Saturday, 7 February 2015

BAB 5:MISI MENCARI PENGANTIN LELAKI - ILLA SHANAHILA




SEPASANG MATA COKLAT cair masih pegun memandang, langsung tidak berkedip.
            Dada aku mula berombak kencang tapi sedaya upaya aku tahan dan pamerkan muka ‘tak ada apa-apa’. Bunyi Qila mengekek dari belakang sikitpun tidak aku hiraukan.
            “Dracula apa awak ni?” aku mendengar suara sendiri menjawab. Aku terus melangkah ke ruang tamu. Meninggalkan Qila yang masih terkedek-kedek membawa sepasang baju melayu satin putih mutiara yang sudah siap digosok.
            “I thought that I heard something like…dracula?”
“You heard it wrong.” Laju aku membalas. “Qila cepatlah!” kaki sudahpun menuruni anak tangga. Dah tak ramai yang ada dekat luar rumah. Semua dah balik rumah masing-masing agaknya. Yang tinggal orang-orang dekat dapur aje.
Aku sudahpun berdiri di sebelah kereta Abang Mazlan yang berkunci. Ben yang turut sama turun dari tangga aku  pandang sesaat. Rambutnya yang hitam berkilat dikuak ke belakang. Dah siap mandi agaknya dia.
“Dah siap?”
Aku angguk perlahan. “Qila mana? Lamanya…”
“Ada ni…”
Aku nampak Qila yang sudah siap bertudung syria yang membawa baju melayu siap dengan penyangkut turun dari tangga. Dia terus mesuk ke tempat duduk belakang setelah Ben membuka kunci kereta.
Spontan aku mengetap bibir. Sengaja. Sengaja.
“Er, you tak bawa selendang?” Ben menyoal perlahan. terus menyirap darah aku naik ke muka. panas!
Akhirnya aku menggeleng perlahan sambil menghenyakkan punggung ke atas kerusi tempat duduk sebelah pemandu. Aku tahu dia tanya ikhlas, tanpa perisa perli.
Tapi…
            “Qila bagi direction, I tak tahu jalan ke bandar.” Suara Ben memecah sunyi dalam kereta.
            Aku hanya mendiamkan diri. Rambut yang dibiarkan lepas tadi aku ikat satu dan terus memandang ke luar tingkap. Membiarkan Qila dan Ben berbalas kata.
            Hampir lima belas minit memandu, kami sampai juga di hadapan Hotel Katerina. Nick sudahpun menunggu di lobi.
            Aku membiarkan Qila dan Ben menyapa Nick yang santai dengan hanya berbaju T putih dan jeans lusuh sementara aku masih memakukan diri di dalam kereta.
            Segak.
            Memang tak dinafikan, Nick memang segak. Rasanya inilah kali pertama aku jumpa Nick depan-depan. Selama ni pun tengok dari gambar yang Qila bagi aje. Itupun sekali.
            Tak sampai lima minit berborak, Qila dan Ben masuk semula ke dalam kereta. Aku menjeling jam pada dashboard. Pukul 1.30 pagi!
            “Qila, angah nak tidur je. Dah sampai nanti kejut.” Aku bersuara sebaik sahaja Qila menutup pintu tempat duduk belakang.
            “Ala, orang pun nak tidur ni…”
            “Tak kira. Dah sampai nanti kejut angah.” Aku sengih senget sambil mengenyitkan mata sebelum menurunkan seat kerusi. Kedua-dua tangan dilipat ke dada.
            Tidur. Tidur walaupun sekejap. Esok kena bangun awal.


AKU TAK TAHU berapa lama kami berdua di situ. Dua minit…lima minit… atau lebih!
            Aku tersedar bila mendengar suara yang memanggil nama aku. Nama yang hanya dia sahaja yang panggil macam dengan pelat macam tu.
            “Norah… dan sampai.”
            Mata aku terbuka luas sebelum menangkap kelibat yang tersenyum nipis di tempat duduk pemandu. Oh my… jangan cakap yang…
            Kepala automatik berpusing ke belakang. Melihatkan ruang kosong di tempat duduk belakang, aku mengeluh kuat. Dah agak dah. Dah agak.
            Ni mesti Qila saja nak kenakan aku.
            Kurang asam keping sungguh sepupu aku yang seorang ni.
            “Dah sampai…” sekali lagi Ben mengulang pernyataan yang sama.
            “Hmm.” aku membetulkan suara sambil mengurut leher beberapa kali. Segan sebenarnya. Entah macam manalah gaya aku tidur tadi? Jangan buat pasal terkeluar air liur basi sudah.
Tali pinggang keledar aku buka dan terus keluar dari kereta.
            Tanpa memandang, aku terus melencongkan kaki aku ke rumah sendiri. Rasanya dah tak ada kerja kut dekat rumah makcik.
            “Norah…”
            Aku berpaling ke belakang sambil mengangkat kening tanda ‘apa?’
            “Ini…” telefon pintar Lenovo diangkat tinggi.
            Spontan aku meraba poket seluar tidur. Tak ada! Aiseh, macam mana boleh terjatuh ni…
            Nak tak nak, aku gagahkan juga kaki mendekatinya. Lenovo bertukar tangan. belum sempat aku berpusing, suara Ben memenuhi telinga.
            “Pipi belah kiri. Lap sikit…” aku nampak dia senyum segaris dan terus memanjat tangga ke atas. laju aje aku membawa tangan ke pipi.
            Air liur basi?!
            Oh my, malu!


Kompang dipalu
Pengantin malu
Duduk bersanding
Tersipu malu

SENYUMAN AKU MAKIN lebar melihat Wanda yang sudah siap bersolek. Tak tebal, tak nipis. Sedang-sedang saja.
Nick yang segak dengan berbaju melayu biru lembut melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang sangat tenang. Sesekali dia tersenyum nipis bila diusik oleh Ashu Hani dan Tok Ngah.
            Berkali-kali juga dia ditahan di pintu masuk oleh beberapa orang anak dara dan kanak-kanak. Kena bayar tol.
            Pagi tadi dengan dua kali lafaz, maka sahlah sepupu aku itu menjadi isteri orang. Aku nampak makcik mengeluarkan air mata gembira. Aku nampak Qila tersenyum lebar, tumpang bahagia.
            Dan Abang Mazlan, dari tadi tidak pudar senyuman pada wajah dia.
            Aku hanya mampu memandang Wanda dan Nick di atas pelamin dari jauh. Baru aku perasan yang wajah mereka hampir seiras terutamanya bab mata tu. walaupun warna kulit tak berapa nak sama.
            “Dah lepas pun budak Wan tu. Kamu tak ada calon lagi ke Norah?”
            Senyuman aku tadi terus mati. Laju aku berpaling ke kanan, memandang wajah Asyu Hani yang cantik berbaju kurung merah menyala. Wanita yang masih anggun walaupun sudah hampir mencecah lima puluh tahun itu aku pandang sesaat sebelum mengalihkan pandangan kembali ke pelamin.
            Asyu Hani, adik bongsu abah.
            Waktu Iqa kahwin dulu, soalan ini juga yang dia tanyakan kepada aku.
            “Tak ada jodoh lagi Asyu…” aku menjawab tanpa memandang.
            “Tak dicari, mana nak dapatnya…”
            Aku diam. Tak tahu nak balas apa dah. Seriously, dia orang semua tahu apa yang aku buat selama ni?
            Dia orang semua tahu tak betapa susahnya nak cari lelaki yang masih bujang dengan umur aku yang macam ni?
            Tak cari…
            “Norah, you tolong I kejap boleh?”
            Belum sempat Asyu Hani membuka mulut, untuk bersuara lagi, Ben yang entah dari mana datang menyampuk. Dua kepala mendongak ke atas, memandang ke arah Benjamin yang siap dengan baju melayu jingga dan songkok di kepala.
            Sungguh!
            Kalau dia tak pakai baju melayu  tadi, memang aku tertukar dengan Alex Yoong!
            “Tolong apa?” sedaya upaya aku mencipta nada suara tenang. Asyu di sebelah hanya dia memerhati.
            “I tak jumpa mana gift untuk tetamu. Yang Lan punya bahagian.”
            Aku bingkas bangun, meninggalkan Asyu Hani tanpa pamitan. “Abang Lan mana?” aku mengikuti langkah Ben ke suatu sudut yang menempatkan pelbagai buah tangan untuk tetamu.
            “Layan guest dekat bawah. Seriously I tak sangka ramai betul yang datang.” Ben mengelap peluh jantan di dahi. Kesian dia. dari malam tadi sama-sama sibuk menolong itu dan ini.
            “Kampung. Biasalah. Satu kampung wajib dijemput.” Aku berhenti sesaat. Melihat warna baju dia, barulah aku perasan yang baju kami sedondon. Kalau orang tengok aku dan Ben jalan beriringan macam ni silap-silap orang akan cakap kami ni pasangan.
“I rasa Abang Lan dan separatekan dia punya gift kan?”
            “I think so.” Jawab Ben pendek.
            “Dalam bilik dia kot. You tak tanya Kak Diana?”
            “I don’t see her anywhere.”
            Aku tersenyum nipis. Kalau Abang Lan sibuk melayan tetamu, Kak Diana, isteri Abang Lan tu pastinya sibuk dekat dapur. “I tengok dalam bilik dia kejap. Abang Lan suruh keluarkan semua ke?”
            “Satu kotak saja.”
            Betul telahan aku. Kotak-kotak yang berisi hadiah untuk para tetamu tersusun elok di dalam bilik Abang Lan. Aku mencapai satu kotak dan terus memberikannya kepada Ben yang menunggu di muka pintu.
            “Thanks.”
            Aku sengih lebar. Sebenarnya, Ben yang dah selamatkan aku dari soalan-soalan membunuh tadi.“No, thanks to you.”
            “Kenapa pulak?” keningnya terangkat tinggi.
            Aku hanya mengangkat kedua-dua bahu.
            “I balik KL petang ni.” matanya tepat pada anak mata aku. “Kalau you tak keberatan, call la I bila you dah balik KL nanti.”
“Petang ni?” soalan itu terkeluar tanpa sedar.
Ben mengangguk dengan senyuman. “Can’t help it. Banyak kerja.”
Oh… “Okay…” kerja apa si Benjamin ni sebenarnya… “Kejap, I mana ada nombor telefon you.”
Aku nampak dia tersengih lebar sambil mengatur langkah ke luar rumah. Aku mengikutnya dari belakang. Asyu Hani dan Tok Ngah yang duduk bertentangan memandang kami dengan wajah yang penuh tanda tanya.
Aku buat tak tahu. Ben yang sedang menuruni tangga untuk ke khemah bahagian lelaki aku pandang tanpa gagal. Menunggu jawapan.
“Ada.” Dia menyarung sebelah selipar ke kaki. “I dah simpankan nombor telefon I dalam telefon you last night. Kalau you tak contact I jugak, I yang akan kacau you.”
Ceh. Laju aje…
“Tengoklah macam mana.”

“I tunggu…”

No comments:

Post a Comment