Bab 5
A pretty face gets old, a nice
body will change.
But a good woman will always be a
good woman.
Sejak
dari tadi Tan Sri Ahmad Malik ralit memerhati kelakuan anak tunggalnya itu. Mika
seperti berada di dunia lain. Tidak betah berbicara sedangkan dia seorang yang
paling banyak bercerita apabila berada di samping ayahnya itu. Sekali-sekala
kelihatan pemuda tampan itu berkerut dahi. Entah apa yang difikirkan Mika itu.
Tidak seceria tadi, di mana mula-mula Mika melangkah masuk ke pejabatnya. Namun
wajah itu mula berubah setelah berjumpa Safa!
Kini baru
hati tuanya berdetak laju. Rupanya si teruna sudah merasakan ‘sesuatu’ terhadap
si dara yang manis itu. Ya dia tahu, sesiapa yang memandang Safa pasti
terpikat. Ramai yang telah mencuba, namun gadis itu menolak dengan baik. Dia
hanya setia kepada tunang yang telah dikenali sejak sama-sama mereka masih
belajar lagi.
“Ehem
ehem!” Tan Sri Ahmad Malik berdehem beberapa kali. Ingin menyedarkan Mika dari
terus terleka. Pemuda itu perlu ‘bangkit’.
“Yes, dad?” terpinga-pinga Mika. Terkejut
dengan dehaman ayahnya itu. Terkulat-kulat dia memandang.
Terasa
lucu di hati Tan Sri Ahmad Malik melihat gelagat anaknya itu. Malu kalau orang
tahu yang anaknya yang super hot ini
gila bayang!
Tan Sri
Ahmad Malik tersenyum.
“Where were you, Mika?”
Di bibir
Tan Sri Ahmad Malik masih lagi terukir senyuman.
“Erk…
Hmm… No where, dad,” balas Mika. Cuba
berselindung.
Dia
tersenyum sipu. Malu ‘ditangkap’ begitu oleh ayahnya. Jatuh saham!
“She’s engaged, son,” Serius suara Tan
Sri Ahmad Malik memberitahu.
Terkejut
bukan palang si Mika sebaik sahaja dia mendengar sebaris ayat itu daripada
ayahnya. Terkejut kerana ayahnya tahu apa yang difikirkannya serta terkejut
bagaimana ayahnya tahu mengenai Safa?
“Errr…”
“Ya,
Mika. Dia tunangan orang. Tak elok ganggu hak orang,” Tan Sri Ahmad Malik mula
menasihati. Bukan niatnya untuk menghalang atau membantah, namun dia tetap
perlu berbuat demikian.
Dia tidak
mahu anaknya bertindak merosak kebahagiaan orang lain. Lebih-lebih lagi merosakkan
dirinya sendiri. Dia tidak ingin melihat diri anaknya kecewa. Kerana selama ini
Mika sentiasa nampak kuat dan tenang. Jangan hanya kerana cintakan seorang
gadis, anaknya itu akan terjatuh!
“I know, dad. Tapi… Hmm…” Mika tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana
dia tidak yakin dengan apa yang dirasakannya. Dia baru berjumpa dua kali dengan
Safa. Semalam dan sebentar tadi. Tiada yang indahpun berlaku antara mereka.
Arghhh!!!
Siapa kata tiada? Aku tertarik dengan dia sejak pertama kali bertentangan mata
dengan Safa! Itu sudah cukup indah bagi diriku.
Tan Sri
Ahmad Malik menunggu butir bicara Mika. Anaknya itu kelihatan sedikit
terganggu. Tangan kanan Tan Sri Ahmad Malik mencapai gelas di hadapannya.
Meneguk perlahan air kosong sambil tenang menunggu Mika menyambung.
Mika
memandang ke arah ayahnya. Sukar untuknya meluahkan apa yang dirasakannya.
Namun dia tahu, dia perlu berkongsi semua itu dengan ayahnya. Dia tidak mahu
berasa serabut seorang diri sementelah selama ini dia sering share everything dengan ayahnya itu.
Mana mungkin hal seberat itu akan dirahsiakan dari pengetahuan ayahnya.
“I like her, dad. I don’t know why. But I do
like her… so much!” Akhirnya Mika
mampu juga menuturkannya. Dia mahu ayahnya orang pertama yang tahu perasaannya
ke atas gadis itu. Dia mahu mendengar pendapat ayahnya.
Tan Sri
Ahmad Malik mengangguk perlahan. Benar seperti yang ditelahnya.
“I can see that.”
Namun Tan
Sri Ahmad Malik tidak mahu memberi sebarang komen lagi. Biar Mika selesai
cerita dahulu. Dia mahu mendengar keseluruhannya.
“Daddy
tahu? How come???” membulat mata Mika
sebaik sahaja ayahnya berkata demikian.
Telus dan
menonjol sangat ke perlakuannya sehingga ayahnya dapat tahu?
Tan Sri Ahmad Malik tersenyum lagi. Semakin lama semakin lebar.
Pelik Mika melihat ayahnya tersenyum begitu. Dia tahu, pasti ada yang sangat
mencuit hati ayahnya.
“It’s too obvious, my son!
Tambahan lagi Mika ni anak daddy. Daddy tahu apa yang Mika rasa. Daddy tengok
sekilas je, itu dah cukup. Ha ha ha…” Tercetus ketawa besar daripada Tan Sri
Ahmad Malik. Lucu melihat anaknya itu sedikit cuak. Mika! Mika! Di sebalik
tegas dan tenang tersembunyi juga sikap pemalu. Macam manalah di atas pentas
boleh berani sangat?
“Daddy tahu. Daddy nampak macam mana Mika pandang Safa. Daddy dapat
agak dah yang Mika sudah terpikat.”
“Errr… dad…” terlopong
lagi Mika. Maknanya sejak dari tadi, ayahnya nampak segala perlakuannya?
Aduhhhh malu!
“Pandang anak dara orang sampai tak berkelip. Haishhh anak teruna
siapa lah yang tak tahu malu ni?” Tan Sri Ahmad Malik berlelucon. Dia
menggeleng-geleng kepalanya. Hanya sekadar bergurau dengan anaknya itu.
“Daddy!” panggil Mika sedikit kuat.
Kelihatan
beberapa orang pengunjung di restoran itu memandang ke arahnya. Yang gadisnya
mengukir senyuman menggoda manakala yang lelakinya memandangnya pelik. Dia
termalu sendiri.
Hari ini
sahaja dia sudah beberapa kali bertindak di luar kawalan. Langsung tidak
menjaga adab dan personalitinya sebagai seorang model terkenal. Rata-rata
rakyat Malaysia pasti mengenalinya. Dia gah di pentas peragaan. Wajahnya pula
memenuhi isi dalaman majalah-majalah terkenal. Mukanya kerap kali keluar di
iklan di televisyen. Jangan katakan yang dewasa, kanak-kanak juga pasti
mengenalinya.
“Hish malulah Mika. Apa lah daddy ni?” Mika tersentap sedikit dengan
ayahnya. Matanya sekali sekala masih lagi memandang sekeliling.
Dia masih
terperasan yang dua orang gadis di hujung sana asyik memandangnya sejak dari
mula dia melangkah ke restoran itu. Seorang memakai gaun separas paha berwarna
kuning manakala seorang lagi mengenakan kemeja sendat bermotifkan flora yang
dipadankan dengan legging berwarna
ungu. Seksi! Tetapi maaf. You are both…
Not my type!
“Perasaan Mika tu tak mampu nak sorok pun dari daddy. Daddy tahu. Tapi
itu lah... Mika kena ingat yang Saf sudah bertunang. Tak eloklah ganggu tunang
orang, Mika.”
“Mika tak ganggu pun, daddy. Mika cuma pandang dia je. Tak luak
pun!” Mika membalas.
Tak boleh
ke dia memandang suatu ciptaan Tuhan yang sempurna itu? Tak boleh ke dia
mengagumi sesuatu yang indah?
“Daddy tahu tak luaknya si Saf itu kalau Mika pandang dia. Tapi tak
eloklah Mika. Tak manis,” Tan Sri Ahmad Malik menasihati lagi anaknya. Dia
tidak mahu anaknya terus hanyut.
“Hmm yelah, dad. Sorry!”
akui Mika. “But… I just can’t help
myself, dad. I really can’t!”
Terlopong
Tan Sri Ahmad Malik mendengarnya. Disangkakan anaknya itu telah mengalah. Dia
menggeleng perlahan. Macam-macam sungguh perangai anak teruna dia itu.
Safa, Yasmin dan Farah
berjalan seiringan turun ke lobi Hotel Platinum. Rancangan mereka adalah untuk
menikmati hidangan tengahari di Restoran Bonda yang terletak di hadapan hotel
itu sahaja. Malas hendak menapak jauh-jauh. Waktu rehat sudahlah sejam sahaja,
mana nak makan lagi, nak solat lagi. Memang sangat rushing!
Untuk keluar dari hotel tersebut, mereka perlu melalui kafe yang
terletak di sudut kiri lobi Hotel Platinum. Sesekali mata memerhati ke dalam
kafe yang diberi nama Zarra Café iaitu sempena nama isteri kepada pemilik hotel
tersebut.
Namun Safa
tidak pernah bertemu empat mata dengan wanita itu. Dia yang bekerja di bahagian
kewangan sedikit agak ‘jauh’ dari bahagian lain. Mereka hanya dengan dunia
‘duit’ mereka sahaja. Itu yang pekerja lain melabel mereka di bahagian
kewangan. Malah, dia tidak pernah mengikuti apa-apa perayaan, majlis atau hari
keluarga yang hotel mereka anjurkan. Pasti ada yang menghalang. Oleh sebab yang
demikian, dia kurang tahu dan kurang arif mengenai isteri dan cerita peribadi
keluarga Tan Sri Ahmad Malik.
Pandangan mata Safa sedikit tersentak sebaik sahaja seraut wajah
‘itu’ singgah di ruangan matanya. Dia tidak menjangkakan ‘pertemuan’ lain
dengan pemuda itu. Hati dia berasa tidak selesa apabila berada hampir dengan
pemuda itu. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Namun dia tidak mahu berfikir
lebih. Malas hendak melayan perasaan yang pasti akan menyakitinya lagi.
Mika memandang tepat ke arah Safa. Dia tidak menyangka yang mereka
bakal bertemu lagi dalam tempoh tidak sampai satu jam. Gadis itu bersama-sama
dengan Yasmin dan Farah, sama seperti yang dinyatakan kepada mereka sewaktu
ayahnya mengajak gadis itu untuk makan bersama. Satu lagi point untuk gadis itu. Jujur!
“Saf! Cepat lah. Kenapa yang tercegat di situ? Kau tengok apa?”
panggil Farah. Tangannya menarik-narik lengan Safa agak mengikutnya.
“Err... tak ada apa-apa. Jom!” Safa mempercepatkan langkahnya. Dia
menggeleng beberapa kali. Cuba membuang imej pemuda itu dari benak fikirannya.
Bab 6
Life goes on. Probably not the way you wanted it to be,
but always the way it’s supposed to be.
Hari ini Mika ada shooting untuk majalah di Bernard
Studio, salah sebuah studio fotografi yang terkenal di Ibu Kota. Berpengalaman
luas di dalam bidang fotografi, Bernard si pemilik studio itu cukup arif di
dalam urusan penataan cahaya, posing dan
sangat berdiplomasi dalam memberi arahan.
Mika perlu bergandingan dengan Fina, salah seorang model wanita yang
terkenal di Malaysia. Sememangnya mereka seringkali bekerjasama berdua malah
telah juga timbul gosip yang mereka sedang berpacaran. Tetapi... maaf! Fina
yang cantik dan seksi itu bukan jenis gadis idaman Mika. Dari dahulu, kini dan
selamanya.
Mika datang sedikit awal dari masa yang dijanjikan. Sememangnya dia
tidak pernah terlewat untuk sebarang temujanji. Dia sentiasa menepati masa dan
berdisiplin dan disebabkan itu jugalah dia sentiasa menjadi kegemaran dan
disenangi ramai pengusaha agensi modelling
dan penerbit.
Sambil menunggu Bernard dan teamnya
membuat persediaan, Mika menilik baju-baju yang bakal dipakainya untuk sesi
fotografi ini. Ada empat pasang. Kesemuanya adalah sut. Dia tiada masalah
dengan itu semua. Asalkan menutup aurat. Itu syarat yang ayahnya tetapkan.
Bekerja, bekerja juga. Glamour, glamour
juga. Tetapi adab, batas dan syarak kena ikut.
Ya!
Kedengaran sangat Islamik. Namun begitulah yang ayahnya terapkan. Jangan kerana
dia kelihatan moden, dia dianggap menyimpang dari landasan.
Maaf! Mika
seorang yang mementingkan itu semua. No
drug! No alcohol! And no seks bebas!
Sesekali matanya mengerling jam di pergelangan kirinya. Fina sudah
lewat setengah jam. Seperti biasa!
Kesemua krew sudah bersedia. Malah Mika sendiri sudah siap
ditatarias. Rambutnya dilepas bebas. Kemas walaupun sedikit panjang. Sayang
untuk dia mengorbankan rambutnya itu. Dia selesa sebegitu. Malah pihak agensi
juga tiada masalah. Bahkan menjadi satu trend
pada masa kini. Menjadi ikutan ramai!
“Sorry! Sorry! I’m late,”
suara gedik si Fina mula kedengaran.
Dia yang
hanya mengenakan baju tee tanpa lengan berwarna shocking pink dengan skirt singkat berwarna hitam. Sangat seksi.
Dengan potongan badan yang cantik, dianugerahkan lagi ketinggian yang hampir 5
kaki 7 inci, Fina memang menarik perhatian jejaka-jejaka di luar sana. Malah
Harry sendiri menyukai gadis seksi itu. Namun tidak dilayannya. Baginya lelaki
yang layak bergandingan dengannya adalah Azka Mikael Tan Sri Ahmad Malik
sahaja!
Masing-masing hanya mengangkat kening tanda sudah naik bosan dengan
telatah si Fina itu. Sudah acap kali dia datang lambat dan membuatkan semua
orang menunggunya. Sedangkan masa sangat penting kepada photographer. Mereka selalunya menetapkan tempoh di dalam
menyiapkan sesuatu photoshoot.
“Mika! Sorry! Dah lama you sampai?” Fina mula
menghampiri Mika.
Pemuda
itu yang sejak dari tadi duduk di kerusi di penjuru studio hanya berehat
santai. Tidak mahu mengganggu kerja orang lain.
“Dah lama... dan yang pastinya I tak pernah lewat walau sesaat,”
Dalam lembut Mika memerli gadis itu.
“You perli I, Mika?” Fina mula berasa tidak senang. Dia tahu dia salah
kerana terlewat hadir. Namun bukan dia sengaja. Dia terlewat bangun. Penat
sangat. Semalaman dia berhibur di Fantasia Club dan pulang hampir dinihari.
Arghhh!!!
Bukan salahnya untuk dia berhibur. Dia memerlukan itu semua untuk enjoy hidupnya.
“Kalau you terasa, terpulanglah. I tak tuduh.” Mika malas hendak
menjawab.
Dia
segera bangun dan menuju ke cermin besar yang berada di belakang tempat
duduknya tadi.
Fina memandang geram ke arah Mika. Mika tidak pernah bercakap baik
dengannya. Tidak pernah tersenyum mesra dan melayaninya sama seperti dia
melayan orang lain. Mika ramah dengan orang lain namun tidak dirinya.
Dia tahu
dan dia faham kenapa Mika begitu. Tidak lain dan tidak bukan. Pasti kerana kes dia
mencanang kepada media dan rakan sesama industri yang dia dan Mika adalah
pasangan kekasih dua tahun yang lalu.
Mika
cukup berang ketika itu. Walaupun reputasi dan kepopularitinya tidak terjejas
walau sedikitpun namun Mika tidak suka dengan gosip-gosip murahan seperti itu.
Ya! Fina
mengaku. Memang salahnya juga. Namun dia sebenarnya geram dengan Mika yang
langsung tidak tergugat dengan godaannya. Dia sukakan pemuda kacukan itu dan
bagi dirinya, hanya Mika yang layak bergandingan dengannya. Mereka sama kacak
dan cantik, popular, kaya dan berharta. Tidak seperti Harry. Kalau setakat
wajah tampan namun poket tidak tebal, buat apa? Bukannya boleh menampung
hidupnya yang high maintenance itu.
“Selepas ni, you nak ke mana, Mika?” soal Fina setelah sesi
fotografi mereka telah tamat untuk hari itu. Dia masih tidak menyerah kalah
begitu sahaja. Dia akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati Mika.
Mika yang sedang mencuci wajahnya di sinki hanya membiarkan soalan
Fina itu berlalu begitu sahaja. Bagi dirinya dia tidak perlu menjawab soalan
itu. Bukan penting pun! Mereka bukan sesiapa dan hanya sekadar teman sekerja.
Itu sahaja!
Fina mengekori langkah Mika. Sedikit berang kerana pemuda itu tidak
menjawab soalannya.
“You
dengar tak I tanya you tadi, Mika?” Fina mula menaikkan nada suaranya. Geram
dengan tingkah laku Mika yang langsung tidak melayannya.
“You ni kenapa, Fina? I penatlah. I nak balik! So, tepi sikit. I nak lalu,” Mika membalas geram sambil mencapai
beg sandangnya. Dia berlalu pantas dari situ. Tidak betah duduk lama dengan
gadis tidak tahu malu itu.
Bukannya
dia tidak tahu macam mana perangai dan cara hidup Fina. Malah dia sangat arif
dengan gadis itu. Industri ini bukannya besar sangat. Apa yang berlaku pasti
sampai ke telinga masing-masing.
Bekerjaya
sebagai model seperti mereka tidak akan dapat elak dari terjebak dengan
penyakit-penyakit sosial. Malah Mika sangat bersyukur kerana dia mampu mengawal
diri. Mujurlah dengan tunjuk ajar dan didikan kedua ibubapanya, dia menjadi
seorang yang mampu mengelak dari melakukan perkara-perkara negatif.
Dia bukan
pengunjung kelab malam, bukan juga kaki perempuan. Tidak minum arak serta tidak
ambil dadah. Dia ‘bersih’ dari semua itu. Malah merokok juga dia tidak pernah.
Fina memandang geram. Tega sungguh Mika tidak melayannya. Sampai
hati membiarkan dia terkontang-kanting sendirian begitu. Hatinya mula menyumpah
seranah pemuda itu. Dia akan berusaha membuat pemuda itu sembah ke kakinya.
Sombong!
Dia berasa malu dengan krew yang sedang berkemas. Walaupun mereka kelihatan
tidak menghiraukan gelagat dia dan Mika, namun dia sangat pasti yang mereka
sedang ‘memasang’ telinga. Damn!
Safa hanya duduk termenung.
Televisyen yang dipasang langsung tidak dilayannya. Entah siaran apa yang
sedang ditayangkan. Dia sibuk mengingati perbualannya dengan Yasmin dan Farah
semalam.
“Kak Min, tadi orang nampak anak Tan Sri datang pejabat kita. Betul
ke?” tanya Farah. Dia yang sejak daripada dulu membahasakan dirinya ‘orang’,
langsung tidak menghiraukan dengan siapa dia bercakap.
Safa yang mendengar, sedikit tersentak. Sememangnya sejak dari tadi
lagi fikirannya tertumpu kepada pemuda itu. Jantung mula berdetak tidak keruan.
“Ya. Memang pun. Kenapa?” tanya Yasmin semula. Dia menghirup
beberapa kali air teh ais miliknya.
“Tak lah. Saje je tanya. Handsome
sungguh lah anak Tan Sri tu, Kak Min. Cair hati orang ni,” balas Farah sambil
ketawa.
“Gatal!” Yasmin mencubit lengan gadis itu.
Safa yang
melihat hanya tersenyum lucu.
“Kenapa eh Kak Min anak Tan Sri tu tak nak kerja dengan Tan Sri?
Syarikat Tan Sri tu sikit punya besar. Maju pulak tu. Rugi lah,” Farah masih
berbicara mengenai Mika.
Eh! Dia kerja apa ya? Dengan rambut sedikit panjang macam tu boleh
ke diterima kerja di mana-mana syarikat? Habis tu hari ni dia tak kerja ke?
Hish! Safa mula menyoal di dalam hati.
Takut
untuk meluahkan apa yang sedang difikirkannya. Sememangnya dia tidak tahu
pekerjaan sebenar anak Tan Sri Ahmad Malik. Dia tidak pernah ambil tahu perihal
keluarga bosnya itu. Dia tidak mahu menjadi ‘penyibuk’. Namun dia memasang juga
telinganya. Ingin mendengar cerita mengenai pemuda tampan itu. Hanya sekadar
ingin tahu. Tidak lebih daripada itu.
“Mika tu seronok dengan kerja dia sekarang. Dia suka bebas dan suka
mencuba sesuatu yang baru. Dia paling suka cabaran. Sebab itu dia memilih untuk
jadi model. Dan dia tak sia-siakan peluang yang dia ada. Tengok dia sekarang.
Hebat! Popular! Model nombor 1 di Malaysia tuuu...” Yasmin membalas dan
kedua-dua mereka ketawa.
Oh! Mika seorang model. Patutlah tengok gaya dia lain macam sahaja.
Tidak seperti kebanyakan lelaki yang lain. Jalannya teratur, postur badannya
tegak elok, pakaiannya kemas terletak, wajahnya bersih dari sebarang cela.
Ya!
Pemuda itu memang sesuai menjadi seorang model. Tapi pasti hidupnya penuh
dengan aktiviti sosial. Seperti yang dilihat di kaca televisyen dan juga di
media cetak, banyak menggambarkan kehidupan seorang model yang sentiasa
tercemar dengan masalah sosial. Adakah pemuda itu juga salah seorang dari
mereka yang hanyut dengan duniawi semata-mata? Nauzubillah minta dijauhkan.
“Saf! Saf!”
Terpinga-pinga Safa dipanggil sebegitu. Agak kuat sehingga menyentak
lamunannya.
“Ya?”
“Kau termenung apa ni? Dah sampai ke mana?” Farah ketawa riang. Lucu
melihat sahabatnya itu ralit termenung tidak hiraukan perbualan mereka.
“Errr… tak ke mana lah,” Safa menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal. Dia sudah kantoi!
“Owh ya, Farah. Nak tahu something
tak?” tiba-tiba Yasmin menyoal Farah.
Safa sudah
merasa ‘lain’. Dari mimik muka Yasmin seperti ada sesuatu yang akan
mengenakannya.
“Apa dia Kak Min?” tanya Farah teruja. Tangannya diletakkan di atas
meja dan menongkat dagunya. Reaksi yang menandakan dia tidak sabar untuk
mendengar cerita Yasmin.
“Mika tu kan… suka… kat orang tu tau…” lambat-lambat Yasmin
bersuara. Matanya mengerling Safa yang berada di sisi kanannya.
Safa
terlopong mendengar kata-kata Yasmin itu. Dia merasakan sesuatu yang berkaitan
dengan dirinya.
“Owh ya??? Siapa Kak Min? Untungnyaaa…”
“Tanya lah, Saf!” Tolak Yasmin.
Pantas sahaja Farah memandang Safa dan memohon jawapan daripada
gadis kacukan itu.
“Eh! Mana ada lah. Memandai aje Kak Min ni,” Safa menafikan hal itu.
Baginya adalah mustahil lelaki tampan itu akan menyukainya.
Dia bukan
jenis wanita pilihan pemuda itu. Mereka sangat berbeza. Baik dari segi latar
belakang keluarga mahupun rupa. Macam pipit dengan enggang sahaja. Jauh untuk
seiring! Hati kecilnya bersuara.
“Yelah tu. Ingat Kak Min tak nampak ke macam mana si Mika tu pandang
Saf? Tak pernah lagi tau Mika pandang orang perempuan macam tu. Bertuah lah Saf.”
“Hish tak adalah. Perasaan Kak Min je tu. Saya tengok biasa je. Hish…
sudahlah Kak Min. Tak nak cakap lagi pasal ni. Nanti dengar dek orang lain, dah
jadi gosip pulak. Malu saya,” balas Safa.
Dia tidak
mahu memanjangkan perbualan itu. Tidak enak kalau didengari orang lain. Dia
tidak mahu digelar tamak dan tidak sedar diri. Tamak kerana semua orang masih
beranggapan yang dia sudah bertunang tetapi masih ada hubungan dengan lelaki
lain dan tidak sedar diri kerana taraf kedudukan dia dan Mika yang bagai langit
dengan bumi.
“Kak Min tahu lah. Kak Min dah lama sangat kenal Mika and family dia tu. Dah masak sangat.
Tapi kan, Saf… there’s nothing wrong with
the both of you. Sama cantik
sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Hmm… tapi sayang! You are not available. Poor, Mika!”
Yasmin mencebik. Terasa sayang dengan apa yang mustahil berlaku.
Mika yang
tampan bergandingan dengan Safa yang cantik manis. Apa masalah kalau
personaliti mereka berdua berbeza? Nampak sempurna dan akan saling melengkapi
antara satu sama lain.
Farah yang mendengar hanya mengangguk. Dia sangat bersetuju dengan
kata-kata Yasmin. Malah dia langsung tidak cemburu. Dia sedar siapa dirinya
berbanding kecantikan yang Safa miliki. Tiada cacat cela pada gadis itu.
Sempurna pada pandangan matanya. Tetapi sayang, seperti kata Kak Yasmin. Gadis
itu sudah tidak available!
“Safa Salena!!!”
Lamunan Safa tersentak. Terus lenyap figura Yasmin dan Farah. Yang
ada di hadapannya kini adalah housemate-nya
merangkap sahabat baiknya, Shira.
“Kenapa?” Safa menyoal. Dia berdehem beberapa kali. Matanya melekat
pada sahabatnya yang mula melabuhkan punggungnya di kerusi malas yang diperbuat
daripada rotan.
“Kau tu lah, termenung aje. Kenapa?”
“Tak ada apalah. Aku tengah tengok tv ni,” Safa mengelat. Cuba
berselindung dari menceritakan hal yang sebenar.
“Memang pun kau tengah tengok tv. Sebab tu sampai tak berkelip-kelip
mata kau tu. Orang tonton cerita dalam tv tu bukan duk tengok je tv tu. Apa
daaaa…” Shira ketawa kuat setelah dia berjaya mengenakan sahabatnya itu.
Bukan dia
tidak tahu yang Safa sedang mengelamun. Entah apa yang difikirkan oleh gadis
itu. Mungkin sedang mengingati bekas tunangnya yang kolot dan tak berguna itu!
Geram Safa apabila dipermain sebegitu. Dia membaling kusyen kecil
berwarna ungu yang berada di ribaannya tadi. Tepat mengena tubuh badan Shira.
Gadis itu tertawa riang.
No comments:
Post a Comment