PINTU kafe ditolak. Seperti biasa, Zinn akan memesan minuman
Coco Latte kesukaannya. Lagipun, matanya berat semacam hari ini. Usai menerima
pesanan dan membayar, Zinn kembali menapak ke pintu kafe.
Baru sahaja dia hendak menolak pintu kafe, telefon yang berada
di dalam beg tangannya berbunyi nyaring. Dalam kalut hendak mencapai telefon
bimbitnya, dia telah melanggar seseorang.
Oh, crap! Pagi yang haru biru!
“Oh.. sorry... sorry.”
Habis tumpah Coco Latte di kemeja lelaki yang menunduk itu.
Tangan kanannya kalut memegang beg tangan. Di bahagian
kirinya pula memegang minuman. Buru-buru Zinn mengeluarkan tisu dari beg
tangannya. Sementara itu, telefonnya masih menyalak nyaring!
It’s okay. Just pick up your phone. It must be urgent. At
least, berbaloi jugak awak kotorkan kemeja saya tadi untuk dapatkan telefon
tu,” saran lelaki itu sambil mengangkat muka.
Pegun!
Tisu yang sudah dihulur itu dibiar tanpa disambut. Lalu
perlahan-lahan jatuh ke lantai kafe. Pandangannya langsung tidak mampu
dialihkan.
Wajah lelaki itu sudah tidak bersih seperti dahulu. Ada
janggut yang menghiasi wajah itu. Raut wajahnya sudah berubah matang. Malah
badannya juga berisi sedikit.
Oh, sudah lapan tahun berlalu Zinn. Pasti ada banyak
perubahan yang terjadi termasuklah perasaan dan hatinya.
Tanpa pamitan, lelaki itu terus meninggalkan dia yang
terpinga sendiri. Kakinya seakan-akan tidak berjaya jejak ke bumi.
Dia?
Dia dah balik?
Kenapa dia buat-buat tak kenal?
Dia dah hilang ingatan ke?
Atau...
Lelaki itu dah buang dia daripada ingatan?
Masuk sahaja ke dalam kereta, Zinn masih terpanah rasa
terkejut. Enjin kereta langsung tak dihidupkan.
“Rencana tuhan tak pernah ada titik keliru Zinn. Yang selalu
membuatkan kita keliru ialah hati. Hati yang selalu meletakkan kita dalam
persimpangan,” nasihat itu berlegar kembali di benaknya.
“Dah lapan tahun Zinn. Keadaan dah tak sama macam dulu,”
gumamnya sendiri.
Satu ketika dahulu,
Hati kita pernah terpikat
Tapi sayang,
Ia bukan tiket untuk terus terikat.
No comments:
Post a Comment