
sebaik itu.
“Saya balik dululah, aunty. Dah lama sangat ni.” Ajad bangkit
dan bersalam dengan Puan Sri Alia.
Dini masih mendiamkan
diri.
“Dini…” tegur Puan Sri
Alia.
Dini mendongak.
“Ajad dah nak balik
tu.” Puan Sri Alia membesarkan matanya.
“So?” Dini membalas acuh tak acuh.
Ajad hanya tersenyum
senget dengan ke dua-dua belah tangan di dalam kocek seluar.
“Dini!!!” Puan Sri Alia
meninggikan suaranya
“Yalah, yalah,” bentak
Dini dengan muka kelat. Paksa dirinya bangun dan menemani Ajad hingga ke
kereta.
Ikut hati Dini memang
malas nak menghantar si Ajad a.k.a Abjad ni tapi bila mamanya dah menjeling
terpaksa jugalah. Gatal sangat mamat ni ikut dia balik ke rumah.
"Hai, Aunty Rose. Nak pergi mana?" tanya
Dini pada seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari dia dan Ajad.
"Nak pergi mana
pula, Dini? Ni hah tengah tengok pokok-pokok ni."
Dini dah tertawa kecil.
Tahu sangat obses berfesyen jiran mamanya ini. Saja je dia menegur begitu.
Ajad dah memandang
pelik. Sempat dia berbisik. "Memang kena pakai lawa-lawa eh?"
"Sibuklah kau.
Suka hati dia lah."
"Dini, pakwe ke?”
Aunty Rose memandang Ajad atas bawah atas bawah.
“Errr…” kelu lidah Dini
hendah menjawab.
“Patutlah tolak
pinangan boy," Aunty Rose terangguk-angguk.
Dushhh... apa dia nak
jawab? Kepala yang tidak gatal digaru. Otak Dini cuba berkerja keras mencari
idea.
Ajad dah tersenyum
senget.
"Huh?! Aah...kami
nak bertunang lagi sebulan kan, honey?"
Dini terus menarik lengan Ajad.
Ajad dah
terpinga-pinga. Punyalah tadi Dini macam declare
world-war-no-peace dengannya. Tup tup sekarang gadis itu elok saja memegang
tangannya. Kejap dan kemas. Sakit. Seolah-olah memberi amaran.
"Errr...betul tu.
Lagi sebulan. Jom, bee. I dah nak
balik." Tangan Ajad naik ke pinggang Dini. Memeluk Dini erat.
Aunty Rose hanya
tersenyum kelat melihat pasangan muda di depan matanya.
"Jangan nak
berlebih. Kita bukan mahram." Dini meleraikan tangan Ajad yang berlingkar
dipinggangnya.
"You owe me." Ajad kenyitkan mata
sebelum membuka pintu keretanya.
"Esok aku belanja lunch," balas Dini.
"Tak nak. Aku yang
tetapkan apa kau kena buat." Ajad membantah.
"Suka hati akulah,
apa yang aku nak balas balik," bentak Dini.
"Aunty Rose!"
panggil Ajad. Mengugut.
"Yalah,
yalah." Dini mengalah.
Ajad tersenyum senget.
“Mengugut aje kerjanya.
Kau jangan nak macam-macam tau. Dah pergi balik,” halau Dini.
“Aku nak baliklah ni.
Tapi macam mana aku nak masuk kereta kalau kau tak lepaskan tangan aku?” Ajad
memandang tangannya yang masih dipegang Dini.
Dini terus melepaskan
pegangan tangannya.
Hesy… macam mana aku boleh sedap sangat
pegang tangan dia yang berotot tu. What
did I say just now? Dia memang kena mandi bunga. Biar suci sikit hati dan
akalnya.
Ajad tersengih nakal
dan terus masuk ke dalam kereta.
“Assalammualaikum.”
Ajad membunyikan hon dan terus berlalu.
“Dia beri salam? Memang
aku kena mandi bungalah.” Dini kelam-kabut masuk ke dalam rumah.
No comments:
Post a Comment