DARI arah belakang, Zinn pandang Azan yang sedang mengutip
bajunya di atas jalan tar kemudian disarung ke badan. Dia yang tengok pula yang rasa malu.
“Rumah kat mana?” tanya Azan apabila mereka sudah terlepas
daripada mat motor tadi.
“Hei budak, awak cakap apa tadi hah?” Zinn tak puas hati.
Ada ke patut cakap dia perempuan simpanan? Lepas tu siap dengan pakej ada HIV?
Kelas tahap berapa pemikiran mamat ni?
“Kenapa? Tak suka?”
Ulang balik soalan tu? Memang dapat penumbuk lah.
Dia boleh bersabar bila Azan buat derk padanya dalam kelas,
atau langsung tidak pedulikan sekeliling. Tapi kali ini budak ni memang
melampau!
“Cikgu pilihlah, nak dilabel macam tu atau nak jadi lauk mat
motor tu!” Kalau tak guna alasan macam tu, ingat boleh lepas ke?
“Dia orang mengusik aje kut.” Waras ke tidak paras husnuzon
dia ni?
“Cikgu ni naif sangat. Orang macam tu sanggup buat apa
sahaja untuk ngap perempuan. Kalau saya tak datang tadi, kemungkinan esok akan
keluar tajuk akhbar, seorang gadis dicampak ke longkang setelah menjadi mangsa
rakus sepuluh orang lelaki...”
“Whoo... Whooo.. itu dah lebih.” Habis berselerak bulu
romanya. Dah apahal headline nak gerun semacam tu?
“Itu baru sikit.” Azan terus serius berjalan ke depan. Tapi
tetap dipastikan jarak dia dengan cikgunya tidak terlalu jauh.
“Kalau awak tahu dia orang tu jahat sangat, kenapa awak tak
belasah je dia orang? Kan senang? Esok lusa saya nak lalu situ, dia orang dah
tak ada.”
“Cikgu ni mesti banyak tengok drama pukul tujuh kan?” soal
Azan sarkastik.
Ceit! Apa kaitan dengan drama pulak?
“Cikgu ajar subjek add math kan? Sepatutnya cikgu tak gagal
matematik basic. Tak kan cikgu tak boleh kira ada berapa orang tadi? Lebih dari
sepuluh. Tak kan saya nak pertaruhkan nyawa saya untuk selamatkan cikgu? Tak
berbaloi! Bukan saya boleh lulus add math pun.”
Boleh koyak biji mata Zinn dikerjakan dek budak ni. Ialah,
asyik nak beliakkan mata bila telinga menangkap ayat yang menyakitkan hati tu.
“Kalau awak nak lulus add math, awak kena banyakkan
latihanlah budak. Kalau awak tolong cikgu tadi, awak dapat pahala. By the way,
cikgu ingat awak ni bisu. Rupanya boleh bercakap jugak ya?” Selama di dalam
kelas, tak pernah pulak dia tengok AA bagi respons.
Terus diam.
Azan menghentikan langkah dan berpaling ke belakang.
Kali ini Zinn telan liur. Keluar mulut buaya, masuk mulut
harimau ke macam mana ni?
“Rumah? Rumah cikgu kat mana? Atau cikgu nak balik rumah
saya? Nak tumpang katil saya?”
Terjojol lagi biji mata Zinn.
“Tak. Kelakar!”
“Saya tak buat kelakar pun.” Lurus Azan membalas.
Akhirnya, satu keluhan dilepaskan. Buat habis oksigen jelah
bercakap dengan budak ni.
“Lorong sana tu je. Cikgu boleh balik sendiri.”
“Biar saya hantar.”
“Hei budak, jangan degil boleh tak? Dah nak sampai dah pun.”
“Sorry cikgu. Saya memang budak degil. Saya jenis tak faham
bahasa. Dan saya tak boleh terima arahan. Jadi saya akan teman cikgu sampai ke
rumah.”
Dah apahal tiba-tiba tunjuk perangai caring tu entah? Dalam
kelas asyik nak annoying je.
“Jangan ingat saya caring sangat,” tempelak Azan tak semena.
Wajah Zinn berubah. Tak sangka lelaki ini boleh baca
fikirannya.
Eh, rumah awak dekat mana?” Kalau kira, taman perumahan ini
jauh juga dari pusat tuisyen mereka jika berjalan kaki.
“Kenapa? Cikgu nak hantar pinangan sebab saya dah jadi hero
untuk cikgu malam ni?”
Kena lagi dengan budak sorang ni.
“Tak hingin aku budak tak cukup umur macam kau tuh!” gumam
Zinn perlahan.
Azan cuba sembunyikan senyuman. Telinga lintah dia ni dapat
sahaja menangkap kata-kata itu dengan jelas.
“Cikgu, lain kali ada otak tu guna elok-elok. Jangan buat
cara tak bijak pergi lalu jalan belakang tu bila dah pukul dua belas malam.
Cikaro cari pelanggan je buat perangai macam tu. Tak guna cikgu ada degree
sekalipun kalau benda simple macam gini cikgu tak boleh fikir.”
Jatuh rahang Zinn. Dia smash tak pandang kiri kanan langsung
kan?
“Hei budak....”
Azan yang baru memulakan langkah, berhenti. Berpaling
sedikit.
“Thanks. Cikgu tak tahulah kalau..” Belum habis dia menyudahkan
ayat, lelaki itu terus berlalu.
“Ayat drama tu simpan jelah.” Azan berlalu dengan riak muka
kosong.
Ya Allah, sakitnya otak layan budak ni!
TAK tahulah kenapa malam ini Zinn berkobar sungguh untuk
mengajar. Mungkin sebab tak sabar nak tengok reaksi Azan. Manalah tahu mamat tu
dah berubah ke? Tak paranoid untuk berada dalam keriuhan kelas.
Tapi hampa...
Kerana reaksi Azan sama seperti hari sudah. Heartless.
“Azan, ada apa-apa yang awak nak cikgu tolong?” soal dia
ketika semua pelajar sedang membuat latihan yang diberikan.
“Azan! Awak dengar tak apa yang cikgu cakap ni?” Lontaran
suaranya hampir naik. Pelajar yang lain sudah mula angkat wajah. Memerhatikan
ke arah mereka.
“Nampaknya sabar cikgu dah menemui nokhtah.” Hannah pandang
Suraya.
“Lepas kelas ni, jumpa saya!” Zinn tak kisah kalau AA nak
menjawab sekalipun, tapi janganlah bagi reaksi kosong macam gitu. Malu tahu
tak?! Baru nak acah-acah garang.
SATU demi satu pelajar keluar dari kelas, tinggalkan dia
bersama Azan yang masih duduk di mejanya. Dia tenang memandang ke luar tingkap.
Saban waktu pun, begitulah reaksinya.
Dicukupkan oksigen di dada. Moga sabarnya juga mampu
dipamkan sama. Kerusi di hadapan Azan ditarik.
“Azan, awak tahu kan semua masalah ada jalan penyelesaian?
Saya percaya dan saya boleh rasa, awak bijak orangnya. Kalau result awak tak
okey masa PMR, tak kan lah awak boleh masuk aliran sains kan? Jadi kenapa awak nak
musnahkan masa depan awak dengan kelakuan macam ni? Awak cuba nak memberontak?
Untuk apa?”
Sebenarnya Encik Ahmad Tarmizi ada datang bertemu kakaknya
siang tadi. Mengamuk dek kerana pencapaian anaknya di sekolah yang masih sama.
Langsung tak menampakkan sebarang perubahan.
“Saya bayar awak bukan untuk dia dapat result macam ini!”
Dia yang baru hendak menolak pintu bilik kakaknya itu terus
terpaku apabila menangkap suara garau itu melepaskan amarah.
“Itu sebab saya hantar ke sini! Supaya korang cikgu-cikgu
dapat buat dia tertarik nak belajar!”
“Tak ada tapi-tapi. Saya nak lihat result yang lebih
memuaskan nanti. Kalau masih sama je, saya tak teragak- agak nak hantar anak
saya ke pusat tuisyen yang lain. Mark my word Cik Mas!”
“Itu je ke yang cikgu nak tanya?” Soalan Azan mengembalikan
Zinn ke dunia nyata.
Aiseh. Dia ni ada masalah apa ya? Kalau tak ada orang, boleh
pulak dia bercakap?
“Cikgu nak tanya sikit boleh?”
“Cikgu tak serik? Soalan tadi pun saya tak jawab lagi.”
Kening diangkat sedikit. Mengusik. Watak cikgu yang acah-acah garang, kuat
membebel dan innocent itu selalu mengingatkan dia pada arwah neneknya. Sejak
dia jumpa cikgu, rindu dia pada nenek makin menggebu. Tapi kadang-kadang terus
surut bila menangkap bebelan cikgu.
“Budak, awak ni memang ada hobi yang suka menyakitkan hati
orang ya?” Kalau adik dia ni, mahu dah selamat kepala itu diluku-luku.
“Itu ke soalannya?”
“Eh bukan...” Kedua belah tangan terawangan di depan. Nafas
dilepaskan. Penatnya bercakap dengan budak ni! Dadanya sesak macam baru berlari
dua ratus kilometer!
“Awak ada penyakit ke?”
Berkerut dahi Azan.
“Penyakit? HIV ke?” Tak kan cikgu betul-betul ingat dia ada
penyakit HIV kot?
Mengucap panjang Zinn dibuatnya. Kalau macam ginilah rupa
bentuk perbualan mereka, memang sampai ke tahun depan tak ada kesudahan.
“Bukanlah budak...” Yang dia nak tanya, Azan ni ada penyakit
Anxiety Disorder ke? Sejenis kebimbangan bila berhadapan dengan orang ramai.
Sebab tu tak pernah bercakap dalam kelas? Takut berhadapan dengan orang? Tapi
asal mereka berdua, banyak pulak mulut budak ni?
“Manalah tahu cikgu betul-betul ingat saya ada penyakit HIV
tu. Cikgu jangan risau, saya teruna lagi.” Sempat dikenyitkan mata pada cikgu
yang masih berdiri di hadapannya.
What?! Wajah Zinn terus disimbah merah. Dialog ini tak
sepatutnya diucapkan oleh seorang budak lelaki yang berumur tujuh belas tahun!
Kenyit mata pulak tu!
“Awak tak perlulah cakap semua tu pada cikgu! Lagipun, cikgu
tak cakap apa-apa pun kan?!”
Azan gelak kecil. Terhibur dengan gelagat cikgu. Cepat
panik!
“Hei budak, siapa suruh awak ketawa hah? Siapa yang buat
lawak?” Beg Azan yang berada di atas meja terus diangkat dan dihempuk ke bahu
Azan.
Kali ini tawa Azan makin galak!
“Cikgu mengingatkan saya pada seseorang...” Kali ini
terhenti pergerakan Zinn.
“Buah hati?”
Bahu diangkat sedikit. “Kind of.”
“Oh! I see. So sebab dialah awak down macam gini? Tak nak
belajar dan memilih untuk jadi biawak hidup? Common lah Azan, awak muda lagi
kut. Sorang pergi, banyak lagi menanti.” Kan dah tertayang versi perempuan
penyibuk.
Azan bangun. Beg disandang ke bahu.
“Hei, cikgu tak habis lagilah.” Sindrom si kakak- kakak yang
suka mengarah dah keluar.
Langkahnya terhenti.
“Cikgu, dah pukul sebelas lebih. Saya rasa tinggal kita
berdua je dalam bangunan ni. Cikgu tak takut kena tangkap basah dengan saya ke?
Ke cikgu memang nak kahwin free?”
Gulp! Tangkap basah. Dengan budak ni? Tak hingin dia!
Alamak, macam mana dia boleh tak sedar yang suasana sudah
bertukar sunyi. Sudah pasti, budak dari kelas yang lain telah keluar.
Cepat-cepat dicapai beg tangannya. Usai memastikan bangunan sudah
kosong, dia mula mengunci pintu utama. Apabila dia berpaling, dalam samar-samar
cahaya matanya menangkap susuk tubuh seseorang.
Spray pemedih mata dikeluarkan!
“Kalau kau datang dekat, aku spray mata kau! Biar buta!”
Meletus tawa lelaki itu.
“Cikgu ni buat lawak lah!”
Azan?!
“Bukan awak dah balik ke? Awak tunggu apa lagi ni?” Budak
ni, buat organ dia huru-hara jelah!
Suka muncul tiba-tiba.
“Mari saya hantarkan balik.”
“Awak?” Jari telunjuk dituding ke badan Azan.
“Budak umur tujuh belas tahun? Nak hantar saya balik?” Terus
dia ketawa di hujungnya.
“Jangan buat kelakarlah!” sambung Zinn sambil menyudahkan
tawa. Makin lama, makin dia tak faham dengan budak ni.
“Fine.” Tanpa pamitan, terus Azan mendapatkan kereta yang
berada di bahu jalan. Usai masuk ke dalam perut kereta, terus Toyota Alphard
itu meluncur laju membelah langit malam.
Zinn masih terpinga-pinga sendiri sambil menggaru kepalanya.
Huwaaa!!!
Manalah dia tahu Azan pelawa dia naik kereta! Ingatkan nak
teman naik bas. Menyesal pulak jual mahal. Budak Azan ni pun satu, patutlah
awek lari tinggalkan dia! Bukan nak pujuk bersungguh-sungguh?
Cepat-cepat dilalukan langkah ke perhentian bas. Nampaknya
dia kena cepat-cepat ambil lesen kereta.
Belum pun sampai di perhentian bas, kakinya sudah terpasak
di hujung jalan. Manakan tidak, matanya telah menangkap kelibat seorang lelaki
yang tidak siuman sedang menggeledah tong sampah.
Aish, kan best kalau abang dia tu baik, mesti dia tak
teragak-agak nak capai telefon dan mengarahkan agar si abang mengambilnya di
sini. Nak mintak tolong Kak Mas, dia jadi tak sampai hati. Seharian kakaknya
kepenatan menguruskan Pusat Tuisyen.
Pin!
Bunyi hon itu mematahkan langkah kaki Zinn! Sebuah kereta
Toyota Alphard berhenti betul-betul di hadapannya.
Azan!
Bibirnya digigit. Malu jika terpaksa menjilat ludahnya
kembali. Tadi beria sangat perkecilkan Azan kan?
Pintu terbuka dari dalam. Azan keluar dan bersandar di pintu
kereta bahagian depan. Lengan disilangkan ke badan.
“Nak tumpang? Hmm.. sebab cikgu jual mahal tadi, jadi cikgu
kena bayar caj tambang perkhidmatan. Sanggup?”
“Berapa? Kalau cikgu tak cukup cash, masuk buku 555 dulu
eh?” Dia memang tak biasa pegang tunai banyak- banyak. Bimbang jika berlaku
sesuatu di malam hari seperti ini.
“Naik cikgu, jangan layankan Azan tu.” Seorang lelaki yang
berada di bahagian pemandu menyampuk perbualan mereka.
Dahi Zinn berkerut sendiri. Siapa yang lelaki separuh umur
ini? Setahu dia, ini bukan ayah Azan.
Akhirnya, dia masuk juga ke dalam kereta.
“Azan nak balik terus? Atau ada nak pergi mana- mana?”
Lelaki tua itu terus menyoal apabila pemanduan dimulakan.
“Ada.”
“Pergi mana?”
“Hati cikgu.”
Terbeliak biji mata Zinn. Hati cikgu?
Pak Tam hanya ketawa menangkap gurauan Azan.
“Balik terus Pak Tam. Tapi jangan lupa hantar cikgu dulu.
Karang panik pulak dia dalam kereta ni.” Sempat lagi Azan mengusik. Selalu
dalam kelas bukan main banyak cakap kan? Sekarang kenapa diam?
Zinn masih diserang tanda tanya.
Serius?
Budak ni pandai mengusik?
Berapa karakter yang budak ni pakai eh? Ke budak ni ada
split pesonaliti?
No comments:
Post a Comment