SEPASANG MATA
COKLAT cair masih pegun memandang, langsung tidak berkedip.
Dada aku mula berombak kencang tapi
sedaya upaya aku tahan dan pamerkan muka ‘tak ada apa-apa’. Bunyi Qila mengekek
dari belakang sikitpun tidak aku hiraukan.
“Dracula apa awak ni?” aku mendengar
suara sendiri menjawab. Aku terus melangkah ke ruang tamu. Meninggalkan Qila
yang masih terkedek-kedek membawa sepasang baju melayu satin putih mutiara yang
sudah siap digosok.
“I thought that I heard something
like…dracula?”
“You heard it wrong.”
Laju aku membalas. “Qila cepatlah!” kaki sudahpun menuruni anak tangga. Dah tak
ramai yang ada dekat luar rumah. Semua dah balik rumah masing-masing agaknya.
Yang tinggal orang-orang dekat dapur aje.
Aku
sudahpun berdiri di sebelah kereta Abang Mazlan yang berkunci. Ben yang turut
sama turun dari tangga aku pandang
sesaat. Rambutnya yang hitam berkilat dikuak ke belakang. Dah siap mandi
agaknya dia.
“Dah
siap?”
Aku
angguk perlahan. “Qila mana? Lamanya…”
“Ada
ni…”
Aku
nampak Qila yang sudah siap bertudung syria
yang membawa baju melayu siap dengan penyangkut turun dari tangga. Dia terus
mesuk ke tempat duduk belakang setelah Ben membuka kunci kereta.
Spontan
aku mengetap bibir. Sengaja. Sengaja.
“Er,
you tak bawa selendang?” Ben menyoal perlahan. terus menyirap darah aku naik ke
muka. panas!
Akhirnya
aku menggeleng perlahan sambil menghenyakkan punggung ke atas kerusi tempat
duduk sebelah pemandu. Aku tahu dia tanya ikhlas, tanpa perisa perli.
Tapi…
“Qila bagi direction, I tak tahu jalan ke bandar.” Suara Ben memecah sunyi
dalam kereta.
Aku hanya mendiamkan diri. Rambut
yang dibiarkan lepas tadi aku ikat satu dan terus memandang ke luar tingkap.
Membiarkan Qila dan Ben berbalas kata.
Hampir lima belas minit memandu,
kami sampai juga di hadapan Hotel Katerina. Nick sudahpun menunggu di lobi.
Aku membiarkan Qila dan Ben menyapa
Nick yang santai dengan hanya berbaju T putih dan jeans lusuh sementara aku
masih memakukan diri di dalam kereta.
Segak.
Memang tak dinafikan, Nick memang
segak. Rasanya inilah kali pertama aku jumpa Nick depan-depan. Selama ni pun
tengok dari gambar yang Qila bagi aje. Itupun sekali.
Tak sampai lima minit berborak, Qila
dan Ben masuk semula ke dalam kereta. Aku menjeling jam pada dashboard. Pukul
1.30 pagi!
“Qila, angah nak tidur je. Dah
sampai nanti kejut.” Aku bersuara sebaik sahaja Qila menutup pintu tempat duduk
belakang.
“Ala, orang pun nak tidur ni…”
“Tak kira. Dah sampai nanti kejut
angah.” Aku sengih senget sambil mengenyitkan mata sebelum menurunkan seat
kerusi. Kedua-dua tangan dilipat ke dada.
Tidur. Tidur walaupun sekejap. Esok
kena bangun awal.
AKU TAK TAHU
berapa lama kami berdua di situ. Dua minit…lima minit… atau lebih!
Aku tersedar bila mendengar suara
yang memanggil nama aku. Nama yang hanya dia sahaja yang panggil macam dengan
pelat macam tu.
“Norah… dan sampai.”
Mata aku terbuka luas sebelum
menangkap kelibat yang tersenyum nipis di tempat duduk pemandu. Oh my… jangan cakap yang…
Kepala automatik berpusing ke
belakang. Melihatkan ruang kosong di tempat duduk belakang, aku mengeluh kuat. Dah
agak dah. Dah agak.
Ni mesti Qila saja nak kenakan aku.
Kurang asam keping sungguh sepupu
aku yang seorang ni.
“Dah sampai…” sekali lagi Ben
mengulang pernyataan yang sama.
“Hmm.” aku membetulkan suara sambil
mengurut leher beberapa kali. Segan sebenarnya. Entah macam manalah gaya aku
tidur tadi? Jangan buat pasal terkeluar air liur basi sudah.
Tali
pinggang keledar aku buka dan terus keluar dari kereta.
Tanpa memandang, aku terus
melencongkan kaki aku ke rumah sendiri. Rasanya dah tak ada kerja kut dekat
rumah makcik.
“Norah…”
Aku berpaling ke belakang sambil
mengangkat kening tanda ‘apa?’
“Ini…” telefon pintar Lenovo
diangkat tinggi.
Spontan aku meraba poket seluar
tidur. Tak ada! Aiseh, macam mana boleh terjatuh ni…
Nak tak nak, aku gagahkan juga kaki
mendekatinya. Lenovo bertukar tangan. belum sempat aku berpusing, suara Ben
memenuhi telinga.
“Pipi belah kiri. Lap sikit…” aku
nampak dia senyum segaris dan terus memanjat tangga ke atas. laju aje aku
membawa tangan ke pipi.
Air liur basi?!
Oh
my, malu!
Kompang
dipalu
Pengantin
malu
Duduk
bersanding
Tersipu
malu
SENYUMAN
AKU MAKIN lebar melihat Wanda yang sudah siap bersolek. Tak tebal, tak nipis.
Sedang-sedang saja.
Nick
yang segak dengan berbaju melayu biru lembut melangkah masuk ke dalam rumah
dengan wajah yang sangat tenang. Sesekali dia tersenyum nipis bila diusik oleh
Ashu Hani dan Tok Ngah.
Berkali-kali
juga dia ditahan di pintu masuk oleh beberapa orang anak dara dan kanak-kanak.
Kena bayar tol.
Pagi tadi dengan dua kali lafaz,
maka sahlah sepupu aku itu menjadi isteri orang. Aku nampak makcik mengeluarkan
air mata gembira. Aku nampak Qila tersenyum lebar, tumpang bahagia.
Dan Abang Mazlan, dari tadi tidak
pudar senyuman pada wajah dia.
Aku hanya mampu memandang Wanda dan
Nick di atas pelamin dari jauh. Baru aku perasan yang wajah mereka hampir
seiras terutamanya bab mata tu. walaupun warna kulit tak berapa nak sama.
“Dah lepas pun budak Wan tu. Kamu
tak ada calon lagi ke Norah?”
Senyuman aku tadi terus mati. Laju
aku berpaling ke kanan, memandang wajah Asyu Hani yang cantik berbaju kurung
merah menyala. Wanita yang masih anggun walaupun sudah hampir mencecah lima
puluh tahun itu aku pandang sesaat sebelum mengalihkan pandangan kembali ke
pelamin.
Asyu Hani, adik bongsu abah.
Waktu Iqa kahwin dulu, soalan ini
juga yang dia tanyakan kepada aku.
“Tak ada jodoh lagi Asyu…” aku
menjawab tanpa memandang.
“Tak dicari, mana nak dapatnya…”
Aku diam. Tak tahu nak balas apa
dah. Seriously, dia orang semua tahu
apa yang aku buat selama ni?
Dia orang semua tahu tak betapa
susahnya nak cari lelaki yang masih bujang dengan umur aku yang macam ni?
Tak cari…
“Norah, you tolong I kejap boleh?”
Belum sempat Asyu Hani membuka
mulut, untuk bersuara lagi, Ben yang entah dari mana datang menyampuk. Dua
kepala mendongak ke atas, memandang ke arah Benjamin yang siap dengan baju
melayu jingga dan songkok di kepala.
Sungguh!
Kalau dia tak pakai baju melayu tadi, memang aku tertukar dengan Alex Yoong!
“Tolong apa?” sedaya upaya aku
mencipta nada suara tenang. Asyu di sebelah hanya dia memerhati.
“I tak jumpa mana gift untuk tetamu. Yang Lan punya
bahagian.”
Aku bingkas bangun, meninggalkan
Asyu Hani tanpa pamitan. “Abang Lan mana?” aku mengikuti langkah Ben ke suatu
sudut yang menempatkan pelbagai buah tangan untuk tetamu.
“Layan guest dekat bawah. Seriously
I tak sangka ramai betul yang datang.” Ben mengelap peluh jantan di dahi.
Kesian dia. dari malam tadi sama-sama sibuk menolong itu dan ini.
“Kampung. Biasalah. Satu kampung
wajib dijemput.” Aku berhenti sesaat. Melihat warna baju dia, barulah aku
perasan yang baju kami sedondon. Kalau orang tengok aku dan Ben jalan
beriringan macam ni silap-silap orang akan cakap kami ni pasangan.
“I
rasa Abang Lan dan separatekan dia
punya gift kan?”
“I
think so.” Jawab Ben pendek.
“Dalam bilik dia kot. You tak tanya
Kak Diana?”
“I don’t see her anywhere.”
Aku tersenyum nipis. Kalau Abang Lan
sibuk melayan tetamu, Kak Diana, isteri Abang Lan tu pastinya sibuk dekat dapur.
“I tengok dalam bilik dia kejap. Abang Lan suruh keluarkan semua ke?”
“Satu kotak saja.”
Betul telahan aku. Kotak-kotak yang
berisi hadiah untuk para tetamu tersusun elok di dalam bilik Abang Lan. Aku
mencapai satu kotak dan terus memberikannya kepada Ben yang menunggu di muka
pintu.
“Thanks.”
Aku
sengih lebar. Sebenarnya, Ben yang dah selamatkan aku dari soalan-soalan
membunuh tadi.“No, thanks to you.”
“Kenapa pulak?” keningnya terangkat
tinggi.
Aku hanya mengangkat kedua-dua bahu.
“I balik KL petang ni.” matanya
tepat pada anak mata aku. “Kalau you tak keberatan, call la I bila you dah
balik KL nanti.”
“Petang
ni?” soalan itu terkeluar tanpa sedar.
Ben
mengangguk dengan senyuman. “Can’t help
it. Banyak kerja.”
Oh…
“Okay…” kerja apa si Benjamin ni
sebenarnya… “Kejap, I mana ada nombor telefon you.”
Aku
nampak dia tersengih lebar sambil mengatur langkah ke luar rumah. Aku
mengikutnya dari belakang. Asyu Hani dan Tok Ngah yang duduk bertentangan
memandang kami dengan wajah yang penuh tanda tanya.
Aku
buat tak tahu. Ben yang sedang menuruni tangga untuk ke khemah bahagian lelaki
aku pandang tanpa gagal. Menunggu jawapan.
“Ada.”
Dia menyarung sebelah selipar ke kaki. “I dah simpankan nombor telefon I dalam
telefon you last night. Kalau you tak contact I jugak, I yang akan kacau
you.”
Ceh.
Laju aje…
“Tengoklah
macam mana.”
“I
tunggu…”
No comments:
Post a Comment