BAB 1
MELANGKAH
longlai masuk ke bilik guru menuju ke mejanya, tiba-tiba namanya diseru.
“Dinie! Dinie!
Dinie!” Ceria suara Cikgu Rosnah macam terlebih glukos, tak seperti selalu.
“Kak Ros
ni dah kenapa panggil Dinie rupa tu?” Tawa Dinie menyusul, kalut melihat Cikgu
Rosnah yang tiba-tiba berubah jadi mesra alam begitu.
“Dik!”
Termengah dia kerana baru mendaki tangga, mengekor Dinie.
“Ye kak.
Dinie dengar, cepat nak cakap apa. Dinie dah nak balik dah ni.” Dia melayan
ramah, dengan tangan tak lepas mengemas alat bantuan mengajar.
“Ada orang
kirim salam, tapi Mr. Secret Admirer Dinie tu tak bagi beritahu Dinie siapa
dia.” Cikgu Rosnah labuhkan duduk dan sekuntum bunga kekwa putih pemberian
lelaki misteri tadi diserah pada Dinie.
Dinie
masih terpinga. Mr. Secret Admirer, siapa? Tak tertelan liur Dinie dibuatnya,
belum dapat meneka siapa lelaki yang dimaksudkan teman baiknya itu.
“Dan bunga
ni…dia bagi.” Tersenyum-senyum Cikgu Rosnah, membayangkan wajah lelaki yang
mengirim bunga tadi.
Handsome.
Charming. Lembut suaranya, sungguh dia yang sudah bersuami pun tergugat iman,
mujurlah dia cepat sedar yang dia sudah bersuami.
“Ini macam
bunga kekwa depan toilet guru lelaki aje Kak Ros.” Bunga kekwa di tangan Dinie
belek-belek, ada rasa macam nak lontar dalam tong sampah laju-laju pun iya
juga.
Ada ke
patut, nak bagi bunga pun biarlah bunga yang senonoh sikit. Bunga depan tandas yang diberi pada dia. Ish!
Kutuk Dinie dalam hati, tercebik bibir memikirkan siapalah yang tak berduit
sangat bagi dia bunga depan pintu tandas.
“Betul la,
memang dia ambil dekat situ pun tadi. Dah itu aje yang tercapai, tak sempat nak
beli,” terang Cikgu Rosnah. Tergeletek hatinya melihat Dinie mencebik begitu.
“Oh…” Dua
harakat Dinie ber’oh’. Ligat fikirannya berputar, mencari siapa lelaki yang dikatakan
Cikgu Rosnah tadi.
“Dah,
jangan nak fikir panjang sangat. Tadi kata nak balik, kan?”
“Hrmm… Kak
Ros ambil la bunga ni. Dinie tak nak. Entah-entah dia bubuh racun nak bagi
Dinie mati!” Cepat dia lontar bunga tadi di atas meja, bimbang sampai apa yang
difikirnya tadi benar terjadi.
“Eh,
janganlah buang macam tu. Simpanlah, rugi tau tak simpan bunga dari lelaki
handsome!” Cikgu Rosnah dengan aksinya, membayangkan ketampanan lelaki yang
mengirimkan bunga untuk si gadis tadi.
“Handsome?
Siapa? Firhan?”
“Dah
kenapa Firhan pulak masuk dalam cerita ni? Cikgu handsome tu dah seminggu tak
mengajar, kan? Jangan nak cakap Dinie dah mula rindu dia pulak?” Galak Cikgu
Rosnah mengusik, membawa ingatan si gadis pada guru KGSK yang menamatkan
perkhidmatannya seminggu lepas.
“Jadi
bukan dialah?” Berkerut dahi Dinie bila apa yang difikirkan tak sama dengan apa
yang Cikgu Rosnah bayangkan.
Cikgu
Rosnah geleng kepala, sengaja nak tambah kalut di fikiran Dinie.
“Bukan
dik, dia bukan dari kalangan guru-guru sekolah kita. Dan! Yang pasti lelaki tu
memang terrr segak dan terrrr kacak! Begini!” tunjuk Cikgu Rosnah pada kedua
ibu jarinya yang sudah diangkat.
“Terkacak?”
soal Dinie dan Cikgu Rosnah cuma terangguk dua kali.
Tambah
pening Dinie bila Cikgu Rosnah terus mahu berahsia. Dalam hati menggumam, siapa
gerangan yang tak berduit sangat sampai harta kerajaan dijadikan umpan untuk
memikatnya.
No comments:
Post a Comment