BAB
2
“JEMPUT masuk,
puan,” pelawa Mak Aisha pada Hania yang masih teragak-agak untuk melangkah ke
ruang tamu rumah banglo mewah itu. Sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah
mewah itu, Hania sempat menjeling sebuah kereta Audi berwarna biru terparkir di
laman bersebelahan dengan kereta Mitsubishi Lancer. Pasti milik suaminya.
Ketika kakinya melangkah masuk ke
ruang tamu, dia terpegun! Ruang tamu yang cukup indah dengan perabot-perabot
mewah tersusun rapi di setiap sudut. TV LCD berukuran 42” berada di
tengah-tengah antara perabot-perabot itu, cukup melengkapkan lagi ruang tamu
tersebut. Mata Hania jatuh pada chandelier yang besar tergantung pada
siling yang bercorak abstrak. Warna dan tema ruang tamu itu memukau pandangan
Hania. Hampir kesemua sudut berwarna putih gading dengan sedikit sentuhan gaya
Inggeris. Cantik!
Bagaikan
mimpi menjadi kenyataan. Dia tidak pernah bermimpi untuk menjejakkan kaki ke dalam banglo mewah ini apatah lagi untuk
tinggal di rumah ini. Berada di bawah satu bumbung dengan suami yang tidak dikenali
amat menggusarkan Hania.
“Jempu duduk dulu, puan. Nanti saya
buatkan air.”
Hania
tersentak apabila ditegur wanita separuh abad yang berbaju kurung yang masih
setia memandang ke arahnya. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibir Hania.
Hanya anggukan membalas pelawaan wanita itu.
Dengan teragak-agak Hania melabuhkan
punggungnya di atas sofa berwarna coklat cair
setelah wanita hampir sebaya emaknya itu berlalu pergi ke dapur. Hania
memainkan jari-jarinya untuk menghilangkan rasa gusar di dalam hati.
“Jemput minum, puan,” pelawa Mak Aisha
ramah sambil menuangkan air oren sejuk ke dalam gelas jernih dan dihulurkan
pada Hania.
Hania
menyambut huluran gelas tersebut sambil membalas senyuman ramah wanita itu.
“Shah tak balik kerja lagi. Nanti
dalam pukul 5.30 baru dia balik,” beritahu Mak Aisha tanpa dipinta.
“Mak cik tinggal kat rumah ni ke?”
soal Hania lambat-lambat.
Mendengar pertanyaan gadis polos itu
Mak Aisha tersenyum.
“Haah, Mak Aisha memang tinggal kat sini. Mak
Aisha dah lama jadi orang gaji kat rumah ni,” balas Mak Aisha lembut.
Hania
tersenyum lega. Dia ingatkan dia akan tinggal berduaan dengan Shahrin!
Mak
Aisha memahami gelodak di hati gadis itu. Dia merasa bersimpati pada gadis itu.
Dia tahu gadis bernama Hania itu masih kekok dengannya. Inilah kali pertama dia
bertemu dengan isteri Shahrin selepas 3 tahun gadis itu bergelar isteri
Shahrin. Mereka suami isteri dari dulu lagi sudah tahu status hubungan pasangan
suami isteri itu.
“Mak
cik...” Hania memanggil Mak Aisha. Tangannya digawang di depan muka Mak Aisha
yang kelihatan seperti mengelamun itu.
“Maafkan
Mak Aisha. Terr…berangan tadi,” balas Mak Aisha tersenyum malu.
Hania
tergelak kecil.
“Puan
dah siap minum? Kalau dah jomlah Mak Aisha tunjukkan bilik puan.”
“Mak
cik, tak payahlah berpuan-puan dengan
Nia. Panggil Nia saja dah cukup,” tegur Hania lembut. Dia memang tak selesa apabila
dipanggil ‘Puan’ sejak kakinya melangkah masuk.
Mak
Aisha tersenyum senang mendengar permintaan gadis itu. Syukurlah gadis itu tidak
sombong. Mak Aisha teringatkan Shahrin. Shahrin pun seorang yang cukup merendah
diri.
“Baiklah, kalau macam tu Nia panggil je mak cik,
Mak Aisha,” putus Mak Aisha. Semakin lebar senyumannya.
Hania
angguk setuju sambil mengekori Mak Aisha mendaki anak tangga menuju ke tingkat
atas. Hania sempat meneliti kawasan tingkat atas itu. Seperti di bahagian ruang
tamu, tingkat atas pun tidak kurang hebat susun atur perabot dan dekorasinya.
Seperti di bahagian ruang tamu, konsepnya tetap sama. Sekali lagi Hania kagum.
Hania
dibawa ke biliknya oleh Mak Aisha. Hania perasan ada beberapa buah bilik lagi
di tingkat itu tapi dia tidak tahu bilik siapa dan bilik apa. Sejurus Mak Aisha
membuka pintu bilik utama, Hania terlopong. Mak
aih! Ini bilik ke ruang tamu? Besarnya!
“Inilah
bilik Nia,” kata Mak Aisha sambil meletakkan bagasi kecil milik Hania di
sebelah katil bersaiz king. Mak Aisha
yang melihat reaksi Hania yang tidak berkelip itu menyimpul senyuman.
“Cantiknya
Mak Aisha,” puji Hania.
“Ini
bilik utama. Mulai hari ini Nia akan duduk dalam bilik ni,” ujar Mak Aisha
sambil membetulkan langsir yang cantik tergantung.
Hania
hanya mampu mengangguk. Seakan tidak percaya dia akan tinggal di dalam bilik
besar ini. Hania berjalan mengelilingi ruang bilik. Sampai di hujung katil,
Hania menyentuh permukaan cadar berwarna unggu gelap dan bersulam timbul dengan
warna unggu cair. Lembut.
Hania
terbuai dengan keharuman wangian di segenap bilik peraduan itu. Bilik itu lengkap
dengan segala keperluan. Meja solek, almari besar tiga pintu, sofa L-Shape, kabinet TV dan tempat penyidai
sejadah dan kain pelikat. Semuanya tersusun cantik di kedudukanya. Kejap..Kain
pelikat? Siapa punya kain pelikat pula tu?
“Shah
ni cerewet sikit kalau bab-bab bilik tidur dia. Dia tak suka bilik yang
bersepah dan berbau. Walaupun setiap pagi dia kemaskan sendiri bilik ni tapi
dia mesti pesan kat Mak Aisha untuk wangikan bilik ni. Maklumlah kat dalam
biliklah dia banyak habiskan masanya,” kata Mak Aisha menyambung cerita tentang
Shahrin.
Demi
terdengar kata-kata itu, Hania serta-merta terkaku. Air liurnya ditelan kelat.
Dia rasa dia tidak salah dengar apa yang Mak Aisha sampaikan tadi. Bilik
Shahrin? Ini bermakna..? Hania rasa nak pitam!
“Maksud
Mak Aisha ini bilik Abang Shah?” tanya Hania tergagap-gagap. Peluh jantan sudah
keluar.
Mak
Aisha memandang Hania pelik.
“Iya lah. Ini bilik Shah. Tengok gambar pun
dah tahu,” balas Mak Aisha sambil menunjukkan bingkai gambar Shahrin yang
cantik tergantung di dinding dan frame gambar
di meja tepi sebelah katil. Gambar Shahrin!
“Habis
tu, bilik Nia mana?” soal Hania polos hati. Jantungnya dah rasa macam nak
melompat keluar!
Mak
Aisha tercengang mendengar pertanyaan Hania. Tapi tidak lama selepas itu dia
ketawa kecil. Wajah cuak Hania menggeletek hatinya.
“Inilah
bilik Nia. Satu bilik dengan Shah. Suami
Nia.”
Demi
terdengar jawapan itu Hania terduduk atas katil. Biar betul? Dia akan sebilik
dengan lelaki itu??
HANIA
menguis-nguis nasi putih di dalam pingganya. Pelbagai jenis lauk yang terhidang
di depanya amat menyelerakan namun entah mengapa tekaknya tidak tertelan nasi
yang masuk ke mulut. Macam telan pasir rasanya! Hania jeling lauk asam pedas
ikan pari. Itu salah satu lauk kegemaranya. Melihat asam pedas itu dia
teringatkan asam pedas emaknya. Rindunya dia pada emak dan keluarganya yang
jauh di kampung hanya tuhan saja yang tahu. Dadanya sebak namun ditahan. Tidak
mahu Shahrin melihat kesedihanya.
Hania
mencuri pandang pada Shahrin yang dari tadi berselera menyuap nasi ke mulut.
Hampir 20 minit mereka di meja makan namun sekilas pun lelaki itu tidak
memandangnya. Shahrin seolah-olah tidak
menyedari kewujudanya di situ. Muka lelaki itu pun macam tidak berperasaan
saja!
Hania
membelek wajah lelaki yang bergelar suaminya itu. Kali ini barulah dia nampak
jelas. Dia hampir-hampir lupa rupa asal suaminya itu. maklumlah sudah bertahun
tidak jumpa. Nasib baik dia masih yang dia mempunyai suami. Handsome. Errk..terpuji suami sendiri pula! Tapi nak
nafikan pun tak guna. Dah lelaki itu memang handsome
pun. Pakaian baju tshirt leher bulat dengan
Bermuda pun lelaki itu tetap nampak Stylo.
Hania
masih ingat. Lewat petang tadi ketika pertama kali mereka bersua muka, penampilan
lelaki itu lagilah segak bergaya. Dengan seluar sleck, kemeja, tie, dan coat yang masih melekat di badan, hampir
terjatuh rahangnya. Terpesona kononya! Okey..rasanya dia terlebih memuji lelaki
itu. Rupa paras dan penampilan memang dah tip top dah cuma satu saja yang
kurang pada lelaki itu. Senyuman! Dari petang hingga ke malam asyik tunjuk muka
garang saja. Dah macam muka Warden asrama. Cuba senyum sikit, mesti bertambah lawo!
“Kenyang ke tengok muka saya?”
Hania
tersentap! Spontan kepalanya terangkat. Memandang tuan punya suara garau yang
masih selamba menyuap nasi dalam mulut. Ayakk.. terkantoi! Merah padam muka
Hania. Malunya..mana nak sorokan muka ni?
“Ma..mana
ada saya tengok awak. Jangan nak perasan,” nafi Hania. Mahu menutup malunya.
Shahrin
senyum mengejek. Bukanya dia tak perasan gadis itu curi-curi merenungnya. Nak
tutup malulah tu.
Hania menekur nasi dalam pinggan. Berbakul-bakul
malunya pada lelaki itu. Tidak berani lagi memandang muka lelaki itu.
“Kenapa
tak makan?” soal Shahrin apabila melihat Hania hanya menguis-nguis nasi didalam
pingganya.
“Saya
tengah makanlah ni,” jawap Hania hampir tidak kedengaran suaranya. Wajahnya
masih menunduk.
“Makan
apanya. Saya tengok putih je nasi awak tu tak berlauk. Ke nak saya sudukan
lauknya?” Shahrin memandang sekilas wajah gadis itu.
“Err..tak..tak
payah. Saya boleh ambil sendiri.” Hania cuak. Buru-buru tanganya mencapai sudu
dan mengambil lauk yang paling hampir denganya.
Shahrin
yang melihat kelakuan gadis itu menyimpan senyum. Takut sangat dia cedukkan
lauk untuknya.
Keadaan
meja makan kembali sepi. Yang kedengaran hanya bunyi sudu berlaga dengan
pinggan. Nampaknya Shahrin benar-benar mempraktikkan budaya ‘Jangan bercakap
ketika makan!’ Masing-masing macam orang tak ada mulut! Kalau hari-hari keadaan
mereka begini, boleh kurus dia! Macam mana tak kurus kalau makan pun sesuap dua
saja. Nak akan banyak pun dia segan. Rasa macam di perhatikan.
“Awak ni memang suka mengelamun ke masa
makan?” Suara garau itu sekali lagi memecah keheningan antara mereka.
Sekali
lagi Hania terkejut. Aduh..kena lagi! Rasa macam nak hentuk kepada kat meja
makan! Selalu sangat mengkantoikan diri sendiri. Macam manalah Shahrin boleh
perasan dia sedang mengelamun sedangkan lelaki dari tadi menunduk mengadap nasi
dalam pinggan.
“Mana ada saya mengelamun. Saya tengah makan
ni.” Sekali lagi Hania menafikan tuduhan lelaki itu.
“Haah,
makan nasi sampai ke pipi,” tempelak Shahrin selamba. Wajahnya tetap serius.
Hania
cepat-cepat meraba-raba seluruh mukanya. Tanganya dapat merasa sebiji nasi
betul-betul melekat di pipi kirinya. Muka Hania sudah membahang. Hailahh..apalah
nasib dia malam ni. Berkilo-kilo dah dia dimalukan di depan lelaki ini. Tak
boleh jadi ni. Kena fokus..fokus..!
Hania
memberanikan diri untuk memandang suaminya. Dia nekad untuk cuba berbual-bual
dengan lelaki itu. Dia sudah tidak betah dengan kebisuan mereka. Baru saja dia
berniat untuk berbual, lelaki sudah bangkit dan membawa pingganya ke sinki.
Aik..dah
sudah ke? Macam tu je? Ish..dia ni tak fahamlah. Nasib baik dia mendongakkan
kepala. Dibuatnya dia seronok-seronok bercakap tapi tak ada orang kat depan
dia. Tak ke sekilo lagi dia dapat malu? Hania hanya menikus apabila Shaharin melewati
meja makan untuk ke ruang tamu. Wangian Dunhill
Black di tubuh lelaki itu menusuk hidungnya.
Tidak
menunggu lama, Hania turut membawa pinggan ke dapur. Dia berselisih dengan Mak
Aisha di dapur.
“Dah
siap makan dah, Nia?” tanya Mak Aisha melihat pinggan Hania yang masih berbaki.
“Dah
Mak Aisha,” jawap Hania pendek bersama senyuman tawar.
“Mak
Aisha tengok Nia makan sikit je,” tegur Mak Aisha sambil menjeling pinggan
Hania yang tidak luak.
“Nia
kenyang lagilah Mak Aisha. Tu yang makan sikit je. Mak Aisha dah makan?” soal
Hania pada mak Aisha pula yang sedang mengemas round table di ruang dapur.
“Dah
tadi dengan Pak Idris kamu.”
“Apa yang Nia buat ni? Letak je kat sinki tu,
nanti Mak Aisha bersihkan,” tegah Mak Aisha apabila melihat Hania membawa
pinggan mangkuk atas meja makan ke dalam sinki untuk dibasuh.
Hania
tercengang! Hai..tak akanlah nak tolong basuh pinggan pun tak boleh?
“Tak
apalah Mak Aisha biar Nia tolong. Bukanya apa sangat pun.” Hania tidak mempedulikan
larangan Mak Aisha. Tanganya laju saja mecuci pinggan mangkuk di dalam sinki.
Mak
Aisha yang tidak dapat menghalang hanya mampu membiarkan saja gadis itu
melakukan kerjanya dalam senyuman puas. Ish..budak ni ada-ada saja.
No comments:
Post a Comment