BAB 8
Minggu
berganti. Ada seminggu lagi untuk Dinie mengajar sebelum sesi persekolahan
tamat untuk memberi laluan pada cuti pertengahan tahun sekolah.
Dia masih
leka dengan kerjanya, sebelum didatangi Cikgu Rosnah yang terlebih ubat gegat
tengah hari itu. Maklum sajalah, baru berjumpa dengan encik kacak yang masih
menjadi rahsia si gadis. Mahunya senyum wanita awal 40-an itu tak bersambung ke
telinga.
“Dinie,
ambil kotak ni. Mr. Secret admirer kamu kirim salam dan Kak Ros dapat coklat!”
Gembira Cikgu Rosnah menjadi posto tak bergaji lelaki misteri yang sering
mengganggu ketenteraman Dinie sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
“Sekali
lagi?” Hujung mata Dinie kerling, geram bila guru awal empat puluhan itu masih
tersenyum-senyum. Tambah geram bila Cikgu Rosnah boleh tiba-tiba bersekongkol
dengan si pemuja rahsia, sedangkan selama ini tiada apa-apa rahsia di antara
mereka.
“Sekali
lagi, orang dah bagi tu, ambil jer dik. Tak baik tolak rezeki. Sama juga macam
tolak jodoh.” Panjang muncung Cikgu Rosnah. Sengaja menyebut perkataan jodoh tu
panjang-panjang.
Dia pun
sebenarnya tak sabar mahu melihat gadis di hadapannya itu naik pelamin. Tambah
teruja kalau lelaki yang menjadi pasangan gadis itu, encik kacak yang baik hati
itu.
“Apa Kak
Ros mengarut ni?” Kotak yang terletak di atas meja kerjanya itu Dinie perhati.
Belum ada hati untuk membelek, memandangkan pengirimnya masih menjadi rahsia.
“Jodohlah.
Jodoh Dinie dengan Mr. Secret Admirer awak tu. Hai, kalau Kak Ros la, ada
lelaki sekacak Mr. Secret Admirer Dinie tu nak dekat akak, dulu-dulu akak ke
depan. Mengorat!”
“Boleh
tahan juga gatal isteri ustaz ni kan? Dinie cakap kat ustaz baru padan muka Kak
Ros.” Dinie berseloroh.
“Haih, janganlah.
Dinie pun, Kak Ros cakap kalau, bukan betul-betul. Ustaz tu cinta pertama dan
insya-Allah akan jadi yang terakhir akak tau. Harapnya cinta kami hingga ke
Jannah, itu yang selalu akak harap.” Cikgu Rosnah cuba mempertahankan diri. Tak
mengaku yang dia berminat dengan lelaki misteri yang berkenan dengan guru muda
di hadapannya itu.
“Alahai
sweetnya kakak Dinie ni. Insya-Allah Kak Ros, kalau tawaduk gitu cara ustaz.
Pandang perempuan pun sekilas, mudah-mudahan makbul doa akak dan Dinie pun akan
sama berdoa untuk akak.” Dinie melayan, walau nada suaranya tak begitu serius.
“Terima
kasih dik. Dinie pun janganlah jual mahal sangat. Kak Ros pun selalu doa yang
Dinie dengan Mr. Secret Admirer Dinie tu cepat-cepat kahwin. Amin!” Tangan
sudah diraup ke muka. Beriya Cikgu Rosnah mahu menyatukan pasangan itu.
“Kahwin?
Apa la Kak Ros ni. Nampak dia pun tak pernah, ada nak suruh Dinie kahwin.
Kartun betul cerita Kak Ros tu.” Dinie sandar badan dan wajah Cikgu Rosnah
dipandang tak puas hati. Minta jawapan gerangan yang selalu menghadiahkan dia
macam-macam.
“Kartun
pulak. Kak Ros serius. Encik Dha...ops! Mr. Secret Admirer Dinie tu serius
nakkan Dinie tau. Dari pandangan mata dia tu, Kak Ros dapat imagine yang dia
nak sangat dekat Dinie. Tengoklah, hari tu dapat bunga, hari ni dapat kotak
pulak.” Rahsia hampir terbongkar, mujur Cikgu Rosnah cepat-cepat sedar dan tak
tersasul menyebut nama Dhani.
“Komplot!
Kak Ros pun seronok, kan? Nak berahsia bagai dengan Dinie.” Dinie tayang rajuk.
Belum dapat menangkap, siapa gerangan lelaki yang rajin memberinya itu ini.
“Bukan nak
berahsia, ini amanah. Kak Ros ni kalau Dinie nak tahu, seorang yang berpegang
pada janji. Sekali orang dah percaya, Kak Ros takkan khianati kepercayaan orang
tu dik,” potong Cikgu Rosnah, tak nak Dinie menuduhnya berkomplot dengan si
pemuja rahsia itu.
“Janjilah
sangat, konon nak mengorat, tapi penakut!” Jemari Dinie gumpal. Sudah
membayangkan ada seseorang yang bakal ditumbuk.
Siaplah
kalau dia dapat tahu siapa lelaki misteri itu!
“Tunggulah
dik, ada nanti tu. Kak Ros percaya yang dia serius. Kalau tak, takkan dia
beriya bagi Dinie macam-macam. Nampak cara dia, macam bersungguh sangat nak
dapatkan Dinie. Akak sokong kalau Dinie dengan dia. Handsome sangat dia dik!”
Cikgu Rosnah pegang dada. Nak tunjuk pada Dinie berapa handsome lelaki yang
dibayangkan tadi.
“Handsome
macam mana pun rupa dia, kalau pengecut tak guna juga Kak Ros. Nak menyorok
jadi Mr. Secret Admirer konon. Dah tak boleh nak jumpa depan-depan? Bagi Dinie
terus kotak ni?” marah Dinie.
Dia cebik
bibir. Masih tertanya. Apa isi dalam kotak yang beriben coklat dan nampak kemas
bungkusannya itu.
“Bukan
pengecut, mungkin pemalu kut. Susah tau nak dapat lelaki pemalu zaman ni Dinie.
Dik, nak tahu tak?” Cikgu Rosnah mula berbisik. Ada sahaja ilmu yang mahu
diperturunkan untuk Dinie sama belajar.
“Apa dia
kak?” Pandangan Dinie beralih. Dari memerhati kotak pemberian Mr. Secret
Admirer, kini pandangannya jatuh pada seraut Cikgu Rosnah yang sudah dekat.
Mahu berbisik.
“Lelaki
pemalu ni romantik! Macam ustaz!” gelak Cikgu Rosnah bila menyaksi Dinie
berkerut dahi.
“Ustaz?
Romantik? Dinie tak percayalah. Tak nampak tang mana romantiknya ustaz tu.
Dinie pandang dia pun dia toleh ke lain. Tak perasanlah yang ustaz tu
romantik!” Gelak Dinie sama lepas. Melayan guru matematik yang boleh tahan
meriah gelaknya itu.
“Romantik
dengan akak, Dinie apa tahu?” Senyum guru awal empat puluhan itu menyimpul,
sengaja mengajak Dinie sama untuk membayangkan.
“Oh, itu
yang anak selang setahun satu tu?” Dinie mengusik nakal. Tertunduk dia menahan
gelak bila wanita itu tersipu-sipu malu.
“Dinie ni ke
situ pulak. Itu sebab kedualah. Sebab lain beruntungnya dapat suami pemalu ni,
diorang ni lebih family man. Tak kisah sangat dengan dunia luar. Hidup diorang
untuk keluarga. Untuk kita. Yang bestnya tak adalah diorang nak dok melepak dengan
kawan-kawan, tinggalkan kita sorang dekat rumah. Kan best macam tu,” cerita
Cikgu Rosnah lagi.
Dinie
terangguk-angguk faham. Dalam hati masih meneka, siapa gerangan Mr. Secret
Admirer yang dimaksudkan Cikgu Rosnah tadi.
Pemalu ke
pengecut?! Kalau minggu lepas dapat bunga depan toilet. Semalam coklat dan hari
ni? Kotak pulak? Jangan-jangan dalam ni bom! Ish! Dia cepat-cepat menolak
bungkusan yang beriben cantik itu.
“Okeylah
Dinie, Kak Ros ada kelas ni, Dinie layanlah fikiran tu. Sambil-sambil tu fikir,
kalau boleh terima, terimalah Mr Secret Admirer Dinie tu. Rugi kalau Dinie
lepaskan dia. Percayalah…” Cikgu Rosnah berlalu, meninggalkan Dinie yang mula
cebik bibir.
Mr. Secret
Admirerlah sangat!
No comments:
Post a Comment