Bab 5
JAM 6.30 petang baru kami mula bertolak dari pejabat. Untuk
sampai ke destinasi, ambil masa enam hingga ke lapan
jam waktu perjalanan. Persoalan yang bermain di benakku, larat atau tidak? Itu
tidak termasuk masa yang diambil untuk berhenti dan singgah di mana-mana lagi,
boleh berlanjutan ke sepuluh jam gamaknya.
“Awak nak drive dulu?”
Lebih baik kut kalau aku yang memandu
terlebih dahulu. Jadi aku pun tanpa berfikir panjang terus mengangguk setuju.
“Sampai kat Tol Jabor, kita tukar.”
Tol Jabor? Eloklah pun, aku sebenarnya
tak berapa nak reti hendak membaca jalan, laluan mana seterusnya yang patut
digunakan untuk sampai ke Kuala Terengganu. Lagipun, aku memang tak pernah
sampai ke sana pun atau mana-mana tempat di Pantai Timur. Kalau aku yang jadi
pemandu entah ceruk aku pergi. Entah-entah tak sampai ke destinasi, sesat ke
mana. Jadi lebih baik aku mengangguk sahaja.
Setelah sejam perjalanan, kami berhenti
di hentian Bentong untuk menunaikan solat maghrib dan mengisi perut.
“Awak larat drive lagi?”
“Ya,” jawabku sepatah.
“Saya nak rehat sekejap.” Dia
memberitahu.
Huhu... nak berehat apanya? Bukan aku
yang memandu dari tadi? Dia cuma dok menelek telefon pintar dan tablet miliknya
sepanjang perjalanan.
“Ermm... Encik Fariq, boleh saya pasang
radio tak? Bosanlah senyap sunyi.” Sejam tadi aku memandu sambil mendengar deru
enjin kereta. Kalau diteruskan juga, urgh! Masak!
Dia menjeling aku tanpa berkata apa.
Sebab dia tak bereaksi, maka aku pun dengan pantasnya menekan butang radio. Tak
ada kawan berborak tak apa, janji ada muzik menemankan aku. Setidak-tidaknya
celoteh penyampai radio boleh mengelakkan aku dari terlelap.
Lagu kegemaran aku sedang berkumandang
di udara. Tanpa mengambil kesah akan reaksi Fariq Hatta, aku terus saja
berlagu. Lantaklah kalau suara aku ke laut.
You
make me glow
But I cover up,
won’t
let it show
Akhirnya, setelah beberapa jam berlalu,
bumbung tol kelihatan dari jauh. Yes!
Giliran aku untuk berehat. Cepat-cepat aku membelok ke hentian selepas Tol
Jabor. Sudah tiba giliran Fariq Hatta
untuk memandu. Dah lenguh kaki dan badan aku. Nasib baiklah kereta milik bos
aku ini jenis automatik. Elok sahaja aku dapatkan tempat untuk parkirkan
kereta, enjin aku matikan serta-merta.
Aku meregangkan badan. Fariq Hatta
kulihat masih nyenyak. Kenapa dia tak upah pemandu sahaja? Bukankah dia juga
layak mendapatkan seorang pemandu seperti ketua jabatan yang lain? Agaknya, dia
jenis yang macam mana ek?
Aku ambil peluang itu untuk menatap
wajah dia puas-puas. Aku sandarkan kepala pada dinding kerusi seraya mengiring
menghadap dia. Lama, sambil tersenyum seorang diri. Alis matanya. Bibirnya yang
seksi itu. Pandangan yang sungguh mengasyikkan.
Hmm… anak dara mengintai anak teruna.
Entah teruna entah tidak. Isk! Jauhkanlah fikiran yang pelik-pelik itu.
Tiba-tiba dia celikkan mata. Memandang
tepat ke arahku. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Erk! Kantoilah pulak! Pantas aku
betulkan posisi diri. Haish! Rasa macam nak ketuk kepala sendiri.
“Encik Fariq, kita dah lepas tol…” Aku
bersuara menutup rasa malu.
“Oh...” Dia meraup wajahnya.
Aku pura-pura menguap. Padahal hati ni Tuhan
saja yang tahu betapa malunya aku.
“Yaya, kenapa awak renung saya begitu
tadi?” Matanya menyapu bersih wajah aku.
“Apa dia?” sergah Fariq Hatta tak
semena-mena.
“Handsome
sangat!” Terlepas dari mulut aku. Wajah terasa membahang. Aku pejamkan mata
seketika. Alahai, rasa nak tampar sahaja mulut aku.
Dia keluar dari kereta. Aku pun sama.
Kunci bertukar tangan tanpa aku memandang dia. Terasa kebas muka menahan malu.
Dia beransur ke tandas awam yang
disediakan. Selepas membersihkan muka dia masuk semula ke dalam kereta.
Buat seketika keadaan jadi sepi.
“Thank
you.”
“Thank
you?”
“I
take that as a compliment. Lain kali jangan renung saya macam tu.”
“Huh?” Aku pandang dia yang sedang
memakai tali pinggang keledar.
“That
kind of look, make my heart pumping faster. You see, guys like me operate on
adrenaline every time we wake up.” Matanya tepat-tepat menuju mataku. Terus
ke jantung.
Berderau darah aku. Whatever that mean, I don’t even want to know!
Fariq Hatta menghidupkan enjin kereta.
Menjeling aku sekilas dengan secebis senyuman bermakna. Sakit hati aku
melihatnya.
Agak lama juga aku berdiam. Entah kenapa
hati ini tidak berhenti memikirkan lelaki di sebelah aku ini. Lantas aku pun
bersuara memecah suasana hening perjalanan.
“Encik Fariq, boleh tak saya tanya
sesuatu?”
“As you
please, just shoot me. Kalau saya boleh jawab, saya jawab.”
“Bila Encik Fariq nak kahwin?”
“Hahaha!” Meledak tawa besar dari dua
ulas bibirnya. “Kenapa tanya soalan macam tu?”
“Sebab, saya tengok Encik Fariq keluar
dengan ramai wanita. Takkan seorang pun tak sangkut kut.” Ke awak ni gay? Aku jelir lidah dengan soalan yang
tidak terluah di bibir itu.
“If,
I’m given a choice I will marry a blind woman that will make me fall in love
again and again.”
If, I’m
given a choice. Huh, apa maksudnya tu? Dia tiada pilihan, dia tidak
dibenarkan memilih atau bakal isteri sudah dipilih untuk dia?
“Perempuan-perempuan tu tak marah ke?”
“Perempuan mana?” Dia pandang aku
sekilas.
Aku angkat kening. Daa…
“Mereka yang ajak saya keluar. I never promise them anything.”
Macam itukah ceritanya? Boleh
percayakah? Aku tarik badan ke belakang.
“Awak pula kenapa tak kahwin lagi?” Dia
pulang balik soalan yang sama kepada aku.
“Soalan Encik Fariq tu senang sangat.”
“So,
what’s your answer?”
“Sebab tak ada orang meminang saya.
Macam mana saya nak kahwin?”
Fariq Hatta tergelak. Kelakar sangatlah kut mendengar jawapan yang aku berikan.
Tak kelakar, okey.
“Kalau saya pinang awak, awak nak kahwin
dengan saya?”
“Ish, Encik Fariq ni...” Tapi dalam hati
kata, masinlah mulut Fariq Hatta! Aku ni, heh. Kepala kugeleng. Memang terasa
diri ini gatal, menggedik. Ergh!
Fariq Hatta sudah tergelak-gelak. Boleh
pula gelak-gelak? Kalau waktu pejabat, pandang aku pun macam nak makan aku.
“Kenapa ek, kat office Encik Fariq tak macam ni?”
“Dengan awak sahaja, saya macam ni. This is the other side of me. Dengan
orang lain saya tak macam ini.”
Aku angkat kening lagi. The other side of him, he share it with me? Too
good to be true.
“Lepas kita selesaikan tugasan nanti,
boleh saya bawa awak jalan-jalan?”
Dia ajak aku keluar ke? Sounded like one. Aku teguk air liur.
“Boleh?” Dia mengulang sekali lagi. “This is last offer. I don’t accept no as an
answer, remember?”
“On
the way back?” Kalau sudah
singgah tempat jauh-jauh, apa salahnya singgah beli buah tangan? Lagi-lagi
dengan Fariq Hatta. Of course! Aku
mengangguk cepat-cepat. Nak! Nak! Nak!
“Ada apa-apa lagi yang awak nak tahu
tentang saya?” Dia tersenyum memandang aku sebelum kembali fokus pada jalan
raya yang bersimpang siur.
Sebenarnya, aku nak tanya macam-macam
kat Fariq Hatta. Tapi, aku sudah tidak mampu hendak mengangkat kelopak mata
walaupun aku teringin sangat menongkat dagu memandang wajah dia sepanjang
perjalanan. Jadi, untuk menjawab soalan Fariq Hatta itu, aku cuma geleng
kepala.
Dua-tiga kali aku menguap dan
tersengguk-sengguk. Akhirnya aku terlelap juga.
TERASA seperti bahu aku digoyangkan sambil nama aku diseru
berulang kali. Aku berkalih sedikit dengan mata yang masih terpejam.
“Yaya, kita dah sampai.” Suara itu
terdengar betul-betul hampir di cuping telinga. Haruman yang diguna Fariq Hatta
singgah menyapa deria pernafasanku.
Aku mengesat mata. Boleh pula borak-borak
sampai tertidur. Mengantuk sangatlah aku tu. Bila aku buka separuh mata aku
yang layu, baru perasan badan aku diselimutkan dengan sehelai jaket. Milik
Fariq Hatta kut. Patutlah selesa semacam aje aku tidur.
Fariq Hatta, depan mata aku. Aku
mengigau ke? Redup mata dia. Wajahnya terasa begitu hampir dengan wajah aku.
Mata aku pejam celik pejam celik. Bermimpikah aku?
“Encik Fariq nak buat apa ni?”
“Kejutkan awaklah. Kita dah sampai.”
Owh! Cheh. Ingatkan mata dia redup
begitu kenapa. Menahan rasa mengantuk rupanya.
“Bring
your luggage. Kak Su is waiting for
you.”
“Ya, Encik Fariq?” Aku yang masih mamai
bertanya antara dengar tak dengar.
“You akan share bilik dengan Kak Su. Atau nak share bilik dengan saya?”
Aku mengangguk kemudian menggeleng. Mata
aku terkelip-kelip menahan kantuk. Aku yang silap dengar atau dia yang merepek?
“Really?”
Senyuman nakal bermain di bibirnya.
“Kenapa, Encik Fariq?” Aku masih
terpinga-pinga.
Dia datang mendekati aku lalu berbisik
betul-betul di tepi telingaku. “Cik Yasmin Hidayah, are you sure you can handle me?”
“Handle apa
Encik Fariq?” Suara aku kedengaran
serak bertanya kepadanya.
Fariq Hatta tergelak besar.
Aku memandangnya tidak faham. Did I miss something here?
Best untuk semua bab...lagi?
ReplyDeleteBest untuk semua bab...lagi?
ReplyDelete