BAB 4
Membulat mata Nasuha apabila tangan
Zahid di mulutnya. Dan keadaan mereka berdua kali agak rapat. Terus Nasuha
tolak tangan Zahid itu. Dah apahal nak tutup mulut dia pulak?
“You buat apa kat sini?” Kalut
Nasuha lontar soalan.
“You tu buat apa dalam tandas lelaki
ni?”
“Hah? Tandas lelaki?” Mata terus
buat kerja. Barulah dia perasan akan mangkuk tandas lelaki yang elok berada di
dalam tandas ini.
“Ya Allah…” Dengan muka yang
ditutup, cepat sahaja Nasuha berlari keluar dari tandas. Di luar pintu bilik
air, barulah dia perasan akan simbol yang menunjukkan tandas lelaki itu.
“Sue… hidup ni tak lama. Tapi bodoh
jangan selamanya. Dah apahal kau buta sangat tak perasan sampai masuk tandas
lelaki ni? Dan… kenapa lelaki tu Zahid?” Dinding mana dinding? Macam nak
hantukkan kepala sendiri yang biul.
“You dah tukar jantina ke macam
mana?” Tegur Zahid apabila dia tengok Nasuha masih lagi tercegat di hadapan
bilik bilik air itu.
Alamak? Mamat tisu ni lagi. Cepat
sahaja Nasuha ingin menapak pergi. Malu gila tahap nak sembunyikan muka ni
dalam mangkuk tandas pun ada.
“Hmm, kalau you tak tukar jantina,
mesti you rabun kan? Nak tak I belanja spec?” Tanpa sedar, lelaki itu sudah
berjalan seiringan dengan Nasuha.
“Boleh diam tak?”
Lepas tawa Zahid. Tak sangka
sebenarnya berjumpa dengan Nasuha di luar waktu kerja.
“You buat apa kat sini?” Zahid buat
peramah.
“You sibuk kenapa?” Jangan cakap
yang Zahid bercuti di resort ini sudahlah. Lebih haru kalau dia terlibat sama
dalam hari keluarga anjuran bank tempat Zaleha berkerja. Mana nak letak muka ni
oit!
“Mestilah sibuk. You dah masuk tandas lelaki tadi. Entah-entah you
dah tengok apa yang tak sepatutnya you tengok? Aduh, macam mana ni? You kena
bertanggungjawab pada I!” Zahid terus-menerus menekan. Siap tayang muka panik
lagi.
Eeeeii.. Nasuha ketap bibir.
Geramnya dia tengok Zahid sekarang ni.
“You jangan nak merepek, ya.” Amaran
keras diberi.
“Nasib baik tak ada orang lain dalam
tandas tadi. Kalau tak, dia kena jadi saksi pernikahan kita tau.” Sakat Zahid
lagi.
“I salah masuk toilet tadi. I’m
sorry okay. Dan you tak payah nak over boleh tak? Dan you jangan risau. I tak
tengok apa-apa pun…” Seram sejuk sewaktu mengungkapkan ayat tersebut. Ya. Nasib
baik betul dia Cuma bertembung dengan Zahid di hadapan pintu bilik air Kalau
tak, sungguh tak dapat Nasuha nak bayang.
“Ya ke?” Mata dikecilkan. Menduga
dengan sengaja.
“Betullah. Boleh tak berhenti
provoke I?”
Zahid ketawa kecil. Seronok tengok
muka Nasuha merah macam tu. “Lain kali hati-hati. Nasib baik you terserempak
dengan I. Kalau dengan lelaki lain yang ada niat jahat, macam mana?”
Risau juga dengan perangai lepas
laku Nasuha ni.
Kata-kata Zahid itu memang ada
benarnya. Tapi sungguh, dia langsung tak perasan yang dia tersalah masuk tandas
bila nak cepat sangat.
“Yalah. Lepas ni I akan lebih
berhati-hati. You pulak buat apa kat sini?”
“Ada family day.”
“Family day Casa Holdings ke?”
Sekadar bertanya untuk kepastian. Tak kan hotel ni ambil banyak sangat event?
“Tak lah. Ayah I kerja bank. Bank
dialah ada buat family day hari ni. Dah banyak tahun I miss event ni so kali ni
I join jelah sebab I dah duduk Kuantan kan.”
Penjelasan Zahid itu buat otak Nasuha rasa sesak nafas
sungguh. Maknanya selama dua hari ini, dia akan tengok muka Zahidlah ya? Dan
tragedi dia tersalah masuk tandas itu pasti akan tragedi terburuk dalam
hidupnya.
“Jangan cakap yang….” Seolah memahami air muka Nasuha, Zahid
meneka sendiri.
“I teman sepupu I. Malang betul nasib I hari ni.” Dahi
sendiri ditepuk. Harapnya, episode malang ini akan berakhir di sini sahaja. No more tragedy, please!
“Suha-Suha. Kadang-kadang you ni cute jugak ya?” Ujar Zahid
tak semena. Tersenyum sendiri melihat Nasuha yang seakan menyalahkan diri sendiri.
“Jugak? I memang selalu cute ya.” Pantang dipuji, mesti nak
melebih. Itulah perangai Nurul Nasuha.
“Ya. Paling cute bila masa you tersalah masuk tandas tadi.”
Sengaja Zahid menyakat. Makin merah muka Nasuha, makin comel dia rasa.
“Eeeii.. perlu ke you nak ungkit benda tu?” Makin orang nak
lupa, makin dia nak ingatkan. Nampaknya, benda ni memang akan jadi bahan usikan
Zahid sahaja.
BEBERAPA
aktiviti telah bermula. Sebagai orang luar, Nasuha cuba untuk menyesuaikan diri
dengan rakan sekerja Zaleha yang lain. Acapkali juga dia bertembung dengan
Zahid walaupun sudah cuba dielak.
“Lepas ni ada pertandingan kayak.
You join tak?”
Geleng. Tak pernah main kayak jadi
tak kuasalah nak masuk bertanding.
“Cammon… jom lah kita lawan. Tengok
siapa menang atau you nak satu team dengan I?”
Nasuha buat muka.
“Tak
ingin! Nasib malang dengan I dah cukup banyak hari ni. Kalau satu team dengan
you, lagi haru.”
Tiba-tiba mereka boleh jadi sebegini
baik. Macam dah terlampau kenal pun ada. Lagipula, sikap Zahid yang senang
bergaul itu memang memudahkan urusan.
Lepas tawa Zahid.
“Kalau
you tak satu team dengan I, lagi malang tau. Betul ni tak nak join team I?”
Nasuha geleng.
“Okay. I tak boleh paksa you.” Tutur
Zahid sebelum meninggalkan Nasuha sendiri. Sepeninggalan Zahid, Nasuha
tiba-tiba rasa menyesal.
“Babe, siapa tu? Dari tadi aku
tengok kau berbual dengan dia. Terserempak dengan jodoh ke?” Kening Zaleha
sedikit terangkat. Diam-diam ubi berisi nampaknya sepupu ini.
“Jangan nak jodoh sangatlah. Dia tu
client aku. Kebetulan dia join sebab ayah dia.”
“Oh.. ayah dia siapa?”
“Mana aku tahu. Taklah aku tanya.”
“Dia dah kahwin?”
Eh, banyak pulak soalan cik kak
sorang je. Kepala digeleng.
“Tapi
dah ada awek. Jadi, kau jangan nak fikir yang bukan-bukan ya.”
“Oh ya ke? Baru nak gosipkan dengan
kau. Eh, petang ni kau join team aku masuk kayak ya. Sebab sepatutnya aku, Kak
Sal dengan Faizal tapi end up kak Sal tak dapat join. Lengan dia terseliuh
waktu main tarik tali tadi.”
“Kayak? Tak naklah. Bukannya aku
reti.” Kalau dia reti, dah lama dia terima pelawaan Zahid tadi.
“Alah, kejap lagi dia ajarlah macam
mana nak main. Petik jari je. Lagipun, nama pun hari keluarga. Tak kan satu
game pun kau tak nak join.” Bebel Zaleha lagi.
“Yalah-yalah. Tapi aku memang tak
reti ya. Kalau kalah jangan salahkan aku.” Akhirnya, dengan berat hati Nasuha
bersetuju.
SETELAH
mendengar penjelasan lanjut untuk pertandingan kayak, para peserta mula memakai
jaket keselamatan. Setiap kumpulan akan diwakili seramai tiga orang.
“Leha, bersiap sedialah untuk kalah
ya?” Ujar seorang lelaki yang berada disebelah Zaleha.
“Kau jangan nak yakin sangatlah
Fuad.” Berang pula dengan Fuad ini. Suka benar cari gaduh dengannya.
“Kau tak risau ke tenggelam dalam
air tu Leha? Sebab badan kau boleh tahan gempal. Silap hari bulan boleh kering
air laut ni.” Fuad menambahkan lagi bara dalam hati Zaleha.
Nasuha yang mendengar sudah naik berang.
Pantang betul dia kalau lelaki suka merendah-rendahkan kaum hawa. Baru je
Nasuha hendak bersuara, suara seorang lelaki menahan perbuatannya.
“Good
luck.” Ucap Zahid tersenyum.
“You
too.” Entah apalah yang Zahid fikir. Tadi bila diajak, jual mahal. Ni boleh
pulak join team orang lain.
“Eh.. jaket you tak kemas.” Tanpa
persetujan Nasuha, tali yang berada di
jaket Nasuha diperkemaskan. Penting untuk memakainya dengan betul supaya bila
satu kemalangan berlaku, jaket itu boleh menyelamatkan si pemakai.
Entah kenapa, bantuan Zahid
menjentik hati Nasuha. Bagai ada sesuatu yang singgah dengan sikap prihatin
Zahid ini. Namun cepat-cepat diusir pergi. Zahid ini milik orang lain.
“Thanks.”
Apabila Zahid berlalu pergi, Zaleha
terus merapati. “Alalalala.. sweetnya.”
“Siapa lelaki yang tak ada sivik
yang doakan kita tenggelam tengah laut tadi?” Rasa ingin tahu mula menebal.
“Oh, itu Fuad. Dia memang suka cari
pasal dengan aku.”
“Bila dengar dia cakap macam tu, aku
terus rasa nak menang weh. Jadi, jom buat elok-elok!” Tutur Nasuha semangat.
“Yeah! Buat yang terbaik. Chaiyok!”
Usai mengambil posisi masing-masing
dengan pendayung, wisel pun berbunyi menandakan pertandingan telah bermula.
Sebanyak sepuluh pasukan bertungkus
lumus untuk sampai ke penamat dengan cepat. Kumpulan mereka juga tak
terkecuali. Mulut menyebut kiri dan kanan agar pendayung mereka seiringan dan
kayuhan mereka sama.
Namun kumpulan Fuad yang tiba-tiba memintas mereka cuba
untuk mensabotaj dengan memercikkan air dengan kuat kearah pasukan Nasuha
hingga menyebabkan Faizal terlepaskan pendayung. Sedang dia cuba mencapai
pendayung miliknya, Faizal jadi hilang imbangan hingga menyebabkan perahu yang
dinaiki mereka terbalik ke dasar laut.
Cepat-cepat Nasuha ingin naik ke
dasar namun kakinya tersepit membuatkan
dia masih terperangkap di dalam air. Air laut sudah masuk ke dalam mulut dan
hidungnya. Panik!
Dia cuba untuk menarik kakinya tapi
keadaan yang kalut itu membuatkan otaknya gagal untuk berfikir. Ya Allah,
tolong aku!
No comments:
Post a Comment