SEDANG dia ralit menonton TV, pintu grill ditarik dari luar.
Tersembul wajah Uthman yang serabai. Hari ini, genap lima hari lelaki
itu tidak pulang ke rumah. Ikut suka hati saja buat rumah ni macam hotel?
Terus dia mengekori si abang yang baru masuk ke dalam bilik.
“We need to talk.”
“Jangan serabut boleh tak? Aku nak balik rehat sesekali pun
payah!” Dengus Uthman geram. Ada adik beradik perempuan ni memang menyusahkan
betullah!
“Oh! Balik rehat? Kenapa? Penat berjimba dekat luar?”
Langsung tak dihiraukan bebelan Zinn, Uthman hempaskan badan
di atas katil bujangnya. Sempat anak mata memerhatikan sekeliling. Bersih.
Pasti ada yang terlebih rajin mengemaskan biliknya. Dan dia berani, bertaruh,
orang itu adalah Zinn. Sebab yang lain-lain tak rajin buat kerja-kerja mengemas
ni.
“Apa ni Man?” Beberapa buah DVD yang dijumpai ketika
mengemas dilempar di atas katil abangnya.
Uthman jeling DVD itu. Aiseh! Asal boleh jumpa pulak ni?
“DVD. Tak kenal ke?”
Lengan disilang ke badan.
“Kau ingat aku tak tahu ke tu DVD apa?”
“So what? Lantaklah aku nak tengok apa pun. Kau sibuk
kenapa? Boleh tak sesekali aku balik kau jangan nak menyemak? Kau tu adik! Adik
buatlah cara adik. Tak perlu nak cara hidup aku sangat. Aku lelaki. Aku tahulah
apa yang aku buat!” Suara Uthman dah naik. Badannya ikut turut terangkat.
Jangan sampai tangannya pula yang terangkat.
“Kau ni tak kesian ke dekat ibu abah dalam kubur tu? Tak
kesian ke kalau dia orang terpaksa tanggung dosa- dosa kau tuh? Kau tu
satu-satunya anak lelaki yang dia orang ada. Kau sepatutnya jadi tunjang dalam
keluarga kita. Jadi pemimpin. Ini tidak, kau...” Rasa sebak sudah memonopoli
hati.
Beza umur mereka yang empat tahun tidak membataskan
panggilan mereka. Memang dari kecik, mereka senang membahasakan diri ‘aku’
‘kau’ sahaja. Lagipun, masa kecik, dia baik dengan abangnya itu. Sebab itu bila
abangnya berubah, dia paling rasa kehilangan.
“Damn! Berhenti cakap pasal satu-satunya anak lelaki,
pemimpin semua tu boleh tak? Aku ada hidup aku! Korang ada hidup korang! Cara
hidup masing-masing boleh tak?”
“Kalau kau rasa, kau dah cukup ada hidup kau sendiri,
bolehlah pelan-pelan berhambus dari rumah ni! Jangan buat rumah ni macam hotel
ya.” bidas Zinn lagi.
Uthman tarik senyum. Sinis.
“Kalau kau lupa, aku nak ingatkan semula. Lepas ibu ayah
meninggal, rumah ni atas nama aku! Nama-aku! Kalau ikutkan, aku ada hak untuk
halau korang semua dari rumah ni. Jangan sampai aku buat macam tu Zinn. Jangan
cabar kesabaran aku yang tak banyak ni!” Tuala yang berada di penyidai ditarik
kasar.
Serius ke dia dengar semua tu keluar dari mulut Uthman?
Serius ke Uthman bagi hint untuk halau mereka empat beradik?
“Man, aku bukan nak belagak jadi ustazah. Tapi tak baik man
tengok benda-benda haram macam tu. Empat puluh hari amalan kita tak diterima
tau bila tengok video lucah.” Berhati-hati Zinn memberi peringatan. Dia tak
mahu Uthman terus hanyut.
Sungguh, didikan ibu dan ayah tak sepatutnya menjadikan
Uthman sebegini rupa. Mana perginya si abang yang pernah mengimamkan solat
jemaah mereka? Mana perginya Uthman yang bertanggungjawab dahulu?
Uthman pandang si adik yang berada di hujung pintu biliknya.
“Lebih senang macam gitu. Tak payah susah-susah nak solat.
Tak gitu?!” tempelak Uthman sinis.
“Tak baik bercakap macam orang tak ada iman.”
“Aku memang dah tak ada iman? So, kau nak buat apa Zinn?
Jadi soleh pun apa yang kita dapat? Hidup kita senang ke? Tak kan? Hutang
piutang bersepah jugak. Hidup kita haru biru jugak. Dah, keluar bilik aku. Dan
lepas ni tak payah gatal-gatal kemas bilik aku lagi. Nanti macam-macam kau
jumpa, macam-macam kau bebel dekat aku.” Ditolak si adik keluar dari biliknya.
Di luar pintu bilik, air mata Zinn menitis. At least, hati
kita tenang Man. Tenang.
Baru sahaja Zinn berpaling, dia menangkap kelibat si kembar.
Eh, bila pulak si kembar ni balik? Bukan ke dia orang keluar bandar ke tadi?
Janganlah. Janganlah mereka tahu aib si abang yang satu itu.
“Lepas ni kalau abang balik, Kak Zinn buat bodoh je boleh
tak? Ain penatlah dengar orang bergaduh.” Bukan serabut dengar orang bergaduh
sebenarnya. Tapi lebih kesian kepada Zinn. Lagipun, buat apa nak pedulikan
orang yang tak pedulikan kita? Dia kalau terserempak dengan si abang kat luar,
harus buat-buat tak kenal.
Cepat-cepat diseka air matanya.
“Korang bergaduh sesakkan kepala Kak Zinn, tak apa pulak?”
“Kita orang ni penyeri suasana kak. Cuba bayangkan kalau
kita orang tak ada, hidup Kak Zinn sunyi tau. So, bersyukur sikit,” ujar Sue,
si kembar Ainul sambil membuat high five bersama kembarnya.
Ya. Memang tak diakui. Si kembar ini memang penyeri.
Walaupun dalam masa sehari, dua puluh kali mereka bergaduh tapi gaduh mereka
tak pernah lama.
KEMUNCULAN rakan baik ketika dia di UMP dahulu mengejutkan
Zinn.
“What’s the great surprise? Kau apahal terpacak dekat sini?”
Soalan random Zinn setiap kali menerima kejutan dari Rudi.
“Aku tengah bakar sate."
“Hampeh!” Buku yang berada di tangan terus dihala ke bahu
Rudi. Suka nak kenakan dia dengan jawapan bodoh itu.
“Aku tunggu kau lah.” Sejak Zinn ambik keputusan untuk
tangguhkan pengajian, Rudi akui hari- harinya di kampus sudah tidak semeriah
dulu. Jujur, dia rindu Zinn!
“Tunggu aku? Wow! Kau dah berhenti belajar dan nak jadi
driver aku ya?” Seloroh Zinn. Melihat kedatangan Rudi, luruh semua rindunya.
“Kalau aku betul-betul jadi driver kau, aku nak jadi yang
versi seumur hidup tau! Versi permanent forever.” Sesekali perlu jugak dia bagi
hint pada Zinn. Biar gadis itu tahu, dirinya pun salah satu keutamaan dalam
hidup Rudi Amsyar. Cuma masa masih tak mengizinkan ayat warta itu keluar dari
mulutnya.
“Lorh... itu je cita-cita kau? Tak mencabar langsung! So,
apa yang membawa kau ke sini?”
Kalau jawab rindu, dia pasti akan pengsan dengan serta
merta. Aiseh, gedik sangat bunyinya. Jangan duk layan perasaan sangatlah Zinn.
“Aku dah dapatkan kerja part time yang kau tanya hari tu.”
“Oh, really?” Tak sangka Rudi betul-betul tolong dia cari.
Dalu dia memang ada suarakan isi hati untuk mencari kerja part time yang tidak
melibatkan malam hari dah hujung minggu kerana itu waktu dia mengajar di pusat
tuisyen.
“Kerja apa?”
“Jadi isteri akulah...”
Zinn ketawa sepatah-sepatah.
“Ceit! Diri sendiri pun tak tertanggung. Ada hati...” cebik
Zinn sambil menghalau pergi semua rasa yang berkelubung di hati. Rudi pun bukan
orang senang untuk senang-senang nak kahwin dengan anak dara orang. Ini bukan
cerita novel yang semua akan disudahi dengan indah.
“Kerja taska. Kau okey?”
“Taska. Hmm. Interesting. Since I love kids very much!”
“Oh, nak kata ciri-ciri keibuan melimpah ruah lah ni? Saje
nak naikkan saham diri sendiri depan aku ke macam mana?” usik Rudi sengaja.
“Saham aku dah sedia naik, tak perlu nak bagi lauk tambah.
Ya dak?”
Perbualan mereka itu secara tidak langsung ditangkap oleh
Azan yang sedang menunggu Pak Tam datang menjemput. Headphone yang di selit ke
telinga sejak awal tadi sudah lama ditarik keluar.
Mula-mula dia nak buat tak tahu. Tapi duduknya berubah
apabila melihat kemesraan mereka. Siap boleh bertepuk tampar menggunakan buku
di tangan.
Dan tak semena, dia rasa cemburu melihat kemesraan tersebut.
“Ahmad Azan, kenapa kau nak rasa cemburu bagai pulak? What
is wrong with you?!"
Kejap. Keningnya bersambung.
Cikgu nak cari kerja part time? Cikgu dah tak nak mengajar
di sini lagi ke atau ini ada kaitan dengan masalah kewangan pusat tuisyen ni?
Dan apa yang menarik minat Azan ialah apa hubungan cikgu
dengan mamat tu? Selama ini dia sedar cikgu memang peramah dengan semua
pelajar. Tapi cikgu tetap memberikan perhatian padanya walau tak pernah
sekalipun dia endahkan cikgu.
Kenapa dia macam tak suka bila cikgu bagi perhatian pada
lelaki lain? Macam dahulu, dia akan cemburu kalau nenek lebihkan cucu yang
lain. Dan sekarang, dia rasa benda yang sama.
Oh shit!
Apa hal dengan dia ni?
DARI luar Azan nampak pintu bilik kerja papanya masih
menyala. Tanpa berfikir panjang, pintu bilik itu diketuk.
“Siapa?” Encik Tarmizi yang berada di dalam bilik sudah
kehairanan. Jam di dinding sudah menunjukkan angka dua pagi. Tak kan Kak Hawa
pulak? Dan paling tak logik, tak kan Azan pulak? Sejak kes pergaduhan di gazebo
dahulu, mereka dah lama tak bertegur sapa.
“Azan.”
Azan? Bunyi macam menarik. “Masuk!”
Cermin mata yang tergantung di batang hidung ditanggalkan.
Biar anak matanya sendiri menyambut kehadiran si anak. Adakah Azan sudah
memaafkannya dan melupakan segalanya?
“Azan tak nak tuisyen di situ lagi.”
Pulak. Lain yang diharap, lain pula yang jadi. Azan memang
nak balas dendam dengan menyusahkan hidup dia kan? Jika tidak, pasti hidup si
anak tidak akan puas.
“So, Azan nak tuisyen dekat mana?”
“Azan nak tutor
personal.”
“Okey, nanti papa aturkan.” Ikut saje lah kepala si anak.
Mengalah mungkin jalan terbaik.
“Nope! Azan dah jumpa orangnya.”
“Dah jumpa? Siapa?” Kali ini Encik Tarmizi angkat punggung.
Azan dah start buat perangai pelik-pelik dah.
“Cikgu Zinn.”
“Cikgu Zinn? Siapa tu? Cikgu dekat sekolah? Dia ajar subjek
apa? Tak kan dia sorang nak cover semua subjek?”
“Dia cikgu dekat tempat pusat tuisyen.”
“Papa kena pastikan yang dia betul-betul ada qualification
untuk mengajar Azan. Papa tak nak ada sembarangan cikgu...”
“Azan tak akan belajar selain dengan dia,” pintas Azan
cepat.
“Azan cuba untuk peras ugut papa?” Dunia memang dah nak
terbalik. Anak zaman sekarang dah berani peras ugut orang tua sendiri.
“Terpulang pada papa nak fikir macam mana. Kalau betul papa
nak serius dalam pelajaran Azan, Azan nak papa hire dia jadi cikgu Azan.
Fulltime!”
“Okey. Andai kata kalau papa setuju sekalipun, belum tentu
lagi cikgu yang kamu nak tu akan setuju kan?” duga Encik Tarmizi geram. Si anak
ni kadang-kadang berfikir macam tak ada otak.
“Lah.. apa guna duit papa yang berkepuk tu? Gunalah
duit-duit tu untuk buat dia setuju.” Seperti sudah tahu soalan itu akan keluar
dari mulut papa, terus dia lempar idea bernas.
Encik Tarmizi ketap bibir. Percubaan si anak untuk
menipiskan sabar dia memang hampir berjaya. Tapi kali ini, dia tidak mahu kalah
semudah itu.
“Jadi dia hanya mudah terbeli dengan duit? Macam mana papa
nak yakin yang dia boleh mengajar kamu dengan baik?”
“Apa nak pelik? Hidup pun terbeli dengan duit jugak kan?
Kalau papa rasa family lebih penting, dah lama papa sedar semua ni sebelum
nenek meninggal lagi.” Jangan bagi dia ungkit semua sejarah silam keluarga
mereka malam ini. Dan dia sebegitu pasti yang papanya tak akan suka apa yang
akan keluar dari mulutnya nanti.
“Jangan nak mulakan Azan!”
Azan hanya senyum.
“Terima kasih sebab pinjamkan masa papa untuk Azan. Erk,
kalau perjumpaan kita ni buat papa rugi, papa boleh tolak elaun Azan bulan
depan. Selamat malam. By the way pa, jangan tidur lewat sangat. Nanti kesihatan
terjejas. Tak kan papa nak bazirkan duit papa yang berkepuk tu untuk bayar
doktor kut? Tak berbaloi kan?”
Usai Azan keluar dari biliknya, terus semua dokumen di atas
meja ditepis kasar.
Azan memang melampau!
No comments:
Post a Comment