NAFAS ditarik. Ini adalah pengalaman pertama dia jadi bidan
terjun dalam bidang perguruan walaupun hanya jadi cikgutuisyen sementara. Kalau tak mengenangkan kewangan pusat
tuisyen keluarga yang dah berada di hujung tanduk ni, dia pun tak rela
menangguhkan pengajian ijazahnya di Universiti Malaysia Pahang.
Lagi pula, dia jatuh kasihan melihat kakak sulungnya yang
bertungkus lumus untuk menyelamatkan pusat tuisyen yang telah diusahakan oleh
arwah ibu dan ayahnya. Kerana itu, dia serah diri untuk membantu.
Hari pertama mengajar! Tak ramai pun kelas pagi ni. Ada
dalam dua puluh lima orang sahaja mengikut kiraannya. Senang nak uruskan.
“Babe, tukar cikgu lagi ke eh?”
“Aku tak tahulah apa masalah pusat tuisyen ni. Masalahnya
kalau asyik tukar cikgu, maknanya cara mengajar pun bertukar. Jangan pelik
kalau otak kita sesat tak jumpa jalan balik.”
Zinn yang sedang menulis sesuatu di whiteboard terus
mengulum senyum. Apa punya hiperbola lah budak- budak ni pakai.
“Okey, nama saya Zinn. Korang boleh panggil Cikgu Zinn.
Untuk pengetahuan korang, cikgu akan ambil alih kelas untuk subjek add math.”
“Cikgu nampak macam muda je lagi?” soal seorang pelajar
lelaki. Siap terangkat keningnya.
“Ya. Saya baru dua puluh satu.”
“Dua puluh satu? Mudanya! Cikgu single lagi?” Soalan itu
membuatkan kelas riuh sebentar.
“Stop it Shahrul. Gatal tu simpan sikit boleh tak? Cikgu pun
kau nak try jugak? Tak beragak!” marah pelajar bernama Hannah.
"Perangai kasanova tu boleh tak tinggal kejap depan
pintu kelas sebelum masuk."
“Manalah tahu kalau ngurat cikgu add math, kita boleh jadi
pro add math ke kan?”
“Booo! Lame Shahrul, lame!”
“Okey kelas.. stop it!” Dihentikan kelas yang hampir gamat
itu.
“First of all, cikgu nak tanya, siapa yang rasa add math ni
susah?”
Belum sempat dia sudahkan soalan, semua pelajar di dalam
kelas sudah mengangkat tangan.
“Orang gila je mengaku senang.” Selamba ayat itu keluar dari
Shahrul. Kali ini kata-katanya disokong oleh rakan-rakannya yang lain.
“Kalau macam tu,
cikgu akan buat korang tergolong dalam golongan orang gila tu,” ujar Zinn
yakin.
“Kalau macam tu, saya rela tak skor add math. Nanti, gila
susah. Ialah, orang gila nanti tak boleh kahwin tau cikgu. Kesianlah keluarga
saya tak ada keturunan.” Sekali lagi tawa meledak dalam kelasnya pagi ini.
Nampaknya Shahrul ini memang penceria suasana.
“Malasnya aku nak menyumpah orang pagi-pagi ni.” Hannah dah
kegeraman melayan mulut becok Shahrul.
“Shahrul, kau waras pun belum tentu orang nak kahwin dengan
kau tau!” sampuk Suraya pulak. Terus buat high five dengan Hannah di
sebelahnya.
“Okay guys, cool down. Biar cikgu share pengalaman cikgu,
ya."
"Dulu cikgu sekolah asrama penuh. Cikgu ambil aliran
sains tulen. Dalam kelas ada lebih empat puluh orang dan ada tak sampai sepuluh
orang pun Melayu. Dan first paper add math cikgu, memang cikgu dapat C. Tapi
rata- rata kawan Chinese cikgu dapat A. Pelik betul bila kaum lain boleh
monopoli add math ni.
"Sejak tu, cikgu tekadkan diri. Cikgu kena berusaha.
Bukan nak bersaing untuk tunjuk bagus depan kawan-kawan cikgu, tapi untuk diri
sendiri. Jadi, kejayaan orang lain sepatutnya menjadi inspirasi untuk diri kita
agar menjadi lebih baik.”
Wah, boleh tahan dia membebel pagi ni ya?
“Hari ni, cikgu telah menjadi sumber inspirasi sayalah. Syok
jugak dapat cikgu muda-muda ya? Tak lah rasa serabut sangat macam cikgu-cikgu
sebelum ni. Nak tanya pun takut-takut sebab sesi pembelajaran yang sangat
serius."
“Okey, jadi...” Belum
sempat Zinn hendak melontar kata, pintu kelas ditolak dari luar.
Muncul seorang lelaki. Tanpa memandang dan sebarang kata,
dia terus ke bahagian belakang kelas. Duduk tanpa mempedulikan dirinya
langsung.
“Erk... cikgu tak payah peliklah. Dia memang macam tu.”
Hannah sedikit berbisik. Sempat anak mata menjeling lelaki itu. Masuk dengan
keadaan kurang ajar, tanpa salam atau maaf lepas tu duduk di mejanya dengan
muka kosong.
“Dia tu... AA,” bisik Suraya perlahan.
Kening sedikit terjongket. Teringat pesanan kakaknya
semalam. Di dalam kelas ini, ada seorang budak lelaki pelik yang tak akan
memberi sebarang respons semasa sesi pembelajaran.
“Nama dia AA," ujar Masyitah, kakaknya yang menguruskan
pusat tuisyen ini.
“AA? Air Asia? Wow! anak owner perkhidmatan tambang murah ke
macam mana? Jangan risau kak. Biar aku travel ke dalam hati budak tu dan selami
jiwa dia.” Dia separa berseloroh.
“AA is stand for Ahmad Azan. Kalau betul nak travel,
pastikan kau travel aje ya. Jangan jadi penduduk tetap pulak dekat dalam tu.”
Si kakak mula memberi amaran.
Zinn ketawa.
“Jangan risau kak. Kalau dia degil bin nakal, aku akan
azankan sikit telinga dia tu.”
Eh! Kena pulak dengan nama dia kan?
“Ahmad Azan, kenapa lambat?” Kali ini perhatian kembali
diberikan pada kelas yang berada di depannya.
Suaranya tidak dikeraskan. Sama ketika dia berbual dengan
pelajarnya tadi.
Diam.
Lelaki itu duduk menyandar. Tangannya menulis sesuatu di
bukunya. Seolah-olah langsung tidak terkesan dengan soalannya.
“Azan, I’m asking you.” Aik, mamat ni memang saja nak
menduga kesabaran ke macam mana? Atau budak ni cacat pendengaran?
“Cikgu, abaikan jelah dia. Mesti pihak tuisyen dah bagi
mukadimah sikit pasal dia kan? Dia memang tak makan saman,” terang Hannah lagi.
Semua kelas dah sedia maklum dengan perangai mamat tu. Cikgu dah berganti cikgu
tapi perangai Azan masih di muka surat yang sama!
Zinn lepaskan karbon dioksida yang tersepit di dada.
Betullah, mamat itu bakal mencabar paras sabarnya.
“Okey kelas...” Sambil menyambung sesi pembelajaran. anak
mata tetap mencuri pandang ke arah Azan yang langsung tak mempedulikan
sekelilingnya. Mamat tu dah apahal? Takkan lah sampai dia kena azan betul-betul
kut?
HAMPIR dua minggu menyandang jawatan cikgu. Baru Zinn sedar
besarnya pengorbanan seorang guru. Menghadapi karenah pelajar, bukan benda
mudah. Boleh tercabut skru otaknya.
Dia pulang lewat hari ini. Usai habis kelas tadi, dia
membuat persediaan sedikit untuk kelas seterusnya. Setiap pelajar mempunyai
tahap IQ yang berbeza. Jadi sebagai pengajar, dia perlu cari keseimbangan agar tiada pelajar
yang akan tercicir dalam kelasnya.
Setakat ini, semua pelajar sudah boleh menguasai Add Math
asas kecuali 'mamat penerbangan tambang murah itu.' Bukan sahaja tak nak bagi
kerjasama, soalan pun tak pernah dijawab.
“Kak, kenapa kita tak buat aduan je benda ni pada mak bapak
dia?”
“Nak buat aduan macam mana kalau bapak dia sendiri tahu
masalah ni,” jawab Masyitah apabila dia ajukan soalan tentang budak itu.
“Sebenarnya, akak terima dia di sini sebab ayah dia sanggup
bayar triple memandangkan pusat tuisyen lain tak sanggup nak terima budak
heartless macam tu. Yalah, masuk kelas ikut suka. Kerja yang kita bagi tak
pernah siap. Pemerhatian yang akak boleh buat ialah, dia memang tak nak
belajar! Dia buat kelakuan macam tu mungkin sebagai tanda protes. So, mental
macam mana pun kita rasa, kita tetap kena terima dia. Or maybe you need to do
something yang boleh buat dia tertarik untuk belajar.”
Do-something? Bunuh dia? Atau...
Bunuh diri?
Turun sahaja dari bas Rapid, dia berjalan ke lorong short
cut untuk ke rumahnya. Walaupun jalan itu sedikit gelap, tapi
sekurang-kurangnya tak jauh sangat untuk berjalan. ‘Bateri’ tenaganya hampir
kehabisan.
Tapi sampai di satu kawasan, kelihatan beberapa orang mat
motor sedang melepak di hujung simpang rumahnya.
Dalam banyak-banyak hari, kenapa dia orang kena melepak
malam ni? Selama ini, lengang aje kawasan rumah ini.
“Phewit!”
“Sorang aje ke cik adik? Nak abang teman?”
“Baru balik kerja ke? Sejam berapa? Kalau dengan abang,
abang tak akan mintak diskaun.”
Kata-kata nakal bin jijik mula keluar.
Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan. Alah, tak ada
bateri? Lebih malang apabila seorang lelaki terlebih berani mula melompat ke
depannya. Senyumannya sangat menjengkelkan.
“Hai...” Dengan berani, lelaki itu menguis bahunya.
Kurang ajar!
“Don’t touch me!” sela Zinn serius.
“Owoh... cakap London yaww!”
Baru sahaja tangan lelaki itu hendak menyentuh mukanya,
sebiji bola terlontar dari arah belakang!
“Jangan sentuh dia!”
Spontan mereka berpaling ke arah suara garau itu. Dari balik
cahaya, mata Zinn mengecil. Memerhatikan lelaki yang merapatinya itu.
Itu bukan ke... Azan? Apa budak ni buat kat sini? Dan paling
teruk bila matanya singgah pada badan Azan yang tak berbaju? Ulang suara, tak
berbaju!? Badannya dibasahi dengan peluh.
“Apahal pulak? Dia jalan kawasan aku kut!”
“Dia perempuan aku.”Pengakuan Azan membuatkan mata Zinn
bulat membesar. Hei! budak ni tengah label dia sebagai perempuan simpanan ke
macam mana? Mulut ringan hendak menjawab balik tapi Azan terus berdiri di hadapannya.
Azan ni cuba nak selamatkan dia ke cuba nak ngap dia?
“Kalau kau punya, kau share lah dengan kita orang,” pinta
seorang lelaki sambil galak melempar tawa.
“Aisehh, aku teringin nak buat macam tu. Tapi...” Azan
berhenti sambil memandang ke arah Zinn sedikit.
“Aku ni pembawa HIV. So kau faham-fahamlah kalau perempuan
ni aku punya. Kalau korang sukakan cabaran hidup, boleh aje nak try!”
Rahang Zinn dah menjatuh. Azan cakap apa? Bukan namanya
sahaja yang mewakili penerbangan tambang murah tapi mulutnya pun jenis murah.
Berani Azan rendahkan maruah dia semurah itu?
No comments:
Post a Comment