Thursday, 25 February 2016

Bab 5 : INGATKAN DIA TENTANG SETIA - EMY ROBERTO


       
Bab 5
          
         B
ELEK punya belek. Pap! Fail diletakkan di tepi. Ambil lagi satu. Belek lagi. Pap! Letak tepi. Andi lepaskan keluhan. Elok dia bersandar di kaunter dengan kedua-dua belah tangan di dalam poket seluar.  Bosan. Kiran ni pun tak habis lagi ke dengan pesakit?
         Matanya toleh kiri kanan. Tak biasa sangat dengan Male Surgical Ward (MSW) ni. Jarang dia masuk. Yalah, dah ‘tapak’ dia di Male Medical Ward (MMW). Tu yang dia belek-belek fail pesakit yang ada tapi satu nama pun dia tak kenal.
         “Hei, Andi!”
         Andi sedikit terkejut namun bibirnya mengukir senyum bila Angelica berdiri di sebelah. Bahunya ditepuk Angelica manja.
         “Hei! Ingatkan dah balik. I didn’t see you around.” Sepanjang hari ni tak nampak bayang Angelica. Lunch pun tak join sekali.
         “Sibuk sikit hari ni. Miss me?
         Andi gelak bila mata Angelica berkedip-kedip memandangnya berserta senyuman. Angelica yang manja dan bersahaja, sesiapa pun akan selesa bila berdampingan dengan teman kamceng sejak zaman universiti ini. Malah Angelica dah dianggap macam adik sendiri memandangkan dia memang tak ada adik perempuan di dalam keluarga.
         “Jap. Buat apa kat sini? Ada referral ke?” Jarang tengok Andi di MSW pukul  5 petang macam sekarang.
         Andi angguk kepala.
         “What case?” Angelica tunjuk minat nak tahu.
         “Tadi patient sepsis ada AF (atrial fibrillation). Boleh aje kalau dorang nak manage but still they need Medical review, am I right?”
         Angelica angguk tanda setuju. Biasalah tu kalau ada referred cases, turun naik dan keluar masuk mana-mana wad dah menjadi perkara biasa. Medical MO menyelit dalam surgical ward. GA menyelit masuk medical ward and the list goes on.
         “Jadi ke nak pergi lepak?” Angelica menyoal.
         Kecewa sedikit bila dia tak dapat turut serta sesi melepak bersama Kiran dan Andi malam ini. Orang tua minta temankan pergi ke majlis perkahwinan kenalan, takkan dia nak kata tidak. Nanti merajuk orang tua dia macam mana nak pujuk.
         Yup. Tengah tunggu Kiran. Baru kami nak balik ada HO telefon dia, informed ada new admission.”
         Angelica tergelak kecil. Mata sempat menala pada beberapa orang doktor pelatih yang duduk di kaunter tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri. Tekun bekerja. Sama macam mereka dulu-dulu. Sikit-sikit nak inform MOs. Sikit-sikit nak buat referrals. Dah tu takut tahap petala dengan MOs dan specialists.
         “Teringat pula zaman kita dulu-dulu. Those shitty days in life,” gurau Angelica.
         Yup. Jadi sekarang kita faham  perasaan dorang semua tu.” Mulut Andi muncung ke arah yang sama.
         Tiga tahun yang lalu, mereka pun begitu juga. Overworked. Got banged upside down. Being screwed to the max. Kena ‘tiaw’ sampai telinga jadi kebas. Tapi itu semua pengalaman yang bermakna dan pengalaman itulah yang mengajar mereka untuk menjadi seorang yang betul-betul komited dengan kerja yang melibatkan soal hidup dan mati seseorang.
         No interest, no passion.
         Any profession is not a joke.
         Kalau MO macam Andi memang tak kisah andai doktor pelatih banyak bertanya. Yang mana dia boleh bagi tunjuk ajar, dia on. Yang tengah duduk dan sedang menyiapkan kertas pass over untuk diberikan pada rakan sekerja syif yang seterusnya di atas kaunter macam yang dia lihat sekarang memang dia salute. Yang rajin begitulah yang dia suka. Tapi yang pemalas dan sambil lewa harus dia meletup sampai satu wad boleh dengar.
         “Oh ya. Isteri awak masih kerja di tempat lama ke?” Dah alang-alang bercerita, Angelica bertanyakan tentang isteri Andi.
         “Dia kan workaholic, mana nak resign.”
         Only a workaholic will marry to another workaholic. Dalam erti kata lain, hanya Elly yang sanggup berkahwin dengan Andi.
         Angelica senyum. Perempuan zaman sekarang kan tak suka duduk di rumah. Dunia dah moden, mentaliti pun dah berubah. Sekarang dah lebih kepada gender equality. Kaum perempuan dah seiring dengan kaum lelaki dari segi kerjaya. Jadi kalau membuli kaum perempuan di tempat kerja tu boleh aje kalau nak kena smackdown.
         “Adik saya baru habis study. Maybe Elly boleh tolong-tolong sikit. Biasalah, mentaliti orang muda zaman sekarang ni dah berbeza. They prefer to start from the bottom rather than continuing the previous legacy.”
         Tak nak orang komen kata kejayaan yang diperolehi itu bukan dari hasil titik peluh sendiri.
         Tak nak orang komen kata kejayaan itu tak sehebat mana sebab ia hanya ‘sambungan’ daripada kejayaan yang sebelumnya.
         “Oh...no hal. Saya inform Elly nanti,” jawab Andi.
         Elly Abdullah. Siapa yang tak biasa dengan nama isteri yang sememangnya dikenali di kalangan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan gas dan petroleum. Pengarah cawangan di Kota Damansara, Kuching dan Kota Kinabalu di dalam usia yang muda. Ada sahaja orang yang buka mulut kata Elly ni macam-macam, skandal sana sini dengan bos besar sebab tu cepat naik pangkat bla bla tapi Andi tak ambil kisah. Dia kenal isteri sendiri lebih dari orang lain, jadi buat apa nak dengar suara-suara sumbang buat onar?
         Good then. Elly kan banyak link dengan company lain.”
         “Mesti boleh punya.”
         Senang siot Andi  memberikan harapan pada Angelica. Belum tentu Elly nak tolong. Belum tentu Elly nak ambil kisah. Lebih-lebih lagi kalau Elly tahu tuan punya minyak wangi yang melekat di bajunya adalah Angelica. Hubungannya dengan Elly ada pasang surutnya, tapi akhir-akhir ini bagaikan ada puting beliung yang turut melanda rumah tangga mereka berdua. Hubungan yang hidup tapi tak ‘hidup’, gembira yang tak ‘gembira’ dan cinta yang seolah tak ‘cinta’.
         Teringat kejadian di rumah orang tuanya dua hari yang lalu, Elly siap menyindir dengan ayat pedas mengalahkan cili padi.
         “Cheating is the only achievement in men after they get married.”
         Terbeliak mata Andi. Toleh sekeliling, nasib baik tak ada yang mendengar perbualan mereka berdua.
         “Elly, you know me very well.” Andi menyangkal ayat Elly. Tajam pandangannya memanah mata Elly.
         Dia tak sebaik mana. Dia tak semithali mana. Kalau nak mengharapkan lelaki yang berkopiah dan berkain pelikat bersujud di atas sejadah setiap hari, memang bukan dia. Tapi Andi tak ke tahap sampai nak berlaku curang. Dia bukan spesies gersang yang sentiasa nak mencari ‘makan’ di luar bila dah ada yang menunggu di rumah. Dia bukan jenis yang senang melekat dengan mana-mana perempuan kalau dah ada isteri yang ‘you jump, I jump’ di sisi.
         “Ops. I don’t think so, mister,” Elly berbisik ke telinganya. Sempat tersenyum sinis sebelum berlalu mahu meninggalkan dia yang tak tahu hujung pangkal cerita.
         “Elly, sekejap.”
         Lengan Elly dicapai Andi namun cepat Elly menepis.
         “Orang tengok kita, jangan buat drama kat sini.”
         Siapa yang memulakan drama? Andi cuba bersabar. Nak kata Elly datang angin tak jugak. Nak kata musim PMS lagi lah tak. Sudahnya isu ‘siapa yang curang’ malam itu tergantung tanpa sambungan. Balik ke rumah Elly mengunci mulut. Elly berlagak selamba dan seolah-olah tak ada pertengkaran di antara mereka berdua tapi secara tak langsung itulah yang mengundang rasa sakit hati di dada Andi.
         I don’t care. Yeah. Like I care this shitty feeling.
         Itu prinsip Andi. Dia biarkan saja hubungan mereka berdua ‘on off’ hingga ke hari ini. Nanti-nanti okeylah tu. Nanti-nanti akan kembali pulih juga aura singa betina Elly yang menuduh dia bukan-bukan.
         Hubungan rapat di antara Elly dan Karl pula, patut tak dia menunding jari pada Elly dengan cop mohor ‘curang’? Andi abaikan perasaan syak wasangka di hati sendiri. Bak kata hati, nanti-nanti eloklah hubungan rumah tangga mereka berdua ini.
         Wedding Faizal weekend ni datang kan?” tanya Angelica. Jam di tangan dikerling sekilas.
         Terangkat kening Andi. Diam sejenak. Oh! Baru teringat. Ingatkan majlis resepsi teman satu universiti mereka itu adalah minggu hadapan. Lost track dengan tarikh dan masa sebab sibuk sangat.
         “Mestilah. Kalau tak pergi Faizal putus kawan,” Andi menjawab.
         “Nice! Then I can meet Elly.” Angelica tersenyum.
         Dia dan Andi satu universiti. Kenal dah lama. Tapi bila Andi berkahwin, dia yang bertugas di Johor Bharu tak dapat datang, cuti tak diluluskan. Jadi niat nak mengenali isteri teman rapatnya itu tak ke mana. Mengenali wajah Elly pun hanya melalui Facebook Andi.
         Nak add jadi kawan, malu pulak. Nak datang bertandang ke rumah Andi? Lagilah tak. Nak diajak melepak? Kirim salam. Isteri Andi mungkin saja tak akan menyukai pelepak tegar seperti mereka. Tentu saja isteri Andi jenis yang baik-baik.
         Andi senyum sahaja. Tengoklah macam mana. Kalau Elly nak temankan dia, on. Kalau tak, terpaksalah sedia dengan plan lain.
         “Awak ada plus one tak?” Andi bertanya. Kut kalau Angelica pergi tak berteman nanti, bolehlah dibuat plan B.
         “No that I know of. Lone ranger kan.”
         Plan B. Be my partner kalau saya pun datang tak berteman.”
         “Hah? Habis tu Elly?” Angelica sedikit terkejut. Mustahil isteri Andi tak nak dibawa bersama. Takkanlah sampai ke tahap anti sosial kut.
         “She doesn’t like parties or any events as such.” Andi terpaksa berbohong.
         Yang sebetulnya, Elly mungkin tak mahu temankan dia.
         Dear Elly,
         When was the last time we went for any event together...
         When was the last time we hangout together...
         When was the last time we introduce ourselves as ‘husband and wife’ in front of the crowd together...
          
          
LINDA menggaru kepala yang tak gatal. Mata masih tak lepas memandang Elly yang kepalanya tinggal nak rebah di atas meja saja lagi.
         “Oh. Please don’t. Please don’t. Please don’t...” Linda bercakap sendiri.
         Tup!
          Linda pejam mata sambil mengetap bibir. Elly ni kan! Memang tak ‘makan’ kata. Dia pesan jangan minum, Elly degil tak dengar cakap. Bila dia pesan jangan minum banyak, Elly teguk sampai lupa dunia. Dia pesan jangan cuba Absinthe, masuk telinga kanan Elly lepas tu keluar telinga kiri. Sekarang siapa susah?
         Linda bangun dan mengangkat kepala Elly yang dah sedap landing di atas meja. Dia sandarkan tubuh temannya itu di belakang sofa.
         “Bangun, babe. Kita balik.” Tubuh Elly digoncang Linda berkali-kali tapi tak ada respons.
         Dah tak sober. Okey. Masalah dah semakin besar. Linda mencapai air kosong di atas meja dan diteguknya rakus, cuba menenangkan hati yang sudah mula gundah sedikit.
         Macam mana nak bagitau Andi?
         Apa nak cakap?
         Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan situasi begini tapi Linda masih tak ‘biasa’. Dia tak suka menelefon Andi kata ‘Elly mabuk, boleh datang ambil tak?’ sebab bagi Linda itulah part yang paling payah. Andi tak pernah marah. Andi tak pernah ‘sound’. Apatah lagi nak menyekat persahabatan dia dan Elly, pun begitu serius Linda rasa sangat payah.
         Tadi dia berat hati sebenarnya nak datang ke sini tapi Elly mendesak. Kata nak meluahkan perasaan dan sebagai seorang teman setia tak adanya Linda selamba menolak. Akhir-akhir ini Elly selalu kata dia dan Andi dah tak semesra dulu, masing-masing bagaikan berada di dunia sendiri. Kalau dah nama pun masih belum berkahwin dan tak berpengalaman, apa yang mampu Linda nasihatkan. Paling tak pun dia menjadi pendengar Elly.
         Marriage is hard.
         Some people think so, some don’t agree.
         Tak gitu? Linda pula yang pening dengan teori dia sendiri.  Malas nak berlengah, dia mencapai telefon di dalam tote bag Coach miliknya. Nombor Andi dihubungi. Sambil menunggu untuk dijawab di hujung sana, Linda tengah fikir apa ayat cantik yang ingin disusun untuk memaklumkan pada Andi sekejap lagi.
         “Helo.”
         Oh damn! Linda diam sesaat.
         “Helo, Linda.”
         Double damn! Tangan kiri Linda mengipas wajahnya yang terasa panas. Serius nervous! Rasa macam mengaku buat salah dengan daddy pulak.
         “Err...helo. Andi. Kat mana sekarang?” Linda memulakan kata. Detak jantung sudah berubah laju berbanding biasa, takut kena ‘berus’ dengan Andi.
         “Kat rumah. Why? Is Elly with you?”
         Ambik tu! Macam mana nak dijawab soalan Andi. Linda menjeling Elly yang dah tak sedar dunia.
         “Ya, Elly ada dengan saya. Dia dah...err... tak sober.”
         Kira okeylah ayat tu berbanding ‘dia dah mabuk’. Linda menunggu suara Andi di hujung talian.
         Then how about you? Masih sober tak?” Soalan tipikal Andi.
         “Ya, I’m okay. Nak saya hantar Elly?” Linda mencuba nasib. Manalah tau Andi suruh saja dia menghantar teman baiknya ini pulang.
         No. No. Saya datang ambik. Kat mana ni?”
          “Lust.” Terasa kelat tekak Linda berterus-terang. Lainlah kalau Starbucks ke, Chatime ke, confident sikit nak telefon Andi.
         “Oh. Okey. Tunggu kat sana, saya datang.”
         Klik!
         Sebaik talian dimatikan, Linda merenung skrin telefon sendiri. Rasa bersalah tak menghalang Elly tadi. Teman baik tengah frust sambil meluahkan apa yang terbuku di hati dengan linangan air mata, macam mana nak menyelit suruh berhenti minum kan? Pandangan Linda berkalih semula pada Elly di sebelah.
         I so gonna die.
         You so gonna die.
         We both so gonna die Elly.

          

No comments:

Post a Comment