PROLOG
“FIKA.”
Rafeeqa
buat-buat tak dengar. Selamba tangan memasukkan pakaian ke dalam bagasi besar.
Dalam otak dah terbayang-bayang suasana Sunderland.
Hidup
di perantauan. Empat musim yang cantik. Suasana yang amat berbeza dari tanah
air sendiri. Jauh dari keluarga dan Shahrizal. Semua itu adalah pakej yang buat Rafeeqa gembira tahap infiniti. Jadi segala
pujukan Shahrizal dah tak terdengar di telinganya yang kebal. Dia takkan
berubah fikiran, lagi cepat terbang jauh lagi bagus.
“Fika.”
“What?”Acuh tak acuh Rafeeqa menjawab.
Dipandangnya sekilas Shahrizal yang sedang baring meniarap di atas katil.
Monyok saja wajah tampan sang suami.
“Tak
payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar,” Shahrizal masih
cuba memujuk si isteri.
Giler nak berjauhan selama lima tahun
dari Rafeeqa.Tak pandang wajah Rafeeqa selama sehari pun tak betah, inikan pula
bertahun-tahun. Mana tahan yaw!
“Tak
nak. Saya dah janji dengan Damia,” Rafeeqa menjawab perlahan.
“Then how about me?”
“You still can survive without me,
Shah.”
Shahrizal
mengeluh hampa. Kalau boleh dia rasa macam nak ikat Rafeeqa dan sembunyikan di
dalam almari tiga hari tiga malam supaya Rafeeqa batalkan saja rancangan untuk
sambung belajar di luar negara. Macamlah tak ada universiti kat Malaysia ni
yang menawarkan pengajian yang sama.
“Kalau
saya tak dapat survive macam mana?”
Shahrizal masih mencuba nasib. Dari meniarap, dia bangun dan duduk bersila di
atas katil.
“Nonsense.”
Memang
kejam rasanya menjawab soalan suami dengan jawapan yang tak berapa sopan begitu.
Tapi Rafeeqa tetap Rafeeqa, apa saja yang diingininya takkan dapat dihalang
oleh Shahrizal. Patutnya Shahrizal berputus asa saja, tak payah nak susun ayat
berbunga untuk memujuknya mengubah fikiran.
A NO is a always a NO Shah.
Bibir
Rafeeqa mengukir senyum segaris. Berpuas hati dengan pakaian yang sudah
tersusun elok di dalam bagasi, zip ditutup dan dikunci. Okey. Kalau boleh malam
ini juga dia nak terbang. Tapi bersabarlah hati, esok bumi Malaysia akan
ditinggalkan juga.
“Awak
juga yang kata saya boleh buat apa saja saya nak, Shah. Mana tahu bila dah
sama-sama jauh nanti saya akan sayang awak lebih dan rindu awak lebih.”
Ayat
Rafeeqa buatkan Shahrizal kalah. Kalau itu yang Rafeeqa pinta, dia hanya iyakan saja. Rafeeqa pergi tak lama,
nanti-nanti Rafeeqa akan balik juga. Itulah ayat Shahrizal untuk pujuk diri
sendiri di dalam hati.
To let you go is the hardest thing to do,
Fika.
BAB 1
RAFEEQA
tersenyum manis pada gadis yang memakai tag nama Nurul di depan mata. Dalam
otak mengagak, ni mesti salah satu pekerja Shahrizal.
“Selamat
pagi, cik.”
“Selamat
pagi.” Salam Nurul dijawab Rafeeqa sopan. Berlagak tenang bila semua mata
bertumpu padanya. Bukan nak perasan tapi dengan pakej lengkap yang dia ada,
Rafeeqa mudah mencuri perhatian.
Ketinggian
168cm dengan tubuh langsing.
Square haircut dengan fringe diselak ke kiri.
Wajah
berbentuk bujur dengan kulit mengalahkan model SKII.
Hidung
separa mancung dan mata bundar yang berwarna hitam.
Sesiapa pun
yang pandang kali pertama pasti akan menoleh untuk kali kedua. Makhluk ciptaan
Tuhan yang bernama Rafeeqa Huda memang cukup sempurna di mata. Belum lagi
ditambah dengan fesyen up-to-date
yang boleh buatkan orang tua geleng kepala dan orang muda terbeliak mata.
Masuk ke
dalam lift tadi, ada yang pandang dengan senyuman. Ada yang pandang dengan muka
sinis. Laa..yang senyum ikhlas dia balas mesra. Yang pandang sinis semacam dia
buat de’. Rafeeqa memang tak hairan
kalau ke mana dia pergi mesti menjadi perhatian. Yang beri pandangan sinis tu
sebab pakaian dia la kot. Skirt paras bawah lutut yang terbelah di paha dengan
platform lima inci. Dipadankan pula dengan blouse
berwarna merah bercorak polka dot.
Diva okey!
“Boleh saya
berjumpa dengan Encik Shahrizal?” tanya Rafeeqa mesra. Kalau ikut alamat yang Papa
bagi pagi tadi, inilah pejabat Shahrizal.
“Ada buat appointment dengan Encik Shahrizal tak?”
Rafeeqa
geleng kepala. Kes dia sekarang ni adalah kes main terjah pejabat suami.
Shahrizal sengaja tak diberitahu tentang kedatangannya ke sini, saja nak bagi
kejutan. Maklumlah, surprise homecoming
khas untuk Shahrizal yang dah semakin menjauh daripadanya.
“Tunggu
kejap, saya tanya setiausaha Encik Shahrizal dulu. Nama cik siapa?”
“Rafeeqa.
Rafeeqa Huda.”
Sementara
menunggu Nurul berlalu entah ke mana, Rafeeqa memerhati sekeliling. Pejabat
guaman Shahrizal boleh tahan besar. Berada di tingkat 15 Menara Satria.
Walaupun ringkas sahaja, tapi cukup menarik. Gaya moden dan ringkas dengan
dinding yang diwarnakan putih dan hitam macam tahi cicak tapi itulah citarasa
Shahrizal.
Bila
namanya dipanggil, Rafeeqa berpaling.
“Ikut sini, Cik Rafeeqa.”
Gadis yang
memakai tag nama Azura mendekat dan mempelawanya. Mungkin ini adalah setiausaha
Azura. Rafeeqa membuat andaian sendiri di dalam hati.
Rafeeqa
mengikut langkah Azura ke bahagian paling hujung pejabat. Bila tubuh terpacak
tegak di depan pintu, matanya tertacap pada nama yang tertera.
SHAHRIZAL
HAYRAT BIN SHAHRIMAN HAYRAT
Panjang
berjela nama encik suami. Degupan jantung Rafeeqa tiba-tiba berubah tempo. Rasa
macam tak bersedia untuk berjumpa Shahrizal tapi rasa rindu dah sampai tahap
kronik. Apa agaknya respons suami bila tengok muka dia yang teruja ni?
A. Gembira.
B. Marah.
C. Mono.
Belum sempat Azura mengetuk pintu,
pintu dikuak dari dalam. Saat itulah mata Rafeeqa dan Shahrizal bertaupan tanpa
kedip. Lama.
“Shah.”
Rafeeqa senyum.
“Rafeeqa.”
Rafeeqa
teruja tahap nak lompat bintang. Shahrizal yang dia rindu terpacak di depan mata.
Baru
Rafeeqa mahu mendekat untuk memeluk, Shahrizal sudah berlalu masuk semula. Riak
wajah Shahrizal yang terkejut dikawal sebaik mungkin. Tak nak lah kalau Rafeeqa
tahu yang dia teruja dalam diam walaupun hati tawar semacam.
“Come in,” Shahrizal mempelawa.
Get your answer darling?
It’s
etiher B or C.
Rafeeqa terasa
hati tapi ditepisnya jauh-jauh. Bila Azura sudah meminta diri, pintu bilik
ditutup rapat. Rafeeqa mengambil tempat di sofa, Shahrizal pula mengambil
tempat di hadapannya.
“Ingatkan
dah tak nak balik ke sini lagi.” Suara Shahrizal mono.
Rafeeqa
telan liur. Baru aje duduk dah kena ‘hentam’ cara halus.
Aura
singa Shahrizal dirasai di seluruh ruang pejabat. Jangan terkam di sini sudah.
Dia tak sedia lagi untuk kena hentam hidup-hidup dengan ayat-ayat ‘kejam’
Shahrizal yang dia tak sedia dengar. Mendengar nama manjanya ‘Fika’ yang sudah
ditukar jadi nama penuh pun sudah cukup buat dia terasa hati.
“How was your Bali trip?” Sengaja
Rafeeqa mengubah topik. Sendiri kena fahamlah, suami sedang dalam sarcastic mode.
Bukan
dia tak tahu, Shahrizal sengaja melencong jauh dari luar liputan bila dia
kembali ke tanah air. Tiba di KLIA beberapa hari yang lalu, hati hampa bila
bukan Shahrizal yang menyambut ketibaannya. Kata Papa, Shahrizal pergi untuk
merehatkan otak setelah habis perbicaraan kes berat di mahkamah.
Logik ke pergi Bali sorang-sorang hanya
semata-mata untuk berehat tanpa menunggu dan mengajak isteri untuk turut serta?
Yang dia faham, Shahrizal tak ubah macam nak mengelakkan diri daripadanya.
“Bukan awak
nak sambung Master kat sana terus ke?”
Chewah! Menghalau nampak. Rafeeqa telan
liur, kelat. Sekarang dah ketara sangat kepulangannya tidak membuatkan
Shahrizal teruja.
“I’m coming back for good, Shah,” jawab
Rafeeqa tenang.
Nak sambung Master bla bla bla...itu plan
dulu kala. Sekarang semuanya sudah berubah 360 darjah.
Shahrizal
mengukir senyuman sinis. Badannya disandarkan pada belakang sofa. Mata masih
setia menatap wajah isteri. Rafeeqa masih sama seperti kali terakhir mereka berdua
berjumpa tahun lepas. Tak ada banyak beza. Hati berbeza tak? Itu kena tanya
empunya badan sendiri.
“Awak balik
dari Bali tak bagitau saya pun. I was waiting for your call,” Rafeeqa
berterus-terang.
Ye la, harus terasa hati bila Daddy memaklumkan yang Shahrizal sudah balik
dua hari yang lalu. Telefon dia tak, cari pun tak. Mama dan Papa di rumah pun
dah bising. Terpaksa dia cover kata
Shahrizal masih tak ada masa untuk menjemputnya pulang ke rumah mereka berdua.
Shahrizal
tarik nafas dalam dan mengatur duduknya. Malas nak cakap berbelit-belit,
rasanya sekarang adalah masa yang sesuai untuk berterus terang dengan Rafeeqa.
Matanya berlawan pandang dengan mata isteri.
“Rafeeqa, listen. Let me make it clear.”
Oh, okey.
Rafeeqa dah tak senang duduk. Bersedia mendengar ayat seterusnya dari bibir
Shahrizal.
About what you asked me last time, is it
about time for me to satisfy you?”
Berkerut dahi Rafeeqa. Blur. Lagipun Shahrizal ni cakap
separuh-separuh mana nak faham. Beberapa saat dia terdiam sebelum otak ligat
berpusing mengingati setiap permintaannya pada suami.
Shah, saya
tetap nak study di Sunderland dengan
Damia.-Dah tertunai.
Shah,
jangan lupa tapau kaya. Kat sini
mahal.-Shahrizal sentiasa tunaikan setiap kali datang melawat di Sunderland.
A trip to Italy, please.-Dah tertunai.
Shah, pergi
Korea jom.-Dah tertunai.
Shah, buat swimming pool kat compound rumah.-Tak pasti sebab tak pergi ke rumah mereka berdua
lagi sejak balik ke sini.
Hmm...Maybe it’s a swimming pool.
Rafeeqa meneka sendiri. Rasanya itu adalah permintaannya yang belum tertunai.
Tatkala mahu mengukir senyum, sebaris ayatnya pada Shahrizal beberapa tahun
lalu tiba-tiba muncul di benak fikiran.
‘Fine, dah bosan sangat then let me go.’
Could it be that? Rafeeqa menatap wajah
suami yang selamba. Oh my!
“Shah.”
“Rafeeqa, our marriage is getting worse
and...”
“Shah, awak
jangan ambik hati boleh tak? Saya
tak....”
Tok! Tok!
Ayat kedua-duanya
terputus separuh jalan bila pintu diketuk dan dikuak dari luar.
“Shah.”
Dua-dua
berpaling. Mata Rafeeqa jatuh pada susuk tubuh perempuan yang berdiri di depan
pintu dengan senyuman lebar sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pejabat.
Siapa ni
Shah?
Dia nak
apa?
Tak sempat
Rafeeqa bertanya bila lengannya ditarik Shahrizal lembut sebelum berbisik ke
telinga isteri.
“I’ll
find you later. Tunggu kat rumah Mama. Saya ada hal.”
Lidah
Rafeeqa kelu. Lagi-lagi bila perempuan yang berbaju kurung berwarna hijau muda
itu dengan selambanya melabuhkan punggung di atas kerusi Shahrizal di depan
meja. Okey.
Firstly, She’s not your staff for sure.
Secondly,
who on earth is she?
LAMA Shahrizal duduk termenung. Seorang
diri di dalam pejabat sambil menghadap tingkap kaca di depan mata. Jam sudah
menginjak ke pukul 6 petang tapi dia masih bertapa di sini. Tadi Azwan mengajaknya
untuk bermain tennis macam biasa. Tapi di dalam mood yang tengah on off,
malas nak melayan sukan kegemarannya itu.
Fikiran
kini sedang berserabut dengan nama isteri, Rafeeqa Huda. Setahun tidak bertemu,
Rafeeqa masih tampak sama. Cuma gaya rambut saja yang sudah berubah menjadi
pendek. Tipulah kalau dia kata yang dia tak rindukan isteri. Melihat Rafeeqa di
depan mata dia rasa macam nak terkam dan peluk depan-depan. Tapi ego melebihi
segalanya. Niat di hati tak diambil kira.
Dia sendiri
pun tak sangka Rafeeqa mencarinya hingga ke pejabat. Kiranya permulaan drama
juga bila Husna tiba-tiba muncul di antara mereka berdua.
‘Jadi
itulah Rafeeqa.’
‘Ya. Just came back few days ago.’
‘Shah tak bagitau Husna pun yang dia nak balik.’
‘Tak
penting untuk Husna pun.’
‘Nanti
jangan tak bagitau Rafeeqa pulak. Janji tetap janji.’
Perbualannya
dengan Husna masih terngiang-ngiang di telinga. Senang berjanji pada Husna,
tapi payah nak berterus-terang dengan Rafeeqa. Itulah masalah utamanya sekarang
ini.
Shahrizal
bangun dan mencapai briefcase di atas
meja. Nasihat Azwan amatlah tak diperlukan saat ini. Bercakap di telefon tadi
pun rasa macam nak hempuk kepala teman baiknya itu.
‘Awal-awal
lagi aku dah cakap. Jangan main kayu tiga kau tak dengar.’
‘Ini bukan
kayu tigalah, Wan.’
‘Habis tu kayu
chopstick?’
Kalau setakat
nak provoke pergaduhan di antara
mereka berdua, lebih baik dia mengalah. Bukan dia tak tahu yang Azwan sentiasa
menangkan Rafeeqa. Semua salah Rafeeqa Azwan buat-buat tak tahu. Itu ke kawan
baik?
Masuk saja
ke dalam lift, sempat Shahrizal menelefon Rafeeqa untuk memaklumkan tentang
kedatangannya ke rumah mertua. Nanti nak singgah sekejap di Secret Recipe, Rafeeqa pesan minta
belikan chicken curry puff. Demanding
pula Rafeeqa. Beli saja karipap yang dijual di pasar malam tak boleh ke.
RAFEEQA
duduk bertinggung di tepi kolam ikan Mama. Bibir mengukir senyum. Ngeee...Shahrizal kata nak datang. Dia
dah sediakan bagasi besarnya yang masih belum dibuka sejak hari pertama balik
tempoh hari. Rindu rasanya nak bertapa di rumah mereka berdua.
“Pak Atan,
tak balik lagi ke? Dah lewat dah ni,” tanya Rafeeqa ramah pada tukang kebun
yang sedang sibuk mengalihkan pasu bunga Mama. Kasihan juga melihat Pak Atan.
Dah tua-tua pun masih bekerja.
“Kejap
lagi, Fika. Lagipun Badrul tak datang lagi.”
Badrul, anak lelaki Pak Atan yang baru tamat
belajar kini bekerja di syarikat Papa. Keluarganya dan keluarga Pak Atan sangat
rapat, bagaikan tiada jurang di antara majikan dan pekerja.
“Sejak bila
Mama suka ikan emas, Pak Atan?” Mata Rafeeqa beralih pada kolam ikan Mama.
Lebih kurang ada sepuluh ikan emas di dalam
kolam, semuanya besar-besar belaka. Setahu Rafeeqa Mama tak minat ikan. Susah
nak jaga kata Mama. Nak bersihkan pun satu hal. Akuarium yang diletakkan Papa
di sudut ruang rehat dulu pun Mama tak setuju. Berbaulah. Semaklah. Ala, kalau
rajin menjaga cantik lah akuarium tu.
“Baru-baru aje, Fika. Dah tak minat
bunga, sekarang minat ikan pulak.”
“Lepas ni minat apa entah.”
Pak Atan tergelak. Puan Zakiah memang
begitu. Minat yang banyak dan sentiasa berubah-ubah.
Panjang leher Rafeeqa bila kereta
memasuki garaj. Sedikit terkejut bila dilihatnya Shahrizal yang keluar.
Sangkanya anak Pak Atan. Bukan dulu kereta Shahrizal lain ke?
“Sejak bila tukar kereta?” tanya
Rafeeqa bila Shahrizal sudah mendekat. Sempat suaminya itu bersalam dengan Pak
Atan.
Nak minta kena cium di pipi macam biasa,
malu pula. Kot Shahrizal buat tak layan confirm
dia rendam muka di dalam kolam ikan Mama.
“Not
long ago.”
“Then
what happened to your Camel?”
Nama timangan Camry Shahrizal itu
Rafeeqa yang bagi.
Kepalanya masih lagi terteleng-teleng melihat kereta
Shahrizal, cuba untuk mengenal pasti jenama. Bahagian hadapan kereta tak nampak
sangat, terlindung di sebalik tiang besar rumah.
Soalan Rafeeqa tak berjawab. Huluran
plastik Secret Recipe yang dihulurkan
suami disambut. Dah lama tak merasa chicken
curry puff kegemaran. Sementara masih belum bekerja ini nanti nak minta
ajar Mama buat karipap.
“Lepas ni tukar Lambo pulak,” Rafeeqa
tayang senyum.
“Ingat cari duit macam petik daun dari
pokok ke?”
Senyuman Rafeeqa mati, spontan mulut
comelnya mencebik. Sejak bila tak pandai makan lawak, Shah?
“Malam ni balik dengan saya tak?”
Rafeeqa mengangguk. Karipap dikunyah
perlahan. Malu pula tiba-tiba bila wajahnya dijamah mata Shahrizal. Dah lama
tak berjumpa dan ditambah pula dengan layanan Shahrizal yang sudah 360 darjah
berbeza, rasa kekok mula wujud di antara mereka berdua.
“Kalau gitu malam sikit baru saya datang ambik awak. Saya ada hal kejap,” sambung Shahrizal.
Jam di tangan dikerling Shahrizal,
sudah hampir pukul 7 petang. Malam ni dah berjanji nak keluar makan malam
dengan Husna. Nak tinggalkan Rafeeqa
seorang diri di rumah mereka berdua nanti, risau pulak.
“Dinner
sini tak?”
“Tak.”
Wajah Rafeeqa sedikit berubah. Karipap
yang tadi sedap rasa berpasir di dalam tekak. Aura Shahrizal sekarang bukan
lagi aura yang dulu, yang manja dan penyayang. Shahrizal di hadapannya ini
sudah betul-betul berubah. Kalau dulu main sedap saja peluk tubuh tegap
Shahrizal, tapi sekarang tak lagi.
As
the time pass by, people change dear Rafeeqa.
Shahrizal mengatur duduk. Mata masih
menatap wajah Rafeeqa. Hujung bibir Rafeeqa yang comot dibersihkan dengan ibu
jarinya.
Nak bagitau
ke tak?
Lagi awal lagi bagus.
“There’s
something I need to tell you, Rafeeqa.” Shahrizal berlagak tenang walau di
dalam hati berkocak hebat.
Rafeeqa mengangkat muka, memandang
wajah suami. Di dalam hati dah dapat mengagak, ni mesti pasal ayat keramat
Shahrizal pagi tadi. ‘It is about time
for me to satisfy you’.
“Apa dia?”
Shahrizal tarik nafas dalam. Cuba
mencari kekuatan untuk berterus terang dengan Rafeeqa. Rafeeqa terima ke tak,
belakang kira. Mengaku depan-depan adalah lebih baik daripada sembunyi
belakang-belakang seperti yang dia lakukan sepanjang setahun kebelakangan ini.
Lagipun Rafeeqa macam dapat mengagak.
“Your
instinct was right. There is someone else besides you.”
Oh
my!
Karipap yang masih tinggal separuh terjatuh
dari tangan Rafeeqa. Membulat matanya berlawan dengan panahan mata Shahrizal.
Rasa macam nak terjun ke dalam laut. Rasa macam nak lari ke gunung tinggi.
Was
it just a prank?
Hakikatnya, inilah realiti dan membuatkan
hati Rafeeqa terhiris dengan kata-kata Shahrizal. Segala tekaannya benar
belaka.
Kenapa Shahrizal tak pernah lagi
menjenguknya di Sunderland sejak tahun lepas?
Kenapa Shahrizal buat tak layan setiap
kali dia bertelefon?
There
is someone between us.
Rafeeqa bangun mahu berlalu masuk,
kalau boleh dia tak nak Shahrizal menyambung kata. Pedih! Otak sudah mula
mencerna senario terburuk.
Adakah dia akan ditinggalkan?
Adakah dia akan dimadukan?
Oh
no!
“Rafeeqa. Rafeeqa.”
Itulah panggilan terakhir yang menerjah
telinga Rafeeqa sebelum pandangannya kabur dan akhirnya gelap.
BAB 2
“RAFEEQA apa khabar?”
Azwan mengekori langkah Shahrizal menuju
ke tennis court. Patutnya semalam
lepak bersama di sini tapi Shahrizal buat-buat jual mahal. Merajuk sebab dia
menangkan Rafeeqa. Tak padan betul dengan gaya macho dan muka lengkap pakej tapi ada aura ‘sotong.’
“Okey. Hari ni dia balik tinggal kat
rumah.”
“Mantap!”
Shahrizal sekadar menjeling sekilas.
Rafeeqa tinggal dengan dia, yang Azwan teruja sangat apa cerita? Beg dan raket
tennis diletakkan di atas kerusi panjang. Jahat tak kalau dalam otak dah plan awal-awal nak kalahkan Azwan kaw-kaw petang ni? Melepaskan tekanan
pada masa yang sama.
Otak berserabut dengan masalah sendiri.
Nak luahkan pada Azwan, hatinya berbelah-bagi. Pasti Azwan akan keluar dengan
ayat paling menyengat.
‘Siapa suruh cari penyakit,
bro.’
Dari awal lagi Azwan tak pernah bagi
muka dengan dia dan Husna. Yang ni dia tak nafikan yang dia bersalah. Tapi
kalau ditimbang betul-betul, Rafeeqa pun ada salah juga. Nak menunding jari
pada dia seorang memang tak adil rasanya.
“Rafeeqa tau tak pasal Husna?” tanya
Azwan yang sudah mula warming up di
tepi court.
“Dah.”
“What
was her response?”
“Okey.”
Azwan pandang Shahrizal pelik. Hidung kembang
kempis dengan telinga yang memerah. Sah menipu! Tangannya naik memukul bahu
Shahrizal kuat hinggakan temannya itu mengaduh sakit.
“Okay
it seems,” Azwan
berkata sinis.
Nak menipu pun guna logiklah, bro. Isteri mana yang selamba kata hoyeah kalau suami nak berkahwin lain.
Lebih-lebih lagi isteri macam Rafeeqa. Tak hairan kalau Rafeeqa berendam air
mata semalaman dengan berita gempak Shahrizal.
Shahrizal terdiam.
Rafeeqa okay?
Nope,
she’s not.
And
I thought she would be okay with it.
Sampai jatuh pengsan dan rendah tekanan
darah. Menangis bila dia berterus-terang tentang hubungannya dan Husna. Nak
memujuk, Rafeeqa meminta untuk bersendirian. Sudahnya dia duduk di sudut bilik,
Rafeeqa termenung di atas katil. Bila Rafeeqa sudah terlena, barulah dia
merangkak naik dan berbaring di sebelah isteri.
Husna yang mengamuk dibiarkan saja. Nak
buat macam mana kalau dia betul-betul tak dapat datang untuk temu janji. Takkan
nak tinggalkan Rafeeqa seorang diri. Nanti apa kata mertua. Pergolakan
rumahtangga mereka berdua biarpun berpura-pura untuk berlagak biasa, tapi
hakikatnya seperti sudah dapat dihidu oleh kedua-dua belah keluarga. Cuma
keluarga mereka berdua sengaja tak nak
masuk campur. Dah besar panjang macam ni, pandai-pandailah menguruskan
masalah rumahtangga.
Sebelum dia pergi ke Bali tempoh hari,
sempat Daddy ‘berus’ puas-puas anak tunggalnya ini. Dua jam menadah telinga
dengan nasihat dan amaran Daddy.
‘Fika tu budak baik. Kalau tak, tak
adanya Daddy nak satukan Shah dengan Fika.’
‘Baik ke kalau membelakangkan suami
sendiri, Daddy?’
‘Semua orang buat salah, nak. Tutup
sebelah mata takkan tak boleh? Selama ni Shah okey aje Fika belajar jauh.
Tiba-tiba tahun ni mengungkit pulak.’
‘Shah dah tutup dua-dua sekali. Nanti
Fika balik pandai-pandailah Shah uruskan macam mana.’
‘Jangan berpoligami kalau tak mampu
untuk bersikap adil. Daddy rasa dua-dua pun tak nak bermadu. So you have to choose only one.’
‘I
choose Husna.’
‘Tanggung sendiri, Shah. Kalau Papa Fika
datang dengan parang Daddy tak nak masuk campur.’
Rasanya dia dah bersedia untuk berdepan
dengan orang tua Rafeeqa. Walau kena serang dengan parang atau meriam buluh
sekalipun, dia tetap dengan keputusannya. Rafeeqa? Should I say that this is the price that you have to pay, dear?
“If
I were you, I would choose Rafeeqa.” Ayat Azwan mematikan lamunan Shahrizal
yang duduk di atas kerusi.
“Ni tak nak warming up ke? Kaki cramp
aku tak nak tolong,” sambung Azwan.
“Kenapa Rafeeqa?” Shahrizal bangun dan
melakukan larian setempat.
Jangan kata sebab dah kenal Rafeeqa
lama bla bla bla...dia sendiri tahu
yang Azwan dan Rafeeqa kenal sejak zaman sekolah lagi, ‘junior-senior relationship’ kata Azwan.
“Knowing
bout Rafeeqa does not depend on how long you know her but how well you know her,” Shahrizal keluar dengan teori sendiri.
“Sekarang ni kau dah kenal sangat
dengan Husna?”
Shahrizal menoleh ke sisi. Kan dah agak
dah. Kalau hal Rafeeqa kena ungkit, mesti Azwan melancarkan perang sahabat.
“Nak main ke tak ni? It’s already almost six.” Shahrizal
berlalu ke dalam tennis court. Minta
maaflah kalau nak bertekak tentang masalah rumahtangganya petang-petang begini,
bagus dia angkat tangan surrender.
Mulut Azwan boleh tahan power. Dia
yang lawyer pun boleh jadi ‘lauya’ kalau berbahas dengan Azwan yang
boleh dikategorikan sebagai mulut lancang bagi lelaki. Menyengat!
“Husna tu patutnya kau buang jauh-jauh.”
Azwan berkata sendiri. Tak berani pulak
nak buka mulut bagitau Shahrizal
depan-depan. Silap hari bulan Shahrizal putus kawan terus.
Apa yang menariknya Husna?
Apa yang lebihnya Husna?
Apa yang extravaganza sangat tentang Husna?
Serius dia tak tahu. Yang dia nampak
adalah Husna yang gedik. Husna yang buat-buat manja. Husna yang main gesel-gesel.
Husna yang menyampah. Bak kata Azura setiausaha Shahrizal, Husna yang euwww!
RAFEEQA bertepuk tangan dan melabuhkan
di sofa di tengah ruang tamu. Nak teriak Yippie
kuat-kuat sebab atas usaha sendiri, dia akhirnya berjaya mengangkat dua
bagasi besarnya yang seberat 20kg setiap satu seorang diri naik ke bilik tidur
utama di tingkat atas.
Nak tunggu sampai Shahrizal balik, dia
tak sabar. Lagipun Shahrizal macam nak tak nak saja bila dia mengemukakan
hasrat untuk balik ke rumah mereka berdua. Rumah ini adalah hadiah perkahwinan
dari orang tua masing-masing lima tahun lalu. Kalau dulu hanya ketika cuti
musim panas saja dia tinggal di sini sebab masa yang lain dia seronok menimba
ilmu di Sunderland, kini dia akan menetap sepenuhnya.
I’m
coming back for good, yeah!
Mata Rafeeqa melilau melihat sekeliling
rumah. Sedikit saja perabot yang ada. L-shaped
sofa berwarna putih di tengah ruang tamu. Terdapat kabinet kecil yang
menempatkan gambar-gambarnya dan Shahrizal di bawah LCD tv yang tergantung elok di dinding dan home teather di kiri dan kanan kabinet. Meja kaca bulat yang
berbentuk segiempat pula diletakkan di hadapan sofa. Ringkas sahaja tapi cukup
kemas dan selesa.
Esok nak tambah akuarium di dalam rumah
ini. Letak di sudut dinding bersebelahan tingkap kaca yang besar. Tak payah bagitau Shahrizal. Anggap saja surprise untuk encik suami.
Jam di dinding dipandang Rafeeqa
sekilas. Sudah menginjak ke pukul 10 malam tapi Shahrizal masih belum pulang.
Hairan juga. Bermain tennis dengan Azwan sampai malam begini ke? Perut
kosongnya sudah mula berkeroncong. Kalau Shahrizal balik akhir sangat, nampak
gaya plan nak bawa Shahrizal lepak di
kedai mamak malam ini terbatal. Rafeeqa baring di atas sofa dengan kaki
berlunjur. Telefon di atas meja dicapainya. Nombor Damia dicari. Rasa macam nak
chit chat dengan Damia untuk hilangkan
bosan sementara menunggu Shahrizal balik.
“Babe!”
“Haiiii!”
Teruja punya pasal, dua-dua menjerit
kuat. Bila bercakap dengan Damia, memang tak ada istilah memberi salam di
antara mereka berdua. Gaya omputih,
siap teriak-teriak mengalahkan Paris Hilton. Budaya barat yang terbawa-bawa
hingga ke tanah air. Ni kalau Mama tahu mesti kena sound.
“Miss
me?” Damia
bertanya di hujung talian dengan sisa ketawanya.
“Oh,
pleaselah!” Rolling eyes. Tangan kiri Rafeeqa di
awang-awangan.
“How’s
Shah? Sihat tak?”
“Fine.
The handsome and cool him.”
“Ceh!”
Rafeeqa tergelak. Dapat bayangkan Damia
sedang tayang muka menyampah dengan bibir mencebik sekarang ini.
“Korang okey tak?”
Pertanyaan Damia buat Rafeeqa diam
beberapa ketika. Macam mana nak mulakan cerita. Kalau bercakap di dalam telefon
begini, sampai esok pagi pun tak habis lagi.
“Keluar esok jom. Temankan aku cari
akuarium.” Ni trick nak mengelakkan
diri dari terus disoal Damia.
“Bet
you both are not fine, babe. Aku on
je, anytime you want just let me know. Esok
aku ambik,” kata Damia di hujung
talian.
Beli akuarium?
Kena cari rakyat jelata untuk menghuni
akuarium sekali. Ikan!
Bukan shopping? Accessories? Handbags? Heels? Drop them all!
Rafeeqa dan Damia kenal sejak zaman
sekolah rendah lagi. Jadi tak susah untuk Damia meneka perasaan Rafeeqa ketika
ini. Nak beli ikan maksudnya nak tenangkan fikiranlah tu. Teringat kata cikgu
di sekolah bertahun dulu, kalau otak serabut tengok ikan. Ia secara tak
langsung boleh menenangkan. Itulah kot yang Rafeeqa nak cuba sekarang.
“Esok aku sambung cerita. Tak naklah emo malam-malam macam ni,” Rafeeqa
berkata perlahan.
Hal rumahtangganya ditolak tepi.
Masing-masing rancak bercerita tentang perkembangan terbaru biarpun baru
beberapa hari tidak berjumpa. Ex-schoolmates
mana yang dah ada anak. Tahun ni berapa orang kawan yang berkahwin. Siapa yang ada
skandal dengan siapa. Belum lagi masuk bab mengungkit rindukan Sunderland yang kini
sudah jauh di mata. Rancak saja mereka berdua bercerita hinggalah bateri
telefon Rafeeqa hampir habis. Nak sambung dengan charger dia malas nak bergerak ke kabinet di depan sana. Power bank entah di mana dia letak.
“Sleep
well tonight, babe. Spill out everything tomorrow,” Damia menasihati teman baiknya itu.
“Alright.
Ambik aku esok, kita brunch.”
Habis bercakap di telefon, terkebil-kebil
mata Rafeeqa merenung siling di atas kepala. Sunyi. Itulah yang dia rasakan
sekarang ini. Shahrizal sampai sekarang tak balik-balik. Takkan terlupa yang
dia memang sudah pulang ke rumah ini malam ini. Nak telefon, dia takut kena cop
kepochi.
Semalam, dia rasa macam nak terjun ke
laut dalam. Shahrizal mengaku menduakannya dan mengambil keputusan untuk
mengahwini kekasih hati. Pengakuan dari mulut suami sendiri buat Rafeeqa kecewa
dan terguris dalam diam. Habis tu dia nak letak kat mana?
Ikatan suci akan terputus?
Oh
my!
Dalam posisi berbaring, Rafeeqa bangun
semula dan duduk tegak di atas sofa. Tahulah dia pernah buat salah. Tapi
sampaikan mencari yang baru, agak melampau juga Shahrizal. Haih...mungkin
kerana terlalu lama ditinggalkan seorang diri buatkan Shahrizal goyah dan tewas
dengan dugaan di dalam rumahtangga mereka berdua. Dan lelaki sehebat Shahrizal
ramai bunga yang nak cuba menempel. Dan bunga bertuah yang berjaya hinggap
adalah Husna.
Woof! Woof! Woof!
“What
on earth is that?”
Bunyi anjing yang menyalak di luar sana
buat Rafeeqa takut. Bulu naik meremang tiba-tiba. Di kawasan perumahan Eco Garden ni mana ada jiran-jiran yang
membela anjing. Imaginasi pelik Rafeeqa muncul di fikiran. Kata orang kalau
anjing menyalak bermakna ada ‘benda’ terbang ke sana sini.
Jangan Pandang Belakang.
Nang Nak.
Mama.
Semua jenis ‘benda’ di dalam filem
berlegar-legar di fikiran. Mata Rafeeqa terpejam rapat. Mulutnya sudah
terkumat-kamit membaca doa, cuba untuk menenangkan diri sendiri. Tang tetiba
ada yang singgah untuk menyapanya macam mana? Pengsan!
Bila bahunya terasa seperti disentuh, tubuh
Rafeeqa jadi statik.
Damn! Takkan betul-betul singgah kot.
“Rafeeqa.”
Mata Rafeeqa terbuka luas. Wajah
Shahrizal dengan dahi berkerut di depan mata.
“Okey tak ni?” Shahrizal pelik.
Awat muka Rafeeqa pucat dengan mata tak
berkedip. Punggungnya dihenyakkan di sebelah Rafeeqa. Bahu Rafeeqa dipaut
lembut.
“Saya dengar anjing menyalak, Shah.”
“So?”
“Saya takut.”
Shahrizal sembunyi senyum. Tubuh isteri
dibawa rapat ke dada dan dipeluk erat. Umur dah 23 tahun pun masih takut, pula
takut tak bertempat.
“Saya dah balik dah pun.”
Belakang Rafeeqa diusap Sharizal perlahan,
cuba untuk menenangkan sang isteri. Haruman rambut Rafeeqa yang menusuk
hidungnya buat Shahrizal rasa terbuai. Haruman tubuh Rafeeqa terasa begitu
mendamaikan. Saat Rafeeqa mahu meleraikan pelukannya, tubuh Rafeeqa dibawa
lebih rapat padanya.
“Ten
minutes, Rafeeqa,”
pinta Shahrizal dan Rafeeqa hanya membiarkan saja.
Shahrizal bersandar pada belakang sofa
dengan tubuh Rafeeqa yang masih dipeluk erat. Kepala Rafeeqa yang mendarat di
dadanya dibelai lembut. Dan saat inilah getaran jantungnya berubah tempo, perlahan-lahan mengembalikan semula
rasa lama yang sudah lama mati.
BAB 3
“RAFEEQA!”
“What?”
“Naik kejap.”
Rafeeqa yang seronok melayan History
Channel di tv mengangkat punggung malas. Langkah kaki diatur sangat perlahan
menaiki anak tangga sambil kepala masih berpaling ke arah tv. Sejarah tentang Cleopatra
dan Egypt menarik perhatiannya, sayang kalau terlepas walaupun nanti boleh
tengok semula.
“Rafeeqa!”
“Coming!
Coming!”
Rafeeqa tayang muka tak puas hati. Apa
yang penting sangat sampai Shahrizal tak boleh nak bersabar. Langkah kakinya
diatur laju.
“Apa dia?” Rafeeqa berdiri di depan
pintu yang sudah sedia terbuka.
“Come
here.” Tangan
kanan Shahrizal melambai ke arah Rafeeqa.
Rafeeqa bergerak mendekati Shahrizal
yang berdiri tegak di depan pintu almari. Mata memandang sekilas tubuh
Shahrizal yang hanya berbalut tuala paras pinggang. Dah setahun tak menjamah pemandangan ala-ala Incredible
Hulk dengan six pack abs yang buat
mata melekat dengan hanya sekali pandang. Dengan suami sendiri tak salah kalau
dia nak pandang sampai mata terbeliak sekalipun.
“Apa semua ni?”
“My
clothes. Why?”
“Jadi saya punya awak letak kat mana?”
“Ni. Ni. Ni.”
Satu persatu kemeja yang bergantung di dalam
almari dibelek Rafeeqa. Mestilah pakaian dia yang paling banyak tapi
hello...pakaian Shahrizal masih tergantung cantik di tempat asal. Tak ubah apa-apa
pun.
Lengan isteri ditarik Shahrizal ke
bahagian laci. Dibuka satu-persatu. Kebanyakannya didominasi oleh pakaian isteri.
Seluar kecik berwarna-warni. Seluar kecik dia kena campak mana entah.
“Where
are all my boxers?”
Shahrizal bertanya dengan suara ketat. Dari tadi tak jumpa. Baru lepas mandi
dengan hanya bertuala separas pinggang dan rambut yang masih basah, sejuk doh!
Berkerut kening Rafeeqa. Dia tunduk dan
membuka laci paling bawah.
“Ni, ada je pun. Saya tak tukar banyak,
Shah. You know, my clothes are a lot and
I don’t think this wardrobe is enough for both of us,” Boxer dihulurkan pada suami. Tu ayat nak bagi hint suruh belikan almari yang lebih besar. Tak pun walk-in wardrobe terus.
“Awak alihkan dulu semua pakaian ni
boleh tak? Gantung kat bilik sebelah.”
Ayat Shahrizal buatkan mata Rafeeqa
membulat. Selamba saja wajah suami yang mono sambil menyarungkan baju ke badan.
“Kenapa pulak?”
Penat doh susun cantik-cantik sepanjang hari. Takkan sebab almari sesak
sikit pun pakaian dah kena ‘halau’.
Namun dengan pandangan tajam Shahrizal sudah cukup buat Rafeeqa tak berani membuka
mulut. Rafeeqa merungut di dalam hati. Nak guna kuasa veto sangatlah tak
bertempat.
“Fine!”
Zap!
Zap Zap! Laju saja
tangan Rafeeqa mencapai pakaiannya yang tergantung.
Tahulah rumahtangga mereka berdua
sekarang goyah semacam, tapi takkan sampai nak menghalau dia ke bilik sebelah.
Dah bertukar jadi pasangan ‘mind our own
business’ ke apa ni? Tadi okey aje pun angin Shahrizal ketika mereka berdua
duduk melepak di kedai mamak.
“Bawak
yang tu aje. Yang lain biar sini.” Tangan Rafeeqa yang mahu mencapai pakaian kecik di dalam laci ditahan Shahrizal perlahan.
Bila kelibat Rafeeqa sudah menghilang di
sebalik pintu, Shahrizal tersenyum. Muncung, kalah itik! Saja nak menyakat
Rafeeqa di malam hari. Esok lusa dia alihkan semula pakaian Rafeeqa ke sini.
Bukan apa, nampak semak sangat bila pakaian terlampau padat tergantung di dalam
almari.
Knowing Rafeeqa, baju Rafeeqa seorang
mengalahkan baju dua orang. Dan Rafeeqa main sumbat, tak reti nak susun elok-elok.
Mata Shahrizal tak tahan kalau kekemasan almari tak mencapai tahap yang
diinginya. Patutnya bilik kecil di sebelah disambungkan dengan bilik utama ini,
buat jadi walk-in wardrobe. Dia faham
isi tersirat yang cuba disampaikan oleh Rafeeqa, cuma dia buat-buat de’ tak layan.
“Dah gantung elok-elok?” ringan mulut
Shahrizal bertanya bila Rafeeqa masuk semula dengan muka masam.
Rafeeqa buat-buat tak dengar. I’m so not in the mood to bla bla bla,
Shah! Anak patung The Smurf
kesayangan di atas katil dicapai dan tanpa berpaling ke arah Shahrizal yang
memandangnya pelik, Rafeeqa melangkah keluar semula dari bilik.
“Tak nak tidur dengan saya, sudah. I have my Smurf!” kata Rafeeqa.
Shahrizal terdiam sejenak. Yang dia
suruh Rafeeqa buat cuma alihkan pakaian, bukan tidur di bilik sebelah. Bukan
tadi masa di kedai mamak Rafeeqa kata rindu sangat ke sampai kata malam ni tak
nak tidur, nak berborak dengan dia sampai ke pagi.
Niat mahu memujuk isteri ditepis jauh-jauh.
Kalau dulu bolehlah dia pujuk dengan ayat-ayat manis. Tapi sekarang lovey dovey mode dah off. Cinta untuk Rafeeqa dah tak sedalam
dulu. Dalam erti kata lain sudah lama pudar sejak kehadiran Husna.
Dia masih belum berbincang lebih dalam
tentang ke mana hala tuju perkahwinan mereka berdua dengan Rafeeqa. Tapi
rasanya Rafeeqa faham dengan kehendak hatinya yang hanya mahu memilih satu
sahaja. Janji dengan Husna mahu berkahwin terpaksa ditangguhkan dulu.
‘Husna tak nak bermadu, Shah. Tak
naklah kongsi-kongsi.’
‘Rafeeqa pun rasanya tak nak.’
‘Padanlah tu. Let her go and take me instead.’
Ayat Husna pagi tadi agak kejam juga
pada pendengarannya. Tapi dia tutup sebelah mata, beranggapan mungkin Husna
terlebih emosi. Goyah bila kepulangan Rafeeqa menjadi jurang di dalam
perhubungan mereka berdua. Kalau Husna tahu yang dia dan Rafeeqa masih tinggal
sebumbung, harus Husna meletup.
Not
in a good term doesn’t mean that we have to live separately!
Itu peringatan untuk diri sendiri.
Rafeeqa masih tanggunjawabnya yang sah. Dia bukan jenis yang lepas tangan dan
biarkan Rafeeqa tinggal di rumah orang tua. Nanti-nanti pandailah dia buka
mulut pada Husna.
Pajama
pant berwarna
putih dan T-shirt nipis Lacoste
tersarung cantik di tubuh tegap Shahrizal. Perlahan-lahan dia menuruni tangga.
Sedikit lega bila Rafeeqa dilihatnya duduk menghadap tv dengan muka tanpa
perasaan. Sekurang-kurangnya Rafeeqa tak mogok memerap di dalam bilik sebelah.
“Tengok cerita apa?” Shahrizal
mengambil tempat di sebelah Rafeeqa.
“Tengok sendirilah.”
Kalau dah Anthony Bourdain tengah
seronok bila kaki diurut-urut di salah satu pusat refleksologi di Bukit
Bintang, takkan nama rancangan ‘Amazing
Race’. Again, I’m not in the mood to bla bla bla Shah! Rafeeqa berkata
sendiri di dalam hati.
“Pass
me the remote control.”
Oh tidak! Laju tangan Rafeeqa mencapai remote tv di atas meja dan disembunyikan
di bawah bantal yang dipeluknya. Jangan berangan nak tukar ke ESPN Channel
kalau Anthony Bourdain ‘on the go’.
“Rafeeqa.”
“Only
for tonight, Shah. Anthony Bourdain tengah jalan-jalan di Malaysia. Jarang-jarang
ni. Please.”
Sejarah tentang Cleopatra dan Egypt
baru saja habis, sekarang Rafeeqa cuba memancing minat Shahrizal untuk menonton
Travel & Living Channel
kegemarannya. Selain memperkenalkan tempat-tempat yang menarik di setiap
negara, ada juga diperkenalkan aktiviti-aktiviti dan makanan yang menjadi
tumpuan. Sambil-sambil tu bolehlah dia survey
negara mana nak pergi dan apa nak buat. Masuk check-list, kemudian tunggu masa nak terbang saja lagi.
“Real
Madrid and...”
“Shah, malam ni aje.”
Shahrizal tergelak bila Rafeeqa tayang
muka Pussy Cat dengan mata kelip-kelip. Serius comel! Dan demi isteri, dia
mengalah juga. Masing-masing diam, hanya mata saja yang masih melekat pada
skrin tv.
“Dah berapa lama kenal dia?” Rafeeqa
membuka kata.
Tak ada topik lain?
Nak provoke
pergaduhan?
Bagi Shahrizal meletup?
Itu bukan motifnya untuk bertanya. Niat
sebenar ingin mengenali perempuan yang mencuri hati Shahrizal sewaktu
ketiadaannya. Pasti lebih hebat dari seorang Rafeeqa Huda. Up dan lebih tip-top
daripadanya.
“Kenapa tiba-tiba tanya?” Soalan
Rafeeqa tak dijawab Shahrizal. Dia menukar posisi duduk dan menghadap isteri.
Dia dan Husna kenal hampir setahun yang
lalu. Pejabatnya di tingkat 15, pejabat Husna pula di tingkat 7. Setiap hari
bertembung di lift, setakat Hi Bye
hinggalah mereka berdua rapat seperti sekarang. Untuk mengakhiri hubungan di
jinjang pelamin adalah di atas kehendak Shahrizal sendiri. Dan silapnya, dia
membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan Rafeeqa yang mungkin akan terluka.
“Ya,
I admit I’m the one at wrong Rafeeqa.” Shahrizal mengaku salah sendiri.
Rafeeqa di sebelah hanya diam sahaja.
Rasa macam nak menjerit. Macam nak menangis. Macam nak lari jauh-jauh. Tapi
masalah takkan selesai andai dia melarikan diri dari kenyataan.
“Bila nak berkahwin?” tanya Rafeeqa
perlahan.
De’! Soalan yang kedengaran janggal untuk
diajukan pada suami sendiri.
It’s
aching slowly inside me, dear Shah.
“Saya tangguhkan dulu. Banyak kena settle.”
Rafeeqa mengangguk faham. Dia sekarang
buat-buat cool walhal rasa macam nak
rendam muka sendiri di dalam tab mandi. Sudah hilangkah perasaan cinta
Shahrizal padanya kini? Rafeeqa menoleh
ke sisi, bertaup mata dengan mata Shahrizal. Nak tanya ke tak. Nak tanya ke
tak...
“Shah,
then how bout us?”
Rafeeqa tanya juga soalan yang dia sendiri tahu jawapannya.
Lepas ni pasti dia akan dibuang
jauh-jauh. Tak ada lagi berdua-duaan dengan Shahrizal sambil menonton tv macam
sekarang. Tak ada lagi gaduh-gaduh manja sambil tayang muka kucing. Tak ada
lagi bertekak macam Tarzan & Jane di pagi hari. Ala..dia aje yang rindukan
semua ni nanti. Shahrizal takkan ingat punya. Rafeeqa diulit sedih tiba-tiba.
Shahrizal diam. Hanya sekadar membalas
pandangan mata Rafeeqa. Tak sampai hati pula nak berbincang malam ini. Riak
wajah Rafeeqa sedikit sayu, mata Rafeeqa jelas menggambarkan rasa sedih. Bab
inilah yang dia lemah setiap kali berhadapan dengan Rafeeqa.
Kalau dah tak cinta kenapa masih
mengambil berat tentang Rafeeqa?
Kalau dah tak sayang kenapa diri diulit
rasa bersalah melihat sinar mata Rafeeqa berubah pudar?
Tanya soalan jawab sendirilah, bro.
Shahrizal mendekat dan mencapai remote control yang disembunyikan
Rafeeqa di sebalik bantal yang dipeluk. Soalan Rafeeqa tadi dibiarkan sepi.
“El
Classico malam ni, I can’t miss the
match.”
Rafeeqa tunduk. Kalau Shahrizal tukar
topik macam ni bermaksud jawapan Shahrizal adalah seperti yang dia jangkakan di
dalam hati. Shahrizal mana nak simpan isteri macam dia. Yang ‘kurang’
segalanya. Dah dapat cari yang lebih baik, harus yang stok diva macam dia
dibuang ke tepi ye tak?
Buah strawberi buat pelaga,
Orang dah tak sudi nak buat macam mana.
Rafeeqa tarik nafas dalam, cuba menahan
emosi yang sudah terganggu. Tak nak lah menangis sampai banjir satu rumah di
depan Shahrizal. Dia tak nak dianggap lemah atau dikatakan sengaja minta kesian. Dia adalah Rafeeqa, yang keras
di luar dan keras jugalah di dalam.
Tak nak duduk dengan Shahrizal tanpa
kata di ruang rehat, Rafeeqa meminta diri untuk ke tingkat atas. Nak emo sorang-sorang dalam bilik, tak pun
telefon Damia minta tips untuk tenangkan diri. Baru nak melangkah pergi,
Shahrizal menahan.
“Temankan saya kejap, kejap pun jadi.”
Lengan Rafeeqa dicapai Shahrizal namun ditepis Rafeeqa lembut.
“Ngantuk,
Shah. Letih sangat hari ni.”
“You
said you miss talking to me, nak borak sampai ke pagi.”
Rafeeqa tersenyum nipis dan geleng
kepala.
“Not
today, I’m so damn tired.”
Yang sebetulnya, I’m so damn sad! Rafeeqa berlalu menaiki anak tangga. Bila di anak
tangga pertama, langkahnya terhenti. Berpatah balik semula dan berdiri di depan
Shahrizal yang mendongak memandangnya tenang.
“Shah, ada satu yang saya nak minta
dari awak.”
“Apa dia? Nak minta kena dodoi?”
Rafeeqa tergelak kecil. Teringat
dulu-dulu kalau tak dapat tidur Shahrizal lah yang akan dodoikan dia. Sekarang?
Nampak gaya kenalah berdikari untuk mendodoikan diri sendiri supaya tak
tercari-cari Shahrizal satu hari nanti.
Rafeeqa duduk berlutut di depan
Shahrizal, mencapai tangan kasar lelaki itu dan menggenggamnya erat.
“Rafeeqa.” Shahrizal terkejut. Badannya
yang tadi bersandar di belakang sofa terus tegak.
“Janji dengan saya, Shah. Selagi awak
tak lepaskan saya, bagi saya peluang untuk hidup gembira dengan awak. Treat me like your wife like how we used to
be. Not to mention about falling in love with me once more, but at least make
me happy even if it’s only for a while.”
Shahrizal terpana. Lembut suara Rafeeqa
dan ayat mengharap Rafeeqa buat lidah Shahrizal kelu.
“Janji dengan saya, please.” Rafeeqa mencapai jari
kelingking Shahrizal, nak twinky promise dengan
encik suami. Selagi kita bergelar suami isteri, saya nak jadi isteri yang
paling gembira, Shah.
Shahrizal terkedu. Ayat Rafeeqa begitu
mendalam maksudnya dan inilah pertama kali Rafeeqa menyebut tentang soal
gembira dan bahagia serta statusnya sebagai isteri di hadapannya. Dalam tak
sedar, pintu hati yang dihuni Husna selama ini diketuk semula oleh isteri
sendiri.
Losing
Fika? Serve you right.
Losing
Husna? Serve you right, too.
Choose
one and let go the other one.
RAFEEQA terbangun bila dentuman guruh
kuat di luar sana. Patutlah sejuk mencucuk sampai ke tulang, hujan tersangatlah
lebat. Ditambah pula dengan penghawa dingin dengan suhu yang ‘full blast’ sejak awal malam tadi.
Badan Rafeeqa mengiring ke kiri, baru
nak melelapkan mata Rafeeqa kecut perut. Terpandangkan bayang-bayang pokok yang
bergoyang di sebalik langsir buat dia naik takut. Dalam kepala dah terbayang
pokok bertukar menjadi raksasa yang seolah-olah menggapai tangan padanya. Dah
tu, muncul pula bayangan Fredie Kruger di dalam kepala Rafeeqa. Filem Nightmare On Elm Street adalah salah
satu daripada filem seram yang dia suka walaupun menakutkan tahap ‘siot’.
Sepantas kilat Rafeeqa melompat turun
dari katil, The Smurf yang dipeluk dari tadi dicampak ke atas lantai dan dia berlari
ke bilik sebelah. Diketuknya berkali-kali tapi tiada respons dari Shahrizal di
dalam sana.
“Shah. Shah. Buka pintu ni, Shah.”
Suara Rafeeqa sedikit bergetar. Takut okey!
Beberapa minit berlalu, pintu bilik
masih tertutup rapat. Rafeeqa dah hampir berputus asa. Takkan Shahrizal tidur
mati kat dalam tu. Ni dah ketuk macam orang pukul kompang pun tak dengar jugak ke? Nak kembali semula ke bilik,
Rafeeqa takut. Tang tetiba Fredie
Kruger betul-betul muncul di tepi katil pengsan dia.
Sudahnya Rafeeqa duduk bersandar di pintu
dengan mata melilau melihat sekeliling. Pandangannya jatuh pula pada tangga
tidak jauh dari situ. Imaginasi semakin melebih-lebih, bayangan Ju-On merangkak
menaiki tangga buat ketakutan Rafeeqa naik dua kali ganda. Badan sudah mula
terketar-ketar dan kesejukan.
“Shah. Buka pintu ni, Shah,” Rafeeqa
merintih sendiri. Dalam otak cuma ada dua kemungkinan kenapa Shahrizal tak buka
pintu.
1. Sebab dah tidur sampai ke Pluto,
kalau ada bom meletup sekalipun mana nak dengar dah.
2. Shahrizal sengaja tak nak buka pintu
sebab dah tak nak tidur sebilik dengannya.
Kalau sebabnya adalah kemungkinan yang
kedua, serius Rafeeqa sedih tahap maksima. Sesekali mata Rafeeqa terpejam rapat
dan kedua-dua belah tangan menutup telinga bila guruh berdentum.
“Shah.” Sudah berpuluh kali nama
Shahrizal disebut Rafeeqa. Di dalam hati masih mengharap agar Shahrizal membuka
pintu dan menenangkan dia yang semakin takut. Namun, Rafeeqa hampa...
BAB 4
TUBUH Rafeeqa bergerak-gerak di sebalik
comforter, terbangun bila terdengar
bunyi pancuran air di bilik mandi. Matanya terpejam semula bila kantuknya masih
tak tertahan. Sejuk-sejuk begini memang sesuai nak sambung tidur sampai mata
lebam.
“Rafeeqa, wake up. Nak tidur sampai bila ni?”
Rafeeqa yang baru nak terlelap semula
membuka mata perlahan-lahan, walau berat tapi dipaksa juga. Shahrizal yang
berdiri di sisi katil memandangnya tepat. Tangan kiri Shahrizal naik di
pinggang, tangan kanan pula mengelap rambut basah dengan tuala kecil.
“Saya kat mana ni?” Serak suara
Rafeeqa. Mata hanya separuh saja yang terbuka.
“Bilik kita.”
Mata
Rafeeqa mengecil. Keningnya berkerut, otak cuba memproses kejadian semalam.
Hujan lebat. Fredie Kruger. Nightmare on
Elm Street. Ju-On. Duduk di depan pintu sampai terlelap. Pagi ni terbaring
elok di atas katil?
Oh! Rafeeqa tepuk perlahan dahi
sendiri. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Sayang juga Shahrizal padanya.
“Thanks,
Shah.” Rafeeqa
kenyit mata, buat Shahrizal senyum segaris.
Rafeeqa. Ada-ada saja. Shahrizal
bergerak ke arah almari, sempat tangan mencapai remote dan menutup penghawa dingin.
“Lain kali jangan tidur depan pintu. And ya, what made you slept in front of the
door in the first place?” Shahrizal berpaling semula menghadap Rafeeqa yang
masih berbungkus di sebalik comforter.
Hanya kepala saja yang kelihatan.
“Hujan,” perlahan suara Rafeeqa.
Shahrizal sembunyi senyum. Dah agak
dah!
“Fredie Kruger. Ju-On. Semua datang
malam tadi?” Shahrizal memerli.
Rafeeqa diam. Mata dah main kelip-kelip
macam kucing minta kesian di atas
katil. Pecah ketawa Shahrizal. Dah masak sangat dengan perangai Rafeeqa. Tengok
cerita seram memang nombor satu tapi bila dah hujan di malam hari Rafeeqalah
yang paling pengecut.
“Saya ketuk pintu banyak kali tapi awak
tak buka. Saya tunggu sampai....tertidur.”
Shahrizal yang baru nak menyarungkan
kemeja di badan menoleh. Blur kejap.
“Bila masa awak ketuk pintu?” tanya
Shahrizal. Kemeja yang sudah tersarung di tubuh dibutangkan satu-persatu.
Semalaman dia menyiapkan kerja sampai
badan tercabut skru. Tak mahu Rafeeqa tidur seorang diri di bilik sebelah, dia
berniat nak menjenguk tapi terkejut tahap gaban bila buka saja pintu, tubuh
Rafeeqa melurut jatuh. Dah jadi penunggu pintu rupanya.
“I
did knock on the door, Shah. Thousands of times.” Agak hyperbola ayat Rafeeeqa.
Berkerut kening Shahrizal. La..harus
dia tak dengar. Earphones terpasang full-blast semalam. Habit yang satu itu memang sejak dulu lagi, asal buat kerja earphones akan disumbat elok di telinga
walau hujan kuat macam mana sekalipun.
Shahrizal merapat. Rasa bersalah pula.
Dia tenung muka Rafeeqa lama. Bangun pagi dengan rambut serabai macam mana pun,
Rafeeqa masih tampak cantik. Buat dia terbuai seketika.
“Lain kali jangan pandai-pandai tidur
kat bilik sebelah. Saya cuma suruh awak alihkan pakaian aje, bukannya pindah sekali.”
Tangan Shahrizal yang baru nak membelai
rambut Rafeeqa yang masih berbaring terhenti separuh jalan. Berdehem dan
berpura-pura melipat hujung lengan baju. Tak nak manjakan sangat Rafeeqa, nanti
makin Rafeeqa nak menempel. Lagi susah dia nak lepaskan.
Rafeeqa mengangkat kening. Salah dengar
ke? Bibir nipis miliknya mengukir senyum. Hati bunga-bunga. Riang ria.
Shahrizal taklah sekejam mana, tak sanggup nak tidur berasingan.
“Does
it mean that I get back my Superman?” Rafeeqa sudah duduk bersandar di birai
katil dengan senyman yang masih lebar.
Shahrizal tak menjawab. Laju dia
berpakaian lengkap dan tadaa...bersedia untuk pergi bekerja. Ni la masalah
kalau berbuat baik dengan Rafeeqa, bimbang jika Rafeeqa menaruh harapan untuk
hubungan mereka berdua kembali pulih.
Duh! Bimbang dengan harapan Rafeeqa
atau bimbang dengan perasaan sendiri?
Blehh....
Senyuman Rafeeqa pudar. Dah lupa ke dia
sekarang ni tinggal nak dilepaskan saja lagi, jadi celah mana dia dapat encik
Superman dia balik? At least you get him
back for the time being Rafeeqa. Dia pujuk diri sendiri.
“Jalan dulu. Ada client nak datang awal pagi ni.” Shahrizal mencapai briefcase di atas meja di sudut bilik.
“Wait.
Wait. Let me make breakfast for you.”
Terkial-kial Rafeeqa turun dari katil.
Sempat stretching kiri kanan depan
belakang badannya yang terasa sedikit lenguh. Barangkali malam tadi salah
posisi tidur.
Terbeliak mata Shahrizal. Ni tengah stretching ke tengah buat gaya ala-ala
menari di dance pole? Baru tersedar
gaun tidur yang dipakai Rafeeqa tembus sampai ke dalam. Semalam tak pula
perasan sebab otak dah lambat pick-up selepas
menyiapkan kerja yang bertimbun.
“Rafeeqa, baju tu...” Shahrizal
berdehem.
Tak pandai susun ayat. Kalau dia kata
yang dia terseksa bila tengok tubuh seksi si isteri, pasti Rafeeqa gelak sampai
tergolek. Jangan sampai dia terkam pagi-pagi begini. Pula dia dah lama tak
membelai dan dibelai oleh Rafeeqa.
De’!
So much of ‘I don’t love you, Fika’ tapi terliur juga.
Rafeeqa pandang tepat wajah Shahrizal,
sebelum pandangan jatuh pada tubuh sendiri yang dibaluti gaun tidur La Perla
yang dirembatnya di Italy hujung tahun lepas. Baru dia nak bertanya, Shahrizal
menyambung kata.
“Lain kali pakai baju kelawar, tak pun
pajamas.” Shahrizal berlawak walau muka serius macam nak meletup.
Ternganga mulut Rafeeqa. Kepala
Shahrizal terhantuk di sinki bilik mandi ke? Pajamas? Baju kelawar?
Oh,
please!
Gaun tidur yang seksi nak mampuih macam ni memang baju rasmi
Rafeeqa untuk tidur malam. Memang dari dulu lagi pun, takkan Shahrizal dah
hilang ingatan? Dia kan diva, jadi fesyen dan penampilan yang menarik takkan
pernah berpisah dari seorang Rafeeqa Huda walau sewaktu tidur sekalipun. Baju
kelawar tu fesyen Mama, tak nak lah! Pajamas tu pula fesyen dia masa zaman
budak sekolah, tak padan dengan dia sekarang.
Rafeeqa sembunyi senyum.
I
know what you’re thinking, Mister!
Hanya pandangan mata saja yang menghantar
Shahrizal yang sudah menghilang di sebalik pintu. Kata dah tak cinta, tapi
kenapa masih ‘goyah’, Shah?
“Shah, tak nak breakfast ke?” laung Rafeeqa.
“Dah lambat,” Shahrizal di tingkat
bawah menjawab.
“Balik awal tak? Dinner sama-sama.”
“See
first. I might be coming back late.”
Rafeeqa hampa.
“Rafeeqa!”
“What?” Kepala Rafeeqa sudah terjengul keluar
di pintu bilik tidur.
“Jangan buka pintu kalau orang yang tak
dikenali datang,” Shahrizal di bawah sana berpesan.
“Orait.”
“Tukar baju tu sebelum tukang kebun
datang.”
“Orait.”
Rafeeqa Huda dan Shahrizal Hayrat.
Pagi-pagi dah macam Tarzan & Jane.
“WHAT?!
He really said that?!”
Membuntang mata Damia. Apa yang Rafeeqa beritahu sekarang buat hati menggelegak
tinggal nak meletup saja lagi.
Rafeeqa angguk kepala dan menghirup Mocha Ice Blended di hadapan. Wajah
Rafeeqa tampak sedikit mendung.
“OMGeeee...” Damia tak tahu nak cakap apa. Tangan
kanan mengipas-ngipas wajahnya yang terasa panas walaupun Full House dipasang penghawa dingin.
Serius dia rasa macam nak bagi
Shahrizal penampar sebijik, biar bagi
otak bergegar sedikit supaya tersedar. Rafeeqa baru balik dari Sunderland
dengan hati gembira bukan main, boleh pulak
Shahrizal keluar statement kata dah
berpunya dan nak berkahwin baru. Habis tu Rafeeqa nak letak kat mana? Jadi
tiang rumah?
“Melampau doh!” Damia bersandar di belakang kerusi dan berpeluk tubuh.
Patutlah Rafeeqa mengajak untuk membeli akuarium dan ikan-ikan hari ini. Tengah
berduka lara rupanya.
“Shah memang nak kena dengan aku.”
Rafeeqa tergelak kecil mendengar omelan
Damia. Apa yang Damia boleh buat? Paling tak pun cuma berleter dan typical Shahrizal, takkan dengar punya.
Ni baru Damia tahu Shahrizal nak berkahwin lain. Belum lagi tahu kisah
Shahrizal yang nak berpisah bla bla bla..berbahasa
dengan dia pun dah tak ada panggilan manja macam dulu-dulu...haih!
“Pernah jumpa tak perempuan tu? Cantik
tak? Nama siapa?” Damia bertanya laju.
“I
think I saw her once if that was really her.”
Teringat pada perempuan yang selamba masuk ke dalam
pejabat Shahrizal dua hari lalu. Fikir logik, takkan pekerja Shahrizal selamba landing di atas kerusi Shahrizal dengan
gaya ‘like a boss’.
“Husna.
Her name is Husna,”
sambung Rafeeqa.
Damia mencebik. Nama tu cantik okey,
tapi disebabkan perangai perempuan yang bernama Husna ni agak kureng automatik nama tu jadi hodoh. Ye
la, kalau baik takkan menempel dengan suami orang. Dalam otak Damia sekarang
ada dua kemungkinan yang buatkan timbul isu ‘kekasih gelap’ ini.
1. Shahrizal buat-buat lupa status yang
sedang dia pegang dan berlagak macam ‘hot-single-one’.
2. Perempuan yang bernama Husna tu tak
kisah walau apa status Shahrizal, yang penting dapat menempel.
“Kalau aku adalah kau, aku mengamuk wei. Ada ke nak berkahwin baru? Macam
sorang tak cukup. Alergik aku kalau poligami.” Damia masih tak habis dengan
amarahnya.
Poligami. Dengar perkataan pun Damia
dah cukup alergik. Bukan dia nak mempersoalkan sunah Nabi yang satu itu, tapi
lelaki zaman sekarang bukan boleh diharap pun. Kalau tak mampu berlaku adil
baik lupakan aje. Lelaki zaman sekarang adalah lebih kepada nafsu semata-mata.
Laaa..pendek kata, kononnya nak sangat mengikut sunah Nabi tapi sembahyang lima
waktu pun tak ‘pass’ lagi.
Rafeeqa pandang wajah Damia. Dia tarik
nafas dalam sebelum bersuara.
“It’s
not even a polygamy, babe. Choose only one, and the one not chosen will be me.” Tekak Rafeeqa rasa perit. Itulah yang
Shahrizal pernah katakan beberapa hari lalu.
“What?!!” Damia terjerit. Mata-mata sekeliling
yang memandang tak dipedulikan. Terkejut tahap ‘terkezut’. Bermaksud
kemungkinan yang kedua lah ni!
Rafeeqa tunduk. Nak salahkan Shahrizal
100%, tak adil juga bagi Rafeeqa. Punca Shahrizal berpaling kasih adalah
disebabkan oleh dia sendiri yang tak pandai melayan suami. Lebih tepat lagi,
dia memang tak pernah menjadi seorang isteri yang baik untuk suami.
Perkahwinan mereka berdua adalah atas
aturan keluarga, jadi memang Rafeeqa tak pernah mencintai apatah lagi nak menganggap Shahrizal sebagai seorang suami
yang disayangi. Berkahwin bila usianya baru mencecah 18 tahun, tak logik
sungguh idea Papa dan Mama. Sengaja dia memilih untuk belajar jauh sampai ke
Sunderland sebab mahu mengelakkan diri dari Shahrizal.
Bila Shahrizal datang melawat, dia buat
de’. Layan tak layan, acuh tak acuh.
Kiranya memang Shahrizal banyak bersabar sepanjang dia menjadi isteri. Ye la,
bila dah tak dihargai harus cinta Shahrizal goyah. Lagi pula berjumpa dengan
perempuan yang sepuluh kali lebih baik daripadanya.
Sekarang kes Rafeeqa ni adalah nasi
yang dah jadi bubur. Terlambat jatuh cinta. Terlambat untuk kembali semula.
Malah terlambat untuk menjadi isteri yang terbaik.
“Too
much, wei. Too much.”
Damia geleng kepala berkali-kali. Sedih mendengar ayat Rafeeqa, tak dapat
bayangkan perasaan Rafeeqa sekarang. Kalau dia, entah-entah dah menangis air
mata darah.
“Aku bingung, Mia. Aku tak tahu nak
buat apa. Nak react macam mana,”
Rafeeqa meluahkan perasaan.
Dia bukan jenis yang duduk membatu dan
menangis sampai mata lebam. Nak meratapi nasib sedih dan menjadi lemah? Itu
bukanlah Rafeeqa Huda. Nak menangis pun jarang-jarang, paling tak pun dia duduk
termenung jauh. Lagi satu, kalau Rafeeqa yang dulu nak buang rasa sedih dan tension itu clubbing adalah yang terbaik. Tapi kini? Dah lama dia buang semua
tabiat buruk.
Damia terdiam. Dia sendiri jadi buntu.
Parah rupanya kemelut rumahtangga Rafeeqa dan Shahrizal yang disangkanya aman
damai.
-Shahrizal tak pernah lagi datang
melawat sewaktu tahun terakhir Rafeeqa di Sunderland.
-Shahrizal tak datang untuk majlis
graduasi mereka berdua.
-Shahrizal tak pernah lagi nak Skype
atau Viber call.
-Shahrizal tak pernah lagi ‘menconteng’
wall di Facebook Rafeeqa.
Selama ini memang Damia pernah tertanya
semua itu tapi sengaja tak nak buka mulut bertanya pada Rafeeqa, risau Rafeeqa
fikirkan yang bukan-bukan macam dia. Dah terjawab dah pun, itu sebab Shahrizal
sudah berpunya yang baru.
Satu saja perkataan yang Damia mampu
komen.
Damn!
RAFEEQA menjinjing beg plastik di
tangan. Balik melepak dengan Damia, sempat dia singgah di kedai mamak bila
teringatkan Shahrizal yang suka makan tosai. Langkah kakinya diatur kemas
menuju ke arah pintu utama bangunan pejabat Shahrizal. Saja dia datang
mengejut, bagi kejutan pada Shahrizal.
Sedih?
Yeah.
Kecewa?
Harus.
Tapi semua itu ditolak tepi. Yang dia perlu
buat sekarang adalah memikat semula hati Shahrizal. Ikut nasihat Damia.
Make
him fall for you!
Dia kan masih isteri yang sah, Husna tu hanya watak
sampingan. Setakat kekasih gelap aje, kalau dia pandai menghadapi situasi
‘Suamiku dah ada pengganti’ ni senang saja nak tolak Husna ke tepi. Dia kan
diva!
Baru kaki melangkah masuk ke dalam
lobi, mata Rafeeqa menala pada pasangan yang sedang berdiri di depan pintu
lift. Shahrizal bergelak ketawa dengan perempuan yang sama dilihatnya di
pejabat Shahrizal. Husna ke tu? Should
be!
Hati Rafeeqa yang baru sahaja kental
dan kuat dengan kata-kata perangsang diri sendiri dan Damia tadi serta-merta
hancur. Kemesraan Shahrizal dan kekasih gelap buat Rafeeqa terguris dan terkaku
di situ. Pandangannya jatuh pada beg plastik di tangan.
Tosai?
Nahhh...just
go back, dear darling.
Rafeeqa berpaling mahu berlalu pergi,
menurut kata hati. Shahrizal dah kenyang makan tengah hari dengan sang kekasih,
jadi setakat tosai dia ni kut Shahrizal tak pandang pun.
Am
I late?
Yes
you are dear darling!
Cermin mata hitam Max Mara yang
disangkutkan di atas kepala dipakaikan semula. Berlalu dengan penuh elegan dan confident walau dia diselami rasa sedih,
itulah Rafeeqa Huda.
Azwan yang berdiri di depan pintu utama
dari tadi hanya memandang. Rafeeqa dah berada di dunianya sendiri, sampaikan
dia yang tercegat di pintu lobi pun Rafeeqa tak perasan. Matanya menala pada
Shahrizal dan Husna di depan sana. Sungguh dia rasa macam nak tumbuk muka Shahrizal!
tak sabar nak tunggu sambungan :)
ReplyDeleteBest sgt..Yer x sabar nak tunggu sambungan.
ReplyDeletersa mcm nk nangis ...x sabar nk tunggu next chapter
ReplyDeleteRasa mcm nak sepak husna...mcm xde laki lain...
ReplyDeleteSkit hti jew tgok citer tu...husna tu x ade laki ke...asyik nk rampas laki org jew...lau dpn aq...aq sepak husna tu mcm bola sepak biar brguling2...irwan sepupu fika pun sama x ade prmpuan lain ke...
ReplyDeleteDrama dia mmg best la. Geram betol dgn shah sbb xlayan bini dia haish
ReplyDeleteGile benci perempuan mcm husna.. Siap push suruh shah cerai.. Tp dlm part.. Diaorg xd masalah pn just shah tue je ada perempuan lain.. Nek lah pn 1.. Ada ke patut sokong org lain dr fmily sendiri
ReplyDeletesambungan nya bila
ReplyDelete1st tgok dah best..peminat novel ler katakan.....drama tayang waktu maghrib...dr jam 7 tu dah mkn dpn tv...masuk waktu solat, tunaikan yang wajib dulu...knp lah x di tayang 6:30 ke 7:30, kan cun time tu....anyway yang fardhu di dahulukan..selamat menonton dan beramal..
ReplyDeleteBuat hal la shah ari nie declare ngan org kg nk kawin ngan husna plk..😒
ReplyDeleteFika Fika Chu...
ReplyDelete#FikaShah #ShahFika...
Husna pemusnah...
#JanganBenciCintaKu...
Nak tanya apa maksud mono tu?
ReplyDeletearrrrggghhhh..tidakkkk....bila sambungan nye ye? semangat aku baca beb....aku nak hempuk si husna keparat ni (sakit hati seorang isteri *walaupun laki aku tak buat gitew*...sakit hati gak beb)...
ReplyDeletehahaha.....buku ni ada kat pasaran x
ReplyDeleteHati manusia ni berbolak-balik, kan. Perkara simple jadi complicated.
ReplyDeleteMmg harganya rm23 ke?ad harga murah x?
ReplyDeleteBest gile...tapi tak suka si husna pemusnah rumahtangga orang
ReplyDelete