DARI mula sampai habis cerita, Masyitah hanya ketawa.
Seronok mendengar si adik kena ‘game’ dengan mamat tak cukup umur tu?
“Muda-muda lagi dah ada gaya bad boy yang cukup memikat.”
“Itu puji ke keji tu?” Tak tercapai dek akal Zinn menyambut
ayat Masyitah itu.
“Dia saje lah tu nak menyakat kau. Dah kau duk gasak dia
dengan soalan kenapa-kenapa. Lepas ni mesti dia berani bet, kau tak akan ganggu
dia lagi. Bijak-bijak...”
Zinn mendengus. Serupa tak payah ceritalah dengan kakak dia
ni. Rasa nak cekik pun ada.
“Hmm, lagipun betul apa? Yang kau nak tahu sangat tu kenapa?
Less is more kan? Lagipun, lantak dialah nak belajar ke tak. Yang penting dia
bayar duit tuisyen.” Fail di hadapan Masyitah belek.
Zinn mengeleng. Walaupun dah berjanji untuk bersusah senang
bersama, tapi si kakak masih gagal membuang tabiat yang suka menampung beban
sendiri. Fail yang sedang dibelek oleh Masyitah dirampas.
“Woii... akak tengah buat kerja kan?”
“Akak ingat aku ni bodoh sangat ke? Sah-sahlah aku tahu ayah
AA ada datang jumpa akak dan siap bagi ayat sound! Akak jugak cakap ayah dia
bayar triple kan? So, tak kan kita nak biar student kita lari kut!”
“Biarlah Zinn kalau sungguh dia nak lari pun. Kita tak boleh
tahan orang dari pergi dan datang dalam hidup kita.” Stok ayat matang keluar
dari mulut Masyitah. Dia pun ada maruah yang perlu dipertahankan. Dia berniaga.
Bukan pengemis.
“Cakap serupa orang menyerah.”
“Nope! I’m not! Akak tengah settle kan cara pinjaman dengan
pihak bank untuk settle kan masalah kewangan ni. Don’t worry Zinn. Sentiasa ada
jalan untuk semua masalah. Take it easy.”
“Kalau tak lulus?”
Diam.
“Hmm... sebab tak ada harta nak jual, so terpaksalah jual
diri.”
“Kepala hotak kau!” Terus dapat pangkat dari Zinn.
Masyitah ketawa. “It’s a joke. Relaks laa...”
“Mungkin kita boleh guna simpanan....”
“No! No!” tolak Masyitah tanpa sempat Zinn menyudahkan
ayatnya. Dia tahu apa yang memenuhi benak Zinn. Tapi walau apa pun yang
berlaku, duit simpanan itu tetap tidak akan dikeluarkan. Itu milik si kembar.
Duit yang ditinggalkan oleh orang tua mereka untuk kegunaan masa depan.
“Alah, mana tahu kita sempat nak cover balik.” Dia tahu idea
ni memang kurang cerdik jugak. Tapi, kadang-kadang kena guna jugak idea tak
cerdik ni.
“Siapa tahu kalau kita tak mampu nak cover balik?” Selalu
ada persoalan di balik persoalan. Dan apa yang dia tahu, dia tak akan sesekali
memperjudikan nasib si kembar. Itu amanah. Dan amanah perlu dipegang sampai
bila-bila.
“Hmm.. akak ada bincang masalah ni dengan Man?”
“Bincang dengan dia? Serupa tak payah. Sejak ibu ayah
meninggal pun, dia pernah ke kisah dengan pusat tuisyen ni?”
Diam. Argh, putus nyawa fikir jalan penyelesaian.
“Don’t worry Zinn. This is my problem and I will take care
about it. Jangan pening-peningkan kepala tu. Tugas kau ialah mengajar dan akak
akan pastikan kau tak akan tangguh study lama-lama.” Masyitah bagi senyuman
paling manis.
Satu, Zinn memang bersyukur dapat kakak macam Masyitah
walaupun perangai dia yang suka pikul masalah sorang-sorang tu memang mintak
kena hempuk.
Dua, kadang-kadang Zinn takut kalau Masyitah ni terlalu
fikirkan pusat tuisyen sampai lupa nak fikir hidup sendiri. Kakak dia ni dah
berumur dua puluh enam kut! Wajar dah ada hidup sendiri.
“Erk, tanya sikit boleh?” Tiba-tiba dia teringatkan kat
sorang mamat yang ‘pernah’ rapat dengan Masyitah dahulu.
“Iya, cik banyak tanya? Cepat tanya, akak ada banyak kerja
ni.” Sejak pekerja di bahagian akaun berhenti, dia yang terpaksa take over
semuanya. Skill akaun yang hampir tumpul perlu diasah semula.
“Dulu akak ada berkawan dengan Abang Khairil kan? Kenapa...”
“The end.” Pintas Masyitah cepat-cepat. Dia dah lama buang
nama itu dalam kamus hidupnya.
“Asal?”
Masyitah senyum. “Ada sesetengah soalan, tak perlukan
jawapan Zinn.”
Diam. Banyak cerita yang menemui penamat yang tergantung.
Umpama tiada kesudahan.
“You still love him?” Sedang dia masih menimbang-nimbang
soalan itu di kotak fikiran, laju sahaja organ mulutnya melancarkan serangan.
“I got to go. See you at home! Jangan nak merayap pulak.”
Karbon dioksida dilepaskan. Kronik betul hari ini. Masyitah
dengan degilnya. Azan dengan kehilangan kewarasannya.
BADAN Azan sandarkan ke tiang gazebo. Tak tahu kenapa,
kata-kata yang diucapkan kepada cikgu pagi tadi tak mampu dihalau dari
benaknya. Ah, bunyi dia macam mengacau sungguh.
“Masuk meminang?” Macam mana dia boleh secara tak malu
bergurau sebegitu rupa?
Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri. Ini kalau arwah nenek
tahu ni, tak pasal kena piat telinga.
“Lama dah Pak Tam tak nampak Azan senyum macam tu.” Teguran
Pak Tam, pemandu keluarganya buatkan cepat-cepat betulkan duduk. Tak sangka
telatahnya diperhatikan.
“Duduklah Pak Tam.”
“Teringatkan siapa? Makwe?”
Kali ini Azan ketawa. Sesuatu yang dah lama dia tak buat.
Hilang tegang di wajahnya.
“Pak Tam lega dengar Azan ketawa. Tapi Pak Tam tak tahulah
sama ada soalan Pak Tam memang betul- betul kelakar atau Azan memang
betul-betul ada makwe sampai Azan boleh ketawa macam ni?”
“Ke situ pulak Pak Tam ni.. Azan baru tujuh belas tahunlah.
Makwe pebendanya,” sanggah Azan perlahan. Menyambung senyum.
Antara benda yang dia selesa dalam rumah ini adalah dengan
adanya Pak Tam dan Acik Hawa. Mereka suami isteri dah lama bekerja bersama
papanya. Selain itu, rumah ini langsung tak menarik baginya.
“Manalah Pak Tam tahu. Budak-budak sekarang bukan tengok
umur pun bila nak bercinta. Azan kan handsome, mestilah ramai anak dara
terpikat kan?” pancing Pak Tam lagi. Seronok tengok Azan versi begini.
“Pak Tam, apa pendapat Pak Tam pasal cikgu?”
Terdiam Pak Tam menyambut soalan Azan itu. Pelik sebab Pak
Tam rasa hobi lama Azan yang suka berbual tu muncul balik.
“Cikgu? Cikgu yang kita hantar ke rumah kelmarin?”
Kepala Azan angguk. Mengiakan. “Kenapa tiba-tiba Azan
tanya?”
“Saje.”
“Cikgu tu comel tapi kalau untuk Azan, macam terlalu tua
pulak. Azan nak mengurat cikgu ke?” Jangan nak. Jangan. Masalah yang sedia ada
dah cukup banyak. Janganlah Azan nak pikul masalah baru pulak. Budak sorang ni
bukan boleh kira.
“Ke situ pulak Pak Tam ni. Tak adalah, cikgu tu banyak
sangat cakap! Dan mulut dia tu buat Azan hilang sabar dan selalu buat Azan rasa
nak balas balik.” Ya, dia macam dah hilang diri sendiri bila berhadapan dengan
cikgu.
“Memang dari dulu pun Azan banyak cakap kan.” Itu memang
hakikat yang tak dinafikan.
Cuma sejak nenek pergi je, dan sejak Azan dipaksa duduk di
rumah ini, suara anak muda itu sudah mahal untuk didengar. Nak diajak berbual
seperti dahulu pun sudah payah.
Kata-kata Pak Tam buat Azan terdiam. Ya, Dia bukan hilang
diri sendiri. Tapi, dia sudah jumpa diri sendiri yang telah hilang dahulu.
Bunyi kereta yang masuk buat keduanya berpaling. Papa dah
balik. Jam dikerling. Awal hari ni?
“Awal pulak dia balik. Tak busy cetak duit ke?”
“Azan.. tak baik cakap macam tu,” tegur Pak Tam lembut.
“Pak Tam, ada sesetengah benda dah tak mampu untuk
diperbetulkan.”
“Silap tu Azan. Semua benda boleh diperbetulkan bila kita
betulkan emosi kita dulu.” Baginya, dua beranak ni sama-sama degil. Semua benda
nak menang. Kemenangan apa kalau pialanya adalah sebuah kebencian?
Pak Tam terus angkat kaki bila Encik Tarmizi
menghampiri mereka. Sesekali bersua muka, mesti ada perkara yang hendak
dibualkan.
“How’s your study?”
Diam. Mata Azan kembali menjamah buku puisi yang dipegang
olehnya tadi.
“Papa tanya ni kan? Susah sangat ke nak jawab?” Encik
Tarmizi sudah bosan bersabar dengan si anak. Sampai bila nak angkat banner
mogok bercakap dengan ayah sendiri? Benda dah lama berlalu.
Menyambut diam si anak yang berterusan, kesabaran dia sudah
hampir hilang.
“Dah enam bulan berlalu Azan! Move on! Sampai bila nak buat
perangai tak matang ni? Kamu seronok ya buat papa macam ni? Seronok dapat
tengok papa jadi macam tunggul dalam rumah ni? Seronok?” Bergema suara Encik
Tarmizi melampiaskan marah.
Kuat tak kuat suara Encik Tarmizi itu sampai Acik Hawa yang
sedang menggoreng cekodok di dapur pun ikut turut keluar. Sudip masih setia di
tangannya. Sempat bertukar pandang dengan si suami. Melurut dada yang dimamah
terkejut. Hidup dua beranak ni tak pernah nak aman! Dan mereka buat hidup orang
dalam rumah ni pun tak aman sekali.
“Relaks lah paaa. Papa baru enam bulan jadi tunggul. Azan ni
dah tujuh belas tahun jadi tunggul. Hidup je lagi.”
“Kurang ajar!” Tangan dah diangkat separa kepalanya.
Menunggu masa untuk melabuhkan daratan.
“Kenapa berhenti?” Tak kan tak sampai hati pulak?"
provok Azan dengan senyuman sinis.
“Kamu sengaja nak mencabar papa kan?” Kalau ikut amarah,
memang sudah lama ditelan dek perangai Azan. Tapi dia masih punya iman. Dan dia
ada polisi untuk tidak membesarkan anak dengan pukulan.
“Azan tak pernah cabar papa..”
“Habis tu, kalau sengaja tak nak perform dalam kelas, sampai
papa ni berulang kali kena panggil dengan cikgu, itu bukan cabar kesabaran ke?”
Azan senyum senget.
“Itu bukan cabar kesabaran paa. Itu peluang yang Azan beri
dari seorang anak untuk ayah dia. Tujuh belas tahun berlalu tapi papa tak rasa
semua tu kan? Tak pernah rasa cikgu panggil ibu bapa dari zaman tadika, sekolah
rendah atau sekolah menengah dulu. Tak pernah tengok record sekolah anak. So,
itu peluang yang Azan bagi pada papa. Itulah moment yang biasa dilalui oleh
seorang ayah. Sebagai kenang-kenangan di hari tua nanti. Nanti kalau papa dah ada
cucu, ada jugak papa nak cerita pada mereka. Yalah, tak kan nak cerita pada
cucu balance duit bank ada berapa pulak kan?”
“Sekarang kau nak mengajar aku ke?” Gigi dikatip. Gerahamnya
bergerak menahan amarah.
Azan angkat bahu.
“Terpulang pada papa nak fikir macam mana..” Perlahan
menapak meninggalkan papanya sendiri.
“Ahmad Azan! Papa tak habis cakap lagi.”
Azan langsung tidak mengendahkan kemarahan ayahnya.
“Kenapa kau ni kurang ajar sangat hah?” Terlepas ayat itu
dari mulut Encik Tarmizi. Sungguh, petang ini sabarnya benar-benar habis! Balik
kerja penat-penat, bergaduh dengan Azan tak ada dalam skop kehendaknya.
Azan ketawa. Pak Tam dan Acik Hawa sudah berpandangan sesama
sendiri. Keadaan makin lama, makin buruk dan teruk!
“Soalan yang menarik paaa. Erk, papa pernah ajar Azan ke?
Seingat Azan macam tak ada. Ke Azan yang lupa? Oh, by the way Azan nak pergi
minum petang dulu. Kesian Acik Hawa merajuk pulak nanti. Tapi nanti kalau papa
jumpa jawapan dia, boleh bagi tahu dekat Azan ya!”
Terduduk Encik Tarmizi dengan soalan dari Azan. Ya. Dia tahu
semua ini silapnya. Tapi, tak kan tak ada ruang untuk dia perbetulkan
kesalahannya?
“Sabarlah tuan. Azan masih muda.”
Ya, budak umur tujuh belas tahun. Apalah yang Azan tahu
sangat selain dari mempertahankan emosinya? Lagipun, mereka tidak berada di
tempat Azan. Mereka tidak tahu kesakitan apa yang ditanggung oleh Azan. Azan
dah banyak kali menempuh erti kehilangan.
“Macam mana lagi cara saya nak perbetulkan hubungan kami
anak beranak?” tanya dia pada pekerjanya itu.
Pak
Tam ikut terdiam. Tiada jawapan untuk soalan itu.
“Masa
mungkin akan pulihkan semuanya nanti tuan.”
“Saya
takut masa akan buat luka ini lagi parah.” Diraup wajah yang dibanjiri
kekesalan itu.
No comments:
Post a Comment