BAB 6
Kalau sungguh
sudah beristeri, kenapa wajah lelaki itu suram saat dia bercerita yang dia mahu
mendirikan rumah tangga? Atau masih tersimpan perasaan lelaki itu untuk dia?
Dinie belum berhenti untuk berfikir.
Dasar
lelaki, tak pernah cukup seorang isteri! Bentak Dinie kecewa. Masih berdiri di
sisi Myvi putihnya, tak terus masuk ke dalam perut kereta.
Apa kecil
sangat dunia ni, sampai dia perlu bertembung banyak kali dengan lelaki itu
dalam tempoh satu minggu. Ini semua takdir atau bala! Fikir Dinie tak sudah,
baik-baik mampu menghindar perasaannya pada lelaki itu, kini terbit semula rasa
yang selama ini sukar untuk dia lenyapkan.
Buang masa
fikir fasal orang yang tak sedar diri macam pak cik tu. Fikir la sikit, umur tu
bukan muda lagi, tapi nak juga buat perangai dekat public! Semua itu cuma menambah
rasa meluat Dinie dengan sikap Dhani yang tak pernah berubah. Fikirnya tempoh
empat tahun itu sudah cukup untuk memberi ruang lelaki itu berubah menjadi
lebih baik, rupanya…
“Semakin
nakal!” jengkel Dinie lagi.
Fikir
pegang tangan, usap-usap dagu depan orang tu, comel? Konon romantik, romantika
di Tampoi adalah! Marah Dinie belum habis. Memeluk beg sandang, sebelum
tercari-cari kunci kereta di dalam poket jeans.
Dengan
hati berbuku geram, punat alarm ditekan ganas dan belum pun sempat dia
melangkah masuk ke dalam perut kereta, pintu Myvinya sudah ditahan kejap.
Tanpa
menunggu lama, dia betindak. Di siku kuat lembaga manusia yang disangka mahu
meragutnya itu. Habis disiku, kaki segera diangkat, Dengan jurus yang sumbang
langkahnya, tubuh manusia tadi ditendang dari arah belakang sesuka hati.
“Mati
kau!” jeritnya kuat. Tanpa menoleh, segera menutup pintu keretanya. Cuba
meloloskan diri.
Dalam
keadaan kelam-kabut, pantas dikunci pintu. Enjin kereta segera dihidupkan,
sebelum kepala terkalih menyaksi lelaki yang separuh terbongkok, menahan bawah
perutnya yang senak akibat tendangannya tadi.
“Ya Allah?
Encik!?” jerit Dinie dari dalam kereta. Membuka semula pintu Myvi, segera
mendapatkan Dhani yang pura-pura kesakitan.
“Dinie
sangka encik peragut. Maaf, Dinie tak sengaja.” Beriya dia memohon maaf. Kedua
belah tangan diangkat tanda dia bersungguh.
“Sakit
dekat mana? Encik nak Dinie buat apa sekarang?” cemasnya lagi, tunjuk yang dia
risau melihat Dhani kesakitan.
Lelaki itu
senyum lagi. Sungguh, dia rindukan suara manja itu menyerunya begitu.
“Encik…”
Dinie menyeru lagi. Mengharap Dhani sudi bersuara. Memaafkan ketelanjuran
tingkahnya tadi.
“Dinie
betul tak sengaja.” Dia berdiri tegak dengan muka bersalah. Mengharap Dhani
yang masih memegang perut berkata sesuatu.
“Dinie...”
“Okey.
Sikit,” potong Dhani perlahan, tak mahu Dinie terus dengan rasa bersalahnya.
“Betul
okey?” Beriya Dinie bertanya lagi. Ikutkan hati, mahu turut sama merasai
kesakitan lelaki itu.
“Okey.
Tapi…kalau saya mandul lepas ni, saya perlu cari Dinie, Dinie yang perlu bertanggungjawab.”
Dhani bersuara serius, tepat membawa pandangan gadis itu ke arah tempat
tendangannya tadi.
Ha? Kena
dekat situ ke? Dinie tercengang, tak sempat untuk kelip mata. Sungguh, bukan
niat dia mahu lelaki itu mandul. Tapi kalau betul lelaki itu mandul sekalipun,
bukan urusan dia nak masuk campur kut!
“Dinie
bawa encik ke hospital? Dinie hantar?” tanya Dinie lagi. Berjalan selangkah
mendekati lelaki tersebut.
Dhani
tersenyum separuh kembang. Tahu gadis itu menyangka dia benar-benar sakit.
“Tak
apalah. Sikit jer. Kalau serius, esok saya jumpa pakar sakit tuan,” balas Dhani
selamba.
Pakar
sakit tuan? Berpinar biji mata Dinie. Membayangkan betapa seriusnya apa yang
dilakukannya tadi.
“Sorry…” Suaranya
lepas lambat-lambat. Dia tundukkan wajah. Sungguh, kalau tak kerana terkejut
dia takkan bertindak begitu.
“Okey. Saya
okey.”
Alun suara
Dhani yang sentiasa menggetarkan jiwa lukanya. Dan layanan lelaki itu, kenapa
masih sama seperti empat tahun dulu!
‘Sedar
Dinie. Lelaki ni sedang bahagia dengan pilihannya. Lupakan semua kenangan
bersamanya, kau tak berhak untuk simpan namanya lagi.’ Peringatannya sendiri.
Jadi sebu hati bila dipinta untuk menafi begitu.
“Err…encik
boleh drive ke?” Dinie masih serupa tadi, risau melihat aksi Dhani yang pura-pura
kesakitan.
“Boleh
drive, tapi slow-slow. Dinie follow saya? Takut kalau-kalau saya pengsan dalam
perjalanan nanti.” Dhani berhelah. Walhal bukan sakit mana pun disiku gadis itu
tadi. Dan apalah sangat tendangan gadis yang menyarung jellyshoe di kakinya tu.
Kesakitan olok-oloknya itu cuma sekadar umpan untuk dia kembali dekat dengan
gadis licik itu.
No comments:
Post a Comment