Friday, 3 January 2014

Jangan Benci Cintaku : Bab 8, 9 & 10

BAB 8


            PAGI yang sedikit sejuk dengan hujan renyai-renyai di luar sana. Rafeeqa perkemaskan lagi blazer berwarna biru tua H&M di badan. Macam tak ngam la pulak fesyen diva hari ini yang memakai skirt paras lutut. Teguran Shahrizal pagi tadi langsung dia tak layan. Sekarang tanggunglah sendiri ya, sejuk macam dah mencucuk jauh ke dalam tulang.
            “Apa khabar suami Fika?” Uncle Jay bertanya mesra.
            Rafeeqa dan Shahrizal, diibaratkan seperti merpati dua sejoli. Tapi sayang, itu hanyalah dari segi luaran. Tak sangka dah secocok begitu tapi rumahtangga tetap pincang. Mata kasar orang tua-tua senang nak nak tahu.
            Tentang Irwan pula, bukan Uncle Jay tak tahu Irwan masih menaruh hati pada anak buahnya ini. Kiranya macam cinta hati dulu, kini dan selamanya untuk Irwan. Tapi dia sangatlah tak  menyokong apatah lagi menggalakkan anak sendiri mengganggu rumahtangga Rafeeqa dan Shahrizal. Anggap saja tiada jodoh, tak gitu? Ala, senang dia nak komen begitu tapi kesian juga pada Irwan. Bagi lagi beberapa waktu, okeylah agaknya Irwan tu nanti.
            Rafeeqa tersenyum.
            “Shah okey, uncle. Busy sikit akhir-akhir ni.”
            “Minta Shah cuti, then both of you can go for a trip.”  Uncle Jay sengaja bagi hint, kot rumahtangga Rafeeqa dan Shahrizal akan kembali pulih.
            Rafeeqa masih tersenyum.
            “Good idea, uncle.” Nak jawab apa lagi kan? Nak menipu lebih Rafeeqa tak pandai.
            Nak pergi bercuti dengan dia? Huh..kirim salam! Shahrizal takkan mahu punya, lainlah kalau partner in crime tu Husna. Malu juga kalau dah tahu Shahrizal memang tak ada hati tapi dia yang beria-ia. Pipi tersorong-sorong bukan gaya Rafeeqa Huda. Dia lebih sanggup makan hati berulam jantung sorang-sorang.
            Semalam rasa kecewa Rafeeqa sampai tak tahu nak cakap apa. Ingatkan boleh lah kot angan-angan nak bekerja dengan Shahrizal bila si suami sendiri siap offer, tapi ‘ditarik’ balik. Duh! Pujuk Shahrizal sampai kering air liur pun Shahrizal tak nak. Alasan Shahrizal, tak padan dengan jurusan Rafeeqa tapi nak jadi setiausaha Shahrizal. Walhal, boleh aje graduan bisnes ni nak menyelit jadi PA suami sendiri.
            Ceh! Alasan sungguh tu sebab tak nak kantoi dengan Husna yang hubungan mereka berdua masih belum berakhir sepenuhnya tapi sebaliknya masih ‘on-off’.
            Lepak agak lama dengan Uncle Jay buat Rafeeqa lupakan seketika hal rumahtangga. Bekerja di bawah Uncle Jay tak susah sebab hal bisnes memang minat Rafeeqa. Boleh aje kalau dia terus bekerja di syarikat Papa tapi niat nak menolong Uncle Jay untuk beberapa bulan.
            Keluar dari bilik pejabat Uncle Jay, jam tangan Bonia dikerling Rafeeqa sekilas. Pukul 10.30 pagi. Ehem..tepat sangat dah masa ni. Shahrizal berjanji nak singgah, nak ajak brunch. Hati kata yuhuuu! Dia merajuk sampai baring membelakangkan Shahrizal semalam, hari ni kiranya Shahrizal nak pujuk balik hati yang lara.
            Hati gembira tapi sampai bila? Sampai ke petang? Sampai esok? Atau sampai tahun depan?  Rafeeqa tak nak ambil kisah. Shahrizal dah berjanji, selagi dia masih bergelar isteri selagi itulah Shahrizal mahu dia gembira.
            Kalau jodoh panjang, mereka berdua akan kekal bersama. Tapi kalau jodoh pendek, dia redha...
            Pesanan WhatsApp dari Shahrizal buat bibir Rafeeqa tersenyum lebar sampai ke telinga.

            Shahrizal : Rafeeqa, I’m at the parking lot. Faster.

            Ting! Keluar dari pintu lift, Rafeeqa beredar dengan muka ceria. Siapa yang tak gembira berjumpa suami, babe?!
            “Fika.”           
            Damn! Salah timing Irwan muncul di depan mata. Hampir mati senyuman angau Rafeeqa.  Bergerak ke kiri, Irwan menghalang. Bergerak ke kanan pun sama juga. Sudahnya Rafeeqa berdiri berpeluk tubuh di situ.
            “Dah habis interview?
            “Hmm..”
            “Department mana?”
            “Entah.”
             Rafeeqa jawab sepatah-sepatah. Soalan anak bos besar tak payah dilayan sangat. Kalau nak tahu lebih, pergilah tanya Uncle Jay sendiri. And ya, logik sikit. Lepasan jurusan bisnes takkan nak masuk dengan orang yang ulang alik site.
            Irwan dan Rafeeqa. Rafeeqa dan Irwan. Dua-dua bersaudara tapi sorang sayang, yang sorang lagi rasa menyampah. Mahu tak menyampah sampai muntah biru bila dari kecil sampai ke besar Irwan asyik nak menempel dengan Rafeeqa. Pendek kata, di mana ada Rafeeqa di situ ada Irwan. Jadi bayang-bayang yang apa-apa entah dalam hidup Rafeeqa.
            “Rasa excited pulak nak kerja satu bumbung dengan awak.” Irwan tersenyum lebar.
            Kalau dia bos besar, hari ini juga dia suruh Rafeeqa mula bekerja. Ye la, siapa yang tak teruja nak menghadap muka si pujaan hati. Rafeeqa tak suka, dia lagi suka. Rafeeqa buat muka toya, dia lagi cinta.
            De’! Tang celah mana yang buat Irwan excited Rafeeqa betul-betul tak faham. Mamat ni tak bosan ke ngadap muka dia dari kecil sampai umur masing-masing sudah mencecah 23 tahun sekarang?  Bukan kategori cinta monyet lagi ni, ni dah masuk ke tahap cinta obsses!
            “Brunch with me?”
            “No, thanks. Nak cepat ni.”
            “Okay. Next time then.”
            Bila dah kena reject tu, faham-faham sajalah Rafeeqa dah tak sudi. Irwan mengangkat tangan tanda ‘jumpa lagi’ bila Rafeeqa meminta diri. Tak apa, kalau hari ini Rafeeqa tak nak masih ada harapan esok lusa. Hal rumahtangga Rafeeqa, dia tak nak ambil tahu. Siapa salah siapa betul, dia tak kisah. Tapi andai satu hari nanti Rafeeqa akan dilepaskan, dialah orang pertama yang akan masuk line untuk meminang.
            Di luar sana bila hujan sudah mula reda, lebar senyuman Rafeeqa bila Infiniti M berwarna putih milik Shahrizal terparkir elok di seberang jalan.
            “Hi. I miss you!”
            Masuk ke dalam perut kereta, bibir Rafeeqa singgah di pipi Shahrizal. Rasa macam nak tergelak bila Shahrizal masih buat-buat cool dengan cermin mata hitam yang dipakai. Dia tak kisah kalau Shahrizal tak menjawab, riak muka suami sudah cukup menunjukkan yang Shahrizal sebenarnya suka dilayan begitu.
            “No wonder you forced me to wear the polka-dot necktie this morning.”
            Rafeeqa tersenyum. Polka-dot for today, itu tema untuk hari ini. Headband yang tersarung cantik di atas kepala sedondon dengan corak tali leher Shahrizal. Nak nampak sama padan sama cantik.
            “Nak makan kat mana?”
            Rafeeqa bertanya bila kereta Shahrizal sudah mula bergerak. Dia tak kisah sebenarnya nak makan di mana pun, yang penting peneman adalah Shahrizal Hayrat.
            Gembira tak usah cakap. Kadang-kadang ada juga Rafeeqa terfikir, agaknya adakah hubungan yang semakin baik ini akan berkekalan? No comment!
            Shahrizal tersenyum nipis. Sempat tangan kiri naik menyentuh headband di kepala Rafeeqa. Tampak comel saja Rafeeqa tapi sengaja dia tak nak memuji lebih, nanti Rafeeqa makin kembang hidung.
            Baru nak menjawab soalan Rafeeqa, telefon bimbit milik Shahrizal berbunyi. Nama Husna tertera di skrin. Selamba Shahrizal ‘slide’ butang merah. Sorry. Nanti pandai-pandailah dia pujuk. Dah dia cakap awal-awal kata sibuk tahap gaban, yang Husna telefon juga tu maknanya saja nak minta perhatian.
            “Kenapa tak jawab?”
            “Tak penting.”           
            Rafeeqa diam. Sejak bila panggilan kekasih tak penting, Shah? Rafeeqa sembunyi senyum. Sejak ada dia!
            Husna. Rafeeqa. Shahrizal rasa tersepit. Sorang adalah kekasih intan payung, yang sorang lagi adalah tanggungjawab. Mana satu yang patut diutamakan sebenarnya? Berada dekat dengan Rafeeqa buat Shahrizal rasa gembira dan sentiasa ceria. Yeah, Rafeeqa kan happy go lucky dan bubbly. Bila bersama Husna pula dia rasa dicintai dan dihargai.
            Nak pilih dua-dua, memang takkan punya sebab sendiri dah tahu yang dia takkan mampu berlaku adil. Bila dia nak pilih Husna, Daddy kata ‘Up to you’ sebab Daddy mahukan yang terbaik untuk dia. Tapi Azwan kata ‘Gila ke apa?!’ sebab Rafeeqa adalah seorang perempuan yang sempurna di mata Azwan.
            Sampai di depan lampu isyarat berwarna merah, Shahrizal toleh ke kiri. Menatap wajah Rafeeqa. Jarang-jarang dia menghayati kecantikan isteri. Bulu mata hitam yang melentik cantik, hidung yang separa mancung dan bibir nipis yang sedang menguntum senyum sambil bernyanyi kecil di sebelahnya ini buat Shahrizal rasa tenang. Pendek kata, satu perasaan yang dia tak pernah rasa setiap kali bila bersama Husna.
            Cukup kuatkah Rafeeqa nanti bila tiba masanya dia lepaskan Rafeeqa? Masih mampukah Rafeeqa tersenyum lebar dan menghiasi hari-hari dengan ceria tanpa dia di sisi?
            “Shah, it’s green already.”
            Rafeeqa melambai-lambai di depan Shahrizal. Kereta di belakang dah siap hon kuat-kuat pun Shahrizal boleh tak dengar. Tenung dia pulak macam boleh tembus sampai ke belakang. Apa kejadian? Angau?
            Rafeeqa tersenyum lebih lebar dari tadi. Perasan pun perasan la, dia tak kisah. Kalau Shahrizal tatap satu hari satu malam pun dia tak kisah.
            Masing-masing diam saja dan bila kereta Shahrizal berhenti di depan Toyota Motors di Jalan Cheras, kening Rafeeqa berkerut. Kata nak makan, ni apa kes datang kedai kereta tiba-tiba?
            “Kita buat apa kat sini? Awak nak tukar kereta baru ke? Test-drive? Is Toyota better compared to Infiniti? I thought Infiniti is far off better.
            Banyak benar soalan Rafeeqa. Mata terkebil-kebil bila tak ada satu pun yang dijawab Shahrizal, selamba pula keluar meninggalkan dia di dalam kereta. Kot kalau betul Shahrizal tukar kereta baru, boleh tak dia leech minta Infiniti ni? Dia satu hapak pun tak ada walau dia satu-satunya anak yang Papa dan Mama ada.
             Papa jenis yang tak nak manjakan sangat anak dia. Dulu bila dia minta Papa belikan kereta untuknya, Papa tolak 100%. Berusaha sendiri. Belajar hidup berdikari. Jangan boros tak bertempat walau duit tinggi macam gunung. Itu pesanan Papa. Urgh, bosan.  Ni yang dia sampai sekarang tak ada apa-apa. Keluar melepak dengan Damia pun, Damia yang jadi pemandu peribadi. Tak pun Shahrizal yang selalu ikut mood.
            Nak minta Shahrizal tolong belikan? Hoho...jauh angan-angan ya!
            Rafeeqa terkejut bila pintu kereta tiba-tiba dibuka dari luar. Shahrizal hulurkan tangan.
            “Come.”
            Rafeeqa menurut saja, membiarkan tangannya ditarik Shahrizal lembut dan mengikuti ke mana encik suami membawa. Nak minta pendapat dia kereta mana yang nak dibeli ke? Berhenti di hadapan kereta berwarna merah terang, Rafeeqa masih tak bertanya banyak.
            Toyota Yaris? Biar betul. Kereta Infiniti M kemain lawa dan mewah, takkan Shahrizal nak gantikan dengan Yaris yang tampak sesuai untuk kaum perempuan ni? Syarikat guaman Shahrizal dah nak bankrap ke?
            “Seriously, Shah? Kalau awak nak tukar pun Infiniti tu, ambillah yang lebih okey dari yang ni. Fortuner for example. At least the standard is still there even though it’s not as luxury as Infiniti,” Rafeeqa memberikan cadangan. Senang aje dia bercakap, typical diva.
            Shahrizal tergelak kecil. Muka Rafeeqa tampak makin comel dengan dahi berkerut dan mulut yang pok pek tanpa henti sambil bercekak pinggang. Siap berjalan lagi satu pusingan mengamati kereta yang dibelinya.
            Dia melambai, memberi isyarat supaya Rafeeqa datang dekat padanya. Sebaik tubuh tinggi itu berdiri di sebelah, poket seluar diseluk Shahrizal. Kunci kereta diletakkan di atas tapak tangan Rafeeqa.
            “This is a gift for you. Sorry I didn’t come for your graduation. Sorry I haven’t congratulate you. Sorry I couldn’t make it the night you wanted us to have dinner together.”
            Tubuh Rafeeqa ditarik Shahrizal lebih rapat padanya, dahi Rafeeqa diciumnya perlahan. Ciuman yang ikhlas untuk isteri yang pernah dicintai dan kini masih menjadi tanggungjawabnya.
            Dulu ditaburnya janji-janji manis untuk Rafeeqa bila Rafeeqa masih bergelar pelajar di Sunderland.

            Tak sabar nak tunggu awak habis study, I’ll come for your graduation.
            Tak sabar nak tunggu awak balik Malaysia, jadi peneman saya 24 jam.
            Lepas awak habis study kita pergi bercuti.
            Lepas awak habis study saya beli hadiah besar.
            Lepas awak habis awak kerja dengan saya.

            Di antara lima janji utama Shahrizal, tak ada satu pun yang dia tunaikan. Mustahil Rafeeqa tak ingat semua itu, cuma rasanya Rafeeqa tak buka mulut menagih janji sebab dia bukan lagi Shahrizal yang ‘lama’.
            Tercengang. Terkejut. Terharu. Tersentuh. Perasaan Rafeeqa bercampur-baur. Pandangannya bersilih ganti dengan Shahrizal dan kereta di depan mata. Hampir terjatuh kunci di tapak tangannya, namun cepat saja tangan Shahrizal mencapai tangannya dan digenggam erat.
            “I guess you must be very surprised, Rafeeqa.” Tubuh Rafeeqa dibawa rapat dan dipeluk.
            Memang menjadi juga kejutan yang dibuat untuk Rafeeqa. Dagu Rafeeqa disentuh dan saat dua mata itu bertaupan, air mata si isteri mengalir keluar. Shahrizal tersenyum.
            “Happy?”
            Rafeeqa angguk kepala.
            “I’m happy to see that you’re happy.” Air mata isteri diseka Shahrizal dengan hujung ibu jari. 
            Oh, Shah...I’m so in love with you!
            Tubuh Shahrizal dipeluk Rafeeqa erat.

            PUSING-pusing. Sekejap masuk ke dalam kereta, sekejap keluar. Kemudian tersengih sorang-sorang. Shahrizal tergelak kecil melihat telatah Rafeeqa. Lagak macam orang yang tak pernah tengok kereta pun ada juga.
            “Rafeeqa.”
            Rafeeqa tak menjawab. Tunduk dan tertarik melihat rim tayar yang berkilat.
            “Rafeeqa.”
            “Ya?” Mendongak memandang wajah suami.
            “I’m sure you like it. Apa kata awak bagi dia nama.”
            Rafeeqa kenyitkan mata. Of course I like it, darling! Sengaja dia labuhkan punggung di atas riba Shahrizal yang duduk di atas buaian. Macamlah di sebelah Shahrizal tu tak muat.
            “Hmmm...” Jari telunjuk kiri Rafeeqa mengetuk-ngetuk dagunya. Tangan kanan melingkari leher Shahrizal. Cadangan bagus tu. Tapi nama apa yang sesuai untuk kereta baru kesayangan?
            “Sexy.”
            Shahrizal angkat kening sebelah. Okey. Reject.
            “What about Yummy?”
            Shahrizal tayang senyuman sinis. Okey. Reject lagi.
            “Vogue, then.”
            Shahrizal tahan senyum. Okey. Dah masuk tiga kali kena reject.
            “Habis tu apa nak bagi? Semua pun awak tak suka.”
            “Bagilah nama yang tak susah. Simple. Tapi cantik,” cadang Shahrizal. Yang Rafeeqa cadangkan semuanya tak sesuai untuk kereta, tapi macam lebih sesuai untuk tuan punya kereta.
            “Banyak apa nama awak boleh bagi. Tijah. Joyah. Halimah.”
            “Hish!” Rafeeqa buat muka. Pekebende nama tak moden semua tu? Tak padan dengan Toyota Yaris yang merah menyala dan tampak seksi walaupun kecil molek.
            Shahrizal tergelak besar. Sesekali kakinya sengaja digoyang-goyangkan, buat tubuh Rafeeqa yang masih duduk di atas ribanya turut bergoyang. Suka aje Rafeeqa tu, ada buaian original.
            “Infiniti tu nama apa?”
            “Handsome.”
            Rafeeqa rasa nak tergelak.
            “Imagine you put it as Usop. Tak pun Jago.”
            “What?!”
            Pecah ketawa mereka berdua. Nama dari celah mana Rafeeqa bagi untuk namakan kereta kebanggaan dia tu? Tak boleh pakai langsung. Uhuk! Samalah juga macam dia hentam sebarang nama yang sesuai untuk kereta Rafeeqa.
            “Thank you so much for the car, Shah.”
            “Dah dengar tu seratus kali hari ni.”
            Rafeeqa tersenyum lebar. Dia biarkan saja tangan Shahrizal melingkari pinggangnya.
            “You’re so sweet.”
            “Tengah bodek ke ni?”
            Rafeeqa tergelak. Pujian ikhlas tu. Dari petang sampai ke malam dia masih tak puas nak bawa kereta baru round satu Kuala Lumpur. Papa dan Mama tumpang gembira. Papa siap kata kalau nak kereta yang lain pun Papa akan bagi. Papa acah je tu, mana Papa nak bagi. Nak minta Bettle Papa yang antik tu pun Papa tak kasi, apatah lagi nak belikan yang baru.
            “Shahhh...”
            “Hmm...” Suara manja Rafeeqa yang memanggilnya begitulah yang buat Shahrizal selalu tak tahan.
            “Awak buat saya gembira.”
            “This is what you want. To be happy as long as we’re still together.”         
            “Hmmm...what if I want to be happy for the rest of my life?”
            Belakang Rafeeqa dibelai Shahrizal perlahan sebelum menjawab.
            “Sure you will, Rafeeqa. Awak akan sentiasa gembira.”
            “Then...don’t let me go, Shah.” Rafeeqa terus-terang.
            Shahrizal terpempan. Angguk kepala tidak, menggeleng pun tidak. Sinar mata Rafeeqa begitu mengharap. Suara Rafeeqa seakan merayu. Wajah Rafeeqa tampak sangat kasihan.
            Kepala Rafeeqa dibawa ke dada dan tubuh isteri yang separuh berbaring itu diusap Shahrizal, persis mendodoikan budak kecil. Serius dia rasa tersentuh. Permintaan Rafeeqa sebenarnya ringkas saja, tapi tak mudah untuk dia tunaikan.
            “Come. Please me again tonight.”
             Tubuh Rafeeqa dicempung dan dibawa masuk ke dalam rumah. Tak kira walau macam mana pun dia mahu mengelak dan cuba menjauh dari Rafeeqa, dua perkara ini tidak dapat dielakkan dari Rafeeqa. Untuk dibelai dan membelai Rafeeqa.
            Rafeeqa tersenyum. To please you is a must, dear hubby! Bila melayari bahtera separuh jalan, telefon bimbit Shahrizal berbunyi minta disambut. Tangan Shahrizal meraba-raba meja kecil di sebelah katil. iPhone ditutup.
            Rafeeqa mengukir senyuman lebar.

BAB 9


            AZWAN bersandar di belakang kerusi. Tiba-tiba rasa bosan pula. Duduk semeja dengan Shahrizal tapi Shahrizal macam berada di dunia sendiri. Tersengih-sengih. Belek-belek telefon bimbit. Gelak sorang-sorang. Apa kes mamat ni?
            “Nak makan tak ni? Kalau tak, aku blah.”
            Shahrizal panggung kepala. Berdehem dan mengatur duduk. Tak sedar dia syok sendiri walhal teman baiknya setia menunggu dengan perut lapar. Mata menala pada kueh tiaw goreng special di depan mata. Aik?
            “Sejak bila ada kat sini?” Shahrizal tunjuk makanan di atas meja.
            “Lima minit yang lalu.”
            “Laaa...kenapa tak bagitau aku?”
            “I’ve been calling your names ten times tapi kau buat de’.” Geram Azwan. Malas kalau orang angau macam Shahrizal. Setakat nak angau dengan Husna tu tak payahlah syok sendiri.
            Habis saja doa makan, kuew tiaw goreng dihalap Azwan rakus. Lapar, bro!
            “It’s Rafeeqa. WhatsApp dengan aku, nak ajak Wechat tapi aku tak nak.”
            Uhuk! Uhuk! Azwan tercekik kuew tiaw goreng. Say what?! Bulat matanya memandang Shahrizal yang sudah ketawa besar.
            “Ra..Ra,.Rafeeqa? Bini kau?” Putus-putus ayat Azwan. Air limau ais dihirup rakus.
            “Ada berapa orang Rafeeqa yang jadi bini aku?” Shahrizal masih dengan sisa ketawa.
            Ingat dia pandai syok sendiri dengan Husna saja ke? Kalau Husna, hantar ayat-ayat jiwang. Tapi Rafeeqa?


            ‘Shah, pinggang saya sakit. Maybe salah tidur.’
            ‘Shah, exercise again tonight? LOL.’
            ‘Shah, miss you sooo much. Can’t concentrate during the meeting’.
            ‘Shah, ice-cream tonight? We share the same cup. Ngeee...’
            ‘Shah, weekend ni pergi night walk nak? Only you and me.’

            Setiap WhatsApp yang Rafeeqa hantar buat Shahrizal tak kering gusi. That bubbly and cheeky Rafeeqa! Hari ini dia tak  menghantar dan mengambil Rafeeqa dari kerja. Hari pertama bekerja, bersemangat Rafeeqa nak pakai kereta baru. Teruja tahap gaban, semalam kemain berposing di depan kereta gaya ala-ala Christina Aguilera. Siap tukar profile pic di Facbook lagi.
            Rafeeqa...Rafeeqa...satu di dalam sejuta kot perempuan macam ni...
            “Jadi dah buat keputusan la ni kan? Rafeeqa tetap di sisi, Husna tolak tepi.” Azwan tersengih.
            Kan ku dah cakap. Mustahil Shahrizal dapat lepaskan isteri macam Rafeeqa. Tang mana cinta Shahrizal boleh goyah disebabkan oleh Husna, yang tu dia tak faham.
            Shahrizal tak menjawab. Selamba menyuapkan makanan ke dalam mulut. Tak dapat komen banyak. Setakat ni, dalam dia geram dengan Rafeeqa dia rasa bahagia setiap kali menghabiskan masa bersama Rafeeqa. Di antara rasa tanggungjawab dan cinta pada isteri yang ada tanda-tanda untuk memekar kembali, dia sendiri keliru. 
            Kot Rafeeqa sebenarnya masih menganggap dia sebagai teman macam dulu. Hubungan intim mereka berdua, memang tak pernah ada masalah. Masing-masing suka dibelai dan membelai. Tapi adakah Rafeeqa merelakan semua itu atas rasa cinta dan hormat pada suami atau hanyalah untuk memenuhi keinginan nafsu?
            I love you.
            Saya sayang awak.
            Nak dengar ayat-ayat cinta dari bibir Rafeeqa? Tak payah beranganlah, bro! Paling tak pun hanya setakat ‘I miss you’. Lagi pula Rafeeqa macam tak sedih atau frust menonggeng bila dia ada Husna. Hanya ketika pertama kali dia mengaku sudah berpunya saja Rafeeqa pernah menangis. Selain dari itu memang tak adalah.  Nak tanya Rafeeqa tentang hati dan perasaan, susah sangat.

            ‘Why the because’?
             I have my own pride.

            “Kau let go aje lah Husna tu, Shah. Kerja asyik nak leech kau, aku yang tak tahan.”
            “She’s not that kind la, bro. She’s a nice woman.”
            “Nice it seems.”
            Bosan kadang-kadang Azwan nak buka cerita tentang Husna ni dengan Shahrizal. Terang tang-tang Husna ni kerja dia cukur duit Shahrizal, tapi Shahrizal tak percaya. Dulu minta benda kecik, setakat kain baju kurung dan yang seangkatan. Sekarang dah naik standard, siap minta belikan perfume bagai, belum lagi masuk bab Shahrizal tanggung semua bil telefon. Yang terbaru, minta belikan set ‘Black Pearl’ yang terkenal di Sabah. Tak heran la kalau Husna minta belikan rumah lepas ni.
            Nak hentak kepala Shahrizal di dinding sikit, bagi sedar dari cinta yang buta tak bertempat dia tu. Ada saja ‘modal’ Shahrizal untuk pertahankan Husna. Lantak kau la, Shah! Lepas ni jangan nangis air mata darah kalau poket dah kering.
            “Kalau aku adalah kau, serius isteri macam Rafeeqa tu aku tak...”
            Telefon bimbit Shahrizal di atas meja berbunyi. Senyum mereng macam tu, sah Husna yang telefon! Azwan merengus, ayatnya tinggal separuh jalan. Buat-buat pekakkan telinga saja bila Shahrizal seolah memujuk sang kekasih yang merajuk di hujung sana.
            Mengingati semula kisah zaman cinta monyet, terselit sedikit rasa kecewa dengan diri sendiri di hati Azwan. Dia kenal Rafeeqa dah lama. Keluarga saling mengenali, belajar satu sekolah dan jarak rumah dari satu sama lain pula tak jauh. Kalau dah tahu Shahrizal ni suami yang tak boleh diharap, patutnya dia mengaku di hati ada Rafeeqa, kot Rafeeqa terima dia.
            Wake up, bro! Past is past, it is no more to be remembered.
            “Dia cakap apa?” Azwan berbasa-basi walhal sebenarnya ‘ada aku kisah’.
            “Ajak keluar makan malam ni.”
            Kekasih hati dah merajuk besar, takkan Shahrizal nak biarkan saja. Nanti kalau meletup, dengan Azwan sekali pun boleh kena tempias.
            Azwan senyum sinis. Kalau dia, dia buat tak kisah. Shahrizal dan Husna bukannya ada ikatan sah pun, boleh aje nak dump sebelum terlambat. Tapi Shahrizal degil. Buta hati. Macam nak kena wachaaa...
           
            RAFEEQA menekup mulut di dalam kereta. Mata melihat di sebalik cermin pandang belakang dan cermin sisi. BMW kat belakang tu. Macam mana nak handle? Bila pemandu BMW keluar dari kereta, jantung Rafeeqa berubah rentak. Habislah kali ni.
            Tok! Tok!
            Cermin kereta diturunkan Rafeeqa, tersengih di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya.
            “Sorry...so so sorryyyy...” Rafeeqa buat gaya ‘itchy’. Dah desperado sangat takut kena teriak di tepi jalan.
            Berkesan okey! Muka pemilik BMW yag tadinya tegang berubah 360 darjah, tersenyum sampai ke telinga. Boleh tahan! Sempat Rafeeqa puji di dalam hati.
            Keluar dari kereta, Rafeeqa terus bergerak ke bahagian belakang kereta. OMGeee..my Sexy! Belakang Yaris dah kemek sedikit. Dikerlingnya BMW biru tua, tercalar sikit aje. Biarpun hanya tercalar sikit, tapi kalau tuan punya kereta minta spray satu kereta? Gila! Macam mana nak minta duit dari Shahrizal?
             Okey. Kalau ikut undang-undang jalan raya, Rafeeqa tak salah apa-apa. Yang melanggar bontot kereta yang bersalah. Tapi kalau ikut logik, Rafeeqa yang salah. Dah tahu kereta banyak tapi nak juga pandu laju. Bila brek mengejut aje, kan dah kena ‘dum’dari belakang.
            “Jadi macam mana sekarang?” Lelaki tinggi lampai yang berkemeja biru berbelang putih itu memandang Rafeeqa dengan pandangan redup dan tersenyum lebar.
            Rafeeqa membalas senyuman. Apa soalan tanya macam tu? Patutnya  dia yang dilanggar yang tanya. Cermin mata hitam disangkutkan di atas kepala. Sekali imbas, tuan punya kereta ini tampak baik. Tak ada nak marah-marah.
            “Errr...sorry...”
            Lelaki ‘boleh tahan’ itu ketawa. Lucu dengan tingkah Rafeeqa yang tayang muka innocent dan tak bersalah. Dia yang sepatutnya meminta maaf, dah dia syok langgar dari belakang.
            “Haikal. And you?” Haikal perkenalkan diri. Soal kereta ditolak ke tepi sekejap.
            “Damia..” Tak apa pinjam nama Damia sekali sekala. Bukan nak perasan tapi ketara sangat gaya Haikal di hadapannya ini macam nak mencuba nasib.
            “Cantik nama. Macam tuan punya.” Haikah kenyit mata.
            Ceh, bro! Di tepi jalan raya di depan Giant Hypermall pun sempat nak usha, dah tu pula jalan jadi jammed disebabkan mereka berdua.
            “Kereta baru ni. Hari ni first day saya pakai.” Wajah Rafeeqa mendung. Kasihan Sexy! Kalau Shahrizal tahu, mengamuk nanti La Tarzan tu.
            “Sorry, my bad pretty. Tak sempat nak brek, hence I banged on yours. Erm..minta phone number boleh tak? Saya tanggung semua nanti.” Haikal tak main tengking, walau tadi dia rasa macam nak sembur kaw-kaw pemandu kereta di hadapan.
            “It’s okay. Ni nak masuk workshop aje kan? Tak ada prosedur yang complicated sangat kan?  Plus, this car is not under my name.” Resah juga Rafeeqa. Nama pemilik belum ditukar lagi.
            “Siapa punya kereta ni?”
            “It’s still under my husband’s name.”
            “Oh!” Haikal menyimpul senyum, tunduk sambil  menggelengkan kepala. Melepas lagi. Kira nak mencuba nasib tadi.
            “Jangan risau, all will be fine. Ni pun first time saya accident jugak. I thought  I hit on the right person, rupanya dah ada suami.”
            Rafeeqa tergelak. Cincin berlian bermata satu di jari manisnya ditunjukkan pada Haikal. Sorry, mister! I’m married!
            Berbincang dengan Haikal tak lama. Tak payah takut la Haikal nak menipu ke tak. Dah nama pun bawa BMW, mana ada kedekut nak menanggung semua kerosakan. Beberapa kali dia menghubungi Shahrizal, panggilan masih tak berangkat. Rafeeqa hampa. Kira nak bagitau Shahrizal kejadian yang tak disangka ini.

            Rafeeqa : Shah, are you there? Pick up the phone. Ada benda penting nak bagitau awak.

            Seminit berlalu, WhatsApp Rafeeqa tak berbalas. Ke mana Shah ni? Tengok status online aje pun. Dahlah Haikal di depan ni macam tak pandai balik. Tak ada hal lah kalau nak tinggalkan dia di tepi jalan sini, kejap aje pun. Lepas telefon Shahrizal pandailah dia balik. Seksyen 13 Shah Alam ni banyak orang, sekarang pick hours.
            Baru Rafeeqa melarikan pandangan dari skrin telefon bimbit, kereta Infiniti M yang baru lalu buat Rafeeqa terpana.
            SH 111. Nombor plat yang dia sangat kenal. Itu tarikh ulangtahun perkahwinan mereka berdua lebih lima tahun lalu. Rafeeqa berpusing semula, menghadap Haikal yang bersandar di bonet kereta.
            “Did you talk to your husband?”
            Rafeeqa tersenyum nipis dan gelengkan kepala. Shahrizal tak jawab panggilan pun.
            Shah...you just broke my heart...

            SAMSUNG S Note II di sebelah berbunyi. Panjang tangan Rafeeqa mencapai. Panjang umur encik suami, tadi terfikir di dalam otak mana perginya Shahrizal sampai dah pukul 9.30 malam pun tak balik lagi.

            Shahrizal : Where about? Sorry didn’t reply you earlier. On the way balik sekarang ni.

            Rafeeqa mencebik. WhatsApp yang dikirim berjam-jam yang lalu, baru sekarang nak reply? ‘Advanced’ sungguh. Malas-malas dia membalas.

            Rafeeqa : Kat umah. It’s okay. Drive safe.

            Tak teruja pun hati nak menunggu kepulangan Shahrizal. Hati remuk tak usah cakap, terpandangkan senyuman Shahrizal dan betapa manjanya Husna di dalam kereta petang tadi serius dia rasa nak muntah. Laaa..tak payah lah buat gaya patah hati kalau dah dari awal lagi memang dah tahu dia sudah di tangga kedua, Husna tetap yang pertama.
            “I’m home.”
            Rafeeqa terkejut sedikit. Lajunya balik, bunyi kereta dia langsung tak dengar.
            “Hi.” Muka Rafeeqa mono sajaa. Tak ada mood nak excited lebih-lebih.
            Shahrizal labuhkan punggung di sebelah Rafeeqa. Elok dia bersandar di belakang kerusi, tali leher dilonggarkan sedikit. Toleh di sebelah, mata Rafeeqa tak lari dari skrin tv. Dalam letih begini, menatap wajah Rafeeqa yang cantik boleh buat letih hilang.
            Nak harapkan Rafeeqa mencapai tangannya dan mencium penuh hormat? Shahrizal tersenyum nipis. Benda begini takkan terjadi. Rafeeqa tak reti semua ini. Jangankan nak mencium tangan suami, bagi salam pun Rafeeqa tak pernah. Dulu dia ajar dan bimbing Rafeeqa, tapi isteri tak ambil kisah. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.        
            “Apa yang awak nak bagitau? Sorry, tadi tak sedar awak telefon. Busy sangat so I didn’t get to return your call.” Shahrizal masih menatap wajah Rafeeqa.
            “Tak ada apa pun. Cuma nak bagitau awak yang saya nak balik kerja.” Rafeeqa buat-buat tak tahu.
            Ni bukan sekali dua Shahrizal berbohong. Cakap ajelah terus-terang, supaya sakit hati tu taklah seteruk sakit hati ditipu. Malas dah nak buka cerita kereta kena ‘cium’ dari belakang. Bila Rafeeqa toleh di sisi, mata Shahrizal merenungnya lembut. Faham dengan maksud renungan suami, Rafeeqa berdehem. Berpura-pura mengatur kemas fringe rambut yang dipotong cantik.
            “Mummy telefon tadi, kata ada makan-makan kat rumah hujung minggu ni. Kita pergi, ya? Kak Sha pun ada sekali.” Rafeeqa tayang senyuman lebar bagi menutup rasa gelabah di hati. Renungan Shahrizal buat dia makin tak keruan.
            “Hmmm..” Muka Shahrizal semakin dekat.
            “It’s kinda potluck, Mummy nak merasa masakan anak menantu.” Rentak jantung Rafeeqa dah semakin laju.
            “Hmmm...”
            “Mummy kata dia rindu kita.”
            “Hmmm..”
            “Mummy kata....”
            Tak habis ayat Rafeeqa bila bibir Shahrizal bertaut dengan bibirnya. Sentuhan halus dari suami buat Rafeeqa lupa rajuk dan marah yang menguasai diri sejak petang tadi. Membelai dan dibelai. Adakah masing-masing hanya ingin memenuhi dua perkara itu tanpa rasa cinta?
            Rafeeqa tersenyum di dalam belaian. Dia rela kerana rasa dibelai dan membelai itu dipenuhi dengan rasa cinta dan sayang pada suami.
            Regardless you feel the same or vice versa, my love is in the air dear Shah!
            “Cari masa yang sesuai, kita pergi bercuti,” Shahrizal berbisik perlahan ke telinga Rafeeqa.
            Say what?! Yippie! Hati Rafeeqa bersorak riang.
           
    


BAB 10


            “YUHUUU!”
            Dushhh!
            “Rafeeqa. Behave, please.”
            Cermin mata Marc Jacobs yang tersarung cantik dibuka Shahrizal. Kakinya yang berlunjur di kerusi rehat basah terkena tempias air bila Rafeeqa selamba terjun masuk ke dalam kolam renang.
            Hari ni hari Sabtu. Selepas Subuh tadi, kira nak sambung tidur tapi Rafeeqa di sebelah dah merengek macam budak kecik minta temankan di kolam renang. Awal pagi dah berendam di dalam air, Rafeeqa ni manusia jelmaan ikan duyung ke?
            Tapi sekurang-kurangnya kolam renang sekarang dah ditukarkan menjadi indoor swimming pool. Tak susah pun nak menepati citarasa yang dia mahukan. Raff, kontraktor yang merupakan temannya sejak zaman sekolah yang tolong buatkan. Maaflah kalau nak biarkan saja Rafeeqa selamba itik berenang dengan bikini di dalam kolam renang yang terbuka.
            “Shah,  join jom. Syokkkk.”
 Rafeeqa berenang gaya kuak lentang. Terasa macam satu kolam renang ini dia yang punya. Pandai Shahrizal melengkapkan gaya hidup dia yang ala-ala Rich and Famous, lebih privasi dan ooh la la.
            “Later.” Shahrizal menolak.
            “Jual mahal konon.”
            Macam tak tahu gaya control macho suami sendiri. Apa kes pakai cermin mata di tempat tertutup begini? Pulak baca majalah Chloe. Rafeeqa berenang ke tepi kolam renang dan menyangkut di situ.
            “Jom. Jom. Jom. Pleaseeee....
Shahrizal memandang isteri di sebalik cermin mata. Jangan buat suara manja kalau tak nak kena terkam di tepi kolam.
            “Ni. Nak tegur awak. Setiap kali berenang tak payahlah nak jerit-jerit. Ya, I know you get excited but there’s a limit to it,” ujar Shahrizal.
Majalah Chloe diletakkan di atas meja bersebelahan kerusi. Serius dia tak faham dan tak berminat pun nak membaca sebenarnya.
            Dari awal pagi tadi Rafeeqa bising di dalam kolam. Sekejap menyanyi. Sekejap humming lagu. Sekejap ketawa mengekeh. Dia rasa terhibur dengan telatah comel isteri tapi telinga tak tahan menerima suara Rafeeqa yang berfrekuensi tinggi sepanjang pagi.
            Dahi Rafeeqa berkerut. Ada-ada aje yang encik La Tarzan tak puas hati.
            “Laa..awak pun apa kurangnya, Shah. La Tarzan alaf baru. Tiap pagi menjerit.” Rafeeqa memulangkan paku keras.
            “Mulut tu. Bila masa awak jerit-jerit?” Shahrizal tak puas hati. Rasa macam nak cubit mulut Rafeeqa yang memuncung ke depan. Isterinya itu masih bertenggek di tepi kolam renang.
            “Jangan buat tak mengaku, dear darling. Rafeeqa, match my tie and shirt. Rafeeqa, mana baju? Lambat dah ni. Rafeeqa, ikat necktie. Rafeeqa, mana slack? I’m late. Rafeeqa. Rafeeqa. Semua pun Rafeeqa. Annoying, okay.” Rafeeqa mengajuk percakapan suami. Suara garaunya yang dibuat-buat membuatkan tawa Shahrizal pecah. Ketawa sampai hampir terjatuh dari kerusi.
            “You sounded exactly like me!” Shahrizal masih dengan sisa ketawa. Pandai Rafeeqa buat lawak di pagi hari.
            Rafeeqa turut ketawa. Now you know! Memang tak sah kalau Shahrizal tak jadi La Tarzan di pagi hari. Dia kembali semula ke tengah kolam renang dan berenang gaya bebas sambil bernyanyi kecil.
            Rafeeqa dan air. Air dan Rafeeqa. Sejak kecil dia bagaikan tak dapat dipisahkan dengan air. Kalau dulu-kala, pernah juga dia bercita-cita mahu menjadi atlit perenang tapi Papa tak kasi. Belajar aje tinggi-tinggi baru boleh berjaya. Mentaliti Papa ni kadang-kadang tak betul.
            Siapa kata atlit tak boleh berjaya? Tak semestinya manusia hanya akan berjaya bila ada kelulusan yang tinggi. Nak berjaya ada banyak cara. Malah semua pun bermula dari bawah, tak ada kejayaan yang terus melonjak naik di tangga teratas.
            Agak-agak dulu kalau Papa galakkan dia mencuba nasib menjadi perenang, ada harapan tak dia menjadi hebat macam Rebecca Sonia atau Kornelia Ender? Tak pun macam Micheal Phelps yang menjadi perenang terbaik dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini? Ehem...jauh bermimpi!
            Dushh!
            Berterbangan angan-angan Rafeeqa bila Shahrizal terjun masuk menyertainya di kolam renang. Tadi kemain jual mahal. Rafeeqa mengukir senyum.
            “Come. I teach you something new.” Shahrizal kenyitkan mata. Hari ni mood bercintan-cintun dengan Rafeeqa naik satu anak tangga.
            Hal Husna? Dia semakin tak ambil kisah. Bila dia tak menjawab panggilan Husna, mulalah Husna marah-marah. Husna banyak merengek. Banyak kompelin. Terlalu demanding. Berbeza dengan Rafeeqa. Jolly. Bubbly. Happy go lucky. Funny.
Alaa..baru sekarang dapat senaraikan kebaikan isteri sendiri?
Husna?
Rafeeqa?
Get a grip, bro!
            Rafeeqa mengangkat kening. Ni betul nak mengajar dia atau saja nak kenakan dia? Melihat Shahrizal menyelam masuk ke dalam air, Rafeeqa menyertai. Sempat mata mengerling ke arah kamera yang dipegang Shahrizal. Duh! Ni nak bergambar di dalam air ke? Aksi romantik? Seriously?!
            Selamba Shahrizal menekan punat kamera dan mengambil gambar candid Rafeeqa yang langsung tak bersedia. Jangan haraplah gambar yang diambil tadi cantik kalau dah muka dia macam tercekik M&M’s di dalam air. Seketika kemudian tangan kirinya dicapai Shahrizal. Belum sempat Shahrizal mengambil gambar mereka berdua bersama, Rafeeqa melepaskan genggaman tangan suami dan naik semula ke permukaan air. Mak oi...semput! Tercungap-cungap dia menarik nafas.
            “Sorry, Shah. Tak tahan.” Apa punya idea nak beromantika di dalam air?
            Shahrizal tergelak. Macam ni ke nak jadi atlit sukan air dulu? Setakat nak berendam beberapa saat di dalam air pun tak tahan. Spontan tangan naik membelai rambut rafeeqa yang basah.
            “Nak cuba lagi tak?” soal Shahrizal.
            “Okey.”
            Kali kedua mencuba, pun Rafeeqa masih tak tahan. Rasanya tak sampai sepuluh saat pun dia menyelam. Meliha wajah Shahrizal yang macam dah merajuk, Rafeeqa tersengih.
            “Try lagi nak?” Rafeeqa mengajak.
            “Tak apa. Tak payah. Malas. Tak ada mood.”
Shahrizal berenang ke tepi dan memanjat keluar dari kolam renang. Nak beromantika d’amour dalam air pun susah. Rafeeqa sungguh potong stim. Bukan senang mood dia nak melonjak naik macam tadi. Kamera diletakkan di atas meja dan mencapai sehelai tuala di situ.
            Rafeeqa tahan senyum. Dia turut sama keluar dari kolam dan menuruti langkah Shahrizal. Pandai juga Shahrizal merajuk, ingatkan hati batu aje selama ni. Dia berdiri berpeluk tubuh di hadapan Shahrizal yang sedang mengelap badan dengan tuala.
 Tubuh tinggi lampai. Badan six pack abs. Biseps berketul macam bertulangkan besi. Ditambah pula dengan hanya memakai swimming trunk, mahu Rafeeqa tak terpukau dengan kesempurnaan suami sendiri.
            Tuala yang dipegang Shahrizal dicapai Rafeeqa. Dilontarkan ke atas kerusi di tepi dan  tangan kanan suami digenggamnya erat. Rafeeqa berpusing-pusing di sekeliling Shahrizal, lagak macam menari dengan penuh elegan dan memukau. Hanya mengenakan set bikini bercorak harimau bintang, Shahrizal macam nak terkeluar darah dari hidung. Ciuman singgah di pipi Shahrizal, buat Shahrizal terdiam.
            Rafeeqa berpusing ke belakang, memakai robe di badan dan dengan penuh lenggok dia berlalu masuk ke dalam rumah. Sempat dia berpaling semula, melambaikan tangan dan mengenyitkan mata pada Shahrizal yang statik di tepi kolam. Shah...tak payah nak bergambar di dalam air kalau nak buat gaya romantik sebab saya semputttt...
            Shahrizal tersenyum juga akhirnya. Rafeeqa. Rafeeqa. Ada-ada aje. Kamera tadi dicapainya semula dan melihat setiap satu gambar Rafeeqa yang diambilnya di dalam air tadi buat senyuman Shahrizal semakin lebar sampai ke telinga.
            Sexy Rafeeqa!

            RAFEEQA buat-buat sibuk. Hos panjang dan baldi besar diletakkannya di tepi akuarium. Kira nak membersihkan akuarium yang terletak di sudut ruang tamu. Cantik Aqua, Pearl Arawana kesayangan berenang di dalam akuarium. Mula-mula dulu, bukan main Shahrizal bising. Tak nak ada haiwan peliharaan la, lagi pulak ikan. Kalau akuarium kotor siapa yang nak tukar air? Shahrizal memang angkat tangan surrender sebab malas tahap gaban.
            Harga Aqua tak usah cakap, memang buat Shahrizal meletup besar. Ikan setakat sebesar ibu jari tapi harga RM300? Gila? Hello...ni ikan berharga okey. Dah kira murah tu harga di bawah RM500. Belum kalau dia nak beli Red Arawana, pengsan Shahrizal.
            “Rafeeqa, nak cuci akuarium bukan sekarang. Kan dah nak pergi ke rumah Mummy ni.” Shahrizal muncul di belakang dengan wajah segar.
            Mengenakan T-shirt berkolar Giordano berwarna kuning dengan jeans lusuh Levi’s, Shahrizal sudah bersedia untuk ke rumah orang tuanya. Malam ini ada family gathering, special sikit sebab Nek Pah datang dari kampung. Tapi Rafeeqa masih lagi dengan seluar pendek paras paha dan baby-T. Takkan nak pergi dengan pakaian begini? Terkeluar biji mata Nek Pah nanti.
            Rafeeqa berdehem. Tak berani nak berlawan pandang dengan Shahrizal yang sedang berdiri di sebelahnya, matanya dihalakan pada Aqua di dalam akuarium. Tak nak pergi boleh tak? Mula-mula memang dia beria-ia nak pergi tapi sebaik mendapat tahu Nek Pah ada sekali, Rafeeqa kecut perut.
            “Kesian Aqua, tak ada teman malam ni. Saya tak nak pergi, Shah. Bagitau Mummy saya sakit perut.” Macam tak logik pulak.
            “What?! Kenapa tiba-tiba ni?”
            Tubuh Rafeeqa dipusingkan Shahrizal supaya menghadapnya. Belakang tapak tangan menyentuh dahi isteri. Tak panas. Bukan selama ni Rafeeqa teruja ke setiap kali bila mahu ke rumah Mummy?
            “Tadi awak semangat sangat masak untuk potluck. Ubah fikiran sebab apa ni, Rafeeqa?” Shahrizal bertanya tak puas hati.
            Habis berenang pagi tadi, Rafeeqa beria mengajak pergi membeli-belah. Nak masak chicken pie kata Rafeeqa untuk potluck malam ini. Dah elok-elok chicken pie siap dimasak dan tinggal nak dibawa ke rumah Mummy aje lagi. Tak logik sungguh alasan kata tak nak tinggalkan Aqua keseorangan. Macam tak biasa buat macam tu.
            Rafeeqa diam. Mata menala ke kiri, kemudian ke kanan dan akhir sekali ke atas siling sebab tahu sangat yang mata Shahrizal sedang memanah.
            “Ada Nek Pah. Saya takut.”
            Laaa...Shahrizal sembunyi senyum. Pipi Rafeeqa dicubit perlahan. Nek Pah memang tersenarai di dalam senarai manusia paling garang dan menakutkan bagi Rafeeqa. Sejak mula berkahwin lagi Nek Pah tak berkenan dengan Rafeeqa.
            Uptown girl. Diva. Gaya hidup Rich and Famous. Tolong sikit Nek Pah suka ciri-ciri yang begitu. Nak jadi perempuan Melayu terakhir? That is so NOT Rafeeqa. Pakai kain batik pun tak pandai, macam mana nak jadi kesukaan Nek Pah.
            “Nek Pah tak makan orang, Rafeeqa. Come. Get dressed and we’ll go together,” Shahrizal memujuk isteri.
            “Tak nak.”
            “Rafeeqa.” Suara Shahrizal sedikit tegas.
            “Shah...please...awak aje yang pergi. Saya janji saya duduk diam-diam dalam rumah ni. Saya takut. Seriously.
Rafeeqa memaut lengan Shahrizal dan melentokkan kepalanya di bahu Shahrizal. Gaya manja-manja sikit supaya Shahrizal cair hati, bersetuju dengan kehendak dia.
            Dah berapa lama dia tak berjumpa dengan Nek Pah? Bertahun-tahun okey. Bukan sebab tak suka tapi serius dia takut. Mulut Nek Pah macam meriam buluh. Ada saja yang tak kena di mata Nek Pah, mulalah nak menembak sampai cuping telinga rasa macam nak tercabut.
            “Rafeeqa. Naik atas, mandi dan bersiap atau awak nak saya dukung dan mandikan awak?”
            Hish! Spontan kepala mendongak memandang wajah Shahrizal yang berubah tegang macam singa. Okey. Okey. Lebih baik dia menurut sebelum Shahrizal hilang sabar.
            Dalam terpaksa, Rafeeqa menaiki anak tangga satu persatu. Langkah kakinya perlahan mengalahkan siput, sengaja dihentaknya kaki dan diheretnya house slippers berbentuk kepala katak berwarna hijau yang dipakainya. Itu tanda protes okey.
            “Awak ada 20 minit.”
            Rafeeqa menjeling di sebalik tangga. Ingat dia mandi kerbau ke? Mana nak berendam lagi. Mana nak sabun badan lagi. Mana nak mask muka lagi. Hish!
            Oh my night, I’m so dead! Rafeeqa jerit di dalam hati.
            Bila Rafeeqa hilang dari pandangan, Shahrizal ketawa kecil. Kalau Rafeeqa merajuk atau memprotes, memang tak sah kalau tak buat gaya macam budak kecik. Tak padan dengan umur yang dah masuk 23 tahun. Laaa..jangan risau la. Dia takkan biarkan telinga Rafeeqa ‘dicuci’ oleh Nek Pah malam ini.

Untuk baca sambungan boleh dapatkan Novel JANGAN BENCI CINTAKU di kedai buku berdekatan atau, beli secara online di website kami Idea Kreatif Publication.




No comments:

Post a Comment