Bab
2
“UMI...
mari sarapan dulu.” Pyan yang baru masuk ke kamar meletak secawan milo, juga
sepinggan roti bakar atas meja kecil. Kemudian dia sendiri pergi kepada si
isteri yang sedang baring atas katil.
“Abi tu dah sarapan ke belum?”
“Dah.”
“Hati-hati,
sayang. Bangun pelan-pelan.” Tidak menghiraukan soalan Rini, Pyan membantu
isterinya untuk duduk. Setelah pastikan isterinya selesa, dia menarik meja
kecil agar lebih dekat dengan katil. Lalu dia sendiri melabuh duduk di
birainya.
“Abi
sarapan apa tadi?” Lagi sekali Rini bertanya. Tak kalih pandangan dari wajah si
suami.
“Hari
ni mak buat mi goreng.”
“Mi
goreng? Sedapnya.”
Sengaja
Pyan buat-buat tak dengar.
“Roti
bakar aje ke, abi?” Matanya, Rini bawa pandang beberapa keping roti bakar dalam
pinggan. Terbayangkan mi goreng emak, roti bakar yang masih panas itu terus
nampak macam tak sedap.
“Habis
umi nak sarapan apa? Nasi lemak, lontong, roti canai telur?” usik Pyan. Baru
sepuluh hari dalam pantang, isterinya sudah banyak merungut. Kononnya dia jemu
asyik makan makanan yang sama. Kata Rini lagi, dia rindu nak makan masakan emak
yang macam-macam. Sebab itulah setiap kali emak memasak di dapur, Rini sibuk
nak tahu emak tengah masak apa? Lepas tu minta nak makan benda yang sama macam
orang lain.
“Nak
mi goreng mak.”
Pyan
jegil mata. Dah mulalah tu.
“Yalah,
asyik makan roti bakar aje. Minum petang pulak biskut kering. Dah sepuluh hari
makan benda yang sama, bosan la, abi.”
Pyan
rasa kesian pula dengan rungutan Rini tu tapi mana boleh ikut kehendak dia
sangat? Kenalah bertegas sikit.
“Nak
cepat sihat tak?”
“Mesti
la nak.”
“Kalau
nak cepat sihat, jangan banyak cakap. Makan aje apa yang orang bagi. Kat luar
sana, ada yang sampai tak makan, tak minum sebab kemiskinan. Umi patut
bersyukur tau dapat makan roti bakar ni?”
Muncung
Rini dah panjang. Sejak dia dalam pantang, Pyan dah pandai membebel. Tak boleh
tersilap cakap sikit, memang kena leterlah jawabnya.
“Sedap,
kan?”
“Sedap
sangat-sangat.” Memanglah roti bakar sedap, tapi kalau dah setiap hari duk
hadap, benda sedap pun jadi tak sedap.Pyan
gelak. Tahu Rini tak ikhlas.
“Tak
lama pun seratus hari tu, umi. Lepas tu suka hati umi nak makan apa pun. Tak
payah dah roti bakar, biskut kering semua tu.” Sambil menyebut begitu, roti
bakar disuakan ke mulut si isteri lagi.
“Pantang
makan mana sampai seratus hari, bi?” “Dah tu berapa hari?”
“Habis
yang Mak Yam cakap dekat abi, umi kena pantang sampai seratus hari tu, pantang
apa pulak?” Pyan tayang muka tercengang.
“Pantang
dekat.” Selamba Rini balas.
“Pantang
dekat? Apa tu?” Besar mulut Pyan. Tapi selepas tu dia ketawa bukan main kuat
lagi. Baru faham apa yang Rini maksudkan.
“Nakal
isteri abi ni.” Belum habis lagi tawa Pyan. Nasib baiklah Anas ada kat luar
bilik dengan emak. Kalau tidak harus melalak budak tu. Kuat sangat abinya
ketawa.
“Tapi
kan mi, tak lama sangat ke seratus hari tu? Macam tak patut la pulak kan?” Pyan
merungut.
“Amboi,
tiba-tiba pulak kata tak patut. Kalau umi kena pantang makan sampai seratus
hari, patut pulak? Patut ke, tak patut ke... dah memang itu yang orang kita
amalkan sejak dulu. Ikut ajelah.”
“Boleh
ubah suai balik kut tempoh tu. Tak payah nak ikut sangatlah umi.”
Rini
mencebik. Malas nak layan.
“Cukup
la, abi. Dah kenyang,” ujar Rini setelah dua keping roti bakar selamat masuk ke
perut.
“Ada
lagi satu... habiskan.”
Rini
geleng. “Tak nak.”
Meja
kecil, Pyan tolak ke tepi semula.
“Hulur
kaki umi, abi pakaikan stoking. Tapi sebelum tu, bagi abi sapu minyak panas
dulu kat kaki tu.”
Sambil
Pyan menyapu minyak panas di kedua- dua belah kakinya, Rini tak pandang ke
tempat lain langsung. Hanya wajah Pyan yang dia tatap. Tiba-tiba dia rasa nak
menangis. Bukan sebab sedih, tapi terharu. Pyan sangat memanjakan dia, juga
mengambil berat. Lebih- lebih lagi sejak Anas lahir.
Istimewanya
layanan Pyan buat dia rasa seperti puteri raja. Bila Pyan berjanji akan buat
kesemuanya, memang dia buat. Janjinya ditepati. Tak cukup menguruskan dia, Anas
juga Pyan yang uruskan. Cuma itulah, dalam menolong Pyan suka membebel. Tapi
salah dia juga. Benda yang orang larang itulah yang dia suka buat. Macam
manalah Pyan tak bising.
“Abi
tak penat ke?”
“Nak
penat kenapa?”
“Layan
umi... layan Anas. Dengan kerja abi lagi.”
“Untuk
anak dan isteri abi... abi tak pernah rasa penat. Makin bersemangat adalah. Abi
rasa seronok dapat buat semua ni.”
Wajah
suaminya dipandang lagi. Air jernih dah bertenggek di bucu mata. Sebentar lagi
pasti merambu ke pipi.
“Umi
nak nangis, boleh?”
“Umi
tersentuh. Abi selalu buat umi rasa, umi isteri paling bertuah kat Malaysia
ni.”
Pyan
tak boleh tahan diri daripada gelak. Ingatkan apalah tadi. Bikin saspens betul
Rini ni.
“Sayang...
tak nak macam ni. Orang dalam pantang mana boleh nangis-nangis? Tak elok.”
Sehabis lembut Pyan pujuk. Pipi isterinya yang basah dilap menggunakan
jemarinya.
Melihat
Rini yang terus-terusan menangis, Pyan naik atas katil, duduk rapat di sebelah
isterinya. Kemudian tarik Rini ke dalam pelukannya.
“Sudahlah
tu. Nanti mak ingat kita gaduh pulak.”
“Umi
nangis bukan sebab umi sedih... umi bahagia.”
“Kalau
macam tu abi pun nak nangislah. Abi pun bahagia macam umi.” Sengaja Pyan
berseloroh. Tapi matanya sendiri dah rasa berkaca.
Rini
tak buat komen pun. Sebaliknya semakin mengemaskan pelukannya.
“Cukup...
cukup. Seram sejuk aje abi rasa bila umi peluk abi macam ni. Jadi, sebelum
berlaku perkara yang tak diingini, lebih baik abi keluar dari sini.” Lepas
cakap macam tu, Pyan segera meleraikan pelukan.
“Perkara
yang tak diingini apanya? Mengarut aje abi tu.” Rini tampar bahu Pyan.
Tampar-tampar manja.
“Silap...
perkara yang diingini.” Pyan ubah kenyataan.
“Abiii!!”
Rini jegil mata. Pyan ketawa.
No comments:
Post a Comment