BARU
aku sound dia malam tadi, pagi ni
sudah muncul bersama Abang Fuad selaku pengarah urusan syarikat. Ternyata
usahaku tidak mampu untuk mengubah sebarang keputusan.
“Selamat pagi semua. Saya
perkenalkan bos baru kamu semua bagi mengantikan Encik Saiful yang sudah
bersara. Kita tak buat sebarang sambutan atas permintaan bos kita ni…”
Aku rasa nak gelak pun ada. Tahu
Abang Fuad sedang perli Abang Joey. Abang Joey bukan ke bos selama ni. Semua
orang kena ikut cakap dia.
“Jadi tak adalah acara makan-makan…”
Kali ni Abang Fuad perli kami pula sebab memang bahagian kewangan kuat makan
belaka. Pantang ada jamuan, muka kami saja yang penuhkan meja.
“Saya harap semua dapat berikan
kerjasama kepada bos kita ni…” kata Abang Fuad sebelum tinggalkan bahagian
kewangan.
Abang Joey pandang kami sorang demi
sorang. Macam tak pernah tengok orang pun ada. Terakhir dia pandang aku. “Siapa
incharge akaun dengan Syarikat Permata?” Abang Joey tanya serupa samseng mabuk
saja.
“Lia.” Cepat aku jawab.
“Err, saya…” Tak ingat ni pejabat.
Ingat kat rumah saja.
“Bawa dokumen tu ke dalam bilik
saya.”
“Sekarang?”Aku tanya.
“Nak hantar subuh esok ke?”
Ini yang aku malas dan inilah punca
kenapa aku tak nak Abang Joey kerja di syarikat. Belum apa-apa dia sudah mula
mabuk kuasa.
Abang Joey masuk bilik dia.
“Huh, tak mesra alam langsung.
Langsung tak nak tanya nama kita. Sombong!” Manja seperti merungut.
“Itulah bos yang kau nak sangat
tu…”Aku perli Manja sambil bangun. Bawa sama dokumen yang big bos tu mahu.
Sebelum masuk aku ketuk terlebih dahulu pintu bilik dan tolak selepas itu.
“Dokumen yang encik nak tu…”Aku
letak atas meja.
“Sakit ke?”Abang Joey tanya dan
jeling aku tajam.
“Tak sakit apa pun…” Aku jawab. Apa
muka aku macam orang nak mati ke sampai tanya macam tu sekali.
“Yalah, tiba-tiba panggil encik.”
“Tak kan nak panggil abang pulak.”
“Apa salahnya panggil abang. Dah
biasa panggil kenapa nak tukar.”
“Inilah sebabnya Lia tak benarkan
abang join syarikat. Nanti satu bangunan ni tahu kita ada hubungan.”
“Nak takut apa pulak sebab kita
memang ada hubungan dan hubungan tu bakal bertukar tidak lama lagi.”
“Abang, Lia serius ni. Kalau keadaan
macam ni, Lia letak jawatan. Sekarang Lia ada sebab kenapa nak tinggalkan
syarikat. Kalau dulu, Lia ikutkan saja cakap Tuan Arshad sebab dia banyak bantu
Lia. Lia akan gunakan alasan tak nak satu ofis dengan abang untuk letak
jawatan.”
“Lia ugut abang?”
“Tak, Lia buat lawak!”
Abang Joey senyum senget. “Balas
dendamlah ni…”
“Eh, mana ada…”
“Lia, duduk dulu. Kita berbincang.”
“Tak nak. Lia tak nak berbincang
apa-apa dengan abang. Lia nak jaga kepentingan Lia sama.”Aku bertegas.
“Lia, janganlah buat keadaan tambah
sukar.”
“Keadaan tak sukar kalau abang tak
balik semula.” Aku sudah marah. Tak sedar dia yang membuatkan keadaan bertambah
sukar.
“Jadi Lia memang betul-betul tak nak
abang balik? Lia memang suka abang tak muncul di depan Lia? Begitu?”
Aku sudah menjangkakan jawapanku
bakal menaikkan kemarahan Abang Joey, tapi apa pilihan yang aku ada? Mana boleh
aku menipu. Dalam keadaan begini, berterus terang adalah pilihan paling tepat.
“Lia memang tak suka abang balik?”
soal Abang Joey dengan keras.
Aku tidak mahu menunggu lebih lama
lagi. Karang aku akan bertekak lagi dengan dia. Baik aku keluar saja dari situ.
“Lia, abang belum habis lagi!”Abang
Joey separuh menjerit.
Aku langsung tak peduli. Terus
tinggalkan dia. Nak marah? Marahlah. Ada aku kisah? Aku sabar aje ni. Ikutkan
hati aku tulis surat perletakkan jawatan hari ni jugak. Peduli apa aku.
Aku tarik nafas perlahan masa duduk.
Sabar banyak-banyak Malia. Bukan tak kenal Abang Joey macam mana jenisnya.
“Dia marah kau ke?” soal Nisha.
“Emm… Dengar ke?” soalku.
“Dengar dia menjerit saja tapi tak
tahu apa yang dia jeritkan,” balas Nisha. Nasib baik.
“Hah, lepas ni korang tunggulah
giliran korang pulak.”
Diam semuanya. Seorang pun tak
jawab. Tahu pulak takut.
MASA
aku siap-siap nak balik, mak ngah telefon. Mak ngah minta aku bermalam di sana.
Mulanya memang tak nak balik ke kediaman Tuan Arshad, tapi kesian pula dengan
mak ngah. Jadi terpaksalah aku balik sana.
Masa aku sampai, Abang Joey sudah
tunggu aku berhampiran tempat letak kereta. Muka dia masam. Tak puas hati ke?
Kalau tak puas hati cakaplah depan-depan. Aku tak takut punya. Tapi aku buat
tak nampak. Terus jalan sebaik sahaja keluar dari kereta.
Aku tahu Abang Joey ikut aku bila
aku tak layan dia. Terpaksalah aku pusing dan pandang dia. “Abang nak apa?”
soalku.
Abang Joey pandang aku. Muka dia
yang masam campur satu lagi, kelat. Memang kelat. “Boleh tak Lia jangan layan
abang macam ni?”
“Layan macam mana?”Aku tanya balik.
“Boleh tak jangan dingin sangat
terhadap abang? Tiga tahun kita tak jumpa, tapi kenapa Lia masih tak rindukan
abang? Tahu tak abang terlalu rindukan Lia?”
Aku hela nafas panjang. Susah
sebenarnya hendak bercakap dengan orang yang tidak faham bahasa ni. Lagi aku
berterus terang, lagi tak faham rupanya.
“Abang
mana boleh paksa Lia rindukan abang kalau memang betul Lia tak rindukan abang.
Dan Lia pun tak pernah paksa untuk abang rindukan Lia. Tu perasaan
masing-masing. Mana boleh orang lain masuk campur. Terpulanglah kepada abang
nak rindukan Lia atau tidak.” Aku jawab bersama perasaan yang cukup bengang.
“Benci
sangat ke Lia pada abang?”
Soalan
Abang Joey mematikan terus perasaan meluatku. Benci sangat ke aku pada Abang
Joey. Kalau aku benci, apa sebabnya aku bencikan dia? Dendam apa yang
membuatkan aku bencikan Abang Joey?
“Tak,
Lia tak bencikan abang. Kenapa pula Lia nak bencikan abang.”
“Habis
tu…?”
“Cuma
Lia tak nak abang kacau Lia selalu. Boleh tak beri Lia sedikit ruang untuk Lia
memiliki kebebasan Lia sendiri? Biarkan Lia dengan cara Lia dan abang dengan
cara abang. Mungkin kita boleh jadi kawan…”
Abang
Joey diam. Tiba-tiba rasa kasihan pula melihat Abang Joey begitu. Sebenarnya
aku tahu Abang Joey tu tak ada kawan. Dia sibuk jaga aku, sehinggakan dia
langsung tiada masa untuk orang lain.
“Lia
tahu perasaan abang terhadap Lia. Lia tak ubah seperti adik abang saja sebab
itu abang rasa terbeban dengan satu tanggungjawab yang abang sendiri kurang
pasti. Mulai sekarang Lia mahu abang bebaskan diri dari semua tu. Demi
kebahagiaan abang jugak.”
“Abang
tak pernah anggap Lia sebagai adik abang. Tak pernah sama sekali!”
“Tak
payah nak nafikannya. Lia tahu.”
“Suka
hatilah!”
Malas
nak lawan cakap lagi. Tetap kalah juga.
Ketika
suasana sepi berlangsung, kami dikejutkan dengan kemunculan Porsche warna
kuning. Rasanya penyelamat sudah datang. Bagus.
“Hmm,
tu kekasih abang dah muncul.” Aku senyum melihat Kak Husna yang muncul dengan
seluar pendek warna biru dan baju bertali halus warna kuning.
“Siapa?”Abang
Joey rapatkan mukanya ke mukaku.
“Kekasih
abang.” Aku cakap dan aku gelak. Tahu sangat Abang Joey tak berkenan langsung
dengan perempuan gedik ni. Kalau Abang Joey tak berkenan, aku lagilah meluat.
Tapi ini saja caranya aku nak sakitkan hati Abang Joey.
“Cakap
lagi sekali abang cium Lia kat sini juga.” Makin rapat wajah Abang Joey. Mata
aku dah bulat. Tak pernah lagi Abang Joey buat macam ni.
“Kekasih
abang.” Tanpa rasa takut aku cakap lagi. Terus Abang Joey paut pinggangku dah
bawa ke badannya. Memang tak sangka Abang Joey akan buat macam tu.
“Hey,
apa yang korang buat ni?” Kak Husna menjerit.
Abang
Joey masih tidak peduli. Makin erat dia paut pinggangku. Aku berusaha tolak
badan Abang Joey yang tegap tapi tak berjaya.
“Abang,
karang dia perlecehkan pulak orang pakai tudung. Lagi sakit hati.” Aku bisik
perlahan dan masa itulah Abang Joey lepaskan tangannya. Masing-masing sudah
tahu mulut Kak Husna itu bagaimana.
“Joey,
apa ni…?” soal Kak Husna. Mata Kak Husna terbeliak melihat kami.
“Apa?”Abang
Joey tanya balik.
“Apa
yang awak buat dengan budak ni?” soal Kak Husna lagi. Budak? Kak Husna ingat
aku masih budak-budak ke? Oh, aku lupa. Dia sebaya dengan Abang Joey. Maka
memang layaklah dia panggil aku budak-budak. Tak kisah semua tu.
“Tak
ada apa-apa. Aku hanya bergurau dengan kekasih aku. Salah ke? Tak salah bukan?
Yang kau ni serupa orang Afrika nak pergi tangkap katak apa kes? Tak malu ke
pakai macam ni…?”
“Kekasih?”
Kak Husna tanya dengan kuat. Sebenarnya aku pun nak tanya dengan soalan yang
sama tapi, Kak Husna dah tanya dulu, jadi aku sudah bersedia untuk mendengar
jawapan daripada mulut Abang Joey sendiri.
“Yup.
Kekasih aku. Ada apa-apa masalah?” Selamba saja Abang Joey bercakap.
“Jangan
nak merepeklah Joey. Karang tak pasal-pasal pitam pulak mama awak. Tak kan
budak pungut ni awak nak buat kekasih.” Dan selamba juga Kak Husna menghina.
Terasa? Gila kalau aku tak terasa. Memang hati aku sudah luluh mendengar
kata-kata Kak Husna. Budak pungut? Jadi, selama ini aku digelar budak pungut?
“Sebelum
aku tampar mulut kau, baik kau tutup. Tak kiralah dia budak pungut ke, dia apa
ke, status dia sekarang ni adalah kekasih aku. Kau kena tahu tu…”
Aku
tarik lengan Abang Joey bila suara Abang Joey sudah tinggi. Setakat suara naik
tak apa lagi, buatnya tangan Abang Joey naik sama memang haru. Aku kenal Abang
Joey. Tangan dia cepat naik. Dulu depan aku dia belasah budak lelaki kelas aku
sebab belanja aku minum ABC. Lepas kejadian tu dia betul-betul kawal aku.
Berlagak tak ubah macam abang aku saja.
“Eh
perempuan, kau masuk sekarang. Jangan nak menyibuk urusan orang. Sedar sikit
siapa diri tu.” Kak Husna tunjuk muka marah. Tiba-tiba saja dia boleh keluarkan
kata-kata begitu. Sebelum ni memang tak pernah.
“Kau
berambus dari sini sekarang jugak!”Abang Joey menjerit. Aku nampak nafas Abang
Joey turun naik. Nampak benar dia marah.
“Abang,
dahlah…” Aku tarik juga lengan Abang Joey.
“Berambus
dari sini!” marah Abang Joey lagi. Terus Kak Husna melangkah semula menuju
keretanya dan kereta mewah warna kuning itu terus bergerak tinggalkan halaman
rumah.
“Ini
yang buat Lia tak suka dengan abang. Kenapa susah nak kawal perasaan marah? Lia
ingatkan tiga tahun abang bawa diri, abang pelajari sesutua. Setidak-tidaknya
kawallah sikit panas baran abang tu. Ini tidak. Tak ada perbezaan antara Abang
Joey tiga tahun dulu dengan Abang Joey sekarang.” Giliran aku pula berleter.
“Tapi
dia menghina Lia. Abang tak boleh terima penghinaan dia.”
“Kak
Husna tak pernah keluarkan kata-kata macam tu sebelum ni. Mungkin dia cemburu
tengok kita tadi. Abang jugak yang salah sebab sudah naikkan kemarahan dia.
Abang ni memang suka sangatlah cari pasal. Tak boleh ke abang layan Kak Husna
dengan baik?” Aku cakap dengan perlahan dengan harapan kemarahan Abang Joey
akan berkurangan.
“Apa
hak dia nak marah abang? Satu lagi, kenapa pulak abang nak kena layan dengan
baik perempuan macam tu. Jangan harap!”Abang Joey masih begitu. Marah.
“Dia
sayang abang, mestilah dia rasa cemburu bila nampak abang layan Lia dengan
baik. Abang kena faham sama perasaan Kak Husna. Mana boleh marah macam tu.
Abang ni memang tak romantis langsunglah!”
“Tak
ada maknanya nak cemburu. Dia jugak yang buat perangai dulu.”
“Hmm,
rupanya abang masih sayangkan Kak
Husna.”Aku gelak perlahan. Tahulah aku kini. Masih ada rasa dendam yang tidak
terungkai dan dendam itu terbawa-bawa sehingga kini.
“Eh,
tolong sikit. Abang tak pernah sayangkan dia okey.”
“Abang
tak perlu jelaskan apa-apa. Sikap abang sudah membuktikan memang masih ada
sayang terhadap Kak Husna.” Aku gelak lagi.
“Lia
jangan cuba nak sakitkan hati abang. Abang tahu Lia cuma nak sakitkan hati
abang. Bukannya abang tak kenal siapa Lia. Kalau tak kenakan abang memang tak
sah!”
“Apa
pulak. Lia cakap benda yang betul.”
“Memang
dasar!”Abang Joey tolak kepalaku.
“Kepala
jangan main okey!”Aku tolak balik kepala Abang Joey.
“Kepala
budak degil.”
“Degil
pun kepala Lia, bukan kepala abang.”
“Menjawab?”
“Ada
mulut jawablah. Tak kan nak diam.”
“Abang
cium karang!”
“Ciumlah
kalau berani.”Aku lari dulu-dulu.
“Budak
ini…”
Aku
terus lari masuk rumah. Selamat.
No comments:
Post a Comment