“AWAK
rasa tepat ke keputusan kita nak jodohkan Adra dengan anak Abang Mezah?” Razali
keresahan. Wajah isterinya dipandang meminta jawapan.
“Saya pun tak tahu bang. Yang
peliknya, nak pula si budak Adra tu.” Rahimah meneruskan kembali aktiviti
melipat kain yang tergendala kerana mendengar pertanyaan suaminya tadi.
“Abang takut dia terima sebab abang je Mah.” Rokok daun ditangan dihisap dan
dihembus berkali-kali. Dia sayangkan Adra. Tidak mahu kerana ingin memenuhi
permintaannya dan Tan Sri Hamzah, anak gadisnya itu sangup mengorbankan diri.
Jauh disudut hati dia berat melepaskan Adra memasuki gerbang perkahwinan di
usia yang muda. Mungkin rasa itu berkurangan jika calon suami anaknya, menepati
piawaian seorang menantu. Masalahnya, pemuda bernama Umar Zafry itu langsung
tidak termasuk dalam calon menantu pilihannya.
Dengan ayah sendiri sudah biadap
cara pertuturan, apatah lagi dengan mereka yang tiada pertalian. Entah alam
rumahtangga yang seperti manakah bakal dibina nanti. Kalau diikutkan rasa hati,
dia mahu menolak permintaan Tan Sri Hamzah, sebab itulah dia tidak memberikan
jawapan pasti. Padanya Adra berhak menentukan hala tuju hidup sendiri. Tetapi
sungguh, dia langsung tidak menyangka yang Adra akan memberikan persetujuan.
Sanggup berkahwin dengan pemuda itu.
“Dah itu pilihan dia. Kita dah cuba
halang, dia tetap nak terima. Apa lagi kita boleh buat?” Rahimah mengeluh
berat. Dia langsung tidak berkenan pada Zafry. Baginya, Adra layak mendapat
suami yang lebih baik. Anaknya itu masih muda. Masih panjang jalan hidup yang
perlu dilalui.
“Kusut fikiran abang Mah. Adham pun
tak setuju. Dia sendiri dah bercakap dengan Adra. Tapi tak nak didengarnya.
Entah apa kena dengan budak Adra tu.” Habis sebatang rokok daun, Razali
mencapai pula kotak rokok Dunhill. Dikeluarkan sebatang. Pemetik api yang
berada di atas lantai dicapai. Dia kalau runsing memang begitu. Menjadi akrab
dengan rokok secara tiba-tiba.
“Sudah-sudahlah jadi kereta api
bang… Duit kita simpan untuk sekolahkan anak-anak lagi baik.” Rahimah menegur
bila sejak tadi dia melihat suaminya tidak berhenti menghisap rokok. Sebatang
demi sebatang. Tidak senang dia melihat keadaan itu.
“Mah, kalau abang pergi jumpa Abang
Mezah tolak cadangan itu macam mana?” Hatinya berbelah bagi. Tapi dia lebih
rela hilang pekerjaan dari melihat kehidupan anak gadisnya musnah tanpa dia
dapat melakukan apa-apa.
“Janganlah Abah. Kan Adra dah
setuju. Abah jangan risau. Inshaallah,
semuanya akan baik.” Adra melangkah keluar dari bilik. Sejak tadi dia mendengar
perbualan antara umi dan abahnya. Dia tahu mereka bimbangkan dirinya.
Umar
Zafry, lelaki itu bagaikan bacteria
yang menakutkan semua orang sekeliling. Kerana janjinya untuk merubah seorang
‘anak’ dia terikat, dan dia juga tidak mahu digelar manusia munafik. Berjanji
tetapi tidak ditunaikan.
“Macam mana Abah tak risau Adra?
Kamu muda lagi. Kalau boleh Abah nak tengok kamu belajar balik. Nanti sudah
berjaya kahwinlah dengan sesiapa pun. Abah takkan halang.” Wajah anak
kesayangannya dipandang. Berharap benar dia yang Adra akan bersetuju dengan
cadangannya.
Tersenyum Adra mendengar kata-kata
Abah kesayangannya. Langkah kakinya semakin mendekat kepada lelaki itu. Tubuh
dilabuhkan, lengan itu dikaut dan dipeluk erat. Cuba meredakan keresahan dihati
lelaki itu.
“Abah tak percayakan Adra ke?” Wajah
abahnya ditatap. Senyuman dibibirnya semakin melebar. Rokok ditangan lelaki itu
dicapai dan dimasukkan ke dalam bekas abu. Tidak suka lelaki itu membahayakan
kesihatan diri hanya kerana risaukan masa depannya.
“Sebab percayalah Abah tak nak kamu
korbankan diri. Banyak lagi cara yang uncle kamu boleh guna nak sedarkan anak
dia tu.” Kepala Adra diusap lembut. Bagaikan semalam sahaja dia melihat anak
itu belajar berjalan. Terbayang-bayang dimatanya saat Adra boleh menyebut
perkataan pertama. Abah… saat itu dirasakan hatinya berbunga indah.
Dan sekarang? Dia tidak mahu
senyuman yang selama ini menghiasi bibir itu, tidak dapat dia tatap lagi. Umar
Zafry! Pemuda itu boleh mencari gadis lain sebagai isteri, apa yang pasti bukan
Adra Afeefa, anak kesayangannya.
“Abah nak tahu tak?” Lengan abahnya
dipicit-picit. Cuba meredakan keresahan dihati itu.
“Apa?” Razali berdebar. Takut jika
Adra memberitahu sesuatu yang tidak ingin dia dengar.
“Umar Zafry akan jadi suami yang
terbaik untuk Adra Afeefa. Adra nak abah dengan umi yakin. Kami akan bahagia.
Dia takkan jadi lelaki yang sempurna, tapi Adra harap dia akan jadi lelaki yang
hebat sama seperti abah nanti. Cuma abah kena beri dia peluang.” Perlahan Adra
berkata. Jelas riak wajah abah dan uminya berubah setelah mendengar
kata-katanya.
Razali melepaskan keluhan berat.
Wajah isterinya ditatap sebelum dia kembali memandang wajah Adra.
“Kalau itu keputusan kamu, abah nak
kamu tahu, restu abah dengan umi sentiasa ada. Sampai bila-bila abah harap anak
kesayangan abah akan bahagia.” Adra yang tiba-tiba memeluknya membuatkan Razali
sebak. Dia berharap keputusan Adra adalah keputusan yang tepat. Tetapi, andai
kata sesuatu terjadi dalam hubungan itu nanti, dia sentiasa berbesar hati
menerima Adra kembali kepangkuannya.
“ZAFRY,
betul ke apa yang I dengar?” Jeslina memainkan jari-jemari runcingnya didada
Zafry. Berita yang sampai ke telinganya beberapa hari sudah benar-benar
membuatkan dia mengelisah.
“You dengar berita apa sayang?”
Tangan Jeslina dicapai dan dikucup lembut. Gebar yang sudah melurut ke bawah
ditarik kembali bagi menutupi tubuh mereka. Aircond
yang dipasang kuat membuatkan bulu roma sedikit meremang, walaupun di
sebelahnya ada yang sudi untuk memanaskan kembali tubuhnya yang kedinginan.
“Betul ke you nak kahwin? Kecoh I
dengar orang bercerita pasal benda merepek tu.”
Berdebar dadanya menanti jawapan dari bibir Zafry. Pada perkiraannya lelaki itu
sudah jatuh ke dalam genggamannya. Bukan sehari, bahkan sudah sebulan dia
menjadi peneman lelaki itu. Satu kejayaan besar dirasakan.
Bukannya dia tidak tahu prinsip
lelaki itu. Pakai dan buang konon. Huh…boleh
jalanlah. Penangan Jeslina takkan ada yang mampu menolak. Jeslina tersenyum.
Berbangga dengan pencapaian sendiri.
“Yup.”
Pipi Jeslina dikucup lembut. Senyuman nakal tersadai dibibirnya. Pinggang
ramping itu kembali dipeluk erat. Langsung tiada rasa bersalah terdetik
dihatinya apabila membuat pengakuan itu.
“You
what?” Terus terbangun dia dari pembaringan. Terbeliak mata memandang ke
arah Zafry yang sedang memandangnya tanpa riak.
“Betullah tu. Yang you nak
terperanjat sangat kenapa?” Sedikit sinis dia bertanya. Bukannya dia tak tahu,
Jeslina sibuk menjadi Astro bergerak. Sana sini dicanang yang mereka sedang
bercinta. What the…Dalam mimpi
sekalipun tak akanlah!
“Habis tu, you anggap I ni apa?
Gundik you?” Jeslina panas hati. Suaranya melengking kuat. Pantas dia bangun.
Tidak dipedulikan langsung tubuhnya yang tidak berpakaian. Menyilau pandangan
matanya memandang ke arah Zafry.
“You rasa?” Zafry tersengih. Bantal
yang tadi digunakan oleh Jeslina dicapai. Diletak dikepala katil. Terus dia
duduk menyandar sambil memeluk tubuh. Liur ditelan menikmati permandangan
‘syurga’ dihadapannya. Langsung tak agak-agak. Memang dasar perempuan murah!
Sempat dia menyumpah seranah Jeslina di dalam hati.
“You jangan nak biadap dengan I
Zafry.” Jeslina menerpa ke arah katil. Tegak dia berdiri di sebelah lelaki itu.
Kalau diikutkan rasa marah mahu sahaja dia mencarik-carikkan wajah kacak itu.
Biar jadi hodoh. Itupun belum tentu hatinya puas.
“Apa yang you nak marah sangat ni
Jes? Hari itu lagi I dah cakap, you jangan nak expect perkara yang bukan-bukan. I cuma nak berseronok. You pun
seronok kan? So, apa lagi
masalahnya?” Panas hati pula dia melihat sikap Jeslina. Ada hati nak
bergandingan dengan dia. Boleh blahla..
“Apa masalahnya? Hey, you dah bagi harapan dekat I, You
ingat senang-senang saja I nak lepaskan You? Jangan mimpilah!” Kali ini dia
naik ke atas katil. Dada Zafry ditumbuk dan ditampar berkali-kali. Segala
maki-hamun yang tersimpan dikeluarkan. Puas rasa hatinya.
“Hey...
You dengar sini, you jangan sampai I buat you tak nak hidup dekat dunia ni lagi
tau.” Zafry menangkap kedua tangan Jeslina yang masih ‘ramah’ menumbuk dadanya.
Wanita itu sudah melampau. Rambut Jeslina yang sudah mengerbang direntap kasar.
“Sakitlah bodoh!” Jeslina menjerit
kuat. Terasa perit kulit kepalanya dek
kerana tarikan itu. Berusaha dia merungkaikan pegangan lelaki itu ke atas
rambutnya.
“Ini baru sedikit Jes. You jangan
berani nak cabar I.” Ditolak kuat kepala itu. Terus dia turun dari katil. Kain
tuala dicapai. Dibalut tubuhnya.
“Kejap lagi I keluar dari toilet, I
tak nak tengok muka you ada dalam bilik ni lagi. Kalau tak you jangan menyesal
nanti.” Amaran dihantar. Dia tidak suka bergurau. Apa yang pasti Jeslina tak
akan terlepas kalau masih mahu membuat onar. Tahulah dia bagaimana mahu
mengajar wanita itu nanti.Dia pasti akan berikan pengajaran. Biar tiada siapa
berani bermain api dengannya lagi.
“You nak buat apa? Nak bunuh I?”
Jeslina masih belum berpuas hati. Entah macam mana dia mahu berhadapan dengan
rakan-rakannya nanti. Pasti malu besar kalau semua orang tahu yang dia sudah
ditinggalkan. Umar Zafry, lelaki itu betul-betul tak berguna!
“Kalau you berani buat macam-macam,
jangan menyesal kalau I kata I sanggup hapuskan you. So, lebih baik you keluar dengan cara elok.” Zafry mula menapak ke
arah bilik air. Tubuhnya mahu dibersihkan segera kerana dia sudah mula merasa
sedikit tidak selesa.
“You…” Jeslina mati kata. Sakit
hatinya sukar digambarkan.
“Sebelum I terlupa, you boleh ambil
duit dalam wallet I. Suka hati you nak ambil banyak mana pun. Itu upah atas
layanan tip top you tadi.” Flying kiss diberikan. Kenyitan mata
berserta senyuman sinis turut dihadiahkan kepada Jeslina sebelum dia menutup
pintu bilik air. Zafry ketawa kecil kemudiannya bila jeritan Jeslina kuat
memetir.
“I akan buat you menyesal zafry. You
tunggulah.” Bergetar seluruh tubuhnya menahan rasa amarah. Apa yang pasti dia
tidak akan mengalah. Zafry pasti menyesal kerana mempermainkannya. Dia pasti
akan membuat perhitungan dengan lelaki itu nanti.
Copyright: Cempaka Rembulan/Idea Kreatif
No comments:
Post a Comment