JALAN
Ampang penuh sesak dengan pelbagai jenis kenderaan yang bertali arus. Panorama biasa
di waktu pagi, di kala umat manusia berlumba-lumba untuk sampai ke tempat kerja.
Beginilah keadaan hiruk pikuk kota yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang.
Berulang-alik dari Titiwangsa ke Jalan Ampang.
Seawal
jam tujuh pagi aku menapak keluar dari rumah untuk memulakan cabaran berjalan kaki
ke Gemilang Holdings. Bila hanya beberapa sen saja yang tinggal di dalam poket,
jadi terpaksalah aku bergantung pada kudrat kaki untuk meredah perjalanan selama
lima puluh minit ini.
Tak
apalah. Sekurang-kurangnya boleh juga aku bakar kalori. Anggap sajalah ini sebagai
cabaran dalam mendapat rezeki yang halal dan diredai Ilahi. Hidup kena positif!
Aku
memanjangkan langkah bila jarum pendek di jam tangan semakin menghampiri angka lapan.
Bayang bangunan Gemilang Holdings masih sayup dari pandangan. Arghhh..aku sudah
lambat ni!
Peluh
yang merenek di dahi kuusap dengan hujung lengan baju kurung. Pagi itu, aku memilih
baju kurung satin dari rona biru gelap dan berbunga halus berwarna kuning cair dipadankan
dengan tudung bawal dari warna yang sama.
Laju
kakiku menapak ke arah lampu isyarat di hujung jalan. Butang yang tersedia pada
batang lampu isyarat aku tekan berkali-kali. Nafas yang sedikit mengah tidak aku
pedulikan. Aku kerling sekali lagi pada jam di pergelangan tangan. Lima minit sebelum
pukul lapan pagi.
“Cepatlah
hijau,” gumamku sambil memandang lampu isyarat pejalan kaki yang masih merah menyala.
Usai
lampu bertukar hijau, aku segera berlari anak melintasi jalan tanpa melihat kiri
dan kanan. Tiba-tiba bunyi tayar kereta berdecit kuat mencengkam lantai jalan. Serentak
itu hon kereta bergema panjang.
Bumper
sebuah kereta Honda City hampir mengena tubuhku yang terjelepok kaku di atas jalan
yang berturap tar. Degup jantung melantun kuat di dada. Aku ke yang terlalu teruja
nak melintas atau kereta ini yang tak tahu nak berhenti bila lampu isyarat bertukar
merah?
“Woi!
Buta ke?” Aku terdengar satu suara menengking kuat. Marah sungguh.
Orang
ramai mula mengelilingiku. Aku mendongakkan wajah bila terasa lenganku dipegang
seseorang.
Uzair!
Bibirku terketar-ketar menyebut nama itu dalam bahasa bisu. Peti suaraku bagaikan
tenggelam dalam kekagetan.
“Awak
okey?” soalnya pendek. Tajam matanya meratah wajahku yang pasti pucat lesi kala
ini.
Aku
bangkit dengan bantuan Uzair. Pertanyaannya aku hanya mampu balas dengan anggukan.
“Boleh
jalan tak ni?”
Aku
mengangguk lagi sambil berdeham kecil untuk menghilangkan rasa gigil yang menjalar
di seluruh urat nadi.
“Masuk
ni dah tiga kali awak jatuh. Rasanya elok awak scan rahim
awak. Manalah tahu kot-kot bukan rahim awak je yang jatuh tapi usus awak pun dah
terburai sekali. Silap hari bulan boleh jadi buasir tu,” bisik Uzair di telingaku.
Dia senyum senget. Sempat lagi lelaki ini memerli.
Aku
angkat wajah. Cop! Mana Uzair tahu yang aku dah tiga kali jatuh? Setahu aku, baru
dua kali aku terjatuh di depan lelaki ini kalau termasuk kemalangan tadi. Kali
pertama masa aku ralit memandang encik Ikram sehingga aku terlanggar tubuhnya.
Kisah
aku terjatuh masa di bilik temu duga tempoh hari sepatutnya tak ada sesiapa
yang tahu sebab aku yakin masa aku jatuh itu hanya aku seorang je yang ada
dalam bilik itu. Takkanlah dia dah tengok video aku jatuh terlentang tu? Tak
mungkin.
“Amoi,
lu okey ka?” Seorang lelaki berbangsa Cina menghampiri aku dan Uzair yang masih
berdiri di tengah jalan. Lengkap dengan tatu di kiri dan kanan lengannya. Seram.
“You buta ke apek?
Apa fasal you langgar
lampu merah?" Keras nada suara Uzair. Berani sungguh mamat ni. Eh, tadi yang
menjerit kuat marah-marah tu suara encik sarkastik ni ke? Mati-mati aku ingatkan
apek ini yang menengking aku.
“Bukan
gua langgar lampu isyarat lorr. Ini pelempuan arr
jalan manyak laju. Talak tengok kiri kanan bila mahu melintas. Nasib baik gua sempat
tekan itu brek ooo. Hayya,” keluh lelaki itu dalam pelat bahasa Cina yang sedikit
pekat.
Melampau
apek ini. Ada aku pula yang disalahkan. Mataku ini belum buta warna lagi. Memang
sah-sah aku nampak lampu isyarat pejalan kaki dah bertukar hijau tadi.
“You jangan
nak kelentong, apek. I
nampak you bawak
kereta laju tadi,” pertahan Uzair.
Aku
mengetap bibir. Geram dengan
ketidakjujuran apek ini. Senang-senang nak lepaskan diri dengan meletakkan kesalahan
di bahu orang lain.
“Mana
ada. Cuba lu tengok kereta gua. Kereta gua arr duduk belakang itu garisan berhenti
lorr,” nafi lelaki Cina itu memanahkan jari telunjuk ke arah kereta Honda hitam
miliknya.
“Hello,
apek.
You jangan
ingat
I tak
nampak
you reverse kereta you tadi.”
Suara Uzair melengking tinggi.
“Hayya..lu
mana boleh tuduh gua tanpa usul peliksa. Gua boleh saman fitnah sama lu.” Lelaki
Cina itu berkeras. Turut tidak mahu mengaku salah.
“Apek,
you
nampak tak bangunan tu?” Uzair menunjuk ke arah
bangunan Gemilang Holdings yang berada beberapa meter di hadapan. Aku turut menghala
pandangan ke arah yang sama.
“You tahu
tak yang bangunan tu ada pasang CCTV. You tak
tahu kan?” Lelaki Cina itu menggeleng perlahan. Berubah air mukanya. Jelas
aku nampak kamera hitam yang melekat pada dinding bangunan itu, betul-betul menghala
ke arah kami.
“Sekarang I dah
beritahu
you.
I nak
kasi tahu you juga yang I kerja
kat situ. Kalau I nak, I boleh
dapat pita rakaman CCTV tu sebagai bahan bukti,” ugut
Uzair.
“Macam
inilah, apek. Senang cerita kita settle perkara
ni kat balai.” Kata-kata Uzair membuatkan lelaki Cina itu semakin menggelabah.
“Err..err..jangan.
Kita
settle sini
saja lorr.” Suara lelaki Cina itu takut-takut.
“Jom awak. Kita ke balai. Biar polis je yang decide siapa
salah. Orang macam ini kita tak boleh biar. Sekurang-kurangnya biar kena gantung driving license tu,”
ujar Uzair mula memimpin lenganku ke bahu jalan. Orang ramai mula bersurai meninggalkan
lelaki Cina itu gelisah di tengah jalan.
“Wait…wait…”
Lelaki Cina itu mengejar kami.
“Err..no
need police lorr. Lagipun
bini lu talak cedera apa-apa.” Bersungguh-sungguh apek yang berbadan gempal itu
mengibas-ngibas tangannya kiri kanan. Bila
masa pula lelaki sarkastik ni jadi suamiku?
“Apek,
saya bukan bi..”
“Tapi you cederakan
emosi dia. You tengok muka dia,
pucat macam zombie,” bentak Uzair memangkah kata-kataku.
Aku
menjegilkan mata pada Uzair. Suka hati dia cakap mukaku macam zombie. Aku tahulah
pagi tadi aku terlebih sapu bedak nyonya kat mukaku ni.
“Err..ini
macamlah…gua mengaku gua pun salah juga tadi. Gua manyak sorry aarr,”
akui lelaki Cina itu akhirnya.
“Err..gua
bayar bini lu ganti rugi,” tambah lelaki Cina itu mengeluarkan dompet. Sekeping
not lima puluh ringgit dikeluarkan dan dihulurkan kepadaku.
Terkebil-kebil
aku memandang lelaki Cina itu. Biarpun not berwarna biru itu cukup menggoda mataku
yang tengah sengkek ini, tetapi aku masih belum tergamak nak membaham duit apek
ini.
“Saya
tak nak duit ni.” Aku menolak.
“Hayya…gua
tambah lagi lima puluh ringgit kasi sama lu.” Sekeping lagi duit lima puluh ringgit
dikeluarkan.
“Apek,
lu sudah salah faham. Saya tak..”
“Baik,
kali ini
you selamat.”
Sekali lagi Uzair memotong
kata-kataku. Dengan selamba dia mengambil duit yang dihulurkan lelaki itu.
Bulat
mataku memandang Uzair. Boleh dia buat tidak peduli dengan jegilan mataku. Aku tahulah
mataku ini sepet. Tak cukup bulat. Mata duitan rupanya encik sarkastik ini.
“Good…good.
Telima kasih. Manyak sorry aar.”
Lelaki Cina itu mengeluh lega.
“Next
time be a careful driver,” pesan Uzair sebelum lelaki Cina itu menghilang
ke dalam perut kereta.
“Nah.”
Uzair menghulurkan dua not lima puluh ringgit itu kepadaku.
“Saya
tak nak duit ni. Bukan duit saya,” tolakku sambil menggeleng laju.
“Dah
apek tu bagi kat awak. Jadi duit awaklah. Takkan duit saya pula,” tempelak Uzair.
“Tapi
bukan saya yang ambil. Awak yang ambil kan?”
“Saya
ambil bagi pihak awak,” tingkah Uzair.
“Saya
tak suruh pun. Yang awak ambil tu kenapa?” soalku tidak puas hati.
“Saya
ambil sebab saya tahu awak tengah pokai sekarang ni,” sinis Uzair pedas.
“Kenapa
awak peduli kalau saya tak ada duit pun? Saya tak hadaplah duit orang. Tulang empat
kerat saya ni masih kuat lagi. Saya ni bukannya pengemis nak harapkan duit ihsan
orang,” balasku bengang.
Uzair
terdiam. Terdengar keluhan lemah meniti keluar dari bibirnya.
“Memanglah
saya harus peduli…” Suara Uzair berubah nada. Perlahan dan sedikit meleret.
Redup
matanya beradu pandang dengan anak mataku. Panahan matanya membuatkan jantung ini
tiba-tiba berdegup kencang. Apa kena dengan jantungku ni? Nak kena buat medical checkup ni.
“…sebab
awak hutang saya dua belas ringgit lima puluh sen,” sambung Uzair.
Ceh!
Kelajuan jantungku jatuh merudum dengan kata-kata Uzair. Sikit lagi aku nak
jadi perasan tadi.
“Cepatlah
ambil duit ni. Hutang lama-lama pun tak baik juga. Bayangkan kalau besok lusa ditakdirkan
nyawa awak ditarik, tak bau syurga nanti,” gertak Uzair
memulangkan paku buah keras. Tangannya masih setia menghulurkan not biru itu kepadaku.
Aku
telan liur kelat. Terngiang-ngiang ceramah agama Ustaz Azhar Idrus.
“Rasulullah
S.A.W. bersabda kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu
ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.”
“Kalau
awak nak duit tu awak ambil jelah. Anggap sajalah hutang saya pada awak dah langsai.
Selebihnya awak sedekah pada sesiapa yang memerlukan.” Aku masih berkeras menolak.
“Tadi
beria-ria kata tak nak,” sindir Uzair sambil tersenyum senget.
Aku
merenungnya tajam. Berasap telingaku dengan ayat pendek tetapi pedas yang diungkapkan
lelaki sarkastik ini.
“Siapa
kata saya nak?” gumamku menahan rasa.
“Awaklah yang
kata.”
“Bila?”
“Baru
kejap tadi.”
“Apa
yang awak merepek ni, Uzair?” Suaraku meninggi.
Beberapa
orang yang lalu lalang menjeling-jeling ke arah kami semacam. Jangan mereka ingat
aku dan Uzair laki bini yang tengah berkrisis rumah tangga sudahlah.
“Kalau
hutang awak langsai dengan duit ni maknanya awak terimalah duit apek tu.” Kata-kata
Uzair membuatkanku terkedu. Betul juga tu. Err..tiba-tiba aku jadi keliru.
“Macam
nilah. Saya rasa awak ambil je duit ni dulu sebab awak pun memang perlukan duit.
Kalau kata awak tak nak, anggap jelah awak pinjam duit ni. Dah dapat gaji nanti,
bayarlah balik. Awak boleh sedekah duit tu ke tabung masjid ke,” cadang Uzair.
Bernas
juga cadangan lelaki ini. Sekurang-kurangnya kalau aku guna duit apek ini untuk
bayar hutang Uzair, tak perlu dah aku hadap lagi muka encik sarkastik ini. Kalau
tak, mesti tiap-tiap hari dia duk kejar aku minta bayar hutangnya. Tengok gaya pun
macam ada potensi nak jadi along.
Sudahlah
aku bakal bekerja sebumbung dengan dia ini. Sebut fasal kerja. Bukan ke aku sepatutnya
melapor diri sebelum pukul lapan pagi? Aku mengerling jam. Dah lewat setengah
jam!
“Lagipun
saya rasa awak perlu duit untuk beli baju baru,” tambah Uzair sambil memandang aku
atas bawah.
“Apa
yang tak kena pula dengan pakaian saya?” tanyaku pelik. Berkerut dahiku.
Baju
kurung yang tersarung di tubuhku ini baju raya tahun lepas. Boleh dikatakan antara
koleksi baju aku yang paling baru dan terkini. Takkan baju ini pun nampak buruk
dan lusuh di mata Uzair?
“Tu..kain
awak tu. Panjang terbelah. Koyak sampai ke betis. Kalau betis tu putih gebu tak
apalah juga. Ini parut kudis sana sini,” tempelak Uzair sambil menjuihkan mulutnya.
Aku
terkesima. Bulat mataku memandang kesan koyak pada tengah-tengah kain. Ya
Allah! Macam mana aku boleh tak sedar yang kainku dah koyak rabak semasa jatuh tadi?
Bukannya
aku kisah soal betisku yang berparut, tapi aku lebih runsingkan auratku ini. Aku
nak tutup dengan apa tempat yang terkoyak ni? Besar pula tu lubangnya.
Tanpa
berfikir panjang, aku segera melabuhkan duduk di birai jalan. Duduk mencangkung.
Dengan cara itu saja aku dapat menyembunyikan bahagian kain yang berlubang itu.
Kedua-dua belah lutut aku kepit rapat. Tapi macam mana aku nak jalan dalam keadaan
macam ini?
“Yang
awak duduk mencangkung kat tengah-tengah orang lalu-lalang ni kenapa pula?” gumam
Uzair menyoalku. Wajahnya menunduk memandangku pelik.
“Habis
tu takkan saya nak berdiri dan biarkan awak tengok percuma betis saya pula?” Aku
menyoal balik.
“Oh,
nak kena bayar ke?” sinis Uzair membuatkan telingaku semakin panas berdesing.
“Jangan
mimpilah saya nak bayar. Awak ingat saya berselera sangat nak tengok betis awak
yang berbunga-bunga tu?” tambahnya sambil mencebikkan bibir. Gayanya macam jijik
sangat denganku.
“Ini
bukan soal betis saya cantik ke, gebu ke, macam bunting padi ke, tapi ini soal aurat
saya. Maruah saya. Nak suruh saya dapat dosa kering?” Aku menjawab pertanyaannya
dengan sinis.
Uzair
senyap. Untuk mendiamkan lelaki yang sarkastik harus dibalas dengan kata-kata yang
sarkastik juga.
Aku
menongkat kepala dengan tangan kanan. Ligat otakku berfikir mencari penyelesaian.
Bagaimana aku nak selesaikan urusan kainku yang terkoyak rabak ni bila berada di
tengah ibu kota yang penuh dengan ribuan manusia?
“Nah.”
Uzair menghulurkan kot hitam yang dipakainya kepadaku.
Aku
mengangkat wajah.
“Ambil
kot ni buat cover tempat
yang koyak tu,” ujar Uzair.
“Err…terima
kasih.” Aku menyambut kot itu.
“Jangan
tengok.” Aku memberikan amaran sebelum bangkit dari duduk.
“Saya
tak hadaplah benda yang haram ni. Lainlah kalau halal,” balas Uzair sedikit
meleret
seraya memalingkan wajahnya ke arah lain. Tersungging
senyuman nipis di pinggir bibirnya.
Aku
lilitkan kot itu di sekeliling pinggangku biarpun fesyen itu tampak sedikit pelik.
“Dah?”
Aku
angguk setelah pasti bahagian yang terkoyak telah ditutup sepenuhnya.
“Jom
ikut saya,” arah Uzair.
Aku
membuntuti Uzair menapak
ke arah bangunan Gemilang Holdings. Hampir sejam aku
dah terlewat untuk melaporkan diri di Jabatan Sumber Manusia. Harap-harap tawaran
kerja untukku masih belum terbatal. Kalau masin mulut Uzair, nampaknya lepas ini
aku terpaksa mencari kerja lainlah.
“Eh..awak
nak ke mana ni?” soalku bila menyedari Uzair melangkah laju melepasi bangunan Gemilang
Holdings. Aku melajukan ayunan kaki agar dapat menyaingi langkah Uzair.
“Kat
depan sana ada butik pakaian perempuan,” jawab Uzair.
“Butik?
Nak buat apa?”
“Beli
bajulah. Takkan nak breakfast pula
kat sana,” sinis Uzair.
Aku
mengetap bibir. Dia ni kan tak boleh ke jawab soalanku dengan elok-elok, tertib,
sopan dan santun?
“Kalau
macam tu, saya masuk ke dalam dululah.” Aku memusingkan tubuh, kembali menghala
ke arah bangunan Gemilang Holdings.
“Awak
nak ke mana tu?” Langkah Uzair terhenti.
“Lapor
diri. Saya dah lambat ni,” beritahuku gusar. Beberapa kali dah mata ini asyik duk
melirik pada jam di tangan.
“Nanti
saya bawa awak ke sana. Sekarang ikut saya dulu.”
“Tapi
saya dah lambat. Ni pun saya tak tahu tawaran kerja tu masih ada ke tak untuk saya,”
tegasku sekali lagi.
“Jangan
risau. Nanti saya backup awak
depan
big boss.”
“Tapi…”
“Saya
kata ikut, awak ikut jelah,” tekan Uzair memangkah kata-kataku. Tidak
cukup dengan itu, dia heret aku dengan memegang hujung lengan bajuku.
"Lepaslah.
Saya tahu jalan sendiri." Aku tarik tangan. Tidak
ada pilihan. Nampaknya terpaksalah aku ikut Uzair. Lagipun dialah satu-satunya saksi
yang melihat kemalangan kecil yang aku hadapi tadi sehingga menyebabkan kelewatan
aku.
“Awak
nak buat apa beli baju perempuan?”
“Bukan
saya yang nak beli tapi awak.” Bicara Uzair
serta-merta menghentikan langkah kakiku. Brek mengejut terus.
“Saya?”
Aku menunjuk pada diriku sendiri.
Aku?
Beli baju kat butik? Memang buang tabiatlah kalau aku buat kerja macam tu. Seumur
hidup butik pun aku tak pernah jejak. Apa dia ni ingat baju kat butik tu murah?
“Yalah…takkan
awak nak pakai macam ni sepanjang hari? Dah macam orang sakai saya tengok.” Dia
senyum mengejek.
“Saya
lebih rela jadi orang sakai daripada buang duit kat tempat
mahal macam tu. Lagipun saya
mana ada duit!" Lancar bibirku menolak.
"Duit
ni kan ada. Tolak hutang saya ada lagi baki RM 87.50. Cukuplah tu." Uzair menggawangkan
dua keping not lima puluh ringgit di depanku.
"Cepatlah,”
gesanya menyambung langkah. Meninggalkanku tengadah di belakang.
No comments:
Post a Comment