Bab 1
P
|
AGI yang hujannya renyai-renyai. Jalan sesak yang sangat
teruk. Jam di tangan dah pukul 9.30pagi. Damn!
Lambat masuk kerja. Elly melepaskan keluhan. Inilah sebab kenapa dia tak suka
hari Isnin. Semua serba tak kena.
Sampai di
pejabat, dia buat muka selamba walau ada mata-mata yang memandang. Malulah juga
sebab bos besar macam dia datang lambat, memang bukanlah contoh yang baik untuk
pekerja yang lain. Tapi apa boleh buat.
Today is Monday.
People call it Monday Blues.
But I call it Shitty Monday.
Masuk ke dalam
bilik, punggung landing di atas
kerusi. Lama Elly merenung longgokan surat di atas meja. Banyaknya! Nanti-nanti
pun boleh buka. Surat-surat diambil dan diletakkan di tepi meja.
Telefon bimbit di
dalam beg Salvatore Ferragamo milik Elly berbunyi. Pada masa yang sama, telefon
pejabat di atas meja pun turut berbunyi. Tangan kanan Elly mencapai gagang
telefon dan dikepitkan di antara telinga dan bahu kanannya.
Suara Sharine,
setiausahanya menyapa telinga.
“Ya?” Mulut menjawab tapi tangan terkial-kial mencari
iPhone di dalam beg.
“Puan, saya dah confirmkan flight ke Kuching Jumaat ni. Pukul 3.15 petang. Hope you’re okay with it.”
Gosh!
“Night flight tak ada ke?” Dia terlupa
yang dia perlu pergi ke Kuching hujung minggu ni.
WhatsApp dari
encik suami di iPhone dibuka.
Andi : Elly, I’m
at home. Dah minta Khalid tolong cover.
Nak tidur kejap.
“Tak ada, puan. 3.15pm is the most suitable one for you,”
jawab Sharine di hujung sana.
“I’m okay with it then.”
Habis bercakap
dengan Sharine di telefon, Elly menyandarkan tubuhnya di belakang kerusi. Kalau
dah itu aje penerbangan yang ada nak buat macam mana.
Kepala terasa
pening sedikit. Malam tadi tak cukup tidur, Linda ajak melepak sampai tengah
malam. Maklumlah suami tak ada di rumah mana dia tahan bertapa seorang diri.
Oh! Terkenangkan
suami, iPhone di atas meja dicapai Elly semula. Terlupa nak membalas WhatsApp
Andi.
Andi : Balik lambat hari ni? Dinner sama jom.
Elly: See first.
Will let you know. Love.
Andi : Love.
Lama Elly
merenung skrin telefon. Takat beberapa ayat sahaja ‘perbualan’ dia dan suami di
WhatsApp. Kali terakhir berjumpa pun dua hari yang lalu. Semalam Andi on-call, dan dia tidur tak berteman
sampai ke pagi.
‘Macam tak biasa
tidur seorang, Elly.’ Dia bersuara sendiri.
On-call.
Perkataan yang
dia tak berapa nak suka dan sedikit alergi di pendengaran. Nak mengelak dari
perkataan tersebut memang tak dapat, dah
lumrah pekerjaan Andi ditakdirkan dengan on-call.
Dah tu lepas post-call Andi akan
terus sambung bekerja hingga ke petang. Nak ajak pergi makan tengah hari pun
susah.
Maklumlah, waktu
rehat tengah hari pukul 12.30 tengah hari sampai 1.30 petang. Dia makan gaji,
takkan nak main hentam ikut suka sendiri bila nak keluar masuk waktu rehat
tengah hari.
Kalau mata kasar
orang luar menilai, hidup mereka berdua suami isteri macam tak sehaluan.
Ah...biarlah
orang nak fikir macam mana pun. Yang penting dia cintakan Andi. Andi pun
cintakan dia.
Are you trying to comfort yourself Elly?
Baru saja
tangannya mahu mencapai pen di atas meja, ketukan di pintu buat gerak tangan
Elly terhenti. Muncul Sharine dengan senyuman di muka pintu.
“Puan, ada tetamu
nak jumpa.”
Belum sempat dia
menjawab, tubuh Karl sudah tegak di belakang Sharine.
Terkejut, Elly berikan
isyarat mata pada Sharine, namun setiausahanya itu cuma senyum sahaja. Ni mesti
kes Karl main terjah masuk sebelum sempat berbuat apa-apa.
“Hai, good morning.” Karl ambil tempat duduk di hadapannya.
“Mimpi apa datang
pagi-pagi ni?” Elly berwajah selamba.
Okeylah tu tanya cara baik daripada dia suruh Karl balik terus.
Karl tergelak
kecil. Bungkusan di tangan diletakkannya di atas meja.
“Nah. Breakfast untuk awak. Jangan tolak, saya
bagi dengan ikhlas.”
Huh? Elly blur. Nak kata Karl terhantuk kepala,
tak ada la pulak luka di dahi. Nak kata bulan mengambang, semalam elok aje
bulan separa penuh.
“Sempena apa ni,
Karl?” Mata Elly tertumpu pada bungkusan McDonald’s di hadapannya.
“Saya on the way nak servis kereta. Kebetulan
lalu office awak, saya singgah beli breakfast untuk awak.”
Mata Karl masih
setia pada wajah yang dirindui. Servis kereta tu tak ada pun di dalam jadualnya
untuk hari ini. Dah memang saja dia nak datang untuk menjenguk Elly.
“Err...thank you.” Itu saja yang Elly mampu jawab. Nanti kalau cakap dia tak makan
makanan segera pagi-pagi, kecil hati pulak Karl.
“You don’t have to do all these, Karl...maksud
saya, jangan susahkan diri sendiri.” Elly bersandar di belakang kerusi.
Ni bukan pertama
kali Karl buat begini. Dah berpuluh kali kut, ditegur pun Karl masih buat tak
peduli. Hantar sarapan. Temankan dia makan tengah hari. Kadang-kadang siap
hantar minuman petang. Sampaikan ada mulut-mulut sumbang yang mula buat cerita.
Setakat ni boleh lagi tutup telinga, tapi kalau semakin berlanjutan nanti
dengan Karl sekali dia ‘hentam’ sampai telinga jadi haus.
“Pernah saya
kompelin rasa susah bila buat semua ni untuk awak tak?” Karl bermain tarik
tali.
Elly geleng
kepala.
“Kita akan
sanggup buat apa saja untuk orang yang kita sayang, Elly. So drop that ‘susah’ word.”
Ayat Karl memberikan maksud tersirat.
Elly terdiam.
Rasanya dia tak salah dengar. Nak kata bermimpi lagilah tak. Dia bukan jenis
otak udang atau blur tahap gaban,
jadi ayat Karl tak susah untuk ditafsir. Masalahnya, adakah sayang Karl
melebihi kasih sayang seorang adik ipar terhadapnya?
Yes.
No.
Serius Elly tak
pasti!
ANDI
berbaring di atas sofa berbantalkan lengan kirinya. Yang sebelah kanan pula
masih memegang iPhone sambil menatap wallpaper
di skrin telefon. Gambar Elly yang mulutnya comot dengan icing kek dan tersenyum lebar itu ditatap lama. Ini bukan gambar
semalam. Bukan minggu lepas. Bukan juga bulan lepas tapi tahun lepas.
Huh..lama bukan?
Boleh juga kalau dikategorikan sebagai gambar terakhir Elly yang dia ambil
dengan menggunakan telefon miliknya. Itu kenangan semasa menyambut hari jadi
Elly yang ke-28. Tahun ni kira nak mengajak Elly pergi bercuti, nak mewujudkan
suasana yang berbeza sedikit. Tapi tak tahulah kalau Elly bersetuju atau tidak.
Elly yang rajin
macam semut.
Elly yang
mementingkan kerjaya.
Elly yang workaholic.
Rasanya tak mudah
untuk memujuk Elly menurut rancangan yang dah sedia ada di dalam fikiran.
Selama ni pun masing-masing dah tak serapat dulu. Dua-dua sibuk dengan hal
kerja. Kadang-kadang sampai tiga hari tak berjumpa. Parah.
Andi boleh
dikatakan bernasib baik sebab ada isteri macam Elly. Tak banyak bertanya,
sendiri fahamlah dengan tuntutan kerjanya yang memerlukan pengorbanan.
Never marry a doctor if you’re not a doctor because
only doctors can understand each other.
Statement
yang tak boleh blah begitulah yang
buat orang takut untuk mendampingi doktor. Takut diabaikan. Takut tak dilayan.
Takut tak ada masa nak berkepit. Tapi dia dan Elly okey aje pun. Masih stabil
dan manis di mata orang.
Stable? Are you sure Andi?
Urgh.
When you feel my heat, look into my eyes…
Andi terkejut
bila ada panggilan masuk ke telefon. Cepat saja dia menjawab bila melihat nama
Kiran tertera di skrin.
“Yo, bro!” Suara
Kiran kedengaran di hujung talian.
“Yo! Anything?”
“Lepak malam ni
jom.”
Dah agak dah apa
tujuan Kiran menelefonnnya. Andi membetulkan baringnya di atas sofa.
“KIV, bro. Aku dah plan nak dinner dengan
Elly malam ni.”
“Damn, I always forgot that you are married.” Meledak ketawa Kiran di corong telefon.
“Yeah, right. Kahwin cepatlah, bro. Then
tak payah susah-susah cari member nak lepak malam-malam. Kalau lambat sangat
perempuan dah tak minat.” Andi turut tergelak.
Di antara mereka
sekawan, hanya dia saja yang sudah berkahwin. Kiran masih nak hidup solo.
Khalid? Tak berani nak usyar
jururawat yang dia minat. Kong? Masih tak ada calon yang sesuai. Jadi asal ada
masa terluang, mereka berempat akan melepak bersama. Cuma dia lah yang paling
selalu ‘ponteng’ sebab dah ada isteri.
“Choiiii! Bukan
tak nak, tapi calon tak ada.” Suara Kiran dah panik di hujung sana.
Tahu takut. Tu
lah, suruh kahwin tak nak. Entah sampai bila Kiran nak jadi solo.
“Kira nak ajak
pergi Lust malam ni. Tapi
terlupa yang kau postcall. Next time la, bro.” Kiran berbalik kepada topik asal.
Malam ni saja nak
melepak, nak lepaskan tension sedikit. Hari ni kan Isnin, biasalah tu workload hari Isnin adalah melebihi
hari-hari yang lain. Pulak hari ni ada medicolegal
case, nak juga tahu apa perkembangan dari Kong.
“No problem. Kalau tak jadi dinner dengan Elly, aku join korang.”
Sebaik talian
dimatikan, Andi menatap siling di atas. Tolonglah jangan tak jadi pulak keluar
berdua dengan Elly. Dahlah semalam tak berjumpa langsung. Pendek kata, mereka
berdua dah semakin renggang. Dah tak ada lagi bercerita tentang hal kerja. Tak
ada lagi berbincang nak ke mana bila waktu cuti.
Sejak bila? Andi
pun tak pasti. Dan apa yang dia buat dia semakin takut kini adalah cinta Elly
padanya.
Adakah Elly masih
cinta?
Adakah Elly masih
setia?
No comments:
Post a Comment