Bab
6
K
|
AFE
sedang sibuk dengan pelajar sewaktu aku tiba. Kebanyakannya baru pulang dari
kelas. Terpaksa kupilih meja yang terletak di sudut paling hujung kerana di
situ saja yang kosong.
Seketika, aku hanya memerhati
gelagat seorang demi seorang yang sempat hinggap di ruang mataku. Ada yang
melambai-lambai memanggil rakan, ada yang meminta-minta laluan disebabkan
keadaan kafe yang benar-benar sesak, ada juga yang bermain dengan telefon
bimbit sementara menunggu pesanan makanan tiba.
Hampir sepuluh minit memerhati
dan menanti begitu, aku mula bosan. Tersandar badan pada belakang kerusi,
berpeluk tubuh.
Pada jangkaanku, Shah mungkin
sedang dalam perjalanan ke sini. Ataupun waktu ini dia sedang bersesak dengan
pengunjung lain sambil mencariku. Sebenarnya menyesal juga aku pilih tempat
ini. Shah memanglah tinggi, senang untuk buat aku perasan kewujudan dia di
tempat-tempat begini.
Tapi dalam keadaan yang
terlampau sesak ini, aku fikir tak mustahil dia boleh tenggelam. Nak-nak lagi
bila adanya mamat-mamat arab dan mat saleh yang turut memenuhi kawasan ini.
Memang takkan terlawanlah jawabnya.
Cuba kuhubungi telefon
bimbitnya, tapi tiada jawapan. Dia tak dengar agaknya.
Aku berdecit bosan. Sampai bila
nak kena tunggu ni?
Lama aku menanti. Disebabkan
Shah tidak juga tiba dan aku pula sudah semakin bosan menunggu, akhirnya
kuambil keputusan membelek telefon bimbit. Mahu tahu kalau-kalau ada SMS
sepanjang tempoh dua puluh empat jam yang lalu.
Disebabkan kehabisan bateri,
kupindahkan SIM card milikku ke
telefon Shah. Hidup saja telefon bimbit, terus masuk notification SMS. Bertalu-talu. Lebih dari sepuluh SMS. Semuanya
dari mama dan angah. Seperti ada hal penting. Lantas kubuka satu persatu.
Kubaca semuanya, sebelum terhenti pada SMS ketiga dari mama.
Kenapa mama call tak boleh
dapat, Isya? Isya ke mana ni, mama SMS pun tak balas?
Aku terdiam, rasa sedikit serba
salah dengan SMS itu. Memang ada hal penting kut ni. Lantas kudail nombor mama.
Tak lama menanti, talian bersambung.
“Assalamualaikum, Isya!” Laju
mama menerpa.
“Waalaikumussalam,” jawabku,
sedikit teragak-agak. Kenapa sebenarnya?
“Tengah sibuk ke?”
“Tak adalah.”
“Habis kenapa phone tu off aje memanjang?” pintasnya laju, buat aku terdiam sesaat.
“Ada hal sikit semalam, tak
boleh nak elak.” Selamba, cuba perdengarkan keyakinan pada mama. Padahal
sebenarnya aku risau kalau-kalau Prof. Syikin ada menghubungi mama, beritahu
apa-apa tentang aku di sini.
Bila mama membisu, aku berdebar.
Dalam hati, aku mengharap jawapanku tadi mampu memuaskan hati mama. Janganlah
dia tahu apa-apa tentang dunia belajarku di sini, lebih-lebih lagi yang
berkaitan disiplin. Tak sanggup aku dileter.
“Tak apalah kalau macam tu,”
ucap mama setelah agak lama talian sunyi.
Terus terlepas keluhan lega dari
bibirku. Selamat!
“Mama ingatkan apahal pulak Isya
tiba-tiba off phone macam tu.
Ingatkan Isya dah tak boleh nak handle
stress ke apa...”
Aku tersengih sumbing saja.
Faham maksud yang mama cuba sampaikan walau kedengaran seperti aku ini anak
kecil saja.
“Setakat ni Isya okey aje, kan?
Tak ada stress sangat, kan?”
“Tak, ma. Isya sihat aje ni.”
“Good. No more fainting okay? Kalau
rasa tak boleh catch up study,
bawak-bawak berehat. Jangan paksa diri! Okay?”
Aku tersengih lagi, faham benar
kebimbangan mama berkaitan ‘penyakitku’ yang satu itu. Biasalah, penyakit budak
manja. Stres lebih sikit, mulalah. Nak pengsanlah. Nak itulah, nak inilah.
Kadang-kadang rimas aku dibuatnya.
“Dengar tak ni, Isya?” Mama
mendesak.
“Ya, dengar...”
“Midterm break nanti Isya balik?” Mama menukar topik, makin
melegakan. Aku lantas menggeleng.
“Tak. Cuti seminggu aje, kejap
sangatlah. Lagipun kerja tengah banyak ni.”
“Kejap pun tak boleh balik?”
pintasnya lagi, penuh harap saja bunyinya.
Berkerut dahiku, agak pelik
dengan mama saat ini. Selalunya kalau cuti seminggu, mama yang larang aku ke
mana-mana. Disuruhnya aku duduk saja di kampus, siapkan kerja. Tapi kali ni dah
lain pulak.
“Ada apa, ma?” Perlahan suaraku,
berdebar semula. Benak mula menjangka-jangka, apa yang sedang berlaku sebenarnya.
Entah kenapa, tak sedap hati pula tiba-tiba. Bagai mampu kuagak maksud
kesungguhan mama yang mendesakku pulang kali ini.
“Mama ingat, waktu Isya cuti
nanti mama nak buat makan-makan sikit. Nak kenalkan Isya dengan anak kawan
abah.”
Tepat tekaanku. Nampaknya mama
masih belum berputus asa mencarikan calon buatku, sedangkan aku sudah
berkali-kali menolak. Tak tahulah kenapa susah sangat mama mahu faham pendirian
aku.
“Kalau kali ni Isya berkenan,
bolehlah kita cepatkan aje semuanya.”
“Tapi Isya nak belajar lagilah,
ma,” pintasku.
“Iya... kalau nak belajar, belajarlah.
Mama tak halang.”
“Tunggu Isya habis belajar dulu
tak boleh, ke?” pintasku lagi, masih mahu berusaha memahamkan.
Mama terdiam, mengeluh lemah
kemudiannya.
“Mama tak nak hak kita terlepas
pada orang, Isya. Itu aje.” Jelas kehampaan pada suaranya.
“Ye la, Isya faham tu tapi...”
“Isya sendiri pun tahu, kan?
Kalau Abang Mi yang kahwin dulu, susah kita.”
Aku terdiam semula. Tak tahu apa
patut jawab. Aku faham kerunsingan mama dan abah. Aku sendiri sebenarnya
bimbangkan nasib keluarga. Tapi untuk terburu-buru dalam soal jodoh, aku fikir
bukan itu caranya.
“Lagipun Isya dah lama kenal
Fariz tu.”
“Hah?” Aku tersentak.
“Kenapa?”
“Fariz?”
“Haah. Dah lama Isya kenal dia,
kan? Mama rasa kali ni takkan ada masalah lagi dah.”
“Isya tak...”
“Farisya.”
Terbantut kata-kataku sebaik
mendengar panggilan itu lantas mendongak. Shah tercegat di hadapanku. Agak
pucat wajahnya, sekaligus memahamkanku. Demamnya sudah lebih teruk berbanding
pagi tadi. Bererti dia mahu pertemuan ini segera berakhir.
Tapi aku tengah bercakap dengan
mama ni? Guna phone dia pulak tu!
Nanti kalau aku tiba-tiba minta diri, pelik pulak mama. Habis disoalnya aku
macam-macam nanti. Mana aku nak lari? Shah pulak, takkan dia nak tunggu kat tempat
sesak macam ni? Dahlah susah nak jumpa dia luar dari waktu kelas. Aduh... macam
mana ni?
Lantas kuangkat lima jari, beri
isyarat supaya menunggu. Berkerut dahi Shah tika itu juga, tak setuju. Terus
dia duduk di hadapanku, beri isyarat mahu bercakap. Aku menyoal dengan
pandangan.
“Saya tengah tak larat ni,
Isya.”
Segera kututup speaker telefon dengan tangan, enggan
mama mendengar.
“Dahlah awak suruh saya datang
kat tempat sibuk macam ni. Sekarang saya kena tunggu awak pulak?”
Aku mengeluh.
“Tunggulah kejap, Shah. Saya
tengah bersembang dengan mak saya ni.”
“Kalau macam tu kenapa suruh
saya datang?” Mula tegang nadanya, bikin hati hangat.
“Tadi saya dah tunggu awak,
Shah. Lagi lama!”
“Dah awak yang nak jumpa saya,
memang patut pun awak menunggu!”
“Kenapa tu, Isya?” Mama
tiba-tiba bersuara, membantutkan hasratku menjawab. Kujeling Shah, tajam.
“Tak ada apa.” Aku bingkas
lantas beredar. Rimas sebenarnya! Mama di hujung sana langsung tiada tanda mahu
menamatkan perbualan. Yang Shah pula tak mahu langsung bertolak ansur. Minta
tunggu kejap pun tak boleh.
“Saya tengah tak larat ni,
Isya...” Terngiang-ngiang suara lemahnya yang merayu pengertian. Menjadikanku
terkesan dan serba salah.
Aku tahu, memang aku yang paksa
dia datang jumpa aku. Dalam keadaan dia yang tengah tak sihat tu, sepatutnya
aku faham keadaan dia.
Terlepas decitan dari bibirku.
Tiba di satu sudut yang agak tersorok, aku berhenti. Pandang Shah semula.
Lelaki itu sedang merenungku tajam, jelas dengan riak tak suka.
Tersepit aku dibuatnya. Terpaksa
kukerah akal agar dapat menyudahkan segera perbincangan ini. Pandangan Shah
yang terus juga tajam itu sudah cukup meresahkanku. Kuangkat lima jari, penuh
harap meminta lelaki itu menunggu lagi.
“Isya, kenapa dengan Fariz?”
Aku tersedar. Mahu menjawab tapi
suara tak terkeluar. Dalam fikiran yang kalut memikirkan Shah, tiba-tiba saja
aku rasa pertanyaan mama itu terlalu sukar. Walhal selama ini, jawapan pada
soalan itu setiap masa berlegar-legar dalam benakku.
“Tt... tak ada apa, ma...”
“Maknanya Isya baliklah cuti
nanti?” Ada kelegaan dalam suaranya, buatkan aku mati akal. Aduh, aku tak nak
balik!
Tapi jawapan itu tertahan di
tekak sebaik mataku terpandang Shah yang mula bangun dari kerusi. Serius
wajahnya, nampak betul-betul mahu pergi. Kalut aku dibuatnya.
“Ma, nanti Isya call balik. Ada hal ni.” Pantas
kata-kataku, tiada pilihan. Serentak aku mula menapak mendapatkan Shah. Bila
kelibat lelaki itu mula terlindung di sebalik lelaki-lelaki arab, aku cemas.
Kalau tak pulangkan telefon ini sekarang, masak aku nanti!
Memang ini saja waktunya. Kalau
boleh aku tak nak berurusan dah dengan dia, lagi-lagi di kelas. Teruk aku
digosip nanti.
“Jadi balik tak nanti, Isya?”
Nampaknya mama benar-benar mendesak. Hampir saja terlepas keluhanku.
“Jadi, jadi.” Akur saja akhirnya
sambil mata liar menjejak kelibat Shah.
Mama di hujung talian semakin
lega.
“Mintak diri dulu, ma.”
“Okey, assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Bye.” Lantas putuskan talian. Terpaksa
aku menyelit di kawasan yang dipenuhi pelajar wanita, menjadikan jarakku dengan
Shah semakin jauh. Terlepas saja dari kawasan kafe, aku segera mengejarnya.
“Shah!” panggilku bila semakin
hampir dengannya. Tapi dia tidak langsung mengendahkan. Aku terpaksa meluaskan
lagi langkah. Kupintas dirinya sebelum mematikan langkah, berdiri menghadapnya.
Baru dia berhenti, betul-betul
di tengah kawasan taman. Terlepas nafas mengah dari bibirku.
“Sorry lambat.” Tercungap-cungap.
“Lain kali biar betul-betullah,
jangan buat orang tertunggu-tunggu.” Serius nadanya.
“Okey, okey. Sorry.” Mengalah saja. Tak mahu
bertelingkah banyak dengannya. Aku hulur telefon padanya.
“Nah, terima kasih pinjamkan.”
Dia diam, sambut huluranku. Tapi
tiba-tiba aku teringat sesuatu, lantas kutarik semula telefon bimbit itu.
“Eh, kejap.”
Dia terlepas pegangan, berdecit
kebosanan. Aku tahu dia rasa dipermainkan, lantas aku menggeleng.
“Bukan... tadi saya masukkan SIM card saya dalam phone ni.” Lantas aku duduk di birai kolam ikan hiasan berhampiran.
Kuselongkar beg kuliah. Dan sebaik berjaya menemui telefon bimbitku, segera
kutukarkan semula SIM card ke telefon
bimbit masing-masing.
Senyap antara kami. Hanya bunyi
air pancut saja yang kedengaran. Sesekali angin lembut bertiup, menggugurkan
daun-daun kering dari pokok berhampiran. Mendarat di kepalaku. Aku seakan
dibelai suasana petang, membuatkan perasaanku perlahan-lahan reda. Tidak lagi
segelabah tadi.
Ekor mata melihat Shah
mendapatkan sebuah bangku yang terletak tidak jauh dariku. Duduk dia di situ,
bersandar memeluk tubuh yang tersarung jaket. Penat agaknya dia berdiri lama.
Daripada perlakuannya tu pun aku dah boleh agak, dia memang betul-betul tak
sihat.
Aku pantaskan pergerakan, tak
mahu buat dia menunggu lebih lama. Memang salah aku tadi, aku mengaku. Dia nak
datang jumpa aku ni pun dah cukup baik sebenarnya. Dalam keadaan sakit macam
tu, biasanya orang cukup pantang kalau rehat diganggu.
Kiranya Shah tu sabarlah jugak
dengan kerenah aku ni.
Selesai saja, aku hulur telefon
bimbit pada dia.
“Nah, dah siap.” Bersama senyuman.
Dia yang entah sejak bila merenungku
itu kelihatan seperti tersedar. Dia bangkit dari sandaran, terlerai tangan yang
memeluk tubuh.
“Tak ada nak tukar apa-apa lagi
dah?” Ada nada lemah dan serak yang kedengaran. Aku menggeleng laju.
“Terima kasih pinjamkan.”
Dia senyap, seperti memikirkan
sesuatu. Beberapa ketika kemudian, barulah telefon dari tanganku disambutnya.
“Kenapa tak call guna phone sendiri
tadi?” soalnya.
“Bateri habis.”
Spontan dia temukan semula
pandangan denganku. Berkerut dahi.
“Bateri habis?”
“Haah.”
“Baru dua hari lepas awak charge, kan?”
“Ye ke?” Giliranku pula
mengerutkan dahi. Cuba mengingat.
“Saya call awak kelmarin tapi tak dapat. Tak lama lepas tu, awak call saya balik. Awak kata, phone tu baru aje awak hidupkan sebab
sebelum tu tengah charge.”
Aku terdiam, kagum. Dia ingat
lagi rupanya hal tu.
“Betul-betul dah habis bateri ke
phone tu?” Dia menyoal semula. Segera
aku menggeleng.
“Entah.”
“Cuba check.”
“Nak check macam mana? Bukannya ada charger
pun kat sini.” Kebingungan.
Dia tak menjawab, sebaliknya aku
perasan ada senyuman nipis terukir di bibirnya. Penuh dengan erti yang tak
mampu kutafsir.
“Bagi sini phone awak tu.” Serentak dia hulurkan tangannya, meminta.
Aku yang tak mengerti cuma akur.
Bateri kedua-dua telefon itu saling ditukarnya. Tika itulah aku baru menyedari,
telefon kami dari jenis yang sama.
Tidak lama kemudian, terukir
lagi senyuman di bibirnya. Dia tunjukkan skrin telefon bimbit miliknya yang
menyala.
“Saya guna bateri phone awak.”
“Mmm?” Maknanya phone aku tu dah rosak? Bukan sebab
bateri habis?
Dia angkat keningnya, tersenyum
penuh erti di dalam wajah yang lesu.
“Semalam Prof. rampas phone awak ni tapi lepas tu dia terlepas
ke lantai. Bila dia rampas kasar, maknanya terhempas ke lantai pun kasar
jugaklah kan?”
“Tapi takkanlah boleh rosak?”
“Mungkin sebab phone ni dah uzur.”
“Eh, cakap baik-baik sikitlah,
Shah.” Serius nadaku memberi amaran. Tak suka dengan caranya. Tapi dia
tiba-tiba tergelak halus.
“Phone ni keluaran lamalah, Isya. Orang lain semua dah guna touch screen phone sekarang ni.”
Aku terdiam, tak mampu menafikan
kenyataan itu. Bila Shah mula menukarkan semula bateri telefon, aku hanya mampu
memerhati bersama perasaan yang berbaur.
Entah mengapa, tiba-tiba saja
aku jadi tidak berdaya menyambung perbualan. Telefon bimbit yang rosak itu
membuatkan aku rasa kehilangan.
“Sedih ke?” soalnya setelah agak
lama aku membisu.
Kupandang wajahnya, cuba ukir
senyuman. Tapi yang terzahir hanyalah senyuman kelat.
Memang sedih sebenarnya. Telefon
itu pemberian Abang Mi. Satu-satunya hadiah dari sepupuku itu yang masih ada
padaku. Jika telefon itu rosak, maka sudah tiada apa lagi yang boleh
menjadikanku rasa dekat dengan lelaki itu. Sedangkan dia amat bermakna bagiku.
“Macam budak kecik.”
Terdiam aku mendengarnya. Shah
mengerlingku. Ada senyuman mengejek di bibirnya.
“Padahal phone lama aje pun.”
Bengkak hatiku mendengarnya,
sekali gus menggantikan rasa sedih.
“Saya sayang phone tu la. Awak mana tahu, awak tu tak
ada perasaan.”
Dia mencemik, mengejek.
“Nah, ambik ni.” Telefon
miliknya dihulur padaku. Berkerut dahiku memandangnya.
“Nak buat apa?”
“Dua-dua phone ni sama jenis, kan?”
“Habis tu?”
“Habis tu apa lagi? Ambiklah phone ni. Guna, tak payah beli baru.”
“Habis tu awak?”
“Saya ada dualah,” keluhnya
malas.
“Huh, tak mahu!” Pantas aku
berpaling arah lain dan berpeluk tubuh.
“Nanti macam-macam arahan awak
yang saya kena ikut.”
Shah mengeluh lagi, tapi kali
ini bersama senyuman penuh erti.
“Awak balik yang untung, Isya.
Bukan senang tau Prof. nak bagi markah free.”
“Alah, kebetulan aje tu!”
sangkalku pantas. Bila dia diam, aku menambah.
“Sebab awak takut dengan Prof.
Cuba kalau dari awal awak tahu boleh dapat markah bonus? Entah-entah awaklah
orang pertama yang akan pergi bilik dia.” Makin kuat kupasang pendinding diri.
Kali ni aku tak boleh kalah dah dengan dia. Titik!
Tapi entah kenapa, Shah
menggeleng-geleng saja dengan hujahku. Tersenyum lagi.
“Saya tak kisah pun dengan
markah tu sebenarnya...”
Aku mencemik. Menyampah!
“Cepatlah ambil, Isya. Sampai bila
saya nak kena tunggu ni?” Dah, mula merengek pulak dia. Aku menjelingnya.
“Siapa suruh awak tunggu? Saya
tak nak phone tu.”
Dia berdecit. “Jangan nak
berlagaklah, Isya. Saya tahu awak tak ada duit nak beli phone baru.” Berlagak ambil berat. Menyampah betul aku!
“Ambiklah cepat, Isya...” Makin
mendesak, tapi kali ini aku enggan patuh lagi. Segera aku bingkas, melangkah
pergi dari situ. Penderitaan aku sepanjang berurusan dengannya sudah terlalu
menyakitkan. Cukup-cukuplah, aku dah penat!
“Isya!” panggilnya lagi. Aku tak
peduli juga.
Biar, biar. Aku nak tengok
sejauh mana dia boleh memaksa.
“Kalau awak tak ambik phone ni, saya call mak awak.”
Serta-merta mati langkahku
lantas berpusing. Tajam kurenung wajahnya, tak puas hati. Dia sudah tersenyum
nakal. Penuh dengan maksud sindiran, dia bangun dari bangku. Menapak ke arahku
dan berhenti betul-betul di hadapanku.
“Nak cabar saya?”
Aku diam. Jauh di dalam hati,
ada rasa geram yang makin mencengkam. Ada saja akal dia nak kenakan aku!
“Nak ambik tak? Kalau tak, saya call mak awak.” Lembut suaranya, tapi
secara halus menekanku. Benar-benar merimaskan.
“Tapi janji jangan buat saya
macam hamba lagi dah lepas ni!”
Pecah tawa kecil darinya. “Bila
pulak saya buat awak macam tu!”
“Awak tak sedar, tapi saya yang
rasa!”
Dia terdiam, bagai baru sedar.
Ada sengihan sumbing di bibirnya, mengakui.
“Tapi saya belum dikira mendera
awak, kan?”
“Dah dikira menderalah ni!
Sampai sakit kepala saya hari ni, tak boleh pergi kelas.”
“Okey, kalau macam tu awak pun
dah dera saya jugaklah maknanya.”
“Apa pulak?”
Dia tersenyum penuh erti. “Saya
sakit hari ni sebab malam tadi terpaksa tunggu awak kat library.”
Aku tersentak. Berderau darah
tiba-tiba, tak selesa dengan apa yang kudengar. Tak mampu kufaham fikiran sebenar
lelaki di hadapanku ini. Tapi untuk mengawal hati yang hilang arah, aku segera
menajamkan renunganku.
“Yang awak pergi tunggu saya tu
buat apa? Kan diri sendiri jugak yang sakit?”
“Habis tu kalau saya ajak balik,
awak nak ikut? Satu kereta dengan saya?”
Aku terdiam semula. Shah terus
memandangku, menagih jawapan.
“Kalau apa-apa hal jadi pada
awak malam tadi Isya, saya tahu awak akan salahkan saya. Phone awak kena rampas sebab saya. Jadi saya yang patut
bertanggungjawab untuk tolong awak contact
sesiapa bila jadi kes macam semalam.”
Aku terdiam lagi. Dia angkat
keningnya, menyindir.
“Awak yang mendera saya
sebenarnya, Isya. Saya terpaksa tunggu awak, semata-mata sebab awak tak nak
terima phone saya sebelum malam tu.”
“Eleh, awak pun teruk jugak dera
saya.”
“Maknanya sekarang
kosong-kosonglah.” Selamba dia memintas. Pantas aku pusatkan pandangan ke
wajahnya. Dia tersenyum nakal.
“Baik ambik phone ni, Isya.”
Aku diam, makin tajam menjeling.
Tapi dia terus juga selamba bahkan diangkat sebelah keningnya. Menanti aku
patuh pada kehendaknya.
Terlepas akhirnya keluhan malas
dari bibirku.
“Shah...”
Dia terus juga tenang. Nampaknya
dia akan terus memaksa selagi aku menolak. Padahal aku betul-betul tak mahu ada
kaitan apa-apa lagi dengan dia. Bila telefonnya ada pada aku, tak mustahil dia
akan terus mengikat aku.
“Kehendak awak, semua saya kena
ikut, Shah. Penatlah macam ni.”
“Awak yang paksa saya paksa
awak.” Dah, dia dah berbelit-belit kata pulak. Tak faham betul aku dengan dia
ni. Telefon bimbit di tangannya itu kupandang kosong.
“Tak payah nak merajuk sangat
dengan sayalah. Tak ada orang nak pujuk pun.”
Kata-katanya kali ini membuatkan
aku memusatkan anak mata ke wajahnya.
“Awak ni... saya tak suruh pun
awak pujuk!”
“Ya, saya tahu,” pintasnya, selamba juga.
“Nah, ambik cepat. Saya nak balik ni, nak rehat. Penat
dengar awak membebel.”
Aku makin mencuka, meluat. Penuh
malas kusambut telefon bimbit dari tangannya.
“Agaknya sebab tu awak tak ada girlfriend sampai sekarang, Shah.”
Dia diam.
“Awak tu tak gentleman, tak reti langsung jaga hati
perempuan.” Serentak itu juga aku masukkan kedua-dua telefon bimbit itu ke
dalam beg.
“Jadi isteri saya dululah, baru
boleh rasa macam mana bila saya jadi gentleman,”
jawabnya selamba.
Aku mencebik.
“Nak jadi isteri saya, Farisya?”
bisiknya romantis bagai benar-benar bermaksudkannya.
Terhenti perlakuanku, berderau
darah. Spontan kuangkat semula kepala, bertembung pandangan dengannya. Dia
sudah tersenyum nakal. Meruap kehangatan ke wajahku lantas kutunjukkan
penumbukku.
“Nampak ni!”
Meletus tawanya. Makin hangat
wajahku.
“Jangan nak membebel
bukan-bukanlah, Shah!”
“Awak yang nak sangat.” Bersulam
tawa.
Kuketap gigi kegeraman.
“Kalau jadi isteri saya, jangan
kata gentleman. Lebih dari tu pun
boleh.” Ada riak menggoda pada cara pandangannya kali ini. Dia kenyit mata
kirinya.
“Nak, sayang?”
“Dahlah tu, Shah!”
“Kenapa?”
“Pergi baliklah! Rehat!”
Dia tertawa semula.
“Makin teruk merepek awak tu
kalau lagi lama duduk sini. Sakit kepala saya ni awak kerjakan.” Serius tanpa
memandangnya. Tak kupedulikan tawanya yang semakin bernada menyakat.
“Memang saya dah nak balik pun.”
“Dah, pergi cepat.” Kupintas.
Dan dia kembali tertawa. Entah
apa yang lawaknya, aku tak tahu. Ekor mataku melihat dia melangkah pergi. Tak
kupedulikan dirinya. Terus berpura-pura sibuk mengemas kedudukan telefon bimbit
di dalam beg kuliah. Sedangkan hati di dalam ini Tuhan saja yang tahu betapa
bergoncangnya.
Kata-kata Shah itu tiba-tiba
saja mengingatkanku pada mama dan rancangan keluargaku. Aku memang tak
bersetuju langsung dengan hal itu, lagi-lagi jika Fariz yang jadi pilihan.
Lantas bila Shah tiba-tiba ‘melamar’ seperti tadi, saat ini aku rasa cukup tak
keruan.
Aku tahu Shah cuma bergurau. Ya,
aku tahu itu. Tapi dalam keadaan sekarang, aku risau kalau tiba-tiba nanti rasa
tersepit memaksa aku memilih saja Shah untuk dipertemukan dengan keluarga di
kampung. Minta Shah berlakon, macam yang biasa aku baca dalam novel-novel.
Tapi...
Segera kugelengkan kepala dengan
fikiranku sendiri. Tak mungkin... tak mungkin!
Aku takkan lakukan perkara berisiko seperti itu.
Dalam novel, memang itulah hero yang akan menyelamatkan si heroin. Pusing ikut
mana pun, mesti akan happy ending
punya. Tapi kalau dalam dunia nyata ni aku buat macam tu? Hisy, minta dijauhkanlah
No comments:
Post a Comment