Sebaik
sahaja habis waktu kerja, Nisa terus keluar dari pejabatnya. Dah tak sanggup
nak selisih dengan bosnya yang hensem dan mamat yang telah dia ‘mandremkan’
tadi. Memanglah esok-esok pun Nisa nak kena hadap juga muka bos dia yang hensem
tu. Tapi untuk hari ni cukuplah. Nisa memang dah tak sanggup... malu gila buat perangai
tak senonoh macam tu depan orang ramai.
Sungguh, muka Nisa masa tu kalau
boleh diukur, dah tebal sekati gamaknya malu dia. Sudahlah air kopi bancuhan
tersasar sasaran, boleh pula dia praktik lontoran vokal di depan bos dengan
tetamunya itu! Heh, memalukan keturunan betul Nisa ni.
“Lain kali taubat tak buat kerja
macam ni...” Nisa membebel pada dirinya sendiri sambil langkahnya yang diatur menuju
ke perhentian diteruskan. Adat orang tak ada lesen kereta memang macam inilah.
Datang dan balik bus stop tu la
tempat yang pertama dia jejak. Tapi belum kakinya melangkah ke bus stop dia ternampak sesuatu yang
menarik perhatiannya. Seorang budak
kecil yang sedang menjual tisu dalam bekas kecil. Tapi bukan itu yang menarik
perhatian Nisa sebalik keadaan budak itu yang jadi perhatiannya.
Entah kuasa apa yang meminta Nisa
mendekati kanak-kanak perempuan itu. Perlahan-lahan langkah kakinya diaturkan
menuju ke sana pula.
“Akak beli tisu?” Polos kanak-kanak
itu menyoalnya.
Nisa
tersenyum. “Berapa harganya?”
“30
sen je kak.”
Nisa
mengangguk kepalanya. Dia hendak mengeluarkan dompetnya dari beg tangan tetapi seketika
kemudian terhenti sekejap. Sambil tersenyum Nisa kembali memandang gadis cilik
di hadapannya itu.
“Ada
berapa bungkus semua tisu adik ni?” soalnya.
“20
bungkus je kak. Kenapa ya?” Budak
perempuan itu membetulkan tongkatnya. Untuk lebih selesa mungkin. Tak seperti
orang lain yang normal kakinya yang sebelah kiri terjengket sedikit menampung
berat badannya disebabkan kakinya yang sebelah lagi pendek.
“Kalau
macam tu akak beli semua ya. Nah...” Not RM50 ringgit dihulurkan kepada budak
itu tanpa ragu-ragu.
Sedikit
terkejut dengan jumlah pemberian Nisa, dia merenung anak mata Nisa. “Eh, akak
biar betul? Kalau ya pun, saya tak ada baki nak pulangkan pada akak.” Naif
sungguh riak budak perempuan tu menjawab. Jujur.
“Tak
apa... baki simpan buat belanja
sekolah.” Nisa masih dengan senyumannya. Ikhlas.
Budak
perempuan tu tersenyum gembira. Tangannya menyambut huluran Nisa sambil
mengucapkan kata terima kasih. “Nama akak siapa?” tiba-tiba dia menyoal Nisa.
Nisa
senyum segaris. “Nisa.”
“Kak
Nisa jom ikut saya...” pintanya secara tiba-tiba.
Nisa
terperanjat dengan ajakan yang tiba-tiba daripada budak perempuan itu. “Eh, nak
ke mana?”
“Serba
salah saya rasa, akak bayar sampai lima puluh ringgit tapi dapat tisu
biasa-biasa ni je. Saya nak bagi benda lain dekat akak.
Jomlah. Kita jumpa mak saya. Tak jauh kak, depan tu je.”
Berkerut
seketika dahinya mendengar jawapan itu tapi bila Nisa fikirkan balik, apa
salahnya kalau jumpa mak budak ni kan? Dia tak rugi apa pun. Lagipun tak ada
apa yang nak dikejarkan. Akhirnya, Nisa membuat keputusan untuk turutkan sahaja
kemahuan kanak-kanak itu. Perlahan-lahan dia mengikuti langkah budak perempuan
tu yang terjengket-jengket. Simpati Nisa dengan keadaaannya, perlahan sahaja setiap
pergerakannya. Sambil berjalan mereka berbual-bual. Waktu itu barulah Nisa tahu
nama budak perempuan ni Shifa, baru darjah lima. Anak yatim, dia cuma ada ibu.
Setiap kali pulang sekolah dia akan tolong ibunya menjual kerepek tak pun tisu
macam sekarang yang dia tengah lakukan.
Budak
sekecil ini pun sudah diajar berdikari menolong keluarga. Betullah orang cakap,
kita kalau rasa diri kita banyak kekurangan... hidup serba tak sempurna. Kita kena
tengok orang lain. Masih ada lagi orang yang jauh lebih susah hidupnya daripada
kita. Jangan bandingkan hidup kita dengan yang lebih baik sebab itu akan buat
kita rasa tak bersyukur sebaliknya bandingkan dengan mereka yang serba
kekurangan kerana kita akan sedar yang sebenarnya nikmat yang kita ada jauh
lebih berganda banyak daripada mereka. Dalam diam Nisa bersyukur, walaupun
keluarganya bukanlah asal dari orang yang berada tapi abah mampu sediakan
semuanya untuk dia. Tak kurang apa pun. Alhamdulillah.
Bibir
Nisa masih lagi dihiasi dengan senyuman. Seronok juga berbual dengan ibu Shifa
tadi... macam-macam yang disembangkan seolah-olah sudah lama mereka saling mengenali.
Nisa memandang pula kiri kanan tangannya bersilih ganti, sarat dengan dua
bungkus plastik yang penuh dengan kerepek! Sekali tengok memang macam mak cik
indon jual kerepek keadaan Nisa masa tu. Tapi apa ada kisah? Rezeki orang nak
bagi, jangan ditolak. Kan?
Asyik Nisa merenung kerepek-kerepek
yang berplastik banyaknya, tiba-tiba bas yang dia tunggu datang. Kelam-kabut
Nisa bangun dari duduknya lalu beratur seperti penumpang lain juga. Sebaik saja
tiba giliran Nisa untuk membayar tambang, dengan penuh susah payah Nisa
mengeluarkan dompetnya dari beg tangannya untuk mengambil duit.
Tapi...
Nisa
terdiam...
Matanya
terpaku memandang ke dalam isi dompetnya.
Perlahan-lahan
dia mengalih matanya memandang pak cik konduktor bas dan pak cik tu pun turut
memandangnya kembali.
Nisa
tarik sengih panjang.
“Puan
ni kenapa? Nak bayar ke tidak ni? Orang lain ramai lagi nak naik bas bukan puan
seorang je.”
Pergh!
Menusuk kalbu ayat pak cik bas ni. Nisa menelan air liurnya. Amboi, garang pula
pak cik konduktor bas ni. Dah la tak hensem! Eh, sempat lagi Nisa ni mengutuk
pak cik konduktor bas yang boroi tu.
“Er,
pak cik... saya bayar tambang bas guna kerepek ni boleh?” Nisa sengih lagi
panjang. Tangannya yang penuh dengan kerepek ditunjuk pada pak cik konduktor
bas yang garang itu. Ingat dia sengih panjang-panjang cecah lantai pak cik bas
tu mulia hati la nak bagi naik bas bayar tambang guna kerepek? Heh.
Wassalam.
“Turun!”
Pak cik konduktor bas itu menghalau Nisa.
Semua
penumpang bas ketika itu memandang Nisa. Ada yang berbisik-bisik sesama
sendiri. Mesti mereka ingat Nisa ni baru sampai dari kampung mana entah. Bak
kata pepatah melayu macam rusa masuk kampung! Aisemen, malu...
Malu
untuk kali keduanya hari ni!
Dengan
sebalnya Nisa turun dari bas tadi dan sebaik sahaja Nisa kakinya cecah jalan
tar, laju sahaja drebar bas tadi menekan minyak... berkepul-kepul asap hitam
keluar daripada ekzos bas tu.
Heh,
banyak betul karbon dioksida dilepaskan, penyumbang pencemaran udara betul!
Tapi tak boleh lawan lagi asap yang dah berkepul-kepul keluar dari telinga Nisa
masa tu. Bengang dengan sikap biadap pak cik konduktor bas tadi.
“Kalau
ya pun, tak boleh ke cakap baik-baik dengan aku. Cik tak boleh naik, tak ada
lagi sistem bas dekat dunia ni bayar tambang guna kerepek. Sila turun ya cik.”
Nisa cuba mengajuk cara pak cik bas tu cakap.
“Ni
tak! Dihalaunya aku macam kucing kurap. Hish,
dah la garang... tak hensem pulak tu!
Siap panggil aku puan lagi. Apa nampak macam mak anak tiga ke aku ni? Hah!”
Nisa masih tak puas hati... ringan mulutnya membebel-bebel.
Penat
berdiri, Nisa kembali duduk semula di kerusi tempat menunggu bas tadi. Nisa
mengeluh perlahan. Sungguh dia tak perasan duit RM50 yang dia beri pada Shifa
tadi adalah duit terakhir yang dia ada di dalam dompet. Baru dia ingat, RM50
tadi tu dia nak pecahkan untuk buat tambang tapi belum sempat dia ke kedai dia
ternampak Shifa tadi dan sekarang ini jangankan nak panggil teksi, nak naik bas
pun kena halau!
Nisa
menggaru kepalanya yang ditutupi tudung, “Dah nak masuk maghrib... macam mana
nak balik ni?” soalnya perlahan, cukup untuk dirinya sendiri dengar sambil
matanya tak lepas memandang jalan raya. Kalau-kalau ada pak cik teksi yang baik
hati sudi tumpangkan dia balik.
Tiba-tiba
Nisa teringatkan sesuatu. “Fatehah!” ligat tangannya mencari telefon bimbitnya
di dalam tas tangan. Bibir yang tadi tersenyum lega, kononnya dapat balik
sekarang dah termati sebaik sahaja memandang skrin telefonnya. Kini riak
bahagia tadi bertukar dengan riak tak-percaya-nak-menangis-berguling-guling-atas-lantai!
“Ya allah... it can't possibly be any worse
than this.” Nisa memandang ke langit yang suram.
Memang
tuhan dengar agaknya doa Nisa. Spontan bunyi kilat dan hujan turun
renyai-renyai...
“Great... just great.”
Dia
merenung lantai di hadapannya a.k.a merenung nasibnya tadi. Tak pernah-pernah seumur
hidup kena halau turun dari bas macam tadi. Nak sedapkan lagi drama sebabak
dia, di dalam dompet langsung tak ada duit waima sepuluh sen pun! Kemudian battery phone kong (habis). Lepas itu
boleh pula nak hujan! Haila, memang
dah macam cerita hindustan.
Tapi
Nisa tak menyesal pun sedekah duit terakhir dia pada Shifa tadi. Dia yakin
dengan janji Allah... kita buat baik, kita dapat balasan baik. Allah cuma nak
uji, sama ada dia ikhlas ke tidak sedekah duit tu tadi. Nisa mengangguk...
“Tak
apa Nisa... small matter, chill. Tarik
nafas... lepas...” Nisa dah macam gaya orang nak buat Tai chi. Tarik...
lepas... tarik...
“Tak
pernah lagi saya nampak orang buat Tai Chi waktu hujan.”
Tak
sempat nak dilepas...
Erk?
Tangan
yang tergawang separas dada sambil mulut muncung katik terhenti. Mata Nisa yang
terpejam dicelikkan sedikit sebelah kiri dan dikerling ke sebelah kirinya.
Eh,
ada manusia lain rupanya dekat sini. Lelaki pula tu! Oh, jatuh saham. Malu buat
kali ketiga untuk hari ni. Cepat-cepat Nisa turunkan tangannya. Dia berdehem
beberapa kali. Terkaku dia di situ... tak tahu nak bereaksi macam mana.
Lama
Nisa diamkan diri sebelum cuba curi-curi pandang ke arah lelaki itu. Sebaik
sahaja wajah lelaki itu jelas pada pandangannya... mulut Nisa ternganga!
OMG! Oh Mak Guard... Nisa terus berpaling
membelakangkan lelaki tadi. Dahinya ditepuk berkali-kali.
“Apa
kau dah buat ni, Nisa?” Nisa memarahi dirinya sendiri. Dikawal suaranya sedaya
upaya supaya perlahan.
“Need my help?” Lelaki tadi senyum kepada
Nisa, dia yang tadi duduk di sebelah Nisa kini dah tercongok di hadapan Nisa.
Nisa
mengangkat kepalanya perlahan-lahan memandang tuan punya badan. Luth, kawan
bosnya a.k.a mamat yang dah minum kopi ‘mandremnya’ tadi. Heh. Kenapa tiba-tiba
dunia terasa jadi malap ni? Earth hour lambat
lagi kan?
“Saya
rasa awak ada masalah nak balik ni,” tutur Luth lembut sahaja nadanya.
Nisa
menelan air liurnya. Kesat!
“Saya
ada tiga pilihan untuk awak. Satu, pinjam dulu duit saya. Dua, pinjam telefon
saya and call your friend atau yang ketiga,
saya hantar awak balik.”
Eh,
boleh pula dia bagi pilihan masa macam ni. Ingat game pilih dan menang ke apa? Tapi Nisa tak beranilah nak cakap
kuat-kuat. Nisa dah memandang ke arah lain. Ya allah, kenapalah dalam
banyak-banyak manusia dekat kawasan ni kenapa mesti mamat ni yang ada dekat
sini? Kenapa bukan ane yang kerja dekat kedai mamak tu? Kenapa?! Hati Nisa dah
menjerit.
“Cik, yang mana satu?”
“Err... tumpang tanya.” Soalan Luth
tak dijawab tapi dia pula yang nak menyoal. Elok sangatlah tu.
Luth
tak kata apa-apa tapi riak wajah seolah-olah berkata. Shoot, tanyalah.
“Dah
lama ke encik ada kat sini?”
Luth
ketawa. “Lama tu kalau ikut definisi awak dari mula saya nampak awak bayar duit
RM50 dekat budak perempuan tadi, kemudian tangan awak penuh dengan
kerepek-kerepek ni... awak kena halau turun dari bas. Awak buat tai chi dalam
hujan and last but not least... awak
kutuk pak cik konduktor bas tu tak hensem. I
guess the answer is yes... lama dah la saya dekat sini tapi awak tak
perasan.” Selamba Luth menjawab kronologi hari malang Nisa hari ini.
Great.
Malu yang kali ke lapan puluh lapan kali untuk hari ni!
Nisa
dah menunduk cecah lantai. Malu Nisa masa tu dah tak payah timbang pakai kati,
sekarang dah cecah bawah paras negatif! Silap hari bulan mesin penimbang tu pun
boleh pecah dibuatnya. Satu keluhan kecil dilepaskan tapi bagus juga dia tahu
daripada A sampai Z. Tak payahlah dia nak berpura-pura wallet dia kena curi ke, bas tadi orang ramai la sampai dia tak
boleh naik ke, drebar bas tadi asyik usya dia sampai rasa menyampah nak naik
bas ke, tak pun bas tu terlebih muatan ke. Senang kerja, Luth dah tahu
semuanya.
So?
Hurmm...
“Nombor
dua... pinjam telefon.”
Luth
ketawa lagi. Main aci redah aje awek depan dia ni.
Apa
nama dia tadi?
Ha,
Nisa...
Fatehah
merenung Nisa dalam jarak enam inci jauhnya... tapi makin lama makin dekat.
Hidungnya hampir bertemu dengan pipi Nisa.
“Dah
kenapa dengan kau ni? Buang tebiat?” Nisa menolak muka Fatehah jauh darinya.
“Aku ke kau yang buang tebiat?” soal
Fatehah semula.
Eh, eh... kita tanya dia, dia tanya
kita balik. “Apa?”
“Siapa mamat tadi yang muka macam
Baim Wong tu?”
Nisa mencebik. Datang sudah hantu
Baim Wong dia. “Ah, kau ni semua lelaki kau cakap muka macam Baim Wong. Anak
Maniam yang jual roti pagi-pagi tu pun kau cakap macam Baim Wong. Padahal dah
sah-sah warna sikit punya kontra. Seorang cerah, seorang macam bulan
mengambang.”
Pap! Paha Nisa dah jadi mangsa. Nisa
mengaduh.
“Kurang
asam... kau kutuk kekasih hati aku. Aku tak peduli... jawab siapa mamat yang
tunggu dekat bus stop dengan kau?
Kenapa kau guna telefon dia? Telefon kau mana? Kenapa kau tak naik bas ke teksi
tadi balik? Ha, jawab-jawab.”
Mak buntal ni... memanglah macam
stereo bergerak.
“Kan
aku dah cakap dekat kau tadi. Aku tak ada duit. Aku kena halau bas. Battery phone aku habis dan mamat tu
tadi kawan bos aku. Ok? Kali kesepuluh dah ni aku cakap. Kalau kau tak faham
juga... aku tak tahu nak cakap tahap fahaman bahasa melayu kau ni macam mana.”
Mata
Fatehah menjuling ke atas. “Kawan bos kau, apahal dia teman kau?” nampak sangat
Fatehah tak puas hati dengan jawapan Nisa.
“Dah
dia nak tunggu situ takkan aku nak halau? Situ tempat awam bukan rumah aku.”
Nisa dah naik angin. Tapi sungguhlah logik juga pertanyaan Fatehah. Yang
berkawan tu dengan bosnya... yang Nisa ni apahal pula?
Lepas
Nisa pinjam telefon bimbit Luth, Nisa ingatkan mamat tu akan balik terus.
Rupa-rupanya tak... dia teman Nisa sampai Fatehah sampai. Penat Nisa yakinkan
Luth yang dia ok kalau kena tunggu sorang-sorang
dekat situ tapi lelaki itu tetap berkeras mahu tunggu Nisa. Katanya...
“Bahaya perempuan tunggu seorang diri kat
sini. Lagipun dah nak maghrib... kalau ada lelaki selamat la sikit.”
Gentlemen? Gila tak.... ahaks. Terharu kejap Nisa
dengar ayat mamat tu. Agaknya effect minum
air kopi ‘mandrem’ Nisa tadi kut. Cepat betul tindak balasnya. Nisa dah
tersengih-sengih seorang diri.
“Hoi,
mengelamun kau!” Spontan paha Nisa ditampar kuat lagi sekali. Pedih. Main kasar
Fatehah ni... ini mengundang nestapa ni.
“Kau...
kau...” Mata Nisa kecil besar je tengok
Fatehah.
“Arghh...
cancel nak ajak kau pergi shopping esok!”
“Shopping? Ada sale ke?” muka Fatehah
bertukar bercahaya. Mata bersinar-sinar sebut perkataan sale. Dia terlupa dengan semua persoalan pasal mamat yang muka
macam Baim Wong tu.
“Hurmm...”
“Cayalah... sayang kau.” Pipi Nisa jadi
mangsa Fatehah, diciumnya kiri kanan sebelum dia berlari-lari anak naik ke
biliknya sambil menyanyi lagu apa entah tapi yang penting bunyi sumbang pada
telinga Nisa. Dengar perkataan sale
tu macam bunyi rahmat turun dari langit sahaja gaya Fatehah ni. Entah
apa-apa... tiga suku.
“Tengok
tu... dengar sale je terus jadi macam
tu.” Kepalanya tergeleng-geleng.
No comments:
Post a Comment