Bab 7
Every man needs a woman when
his life is a mess.
Because just like a game of
chess, the Queen protects the king!
Mika terasa sesuatu yang kosong pada dirinya. Dia tidak tahu
mengapa. Sedangkan dia telah mempunyai segala-gala yang diingininya di dunia
ini. Dia berjaya mencipta nama dan kekayaan di usia semuda itu. Dia berjaya
menjadi terkenal di seluruh Malaysia dan sentiasa mendapat tempat sehingga di
luar negara.
Dia
mempunyai kediaman yang mewah, kereta yang hebat serta wajah yang tampan. Semua
itu kurniaan Allah SWT kepadanya. Namun hatinya mula memohon lebih. Agar
kekosongan di hatinya terisi.
Dia mula
yakin yang dia perlu memikirkan mengenai pasangan hidup. Sehingga kini, dia
masih belum mempunyai walau seorang kekasih apatah lagi seorang wanita yang
bergelar isteri. Dia bukan seorang yang cerewet. Cumanya semua yang hadir masih
tidak memenuhi kriteria yang dia inginkan.
Namun, setelah bertemu dengan Safa hatinya mula berasa sesuatu.
Sesuatu yang indah dan dirinya mula membayangkan apabila mereka bersama. Jauh
fikirannya melayang memikirkan gadis manis itu. Siapalah yang bertuah memiliki
gadis itu? Kenapalah dia tidak berjumpa dengan gadis itu lebih awal? Huh! Mika
mengeluh berat.
Arghhh!!! Aku tak boleh duduk diam saja. Aku perlu bertindak! Tegas Mika.
Dia perlu
melakukan sesuatu. Dia tidak boleh duduk diam dan melihat dari jauh sahaja. Dia
perlu menyiasat siapa tunang Safa? Sejak bila mereka kenal dan bagaimana?
Sudah tambah satu lagi kerja Mika. Sekaligus sudah mengubah
pendirian Mika yang langsung tidak ambil tahu hal orang lain sebelum itu. Tapi
dia tidak peduli. Demi Safa Salena, dia sanggup lakukan apa sahaja. Biarlah
daddy atau orang lain akan kata dia gila. He
really doesn’t care!
Dari duduk termenung di balkoni kondo The Troika, Mika terus bangun.
Langkah kakinya diaturnya menuju ke kamarnya. Kondo yang dihadiahi oleh ayahnya
sejak 2010 sebaik sahaja The Troika dilancarkan cukup luas untuk dirinya yang
tinggal seorang diri. Mewah segala-galanya. Tiada yang kurang di tempat
tinggalnya itu. Kecuali seorang isteri!
Mika mencapai tuala dan terus menuju ke kamar mandi. Setelah 20
minit, dia keluar dengan wajah yang segar. Sambil mengelap badan dan rambut
yang masih basah, langkahnya dipanjangkan ke bahagian closet yang menempatkan kesemua pakaian, kasut dan segala
aksesorinya.
Setelah
berpuas hati dengan apa yang dipilih, dia kembali di ruangan kamarnya. Sehelai
kemeja lengan panjang bermotifkan jalur menegak berwarna hijau dan biru yang
dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru gelap menjadi pilihan Mika untuk
melaksanakan ‘tugas’ barunya itu.
“Hey! Lepaskan saya!” jerit Safa. Tidak senang dengan cengkaman
pemuda itu di lengan kirinya. Dia sudahlah kecil molek jika nak dibandingkan
dengan tubuh sasa lelaki itu. Hish!
“Awak ni saja nak intip saya ke??” soal lelaki itu garang.
Gadis
yang bersama-sama dengan lelaki itu hanya memandang sinis ke arah Safa. Pasti
dia sedang menyumpah seranah gadis itu.
“Hish tolonglah Adli. Intip apa pulak? Saya kan kerja sini! Tak ada
masa nak intip awak lah!” balas Safa geram. Ingat dia saja seronok datang hotel
ni ke? Dia kan bekerja di sini.
“Mengaku jelah. Awak tu kan kerja di Hotel Silver. Bila masa pulak
kerja di sini?” soal Adli sinis. Genggaman di lengan Safa masih belum
dilepasnya.
Kuat!
Sehinggakan Safa berasa sangat sakit dan perit.
“Hotel Silver dan Platinum di bawah syarikat pengurusan yang sama.
Saya incharge akaun di kedua-duanya.
Hishhh...” keluh Safa. Geram!
Setelah
merasakan yang sia-sia sahaja dia memberitahu hal itu, dia pantas menyambung. “Huh!
Buang masa je saya terang dengan awak. Lagipun kita bukan ada apa-apa pun!”
Adli memandang geram Safa. Dia marah akan gadis yang pernah
bertakhta di hatinya dulu. Disangkanya Safa sedang mengintipnya.
Ketika
dia masuk ke dalam Hotel Platinum sebentar tadi bersama-sama dengan Julie, dia
terpandang Safa yang sedang berbual mesra dengan dua orang lelaki dan seorang
wanita lain di lobi. Gembira benar gadis itu dilihatnya. Langsung tidak
berbekas rasa sedih setelah dia memutuskan pertunangan mereka.
Sememangnya
dia sudah mempunyai kekasih hati yang baru iaitu Julie. Julie cantik, seksi,
menggoda! Tidak seperti Safa yang tutup segala segi. Memang gadis itu cantik
dan manis, namun bagi Adli itu sahaja tidak cukup. Dia mahukan seseorang yang
boleh dibawa ke majlis keraian sama ada di hotel, kelab, disko atau mana-mana
sahaja. Safa pasti kekok dan kolot untuk menghadapi semua itu.
“Huh! Menyusahkan betullah awak ni!” Marah Adli.
Tidak
tahu kenapa dia marah benar dengan Safa. Bukannya gadis itu mengganggunya.
Gadis itu langsung tidak memandangnya sebelum dia menarik lengannya sebentar
tadi. Terpinga-pinga Safa diheret bekas tunangnya itu. Belum sempat berbuat
apa-apa, dia terus dituduh bertubi-tubi.
“Err...” belum sempat Safa membalas, dirinya disapa oleh seseorang.
“What is going on here?”
soal suara ‘dia’.
Safa terus memandang ke arah datangnya suara itu. Terkejut dia
dengan kehadiran anak tuan empunya hotel tersebut. Tegap berdiri berhampiran
dengannya. Wajahnya sangat tenang. Haruman pemuda itu sangat mempesonakan Safa.
“And just who do you think you
are?” Adli menyoal kasar. Tidak suka halnya dicampur oleh orang lain.
Tambahan pula pemuda yang menegur itu bukan calang-calang gerangannya. Bukan
sembarangan orang. Dengan sekali pandang sahaja, Adli tahu yang pemuda itu
sangat berada. Lihatlah apa yang dipakainya. Bajunya, seluar, kasut dan jamnya.
Huh!
Adli mula
mengingati siapa lelaki yang tiba-tiba hadir mengganggu mereka itu. Nampak
macam familiar tapi siapa?
Mika
memandang ke arah Safa. Gadis itu kelihatan sayu. Ada nada sedih di riak wajah
manis itu. Mika berasa keliru dan tertanya-tanya apa yang dihadapi gadis
idamannya itu?
Belum
sempat Mika membalas, pantas sahaja suara lain memintas.
“Well... he’s my new man!” cepat Safa
menjawab. Sengaja hendak mengelak dari gangguan Adli lagi. Dia geram dengan
tindakan bekas tunangnya itu. Dan marah dengan apa yang lelaki itu telah
lakukan kepada dia dan keluarganya.
Terkejut
bukan palang Adli mendengarnya. Tidak sangka yang Safa sudah menemui pengganti
dirinya. Secepat itu Safa boleh berhubungan dengan jejaka hmm... sekacak itu?
Matanya cepat-cepat mengerling kepada Mika.
Membulat
mata Mika mendengar statement Safa
itu. Namun, tidak lama selepas itu dia terus mengukir senyuman manisnya. Dia
suka dengan kenyataan itu. Rasa bahagia mula menular di dalam hatinya. Jiwanya
terasa damai.
“Huh! Dasar
perempuan tak sedar diri. Kerjanya menggatal saja. Huh! Tak padan dengan baru
putus tunang, cepat sungguh dapat pengganti. Tak guna!”
Sebaik
sahaja menuturkan kata-kata hinaan dan tuduhan itu, Adli terus bergegas pergi.
Julie yang
hanya menonton ‘drama’ itu sejak dari tadi terpinga-pinga ditinggalkan
sendirian. Terkedek-kedek dia berlari mengejar Adli. Sukar baginya yang sedang
mengenakan kasut tumit tinggi yang tumitnya hampir empat inci. Seksa melangkah!
“Saf...”
lembut Mika memanggil namanya.
“Please... don’t say a word; just don’t say
anything, encik,” cepat Safa
menyampuk.
Dia malu
dengan Mika. Dia malu dengan perbuatan Adli dan malu dengan apa yang telah
keluar dari mulutnya sebentar tadi. Itulah. Terlajak perahu boleh diundur,
telajak kata buruk padahnya!
“Okey!
Okey! Tapi...” Mika membiarkan kata-katanya itu tergantung di situ. Dia ingin
menarik perhatian Safa yang hanya menunduk sahaja sejak dari tadi.
Safa
memandang Mika. Ingin tahu apa yang ingin dituturkan oleh anak majikannya itu.
Namun dia tidak betah untuk memandangnya lama kerana mata itu sangat menggoda!
Bundar dan sangat seksi. Dia menjadi malu sendiri!
“You owe me one,” suara garau itu
menyambung. Cukup dengan sekejap sahaja Safa memandangnya. Cukup untuk menampung
rasa rindunya kepada gadis itu.
“Owe you? Err... kena bayar? Macam mana?”
Kalut Safa menyoal.
Kenapa
pula dia kena bayar? Dia ada hutang apa-apa ke dengan Mika? Pening Safa. Tadi
pening melayan Adli, sekarang dengan Mika pula. Malang sungguh nasibnya hari
ini.
“Lunch with me!”
Terkebil-kebil
Safa mendengar permintaan Mika.
“Anggap
je awak makan dengan ‘your man’,”
sedikit perli pada ayat Mika itu. Dia menekan sedikit perkataan ‘your man’ itu.
Wajah Safa
mula berubah kemerahan. Malu dia mendengarnya. Dia tidak tahu bagaimana dia
boleh mengeluarkan pernyataan seperti itu. Hu hu malu!
Mika
masih memberi sepenuh perhatian kepada gadis itu. Manis sungguh dia melihat
wajah Safa yang sedang malu. Pipi sudah berubah warna. Gadis itu tidak perlu
memakai sebarang pewarna pipi kerana dia punya ‘pewarna’ yang asli.
Sesekali
mata Safa memandang di persekitaran. Agak ramai orang di lobi hotel. Sebentar
tadi dia yang sedang berbual dengan Dayang, Hanif dan Rashid tiba-tiba terkejut
dengan tindakan Adli itu. Dia tidak tahu kenapa. Dari hujung matanya dia dapat
melihat yang ketiga-tiga rakannya tadi sedang hairan memandang insiden
tersebut.
Rata-rata
mereka yang mengenali Safa pasti mengetahui yang dia telah bertunang. Oleh itu,
pasti mereka hairan melihat ‘tunang’nya berkelakuan sedemikian. Tambahan pula
di sisi Adli terkepit seorang wanita lain yang seratus peratus berbeza
dengannya.
“Senyap
je? Tapi kan... orang tua-tua cakap, diam tandanya setuju. So, saya akan assume awak
setuju to be my lunch date,” Mika
membuat keputusan. Dia malas hendak menunggu Safa menjawab. Gadis itu kelihatan
terpinga-pinga dan keliru. Mika tidak tahu apa yang sedang difikirkannya.
Dia
tersengih memandang Safa. Peluangnya untuk keluar dengan gadis itu sedang
terbuka luas.
“Er...
Tapi... Saya tengah kerja ni,” Safa mencari alasan.
Mustahil
untuknya keluar dengan Mika. Apa pula kata orang lain nanti? Tan Sri, orang
ramai, peminat dia? Hmm… atau kekasihnya? Mati! Jangan cuba cari nahas, Saf!
Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Mukanya dirasakan sudah
tebal 14 inci. Malu dengan apa yang Adli lakukan ke atasnya. Sedangkan lelaki
itu tiada hak untuk berbuat demikian kepadanya. Sudahlah bekas tunang je pun. Bukannya
tunang, kekasih atau pun suami pun. Gila!
“Awak
cakap dengan siapa ni, Saf?” Mika menyoal.
Wajahnya
dibawa hampir kepada gadis itu. Sengaja untuk mengusik Safa. Dia suka melihat
wajah cantik itu blushing.
“Saya
izinkan awak keluar,” tambah Mika mengusik lagi. Bibir masih mengukir senyuman
manis.
“Err…”
Kelu Safa untuk menjawab. Dia tahu siapa Mika. Dia sudah tahu status pemuda
itu. Namun, hatinya tetap berasa gusar.
“Let’s!” Ajak Mika. Sedikit paksaan
sebenarnya. Geram dengan Safa yang tidak henti-henti mencari alasan untuk tidak
keluar dengannya. Entah apa yang susah sangat untuk gadis itu menerima
ajakannya?
Mika
memberi laluan kepada Safa. Walau macam mana sekalipun, gadis itu akan tetap
menemaninya makan. Rancangannya untuk mengorek rahsia daripada Yasmin sudah lenyap
begitu sahaja. Malah apa yang dia perolehi sekarang ini sangat di luar
jangkaannya. Tidak sangka! Dia benar-benar ingin tahu apa yang terjadi di
antara gadis itu dengan mamat yang memang ketara nampak curang itu.
Hendak
tak hendak, terpaksa juga Safa mengikut Mika. Dia tiada alasan lagi untuk
menolak. Pemuda itu sangat tegas walaupun tutur katanya perlahan dan sekali
sekala sangat romantis kedengarannya.
Dia tidak
boleh berkata ‘tidak’ untuk ajakan Mika. Lagi pula dia sudah terhutang budi
dengan Mika. Walaupun pemuda itu tidak berkata apa-apa, cukuplah dengan
kehadirannya mampu membuatkan Adli ternganga!
Hah padan
muka! Jangan anggap perempuan sepertinya tidak mampu mendapat lelaki setampan Mika.
Dia sempat mencebik di dalam hati.
Safa
hanya berjalan perlahan. Langkahnya langsung tidak teratur cantik. Dia tidak
tahu hendak menuju ke mana sebenarnya.
“Saf!”
Langkah Safa
terhenti. Kedengaran Mika memanggilnya dari arah belakang. Dia berpaling dan
menunggu pemuda itu bersuara.
“Kita
makan di luar okey? Saya dah bosan dah makan di sini. Nanti diorang cakap saya
asyik nak makan free je,” Mika ketawa
di hujung ayat itu. Terasa lucu dengan kata-katanya sendiri.
Safa
hanya tersenyum kekok. Dia tidak biasa dengan Mika. Dia tidak kenal sepenuhnya
pemuda itu. Dia risau akan ada yang menyerangnya apabila ternampak mereka
berdua nanti. Niaya!
Bab 8
The best relationship usually
begins unexpectedly!
Ya! Tiada siapa sangka yang dia kini sedang berada di dalam kereta
bersama-sama dengan seorang pemuda yang tidak pernah dia bayangkan. Pemuda yang
langsung tidak diketahui budi dan sikapnya walaupun luarannya sempurna
seindahnya.
Suasana sangat romantis di dalam kereta Audi R8 berwarna putih itu.
Diindahkan lagi dengan love songs, Mika
berada di dalam mood yang sangat baik. Walaupun Safa hanya bercakap bila
ditanya, namun dia tidak peduli itu semua. Ini baru permulaannya!
“Saf…” lembut suara Mika memanggil nama gadis itu.
Bergetar hebat jantung Safa mendengar namanya dipanggil sebegitu.
Dia sebenarnya tidak faham dengan Mika. Dia tidak tahu apa maksud sebenar Mika
bersamanya kini.
“Awak suka lagu yang macam mana ya?” soal Mika. Dia cuba berborak
dengan Safa yang hanya diam membisu sejak dari tadi. Tidak langsung memulakan
perbualan.
“Hmm?” Keliru Safa mendengar soalan yang Mika tanya sebentar tadi.
“What kind of music or song
you like the most?” Mika mengulang kembali soalannya sebentar tadi.
Matanya
mengerling sekilas ke arah Safa. Kelihatan di hujung matanya tangan gadis itu
bermain-main sesama sendiri. Dia tahu gadis itu pasti gementar dan keliru
dengan apa yang sedang berlaku kini. Namun dia tidak akan berputus asa. Dia
akan berusaha sedaya mungkin. Tidak dapat lebih, cukuplah kiranya Safa sudi
bersahabat dengannya.
Dia tidak
mahu memaksa dan Safa akan berasa terpaksa serta beban bila bersamanya. Apa
yang berlaku perlukan keikhlasan dan ketulusan. Sebarang perhubungan palsu yang
terjalin pasti tidak akan kekal lama.
“Saya suka lagu yang ada maksud,” Safa sudah berasa selesa. Mika
tidak menyoalnya yang bukan-bukan. Hanya berbual kosong sahaja. Syukurlah!
“Lagu yang ada maksud? Macam mana tu? Tapi bukan ke semua lagu ada
maksudnya?”
Safa melepaskan ketawa kecil. Cukup sopan kedengaran di telinga Mika.
“Maksud saya apa jua lagu pun tak apa. Asalkan lagu yang disampaikan
ada maksud yang best dan ada jalan
ceritanya.”
“Hish saya
lagi tak faham,” berkerut dahi Mika mendengar kata-kata Safa.
Suasana
menjadi semakin baik dan mesra. Ini satu permulaan yang baik! Akui Mika di
dalam hati.
“Macam ni…” lanjut Safa bersuara. “Saya bagi contoh lah ya?”
Safa memandang ke arah Mika. Pemuda itu menganggukkan kepalanya
tanda bersetuju.
“Macam lagu Justin Bieber tajuk As
Long As You Love Me. Maksudnya best. Khas untuk mereka yang bercinta tanpa
hiraukan halangan yang bakal menimpa. Walau apapun yang terjadi, mereka akan
tetap bersama. Tapi, ini saya bagi contoh jelah ye? Awak jangan ketawakan saya
pulak sebab suka Justin Bieber tu,” Safa tertawa riang. Lucu dengan pendapat
yang diberi.
Senang hati Mika mendengar suara itu riang. Dia juga tertawa dengan
ayat yang ditutur Safa sebentar tadi. Dia tahu lagu itu dan dia akui liriknya
memang bagus. Dia bersetuju dengan pendapat sebegitu. Rupanya gadis itu sukakan
‘sesuatu’ yang membawa erti serta ‘sesuatu’ yang bercerita dan bukannya hanya
sebuah nyanyian biasa sahaja.
As song as you love me
We could be starving,
We could be homeless,
We could be broke.
As long as you love me
I’ll be your platinum,
I’ll be your silver,
I’ll be your gold.
Mika
menyanyi ringkas lagu tersebut. Dia tahu lagu itu kerana ianya sering menjadi
bunyi latar ketika ada runway show. Matanya
mengerling manja kepada Safa. Seperti cuba menyampaikan maksud tertentu kepada
gadis itu. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman manis.
Tersipu-sipu
Safa mendengar Mika menyanyi. Sedap suara pemuda itu. Sedikit ‘jantan’ jika
dibandingkan dengan suara penyanyi asal yang memang sah masih muda remaja itu.
Tetapi dia lebih suka nyanyian versi Mika ini. Terasa lebih mendalam dan kena
dengan dirinya. Sempat Safa memberi komen diam-diam.
“Tapi
kan, Saf… saya lagi suka lagu As Long As
You Love Me versi Backstreet Boys.”
“Owh saya
tahu! Memang saya selalu dengar pun. Best!”
teruja Safa apabila Mika menyebut salah satu lagu dan band kegemarannya ketika remaja dulu.
Teringat
olehnya ketika band tersebut cukup
digilai rakan-rakannya ketika di bangku sekolah hampir lima belas tahun yang
dulu. Ketika dia di tingkatan satu, di saat dia baru sahaja menginjak ke sekolah
menengah dari sekolah rendah. Dia agak mengalami kejutan budaya pada ketika
itu! Tidak secara negatif totalnya. Hanya mengalami perubahan dari segi minat,
suka, gila dan fanatik pada artis-artis antarabangsa.
Dia salah
seorang yang terpilih dari beribu orang pelajar untuk memasuki salah sebuah
sekolah berprestij tinggi di Malaysia yang terletak di negeri Kedah Darulaman. Dia
sangat bersyukur kerana jarak sekolah dengan rumahnya tidak jauh, dia masih
boleh berulang alik setiap hari dengan menaiki bas sekolah yang dibayar setiap
bulan.
Sekolah
tersebut menempatkan hampir majoriti anak-anak kenamaan dan mereka yang
berpengaruh dan selebihnya hanyalah anak-anak kebanyakan seperti dirinya. Tetapi
tiada langsung diskriminasi atau perbezaan taraf berlaku di situ.
Dia suka
bersekolah di situ. Di situlah dia mula mengenali majalah-majalah antarabangsa
seperti Smash Hits, Galaxy dan sebagainya. Majalah-majalah yang memaparkan
cerita-cerita artis luar negara.
Maaf
sangat kerana ketika itu artis-artis dalam negara sangat minimal diminati.
Bukan kerana tiada yang bagus, cuma mungkin pengaruh rakan-rakan sebaya yang loaded yang seringkali ‘merasuk’ minda
rakan-rakan yang lain dengan kehebatan dan ketampanan artis-artis luar dengan
memperkenalkan majalah-majalah yang diimport dari luar negara. Malah dia juga
tidak berkecuali. Hampir penuh buku-buku ditampal dan dibalut dengan
poster-poster artis luar. Dan yang popular ketika itu adalah kumpulan
Backstreet Boys, Nsync dan Spice Girls.
Tersenyum
Safa apabila teringat dengan cerita lama tersebut. Lucu dengan sikap dan
kelakuan dia dan rakan-rakan yang fanatik sungguh dengan orang-orang handsome.
“Yuhuuu…
Awak dah sampai mana Safa? Tersenyum-senyum seorang diri ni.”
Lamunan Safa
tersentak. Terkejut dia mendengar suara Mika. Dia termalu sendiri apabila ‘ditangkap’
oleh pemuda itu ketika dia senang enak mengelamun. Terus hilang muka Nick
Carter, Kevin Richardson, Howie D, AJ dan Brian.
“Sorry! Sorry! Lost sekejap!” mohon Safa
sambil wajahnya sudah bertukar kemerahan. Malu dengan apa yang berlaku.
“Eh
kenapa awak berhenti? Dah sampai ke?” kelam kabut Safa menyoal setelah
mendapati kereta mewah Mika tidak bergerak.
Dia yang
sibuk melayani perasaan sebentar tadi langsung tidak sedar apa yang berlaku.
Itu kalau berlaku apa-apa yang buruk ke atas dirinya, entah apalah nasibnya?
“Wahai
cik adik cantik, kita dah pun sampai ni,” jawab Mika sambil tertawa kecil. Lucu
dengan sikap gelabah Safa. Sikap yang tidak menentu. Sekejap termenung, sekejap
pula tersenyum-senyum, kemudiannya gelabah. Sesungguhnya dia tidak akan berasa
bosan berada dengan gadis itu.
Safa
memandang ke luar. Di sebelah kirinya tersergam indah restoran Arab. Baru dia
mengerti kenapa Mika berhenti.
“Owh…”
hanya itu yang mampu dibalasnya.
“Who’s that guy, Saf?”
Selepas selesai mereka menghabiskan makanan, Mika terus menyoal. Dia
tidak betah duduk dan buat tidak tahu sahaja dengan apa yang berlaku di Hotel
Platinum tadi.
Safa tersentak. Dia tidak menyangka yang Mika masih akan menanya
soalan itu. Disangkakan yang pemuda itu tidak akan menyoal apa-apa setelah
perbualan mereka sebelum itu tidak langsung ke arah itu.
“Is he your fiancé?” teka Mika.
Dia
perasan yang ada ‘sesuatu’ di antara Safa dan lelaki tadi. Ada timbul sedikit
perasaan cemburu di hatinya. Dari jauh dia melihat insiden tersebut dan dapat
melihat dengan jelas bagaimana reaksi gadis itu. Si lelaki erat mencengkam
lengan si gadis dengan wajah yang merah marah. Malah si gadis pula terkial-kial
cuba melepaskan diri menandakan yang dirinya tidak senang diperlakukan begitu.
Safa hanya tunduk menekur. Dia tahu, sekiranya isu siapa Adli
terbongkar, pasti cerita lain juga akan timbul. Dia tidak tahu bagaimana untuk
menghadapi perkara tersebut. Selain keluarga dan Shira yang tahu tentang
perhubungan yang putus antara dia dan Adli, dia tidak betah orang ‘luar’ tahu
cerita peribadinya. Namun dengan berhadapan dengan Mika sekarang ini, dia tahu
yang dia tidak boleh lari.
“Betul ke? Dia tunang awak kan Safa?” Asak Mika lagi. Dia tidak
sabar untuk mengetahui hal yang sebenar. Dirasakan yang dia antara yang telah
terlibat dengan perkara itu, oleh itu dia berhak untuk tahu.
“Hmm… My ex,” perlahan
jawapan yang diberi Safa. Sedih terasa apabila menyebut tentang ‘ex’ itu. Setelah sekian lama menyulam
kasih dan berjanji setia, begitu rupanya pengakhiran cerita cinta mereka.
Terkejut Mika mendengar jawapan Safa. Dalam hati dia mengucap
panjang. Dia tidak menyangkakan penjelasan seperti itu. Kerana baru sahaja
semalam dia disogok dengan kisah percintaan dan status Safa yang sudah
bertunang. Namun hari ini, perkara itu pula yang dia dengar dari bibir mulus
itu.
“Errk kenapa?” Hanya itu yang keluar dari mulut Mika.
Kedua-dua
tangannya disilang ke dada sambil badannya enak menyandar di kerusi. Safa yang
berhadapan dengannya dipandang dalam-dalam. Dia benar-benar tidak sangka.
“Hmm tak ada jodoh!” Sangat simple
jawapan yang Safa beri. Sangat ‘selamat’!
“Tak ada jodoh? Pasti ada sebab.”
“Kalau Allah dah letak bukan jodoh saya dengan dia, siapa saya nak
halang kan?”
Berkerut dahi Mika mendengar mainan ayat yang diatur Safa. Sesekali
jari telunjuknya menggaru-garu hujung keningnya.
“Guy tu curang?” Telah Mika.
Dia mencuba nasib untuk mencungkil rahsia sebenar.
Safa hanya menggeleng.
“Saya tak
tahu.”
“Tapi tadi tu, your ex tu
dengan awek lain kan?”
Teringat Mika dengan wanita yang berada di sisi tunang Safa. Opsss! Ex-tunang okey?!
Wanita
yang sangat seksi di mata jantan-jantan di luar sana namun tidak untuk Mika.
Dia sudah naik jemu dihidangkan wanita-wanita sebegitu. Dia sudah immune dengan semua itu. Dia tidak
perlukan gadis atau wanita seperti itu untuk dijadikan kekasih dan seterusnya
sudah pasti akan dijadikan teman hidup yang sah. Dia suka yang tertutup, yang
ayu-ayu sopan. Itu lebih mencabar!
“I don’t know, Mika. Please… saya tak nak fikir lagi pasal
dia. It really hurts me…” Mendayu-dayu
suara Safa memohon pengertian daripada Mika.
Matanya
tidak langsung memandang pemuda tampan itu. Dia malu! Dia malu kerana pemuda
itu sudah tahu yang dia sudah putus tunang. Pasti Mika beranggapan yang
bukan-bukan ke atas dirinya. Malah pasti juga orang lain akan membuat
kesimpulan yang macam-macam.
“Huh! Geram sungguh dengan mamat tu tadi. Ada ke dia tuduh awak
bukan-bukan. Dia yang gatal. Curang! Memang boleh nampak sangat lah!” bentak Mika.
Dia sememangnya tidak berpuas hati dengan tuduhan bekas tunang Safa itu.
Ada ke
patut dituduhnya Safa perempuan gatal dan tidak tahu malu? Dia yang berperangai
seperti itu. Menyerang seorang gadis yang lemah seorang diri. Mengasari tubuh
gadis manis itu. Sangat tidak gentleman bagi
Mika. Bukan begitu caranya nak handle perempuan.
Belajar dulu cara bagaimana nak treat perempuan.
Bodoh!
“Biarlah awak. Biar je dia nak cakap apa pun. Saya dah malas nak
fikir.”
Tajam pandangan mata Mika merenung Safa. Dia kasihankan gadis itu
yang diperlakukan sesuka hati. Kalau dia lah yang berpeluang menjadi pasangannya,
akan dibelai dan dilayaninya sebaik mungkin. Mana mungkin gadis semanis itu
dikasari dan diberi layanan yang teruk.
“Bodoh mamat tu!”
Terkejut Safa mendengar ‘tuduhan’ Mika. Tidak menyangka yang pemuda
itu marah benar. Sedangkan dia bukannya siapa-siapa pun dengan pemuda itu.
Terdetik
di hatinya, bertuahlah kekasih Mika. Mempunyai seorang kekasih yang serba serbi
cukup sempurna. Tidak seperti dirinya. Dibuang seperti sampah apabila sudah
tidak diinginkan.
“Please, Mika. Kita stop ya cerita pasal ni? Saya tak nak
fikir lagi,” Pohon Safa. Dia tidak mahu melanjutkan sesi perbincangan itu.
Cukup-cukuplah apa yang dia lalui di dalam minggu ini. Dia dah penat sangat!
“Okey! Okey! Sorry, dear. But
promise me… awak akan jadi kawan saya?” Pinta Mika sambil matanya tepat
memandang Safa yang sememangnya kelihatan tidak selesa.
Sayu
pandangan mata cantik itu.
“Jadi
kawan saya dan kalau ada apa-apa masalah… do
tell me. Boleh?”
Safa tidak menyangka permintaan seperti itu akan keluar dari mulut Mika.
Tidak pernah terfikir olehnya untuk bersahabat dengan orang popular dan hebat
seperti Mika.
Walaupun
dia sememangnya tidak memilih teman, namun kriteria teman seperti Mika tidak
penah terlintas di benak fikirannya. Teman-temannya hanya terdiri dari
orang-orang biasa, walaupun ada yang tampan, cantik dan kaya, namun tidak
seperti Mika.
“Err… awak nak jadi kawan saya?” Tanya Safa tidak pasti.
“Yes! Kenapa? Tak layak?”
“Eh! Bukan! Bukan macam tu. Hmm… saya yang sebenarnya tak layak nak
ada kawan macam awak.” Perlahan sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Safa.
Dia langsung tidak berani memandang Mika yang sejak dari tadi tajam
memandangnya. Tangannya bermain-main sesama sendiri.
“Ada pulak kata macam tu. Awak tu terlebih layak untuk berkawan
dengan saya. Malah lebih dari kawan pun sangat layak,” Semakin perlahan
intonasi Mika menuturkan ayat-ayat itu. Ada terselit perasaan malu dengan apa
yang dituturnya.
Safa kurang pasti apa yang didengarinya sebentar tadi. Perlahan
suara Mika menuturnya. Apa yang dia dengar dengan jelas adalah pemuda itu
beritahu yang dia layak menjadi kawannya. Selepas itu, ayat yang keluar semakin
samar dan perlahan.
Berkerut-kerut dahi Safa. Dia sedar, tidak berat untuknya menerima
permintaan Mika itu. Bukannya susah pun. Hanya sekadar kawan. Tidak lebih dari
itu. Tidak menuntutnya untuk keluar bersama, makan bersama, berbual bersama
sepanjang masa. Ya! Tidak berat pun. Dia risaukan tanggapan orang sekeliling.
Dia takut orang menuduhnya bukan-bukan.
Akhirnya Safa mengangguk.
Dia dapat
melihat senyuman menawan terukir di bibir Mika. Sempat matanya melirik wajah
pemuda itu. Mata bundar dan sangat seksi seperti kata-kata Shira semalam ketika
melihat majalah yang ada terpampang wajah Mika. Rambut lebat walaupun sedikit
panjang. Pemuda itu menyisirnya kemas. Kening lebat. Ada sedikit misai serta
jambang yang tumbuh meliar. Tidak terlalu tebal, hanya seeloknya sahaja dan
terjaga rapi. Sekali pandang wajah Mika seperti pemuda Brazil atau Sepanyol.
Sangat tampan dan seksi!
“Dah puas belek muka saya? So,
saya layak jadi kawan awak tak?” seloroh Mika.
Dia
perasan yang Safa asyik memandangnya tanpa sebarang kata. Seronok dia melihat
perlakuan tanpa sedar itu. Ini menandakan yang gadis itu mula memberi perhatian
ke atas diri dan kehadirannya.
Termalu sendiri dengan perbuatannya. Safa mencapai gelas air
tembikai yang dipesannya tadi. Dikacaunya beberapa kali. Dia malu dengan
kata-kata Mika. Huh! Dia sudah caught in
the act! Malu!
Terlepas ketawa Mika melihat reaksi gelabah gadis di hadapannya.
Merah wajah Safa diusik begitu.
“Jom saya hantar awak balik hotel.” Ajak Mika.
Jam
ditangannya sudah menunjukkan hampir pukul 2.30 petang.
“Walaupun
saya tak puas lagi nak berbual dengan awak, tapi saya perlu juga hantar awak
balik pejabat. Nanti tak pasal ada masalah lain pulak,” Usik Mika.
Sesungguhnya
dia mahu berada lebih lama dengan Safa. Mendengar cerita dan perihal gadis itu.
Namun dia akur dengan tanggungjawab yang sedang gadis itu pikulkan. Tidak manis
kiranya seorang akauntan berkaliber sepertinya ‘curi tulang’ walaupun hotel itu
kepunyaan ayahnya sendiri. Nama baiknya perlu dijaga.
No comments:
Post a Comment