Thursday, 25 February 2016

Bab 1 : INGATKAN DIA TENTANG SETIA - EMY ROBERTO


         Bab 1
          
         P
AGI yang hujannya renyai-renyai. Jalan sesak yang sangat teruk. Jam di tangan dah pukul 9.30pagi. Damn! Lambat masuk kerja. Elly melepaskan keluhan. Inilah sebab kenapa dia tak suka hari Isnin. Semua serba tak kena.
         Sampai di pejabat, dia buat muka selamba walau ada mata-mata yang memandang. Malulah juga sebab bos besar macam dia datang lambat, memang bukanlah contoh yang baik untuk pekerja yang lain. Tapi apa boleh buat.
         Today is Monday.
         People call it Monday Blues.
         But I call it Shitty Monday.
         Masuk ke dalam bilik, punggung landing di atas kerusi. Lama Elly merenung longgokan surat di atas meja. Banyaknya! Nanti-nanti pun boleh buka. Surat-surat diambil dan diletakkan di tepi meja.
         Telefon bimbit di dalam beg Salvatore Ferragamo milik Elly berbunyi. Pada masa yang sama, telefon pejabat di atas meja pun turut berbunyi. Tangan kanan Elly mencapai gagang telefon dan dikepitkan di antara telinga dan bahu kanannya.
         Suara Sharine, setiausahanya menyapa telinga.
         “Ya?” Mulut  menjawab tapi tangan terkial-kial mencari iPhone di dalam beg.
         “Puan, saya dah confirmkan flight ke Kuching Jumaat ni. Pukul 3.15 petang. Hope you’re okay with it.”
         Gosh!
         Night flight tak ada ke?” Dia terlupa yang dia perlu pergi ke Kuching hujung minggu ni.
         WhatsApp dari encik suami di iPhone dibuka.
          
         Andi : Elly, I’m at home. Dah minta Khalid tolong cover. Nak tidur kejap.
          
         “Tak ada, puan. 3.15pm is the most suitable one for you,” jawab Sharine di hujung sana.
         “I’m okay with it then.”
         Habis bercakap dengan Sharine di telefon, Elly menyandarkan tubuhnya di belakang kerusi. Kalau dah itu aje penerbangan yang ada nak buat macam mana.
         Kepala terasa pening sedikit. Malam tadi tak cukup tidur, Linda ajak melepak sampai tengah malam. Maklumlah suami tak ada di rumah mana dia tahan bertapa seorang diri.
         Oh! Terkenangkan suami, iPhone di atas meja dicapai Elly semula. Terlupa nak membalas WhatsApp Andi.
         Andi : Balik lambat hari ni? Dinner sama jom.
          
         Elly: See first. Will let you know. Love.
          
         Andi : Love.
          
         Lama Elly merenung skrin telefon. Takat beberapa ayat sahaja ‘perbualan’ dia dan suami di WhatsApp. Kali terakhir berjumpa pun dua hari yang lalu. Semalam Andi on-call, dan dia tidur tak berteman sampai ke pagi.
         ‘Macam tak biasa tidur seorang, Elly.’ Dia bersuara sendiri.
         On-call.
         Perkataan yang dia tak berapa nak suka dan sedikit alergi di pendengaran. Nak mengelak dari perkataan tersebut  memang tak dapat, dah lumrah pekerjaan Andi ditakdirkan dengan on-call. Dah tu lepas post-call Andi akan terus sambung bekerja hingga ke petang. Nak ajak pergi makan tengah hari pun susah.
         Maklumlah, waktu rehat tengah hari pukul 12.30 tengah hari sampai 1.30 petang. Dia makan gaji, takkan nak main hentam ikut suka sendiri bila nak keluar masuk waktu rehat tengah hari.
         Kalau mata kasar orang luar menilai, hidup mereka berdua suami isteri macam tak sehaluan.
         Ah...biarlah orang nak fikir macam mana pun. Yang penting dia cintakan Andi. Andi pun cintakan dia.
         Are you trying to comfort yourself Elly?
         Baru saja tangannya mahu mencapai pen di atas meja, ketukan di pintu buat gerak tangan Elly terhenti. Muncul Sharine dengan senyuman di muka pintu.
         “Puan, ada tetamu nak jumpa.”
         Belum sempat dia menjawab, tubuh Karl sudah tegak di belakang Sharine.
         Terkejut, Elly berikan isyarat mata pada Sharine, namun setiausahanya itu cuma senyum sahaja. Ni mesti kes Karl main terjah masuk sebelum sempat berbuat apa-apa.
         “Hai, good morning.”  Karl ambil tempat duduk di hadapannya.
         “Mimpi apa datang pagi-pagi ni?” Elly berwajah selamba.  Okeylah tu tanya cara baik daripada dia suruh Karl balik terus.
         Karl tergelak kecil. Bungkusan di tangan diletakkannya di atas meja.
         “Nah. Breakfast untuk awak. Jangan tolak, saya bagi dengan ikhlas.”
         Huh? Elly blur. Nak kata Karl terhantuk kepala, tak ada la pulak luka di dahi. Nak kata bulan mengambang, semalam elok aje bulan separa penuh.
         “Sempena apa ni, Karl?” Mata Elly tertumpu pada bungkusan McDonald’s di hadapannya.
         “Saya on the way nak servis kereta. Kebetulan lalu office awak, saya singgah beli breakfast untuk awak.”
         Mata Karl masih setia pada wajah yang dirindui. Servis kereta tu tak ada pun di dalam jadualnya untuk hari ini. Dah memang saja dia nak datang untuk menjenguk Elly.
         “Err...thank you.” Itu saja yang Elly mampu jawab. Nanti kalau cakap dia tak makan makanan segera pagi-pagi, kecil hati pulak Karl.
         You don’t have to do all these, Karl...maksud saya, jangan susahkan diri sendiri.” Elly bersandar di belakang kerusi.
         Ni bukan pertama kali Karl buat begini. Dah berpuluh kali kut, ditegur pun Karl masih buat tak peduli. Hantar sarapan. Temankan dia makan tengah hari. Kadang-kadang siap hantar minuman petang. Sampaikan ada mulut-mulut sumbang yang mula buat cerita. Setakat ni boleh lagi tutup telinga, tapi kalau semakin berlanjutan nanti dengan Karl sekali dia ‘hentam’ sampai telinga jadi haus.
         “Pernah saya kompelin rasa susah bila buat semua ni untuk awak tak?” Karl bermain tarik tali.
         Elly geleng kepala.
         “Kita akan sanggup buat apa saja untuk orang yang kita sayang, Elly. So drop that ‘susah’ word.” Ayat Karl memberikan maksud tersirat.
         Elly terdiam. Rasanya dia tak salah dengar. Nak kata bermimpi lagilah tak. Dia bukan jenis otak udang atau blur tahap gaban, jadi ayat Karl tak susah untuk ditafsir. Masalahnya, adakah sayang Karl melebihi kasih sayang seorang adik ipar terhadapnya?
         Yes.
         No.
         Serius Elly tak pasti!
          
          
ANDI berbaring di atas sofa berbantalkan lengan kirinya. Yang sebelah kanan pula masih memegang iPhone sambil menatap wallpaper di skrin telefon. Gambar Elly yang mulutnya comot dengan icing kek dan tersenyum lebar itu ditatap lama. Ini bukan gambar semalam. Bukan minggu lepas. Bukan juga bulan lepas tapi tahun lepas.
         Huh..lama bukan? Boleh juga kalau dikategorikan sebagai gambar terakhir Elly yang dia ambil dengan menggunakan telefon miliknya. Itu kenangan semasa menyambut hari jadi Elly yang ke-28. Tahun ni kira nak mengajak Elly pergi bercuti, nak mewujudkan suasana yang berbeza sedikit. Tapi tak tahulah kalau Elly bersetuju atau tidak.
         Elly yang rajin macam semut.
         Elly yang mementingkan kerjaya.
         Elly yang workaholic.
         Rasanya tak mudah untuk memujuk Elly menurut rancangan yang dah sedia ada di dalam fikiran. Selama ni pun masing-masing dah tak serapat dulu. Dua-dua sibuk dengan hal kerja. Kadang-kadang sampai tiga hari tak berjumpa. Parah.
         Andi boleh dikatakan bernasib baik sebab ada isteri macam Elly. Tak banyak bertanya, sendiri fahamlah dengan tuntutan kerjanya yang memerlukan pengorbanan.
         Never marry a doctor if you’re not a doctor because only doctors can understand each other.
         Statement yang tak boleh blah begitulah yang buat orang takut untuk mendampingi doktor. Takut diabaikan. Takut tak dilayan. Takut tak ada masa nak berkepit. Tapi dia dan Elly okey aje pun. Masih stabil dan manis di mata orang.
         Stable? Are you sure Andi?
         Urgh.
         When you feel my heat, look into my eyes…
         Andi terkejut bila ada panggilan masuk ke telefon. Cepat saja dia menjawab bila melihat nama Kiran tertera di skrin.
         “Yo, bro!” Suara Kiran kedengaran di hujung talian.
         “Yo! Anything?”
         “Lepak malam ni jom.”
         Dah agak dah apa tujuan Kiran menelefonnnya. Andi membetulkan baringnya di atas sofa.
         KIV, bro. Aku dah plan nak dinner dengan Elly malam ni.”
         “Damn, I always forgot that you are married.” Meledak ketawa Kiran di corong telefon.
         Yeah, right. Kahwin cepatlah, bro. Then tak payah susah-susah cari member nak lepak malam-malam. Kalau lambat sangat perempuan dah tak minat.” Andi turut tergelak.
         Di antara mereka sekawan, hanya dia saja yang sudah berkahwin. Kiran masih nak hidup solo. Khalid? Tak berani nak usyar jururawat yang dia minat. Kong? Masih tak ada calon yang sesuai. Jadi asal ada masa terluang, mereka berempat akan melepak bersama. Cuma dia lah yang paling selalu ‘ponteng’ sebab dah ada isteri.
         “Choiiii! Bukan tak nak, tapi calon tak ada.” Suara Kiran dah panik di hujung sana.
         Tahu takut. Tu lah, suruh kahwin tak nak. Entah sampai bila Kiran nak jadi solo.
         “Kira nak ajak pergi Lust malam ni. Tapi terlupa  yang kau postcall. Next time la, bro.” Kiran berbalik kepada topik asal.
         Malam ni saja nak melepak, nak lepaskan tension sedikit. Hari ni kan Isnin, biasalah tu workload hari Isnin adalah melebihi hari-hari yang lain. Pulak hari ni ada medicolegal case, nak juga tahu apa perkembangan dari Kong.
         No problem. Kalau tak jadi dinner dengan Elly, aku join korang.”
         Sebaik talian dimatikan, Andi menatap siling di atas. Tolonglah jangan tak jadi pulak keluar berdua dengan Elly. Dahlah semalam tak berjumpa langsung. Pendek kata, mereka berdua dah semakin renggang. Dah tak ada lagi bercerita tentang hal kerja. Tak ada lagi berbincang nak ke mana bila waktu cuti.
         Sejak bila? Andi pun tak pasti. Dan apa yang dia buat dia semakin takut kini adalah cinta Elly padanya.
         Adakah Elly masih cinta?

         Adakah Elly masih setia?

No comments:

Post a Comment