Salam Sejahtera.
PRE ORDER untuk Novel Edisi Februari 2016 sudah dibuka sehingga 2Mac 2016.
Tajuk : KAHWIN KAMPUS
Penulis : Ain Kamalia
ISBN : 978-967-0718-52-1
Harga : RM29.00(SM) / RM32.00(SS)
Sinopsis :
Ayah terpaksa berpindah dan Nur Zulaikha harus tinggal bersama Nanny. Tapi, syarat perpindahan itu cukup payah. Ika perlu mengahwini Muhammad Nadzim Shah kerana mereka akan serumah.
Bagaimana untuk berkahwin dengan Abang Shah kalau selama ini Ika menganggap lelaki itu sebagai abang sendiri? Lagipun, Ika sudah ada Faez. Lebih penting lagi, Abang Shah juga sudah ada Shira, si rambut karat yang vogue itu.
Tapi yang peliknya, kenapa Abang Shah setuju?
“Betul ke Abang Shah setuju kita bernikah?”
“Ya, memang betul abang setuju!”
Apa lagi yang Ika boleh kata kalau hanya dia saja yang membantah. Berkeras macam manapun, pilihan ayah tetap Abang Shah, bukan Faez.
Perkahwinan mereka menjadi rahsia kerana Ika masih belajar. Duduk sebumbung hanya di hujung minggu. Status suami isteri hanyalah di atas kertas.
Tapi, bila tiba-tiba Shira muncul menuntut Shah tunaikan janji, kenapa hati Ika mula terasa pedih?
“Ika setuju!” – Ika
“Apa yang Ika setuju?” – Shah
“Ika setuju abang kahwin dengan Shira, tapi lepaskan Ika.” - Ika
Apa akan berlaku pada rumah tangga mereka jika Shira berterusan menuntut janji dari Shah untuk mengahwininya?
Mampukah Ika mempertahankan haknya atau terpaksa rela menerima keputusan Shah?
Tajuk : INGATKAN DIA TENTANG SETIA
PENULIS : Emy Roberto
ISBN : 978-967-0718-53-8
Harga : RM24.00(SM) / RM27.00(SM)
SINOPSIS :
Mereka berkahwin atas dasar cinta, tapi kenapa makin lama bagai ada yang tak kena pada rumah tangga mereka?
Andi yang sentiasa sibuk, tanpa sedar telah mengabaikan perasaan Elly sebagai isteri. Andi yang masih dengan dunia sosialnya, tanpa sedar melukakan hati seorang isteri.
Dan apabila dia tersedar, tempatnya bagai sudah diambil alih oleh adik sendiri.
“Bro, aku nampak Elly dengan Karl, berdua di shopping complex.”
Bila dia mahu mengubah keadaan, Elly bagai sudah tawar hati. Isteri bagai mahu menjauhkan diri.
"Saya pergi untuk empat hari. Selepas tu pergi Kuching tiga hari. So....."
"Cancel the trip. Or otherwise I will personally call your so-called big boss.” Ayat Elly dipintas Andi. Langkahnya diatur ke arah si isteri.
"Saya pergi tak lama. Setakat ke KK bukannya jauh pun. It's not like I’m going to Paris and having fun in Wonderland."
"Elly." Andi kawal nada suara.
Tiga tahun perkahwinan mereka, tak pernah sekalipun dia meninggikan suara pada sang isteri. Tapi sikap Elly kali ini betul-betul menguji kesabaran.
"You're not going to KK. Full stop. Susah sangat, saya akan telefon bos awak."
Apa akan jadi bila Elly berkeras mahu menamatkan perkahwinan mereka? Dan paling sadis, pilihan Elly ialah Karl, adik Andi sendiri.
“I will let you go dear darling...” Itu janji Andi.
Apakah keputusan Andi itu akan membahagiakan semua orang? Kenapa Elly rasa persetujuan Andi itu sangat menyakitkan sedangkan dia yang mahukan semua itu?
‘Sesungguhnya, yang membunuh bahagia itu ialah prasangka dan curiga.’
** Diskaun menarik untuk pembelian Combo.
***Percuma postage untuk pre-order sehingga 2 Mac 2016
HARGA KOMBO - RM45.00(SM) / RM50(SS) *sah sehingga 2Mac 2016.
ANDA BOLEH TERUS MEMBUAT BAYARAN KE:
IDEA KREATIF PUBLICATION
MB: 800-722-6815
MAYBANK :562-807-533172
Sila email slip pembayaran & alamat ke ke info.ideakreatif@gmail.com (JIKA BERURUSAN DI FB ATAU PAGE)
terima kasih
Admin
Admin
No comments:
Post a Comment