Bab3
TIDUR Jad terganggu apabila sekali lagi diganggu dengan bunyian
loceng. Dengan mata yang memberat, dia mula turun dari katil. Di dalam hati
usah dikira. Sudah berbakul-bakul sumpah seranah kepada si pengganggu tidurnya
itu.
|
Langkah diatur berhati-hati ke pintu utama
sambil tangan kanan memisat matanya. Tombol pintu dipulas dan belum sempat
mulutnya bersuara, wajahnya ditumbuk kuat. Tubuhnya bergerak beberapa langkah
ke belakang ekoran keadaannya yang tidak bersedia sepenuhnya.
“What the
hell?”
“Kau tu yang what
the hell! Mana kau sorok girlfriend aku?”
Lantang suara Khan melaung di hadapannya. Lelaki itu selamba masuk ke dalam
rumahnya. Wajahnya dipandang bengis oleh kekasih Alena itu. Ops! Bekas kekasih.
“Helo Khan? Jangan nak main tuduh-tuduh, bro. Bukan kerja aku nak sorok Alena.
Dan untuk mengingatkan kembali kat
kau... rasanya Alena tu dah jadi ex kau.
Tak ada istilah girlfriend lagi.” Jad
mencebik. Dalam sakit menahan rasa denyutan di rahang kirinya, dia sama sekali
tidak akan memberi peluang kepada Khan untuk berkata lebih. Sudah menceroboh
rumah orang, panjang pula langkahnya.
“Oh!
Jadinya kau dah tahu lah? Cepat benar sampai kat telinga kau ye? Hebat hubungan
karib korang.” Khan tersenyum sinis
ke arahnya. Namun dia tahu yang lelaki itu sedang menahan rasa geram yang amat.
“Rasanya aku tak perlu nak cerita satu-persatu
apa yang aku dengan Alena bualkan atau kongsikan. Aku rasa kau dah sedia tahu. So, aku rasa kau boleh blah dari sini sebelum buku lima aku
mendarat pulak kat wajah-konon-kacak
kau tu.” Jad mendekati kedudukan lelaki itu dan bertindak untuk menghalaunya
secara baik. Dia tidak mahu bersentuhan dengan lelaki jijik seperti Khan.
“Kau memang kurang ajar!”
Jad tertawa sinis.
“Aku rasa kat
sini kau yang kurang ajar. Datang rumah orang tengah-tengah malam. Kasi hentam
muka orang macam orang gila... aku rasa gelaran tu elok kat kau je.”
Sebaik sahaja meluntur kata-kata sinis itu,
leher baju-t yang dipakainya dicengkam kuat dan ditarik menghampiri wajah
lelaki itu yang sudah semakin membahang dengan kemarahan.
Tiada kata-kata dari lelaki itu. Namun dia dapat
rasakan betapa derasnya nafas yang diatur.
“You...
watch out! Alena is mine. Will always be mine!”
Jad hanya mengangkat keningnya sebagai tanda
membalas kata-kata yang kononnya ancaman untuk dirinya itu. Bibirnya pula
mencebik dan tersenyum sinis.
Dia hanya membiarkan Khan berambus dari
rumahnya. Datang tidak dijemput, pulang pasti sangat dia alu-alukan.
Pintu rumahnya ditutup kembali dan mula
berpaling dari situ. Langkah dibawa perlahan ke sofa dan mula membaringkan
tubuhnya di situ. Tangan kanan diletak di dahi dan tanpa dia sedari, dia mula
mengeluh.
Sampai bila dia akan mempertahan Alena dari
Khan? Sampai bila Alena akan selamat dari lelaki itu? Berjayakah dia untuk
menjadi pelindung kepada Alena? Perlu ke Alena berterusan tinggal di rumahnya
selama tempoh masa yang berbaki empat bulan untuk mereka tamatkan pengajian
mereka itu?
Pelbagai persoalan mula timbul. Bukan untuk
dirinya menyesal apabila dipilih Alena sebagai tempat untuk mengharapkan bantuan.
Dia hanya inginkan yang terbaik untuk diri gadis itu.
Tangan di dahinya dibawa pula ke rahang yang
dihentam mamat gila itu sebentar tadi. Denyutan semakin menjadi-jadi. Haish! Sudahlah esok pagi-pagi ada
kuliah. Memang tak sempat nak ke klinik.
“J! Kenapa kau tidur kat sini? Weh!
Bangun!”
Jad mula menepis tangan yang menyentuh lengan
kanannya itu. Dia baru sahaja hendak tidur sudah mendengar bunyi bising.
“J! Bangun! Kita ada kuliah pagi ni. Aku nak
kena balik rumah sewa aku dulu nak ambil barang. Nak salin baju lagi.”
Rumah sewa? Salin baju?
Minda separuh sedarnya mula beroperasi. Cuba
mencerna apa yang telinganya dengar di awal pagi itu. Matanya dibuka
perlahan-lahan dan terus tepat mendarat pada wajah teman baiknya yang elok
duduk di atas sofa di kanan tubuhnya.
“Al?”
“Ya! Ya! Al. Alena. Kawan baik kau.”
Jad memejam matanya rapat sambil tangan kanan
melurut rambutnya kasar.
“Cepatlah, J. Tumpangkan aku. Aku nak balik
salin baju. Nak ambil buku nota aku sama. Nanti lambat!”
Jad memandang Alena. Tiada mimik pada wajahnya.
Sekadar pandangan kosong. Pagi-pagi begitu memang lambat sedikit ekspresi
wajahnya nak normal. Perlu segarkan wajah dan bersiap setampannya, baru kembali
normal.
“Kau tengok aku macam nak terkam je, J. Kau jangan...”
Jad pantas menolak tubuh gadis itu bagi
memudahkannya untuk bangun dari pembaringan.
“Tak ada maknalah!” balasnya setelah beredar
dari situ. Malas nak layan kepala gila Alena. Suka cakap yang bukan-bukan. Dia
bukannya malaikat yang tiada nafsu. Segala rencah sifat positif dan negatif
sedia ada di dalam dirinya. Jangan sampai terkeluar, niaya je nanti.
“Takutlah tu...” Dia terdengar gadis itu
membalas dari belakang.
“Sewel!” Pintu kamarnya dibuka lalu memboloskan
diri ke dalamnya. Ingin cepat-cepat mandi dan bersiap. Nanti minah sewel tu
ceroboh masuk dalam bilik dia pula. Bukannya boleh percaya sangat.
Sedang Jad kalut menyarungkan sehelai baju-t
berwarna putih ke tubuhnya, pintu kamarnya diketuk bertalu-talu. Dan sebelum
sempat dia menjawab, Alena sudah membuka pintu tersebut.
“Al!” jerit Jad geram. Kelam-kabut dia merapikan
diri.
“Alah
kau ni... nak malu apanya? Bukannya kau naked.
Dah siap dah pun.” Selamba Alena membalas dan membuatkannya semakin geram.
Bibirnya diketap sambil menjeling ke arah gadis itu.
“Kenapa? Marah? Kau ni J... kita bukan baru
kenal sehari dua. Dah bertahun kut.
Lebih dari itu pun aku pernah nampaklah.” Terkekek-kekek tawa gadis itu.
Jad mula teringat insiden yang berlaku beberapa
bulan yang lepas. Tak guna punya Zeki. Nak melawak pun pada-padalah. Sampai
tarik tuala segala. Sudahlah waktu itu Alena menyibuk di rumahnya. Konon
sama-sama nak berbincang pasal kertas projek walaupun berbeza kumpulan. Kerana
dia tahu ahli kumpulan Alena sangat teruk dan asyik menangguh. Jadinya Alena
perlukan bantuannya dan kawan-kawan untuk projeknya.
Merah padam wajah Alena apabila melihat caranya
dengan teman-teman berlawak. Aduh! Hilang sudah ke-machoan-nya. Namun tidak lama apabila gadis itu sama-sama tertawa
dengan Zeki dan yang lain. Kurang asam betul!
“Hah!
Tu merah muka sebab teringatlah tu...”
Dia kembali sedar. Melampau betul minah ni.
Kenapa entah dia tak sedih lebih-lebih? Buat kacau perasaan orang je.
Jad menjegil geram. Terus melangkah untuk
mendapatkan beg galasnya dan kunci motosikal di atas meja. Rambutnya hanya
disisir dengan tangan. Biar tidak kemas tak apa. Malas sudah nak dengar Alena
buat cakap merapu lagi.
Alena tertawa kecil. Seronok mengusik. Dia
sentiasa sedar akan perhubungan akrab mereka. Dia sudah masak benar dengan
sikap dan tingkah laku Jad. Sudah sebati dengan dirinya. Dia senang berada
bersama-sama dengan Jad. Langsung terlupa segala kegusaran di hati.
“Cepatlah, cik kak! Tadi, dia yang kalut sangat.
Itu duk tersengih-sengih kat dalam
bilik aku lagi apa hal?” bebel Jad menahan malu.
Dia tahu, sudah pasti ada lagi yang membuatkan
Alena teringat pasal kisah lucu antara mereka. Dan sudah pasti sesuatu yang
memalukan. Tak guna betul!
Sambil tertawa riang, Alena menuruti langkah
Jad. Motosikal Vespa 946 Ricardo Italiano dihampiri.
“J! Kau banyak duit, kenapa kau tak beli Harley je? Vespa ni kecik lah.” Sekali lagi Alena membebel. Begitulah setiap kali
apabila dia terpaksa membonceng motosikal kesayangan Jad itu. Konon sasa. Tapi
naik Vespa. Aduh! Apa kelas?
“Banyak songeh betul. Kau ingat Vespa aku ni
seribu dua ke? Mahal tau tak?” balas Jad sambil memakaikan helmet berwarna kuning air-biru di atas kepala sahabat baiknya itu.
Sudah terbiasa berbuat begitu. Lembap sangat Alena tu! Kalau disuruh pakai
sendiri, ada-ada saja helahnya. Ketatlah. Sangkutlah. Susahlah. Semua ada.
“Cepat naik!”
“Aku peluk kau ye J?”
“Pegang baju aku sudah. Jangan nak lebih-lebih.”
“Kedekut!”
Jad buat tak endah sahaja. Malas hendak melayan.
Melampau jadinya nanti. Alena bukan jenis makan saman. Kalau sudah diberi betis,
sampai satu badan dia nak.
Dia hanya menunggu gadis itu naik. Tidak
menunggu lama, motosikalnya dihidupkan. Pinggangnya sudah terasa disentuh.
Bajunya dicengkam gadis itu. Nasib baik!
No comments:
Post a Comment