BAB 9
TIGA petang.
Selesai semua tugasan dan Dinie mahu segera pulang ke rumah. Bila perut sudah
berkeriuk dan dia jadi tak selesa berdiri. Tambah bila Cikgu Rosnah tak sudah
bertanya dia teringin mahu makan apa hari ni, dan dia kembali terkenang-kenang
nasi kenduri yang sempat dijamah sedikit malam majlis akikah Kesya tempohari.
“Kalaulah
dapat…” Belum habis dia menggumam, mata diajak untuk kalih memandang bungkusan
yang diam terletak di bahagian hadapan but Myvinya. Di dalam bungkusan plastik
yang terdapat sebungkus nasi yang dibungkus dengan kertas minyak dan kuah dalca
pada pandangan Dinie.
Setelah
dibelek-belek, ada sekeping nota yang ditinggalkan untuknya. Mata
tertoleh-toleh, sebelum dia memandang langit.
“Takkan
nasi turun dari langit kut?” gumamnya dengan mata tercari. Manalah tahu
gerangan yang memberinya nasi masih berada di sekeliling.
‘Makan. Jangan risau nasi ni selamat dimakan.’
-Yang benar lagi betul, Mr. Secret Admirer?
Dinie
gigit hujung bibir sebaik bacaannya tamat. Terasa sedang diperhatikan dan tidak
selamat kalau dia terus sendirian di ruang tempat meletak kereta.
Kalau
sebelum ni bunga depan tandas guru lelaki, coklat, ditambah dengan sebalang
cengkerang dan hari ni? Nasi? Apa tandanya tu?
Dalam
tertanya-tanya, Dinie capai juga
bungkusan tersebut dan masuk ke kereta.
Pulang ke
rumah, Dini masih berkira-kira mahu makan atau tidak makanan tersebut. Otak
berfikir tapi tangan bergerak. Sebaik bungkusan tersebut dibuka, aromanya
dihidu. Bau kuah dhal yang menusuk hidung itu dinikmatinya puas-puas. Dia tahu
dari mana datangnya makanan kegemarannya itu. Dan dia cukup kenal dengan cara
bungkusan nasi itu.
“Ini tentu
beli dekat Benteng. Briyani kambing pulak tu. Hai, takkan nak buang. Dah sampai
rumah kut nasi ni. Rezeki tu.”
Dihidu lagi
aroma lazat nasi yang masih hangat dengan perut yang sudah berdendang sayang.
Belum habis dia menimbang, sama ada mahu makan atau dibuang pemberian dari
lelaki misteri itu.
Memulakan
suapan dengan mata terpejam. Bersyukur kerana dapat menjamah makanan yang
sememangnya dirindui.
Belum lama
dia mengunyah, bunyi telefon bimbit jelas menerpa ke telinga. Dan dari alunan
lagu yang terset, dia sudah tahu gerangan yang menghubunginya ketika itu.
“Mama!”
panggilnya dengan mulut masih mengunyah. Mengunyah penuh selera nasi pemberian
Dhani!
“Assalamualaikum…”
Puan Zanariah memerli. Meleret-leret suaranya memberi salam.
“Waalaikumsalam
mama.” Cetus gelak Dinie. Tahu mamanya angin bila suaranya menerpa tanpa
memberi salam.
“Buat apa
tu? Dengan mulut penuh macam tu.” Puan Zanariah di hujung talian sudah geleng
kepala, diperhati tetamunya yang setia menantinya di sisi.
“Makan
mama, nasi biryani gam, Batu Pahat!” Terujanya bercerita. Walhal mulanya tadi
takut untuk dijamah pemberian enak itu.
“Hai?
Bukan main jauh datang nasi tu, siapa bagi?”
“Kawan ma.”
balas Dinie, walaupun dia sendiri masih belum tahu siapa ‘kawan’ yang
dimaksudkannya itu.
“Ma lupa
Dinie nak jemput mama makan. Mama dah makan? Mama sihat?” Senyum dia di hujung
talian, walaupun tak nampak wajah yang berada di hujung talian itu.
“Sihat,
makanlah mama baru lepas. Ni, mama nak tanya sikit. Hujung minggu ni Dinie
balik tak? Ada cuti dua minggu kan minggu depan?”
“Mana mama
tahu Dinie ada cuti ni?”
“Tahulah, tetamu
mama yang beritahu. Dinie, mama nak Dinie balik sebab mama ada hal nak
bincang.”
“Tetamu?
Siapa?” Jemari yang berlumur saki kurma yang dimakan dijilat satu persatu.
Sedap!
“Balik
dulu kalau nak tahu. Mama tahu kamu tu bukan main liat kalau nak suruh balik
kampung. Dan yang penting, kamu pasti suka dengan ‘tetamu’ yang dah tak sabar
nak jumpa kamu ni,” tambah Puan Zanariah dengan senyum.
Disambut
dengan senyum seseorang yang manis di sisinya.
“Balik
tau. Tetamu istimewa ni,” tokok Puan Zanariah lagi, menambah rasa ingin tahu di
hati si anak.
“Mama…janganlah
dera Dinie macam ni. Esok baru khamis tau, nak kena tunggu dua hari lagi baru
dapat tahu. Mana boleh tahan.”
“Jangan
nak merayu-rayu sangat. Mama ada kerja ni. Tetamu Dinie pun nak berehat. Jauh
perjalanan dia tadi, mama letak fon dulu ya,” potong Puan Zanarian cepat-cepat.
Tak mahu mendengar Dinie terus dengan pujuk rayunya.
“Mama!”
panggil Dinie bila Puan Zanariah sudah tiada di talian.
“Mama pun,
suka buat kita tertanya-tanya tau.” Dia sambung menyudahkan suapan. Dalam hati
sudah terdetik dengan pelbagai persoalan.
Pelik.
Kenapa semua orang nak muncul selepas empat tahun. Atau ini waktunya dia harus
menelan kenyataan. Bukan berharap sesuatu yang belum pasti sepanjang empat
tahun ini? Dia bersesi soal jawab seorang diri. Mata teralih ke arah tv, tapi
mulut penuh dengan nasi briyani pemberian lelaki misteri yang masih belum mahu
memunculkan diri.
No comments:
Post a Comment