THEY said
the best revenge is living well…
Manusia boleh menyayangi sepenuh hati. Tapi jika
sekali rasa sayang itu dikhianati, perasaan indah yang penuh di hati itu boleh
bertukar menjadi benci. Dan benci itu boleh merubah diri seseorang hingga
timbul rasa dendam di hati. Dendam yang lama kelamaan memakan diri.
Tapi…
Berbaloikah
menyeksa diri demi sebuah dendam?
Sampai bilakah
hendak dibawa luka di hati?
Bukankah kemaafan
itu mampu padamkan dendam dan mengubat luka?
Namun…
Maaf.
Sepatah ayat mudah dilafaz sesiapa sahaja hingga ada masa ia hilang maknanya. Namun maaf akan jadi mahal nilainya jika lafaz itu bersulamkan keikhlasan.
Musim silih
berganti. Hidup belum lagi terhenti.
Dia yang bersalah,
sudah acapkali memohon kemaafan.
Namun si dia yang
terluka, masih belum mampu memaafkan…
Dear Zayn,
Luruh cinta kerana dusta
Sampai bila kita nak macam ni?
Jazleen
September 20
Dia tutup buku
notanya sebelum menoleh, pandang lelaki yang lena terbaring di katil. Sappy Jaz…sappy! Tapi, hati dia tengah
menanggung lara, jadi dia ada permit nak jadi sappy!
No comments:
Post a Comment