Bab 5
B
|
ELEK punya
belek. Pap! Fail diletakkan di tepi.
Ambil lagi satu. Belek lagi. Pap!
Letak tepi. Andi lepaskan keluhan. Elok dia bersandar di kaunter dengan
kedua-dua belah tangan di dalam poket seluar.
Bosan. Kiran ni pun tak habis lagi ke dengan pesakit?
Matanya toleh
kiri kanan. Tak biasa sangat dengan Male
Surgical Ward (MSW) ni. Jarang dia masuk. Yalah, dah ‘tapak’ dia di Male Medical Ward (MMW). Tu yang dia
belek-belek fail pesakit yang ada tapi satu nama pun dia tak kenal.
“Hei, Andi!”
Andi sedikit
terkejut namun bibirnya mengukir senyum bila Angelica berdiri di sebelah.
Bahunya ditepuk Angelica manja.
“Hei! Ingatkan
dah balik. I didn’t see you around.”
Sepanjang hari ni tak nampak bayang Angelica. Lunch pun tak join
sekali.
“Sibuk sikit hari
ni. Miss me?”
Andi gelak bila
mata Angelica berkedip-kedip memandangnya berserta senyuman. Angelica yang
manja dan bersahaja, sesiapa pun akan selesa bila berdampingan dengan teman kamceng sejak zaman universiti ini.
Malah Angelica dah dianggap macam adik sendiri memandangkan dia memang tak ada
adik perempuan di dalam keluarga.
“Jap. Buat apa
kat sini? Ada referral ke?” Jarang
tengok Andi di MSW pukul 5 petang macam
sekarang.
Andi angguk
kepala.
“What case?” Angelica
tunjuk minat nak tahu.
“Tadi patient sepsis ada AF (atrial fibrillation). Boleh aje kalau dorang nak manage but still they need Medical
review, am I right?”
Angelica
angguk tanda setuju. Biasalah tu kalau ada referred
cases, turun naik dan keluar masuk mana-mana wad dah menjadi perkara biasa.
Medical MO menyelit dalam surgical ward. GA menyelit masuk medical ward and the list goes on.
“Jadi ke nak
pergi lepak?” Angelica menyoal.
Kecewa sedikit
bila dia tak dapat turut serta sesi melepak bersama Kiran dan Andi malam ini.
Orang tua minta temankan pergi ke majlis perkahwinan kenalan, takkan dia nak
kata tidak. Nanti merajuk orang tua dia macam mana nak pujuk.
“Yup. Tengah tunggu Kiran. Baru kami nak
balik ada HO telefon dia, informed
ada new admission.”
Angelica tergelak
kecil. Mata sempat menala pada beberapa orang doktor pelatih yang duduk di
kaunter tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri. Tekun bekerja. Sama macam
mereka dulu-dulu. Sikit-sikit nak inform
MOs. Sikit-sikit nak buat referrals.
Dah tu takut tahap petala dengan MOs dan
specialists.
“Teringat pula
zaman kita dulu-dulu. Those shitty days
in life,” gurau Angelica.
“Yup. Jadi sekarang kita faham perasaan dorang semua tu.” Mulut Andi muncung
ke arah yang sama.
Tiga tahun yang
lalu, mereka pun begitu juga. Overworked.
Got banged upside down. Being screwed to the max. Kena ‘tiaw’ sampai telinga jadi kebas. Tapi itu semua pengalaman yang
bermakna dan pengalaman itulah yang mengajar mereka untuk menjadi seorang yang
betul-betul komited dengan kerja yang melibatkan soal hidup dan mati seseorang.
No interest, no passion.
Any profession is not a joke.
Kalau MO macam
Andi memang tak kisah andai doktor pelatih banyak bertanya. Yang mana dia boleh
bagi tunjuk ajar, dia on. Yang tengah
duduk dan sedang menyiapkan kertas pass
over untuk diberikan pada rakan sekerja syif yang seterusnya di atas
kaunter macam yang dia lihat sekarang memang dia salute. Yang rajin begitulah yang dia suka. Tapi yang pemalas dan
sambil lewa harus dia meletup sampai satu wad boleh dengar.
“Oh ya. Isteri
awak masih kerja di tempat lama ke?” Dah alang-alang bercerita, Angelica
bertanyakan tentang isteri Andi.
“Dia kan workaholic, mana nak resign.”
Only a workaholic will marry to another workaholic. Dalam erti kata lain, hanya Elly yang sanggup
berkahwin dengan Andi.
Angelica senyum.
Perempuan zaman sekarang kan tak suka duduk di rumah. Dunia dah moden,
mentaliti pun dah berubah. Sekarang dah lebih kepada gender equality. Kaum perempuan dah seiring dengan kaum lelaki dari
segi kerjaya. Jadi kalau membuli kaum perempuan di tempat kerja tu boleh aje
kalau nak kena smackdown.
“Adik saya baru
habis study. Maybe Elly boleh tolong-tolong sikit. Biasalah, mentaliti orang
muda zaman sekarang ni dah berbeza. They
prefer to start from the bottom rather than continuing the previous legacy.”
Tak nak orang
komen kata kejayaan yang diperolehi itu bukan dari hasil titik peluh sendiri.
Tak nak orang
komen kata kejayaan itu tak sehebat mana sebab ia hanya ‘sambungan’ daripada
kejayaan yang sebelumnya.
“Oh...no hal. Saya inform Elly nanti,” jawab Andi.
Elly Abdullah.
Siapa yang tak biasa dengan nama isteri yang sememangnya dikenali di kalangan
syarikat-syarikat yang berkaitan dengan gas dan petroleum. Pengarah cawangan di
Kota Damansara, Kuching dan Kota Kinabalu di dalam usia yang muda. Ada sahaja orang
yang buka mulut kata Elly ni macam-macam, skandal sana sini dengan bos besar
sebab tu cepat naik pangkat bla bla tapi
Andi tak ambil kisah. Dia kenal isteri sendiri lebih dari orang lain, jadi buat
apa nak dengar suara-suara sumbang buat onar?
“Good then. Elly kan banyak link dengan company lain.”
“Mesti boleh
punya.”
Senang siot Andi memberikan harapan pada Angelica. Belum tentu
Elly nak tolong. Belum tentu Elly nak ambil kisah. Lebih-lebih lagi kalau Elly
tahu tuan punya minyak wangi yang melekat di bajunya adalah Angelica.
Hubungannya dengan Elly ada pasang surutnya, tapi akhir-akhir ini bagaikan ada
puting beliung yang turut melanda rumah tangga mereka berdua. Hubungan yang
hidup tapi tak ‘hidup’, gembira yang tak ‘gembira’ dan cinta yang seolah tak
‘cinta’.
Teringat kejadian
di rumah orang tuanya dua hari yang lalu, Elly siap menyindir dengan ayat pedas
mengalahkan cili padi.
“Cheating is the only achievement in men after they
get married.”
Terbeliak mata
Andi. Toleh sekeliling, nasib baik tak ada yang mendengar perbualan mereka
berdua.
“Elly, you know me very well.” Andi menyangkal ayat Elly. Tajam pandangannya memanah
mata Elly.
Dia tak sebaik
mana. Dia tak semithali mana. Kalau nak mengharapkan lelaki yang berkopiah dan
berkain pelikat bersujud di atas sejadah setiap hari, memang bukan dia. Tapi
Andi tak ke tahap sampai nak berlaku curang. Dia bukan spesies gersang yang
sentiasa nak mencari ‘makan’ di luar bila dah ada yang menunggu di rumah. Dia
bukan jenis yang senang melekat dengan mana-mana perempuan kalau dah ada isteri
yang ‘you jump, I jump’ di sisi.
“Ops. I don’t think so, mister,” Elly berbisik ke telinganya. Sempat tersenyum sinis
sebelum berlalu mahu meninggalkan dia yang tak tahu hujung pangkal cerita.
“Elly, sekejap.”
Lengan Elly dicapai
Andi namun cepat Elly menepis.
“Orang tengok
kita, jangan buat drama kat sini.”
Siapa yang
memulakan drama? Andi cuba bersabar. Nak kata Elly datang angin tak jugak. Nak
kata musim PMS lagi lah tak. Sudahnya isu ‘siapa yang curang’ malam itu tergantung
tanpa sambungan. Balik ke rumah Elly mengunci mulut. Elly berlagak selamba dan
seolah-olah tak ada pertengkaran di antara mereka berdua tapi secara tak
langsung itulah yang mengundang rasa sakit hati di dada Andi.
I don’t care. Yeah. Like I care this shitty feeling.
Itu prinsip Andi.
Dia biarkan saja hubungan mereka berdua ‘on
off’ hingga ke hari ini. Nanti-nanti okeylah tu. Nanti-nanti akan kembali
pulih juga aura singa betina Elly yang menuduh dia bukan-bukan.
Hubungan rapat di
antara Elly dan Karl pula, patut tak dia menunding jari pada Elly dengan cop
mohor ‘curang’? Andi abaikan perasaan syak wasangka di hati sendiri. Bak kata
hati, nanti-nanti eloklah hubungan rumah tangga mereka berdua ini.
“Wedding Faizal weekend ni datang kan?” tanya Angelica. Jam di tangan dikerling
sekilas.
Terangkat kening
Andi. Diam sejenak. Oh! Baru teringat. Ingatkan majlis resepsi teman satu
universiti mereka itu adalah minggu hadapan. Lost track dengan tarikh dan masa sebab sibuk sangat.
“Mestilah. Kalau
tak pergi Faizal putus kawan,” Andi menjawab.
“Nice! Then I can meet Elly.” Angelica tersenyum.
Dia dan Andi satu
universiti. Kenal dah lama. Tapi bila Andi berkahwin, dia yang bertugas di
Johor Bharu tak dapat datang, cuti tak diluluskan. Jadi niat nak mengenali
isteri teman rapatnya itu tak ke mana. Mengenali wajah Elly pun hanya melalui
Facebook Andi.
Nak add jadi kawan, malu pulak. Nak datang bertandang ke rumah
Andi? Lagilah tak. Nak diajak melepak? Kirim salam. Isteri Andi mungkin saja
tak akan menyukai pelepak tegar seperti mereka. Tentu saja isteri Andi jenis
yang baik-baik.
Andi senyum
sahaja. Tengoklah macam mana. Kalau Elly nak temankan dia, on. Kalau tak, terpaksalah sedia dengan plan lain.
“Awak ada plus one tak?” Andi bertanya. Kut kalau
Angelica pergi tak berteman nanti, bolehlah dibuat plan B.
“No that I know of. Lone ranger kan.”
“Plan B. Be my partner kalau saya pun
datang tak berteman.”
“Hah? Habis tu
Elly?” Angelica sedikit terkejut. Mustahil isteri Andi tak nak dibawa bersama.
Takkanlah sampai ke tahap anti sosial kut.
“She doesn’t like parties or any events as such.” Andi terpaksa berbohong.
Yang sebetulnya,
Elly mungkin tak mahu temankan dia.
Dear Elly,
When was the last time we went for any event
together...
When was the last time we hangout together...
When was the last time we introduce ourselves as
‘husband and wife’ in front of the crowd together...
LINDA
menggaru kepala yang tak gatal. Mata masih tak lepas memandang Elly yang
kepalanya tinggal nak rebah di atas meja saja lagi.
“Oh. Please don’t. Please don’t. Please don’t...” Linda bercakap sendiri.
Tup!
Linda pejam mata sambil mengetap bibir. Elly
ni kan! Memang tak ‘makan’ kata. Dia pesan jangan minum, Elly degil tak dengar
cakap. Bila dia pesan jangan minum banyak, Elly teguk sampai lupa dunia. Dia
pesan jangan cuba Absinthe, masuk telinga kanan Elly lepas tu keluar telinga
kiri. Sekarang siapa susah?
Linda bangun dan
mengangkat kepala Elly yang dah sedap landing
di atas meja. Dia sandarkan tubuh temannya itu di belakang sofa.
“Bangun, babe. Kita balik.” Tubuh Elly digoncang
Linda berkali-kali tapi tak ada respons.
Dah tak sober. Okey. Masalah dah semakin besar.
Linda mencapai air kosong di atas meja dan diteguknya rakus, cuba menenangkan
hati yang sudah mula gundah sedikit.
Macam mana nak
bagitau Andi?
Apa nak cakap?
Ini bukan kali
pertama dia berhadapan dengan situasi begini tapi Linda masih tak ‘biasa’. Dia
tak suka menelefon Andi kata ‘Elly mabuk, boleh datang ambil tak?’ sebab bagi
Linda itulah part yang paling payah.
Andi tak pernah marah. Andi tak pernah ‘sound’.
Apatah lagi nak menyekat persahabatan dia dan Elly, pun begitu serius Linda
rasa sangat payah.
Tadi dia berat
hati sebenarnya nak datang ke sini tapi Elly mendesak. Kata nak meluahkan
perasaan dan sebagai seorang teman setia tak adanya Linda selamba menolak.
Akhir-akhir ini Elly selalu kata dia dan Andi dah tak semesra dulu,
masing-masing bagaikan berada di dunia sendiri. Kalau dah nama pun masih belum
berkahwin dan tak berpengalaman, apa yang mampu Linda nasihatkan. Paling tak
pun dia menjadi pendengar Elly.
Marriage is hard.
Some people think so, some don’t agree.
Tak gitu? Linda pula yang pening dengan
teori dia sendiri. Malas nak berlengah,
dia mencapai telefon di dalam tote bag
Coach miliknya. Nombor Andi dihubungi. Sambil menunggu untuk dijawab di hujung
sana, Linda tengah fikir apa ayat cantik yang ingin disusun untuk memaklumkan
pada Andi sekejap lagi.
“Helo.”
Oh damn!
Linda diam sesaat.
“Helo, Linda.”
Double damn! Tangan
kiri Linda mengipas wajahnya yang terasa panas. Serius nervous! Rasa macam mengaku buat salah dengan daddy pulak.
“Err...helo.
Andi. Kat mana sekarang?” Linda memulakan kata. Detak jantung sudah berubah
laju berbanding biasa, takut kena ‘berus’ dengan Andi.
“Kat rumah. Why? Is Elly with you?”
Ambik tu!
Macam mana nak dijawab soalan Andi. Linda menjeling Elly yang dah tak sedar
dunia.
“Ya, Elly ada
dengan saya. Dia dah...err... tak sober.”
Kira okeylah ayat
tu berbanding ‘dia dah mabuk’. Linda menunggu suara Andi di hujung talian.
“Then how about you? Masih sober tak?” Soalan tipikal Andi.
“Ya, I’m okay. Nak saya hantar Elly?” Linda
mencuba nasib. Manalah tau Andi suruh saja dia menghantar teman baiknya ini
pulang.
“No. No. Saya datang ambik. Kat mana ni?”
“Lust.” Terasa kelat tekak Linda berterus-terang. Lainlah
kalau Starbucks ke, Chatime ke, confident
sikit nak telefon Andi.
“Oh. Okey. Tunggu
kat sana, saya datang.”
Klik!
Sebaik talian
dimatikan, Linda merenung skrin telefon sendiri. Rasa bersalah tak menghalang
Elly tadi. Teman baik tengah frust
sambil meluahkan apa yang terbuku di hati dengan linangan air mata, macam mana
nak menyelit suruh berhenti minum kan? Pandangan Linda berkalih semula pada
Elly di sebelah.
I so gonna die.
You so gonna die.
We both so gonna die Elly.
No comments:
Post a Comment