B
|
ibir Anis masih menguntum senyum semanis mungkin. Slogan, customer
is always right diucap berulang kali di dalam hati. Biar pun sikap
pelanggan adakalanya menguji kesabaran, namun mereka wajar dihormati sebagai
pelanggan. Reputasi syarikat perlu diambil berat.
Tempat dia bekerja ini bukan calang-calang
tempat. Eksklusif. Ada kelas yang tersendiri. Bukan sebarangan orang yang
masuk. Kalau tak berpoket tebal, janganlah memasang angan-angan hendak jejakkan
kaki ke dalam.
Jadi, senyum dan layankan sahaja karenah
mereka. Nak keluarkan duit dari poket
orang bukan kerja yang senang kecualilah mencopek.
Anis tarik nafas dalam. Masuk kali ini entah
kali berapa pelanggan di hadapannya ini memilih set mutiara yang ditunjukkan
oleh Winnie Sim, tuan punya butik tersebut. Sekejap diambil kemudian diletak.
Namun keputusan masih belum dibuat.
Gelagat pelanggan begini memang sudah biasa
ditemui. Golongan berada yang bukannya cerewet ataupun memilih. Mereka ini
lebih kepada jenis yang rambang mata tapi berkira. Apa yang dilihat semuanya
menarik minat. Semuanya cantik. Semuanya ingin dimiliki.
Namun bila tiba bab harga, susah nak cakap.
Lagipun, ia bukannya murah. Mencecah ratusan ribu untuk satu set. Nak keluarkan
ratusan ribu, takkan dengan sekelip mata.
Terkadang sampai berhari-hari datang dan balik,
baru buat keputusan untuk membeli. Itu memang satu fenomena yang sudah biasa
dia lihat.
“I’m confuse.” Puan Zaitun peluk tubuh.
Mata merenung deretan rekaan terkini dari Rafflesia. Matanya dikecilkan
kemudian menjeling lelaki di sebelahnya.
Anis tersenyum sambil pandangan turut berkalih
pada lelaki di sebelah Puan Zaitun. Kacak! Memang tidak dinafikan, sekali
pandang boleh buat perempuan akan ketagih mahu pandang berkali-kali. Tinggi,
berkulit cerah, hidung mancung, rahangnya jelas terbentuk dan punya seulas
bibir yang kemerahan. Sayangnya, si jejaka lokek senyuman. Wajah kacak itu
nampak terlalu serius!
Bagai menyedari dirinya sedang menjadi tumpuan,
si jejaka mengangkat kepala dari memandang iPhone di tangan. Buat seketika
pandangan Anis dan si jejaka bertaut.
Anis telan liur. Tangan naik ke dada, cuba
menenangkan hati yang tiba-tiba berkocak. Cepat-cepat dia melarikan
pandangannya. Dalam hati, berkali-kali dia mengingatkan diri sendiri.
Dia lelaki larangan.
Dia lelaki larangan.
Dia lelaki larangan.
“Help me, please.” Gesaan Puan Zaitun
pada lelaki itu mengejutkan Anis dari mengulang ‘mantra’ di dalam hati.
Dahi si jejaka dilihat berkerut tak puas hati.
Memandang Puan Zaitun dan Anis silih berganti.
“This is not my thing, they look all the same
to me,” balas si jejaka.
“Haris…” Suara Puan Zaitun dah meleret menyeru
nama si jejaka.
“Sorry…I can’t help you.”
“But…”
“Semuanya nampak cantik. Just pick the one
you like,” pintas si jejaka.
Agaknya, malas mahu memerah otak untuk membantu membuat pilihan.
“I bukan nak cari yang cantik semata-mata. I nak
yang terbaik, Haris,” tempelak Puan Zaitun yang mula naik angin.
“We’re in the best pearl boutique in Malaysia.
Semuanya memang dah cukup terbaik. Yang ada depan mata tu pun memang dah
terbaik, pilih sajalah yang mana berkenan,” balas Haris sambil mengerling pada
Anis.
Dalam masa yang sama Anis sedang memandang wajah
si jejaka. Namun, sekali lagi lekas-lekas dia larikan pandangan matanya sebaik
sahaja pandangan mereka bertembung.
“This one?” Puan Zaitun memegang sebutir
mutiara putih.
“Yang ni memang cantik.” Winnie yang hanya
memerhati sejak tadi tiba-tiba bersuara memuji.
“Excellent choice,” Anis cepat-cepat jadi
nasi tambah sebelum sempat Haris memberi pendapat.
Kalau ikutkan gaya, nampak sangat si jejaka
rimas berada di situ. Risau betul Anis kalau-kalau si lelaki buat perangai dan
mengajak wanita di hadapannya ini pergi. Melepas sales nanti!
“Ini mutiara asli dari laut dalam. Yang terbaik
di kalangan yang terbaik.” Anis memberi penjelasan. Seperti biasa, dia akan
membantu bosnya dalam memberi penjelasan tentang keunikan mutiara pada
pelanggan.
“Are you sure?” Puan Zaitun pandang Anis
semacam. Lagaknya seolah-olah tidak yakin dengan kata-kata si gadis juru jual
itu.
“Betul, puan. Here let me show you. Touch
it…” Anis mengisyarat Puan Zaintun agar mengusap mutiara di tangannya.
“Puan ada rasa apa-apa?”
Puan Zaitu menggeleng.
“Kalau puan tengok bentuk mutiara ni yang perfect
round, flawless… tak ada bintik-bintik atau apa-apa lekuk. Kan?”
“Yes…”
Anis senyum lebar.
“Inilah tandanya yang mutiara ini terbaik,”
jelas Anis dengan penuh yakin. Sejak dulu, dia memang sangat berminat dengan
mutiara dan semua maklumat tentang mutiara dikumpul di kepalanya. Mungkin
kerana itu juga, dia begitu mudah mendapat tempat bekerja di butik ekslusif
ini.
“Look at the way it sparkle…” Winnie pula
meletakkan mutiara tersebut di bawah cahaya lampu.
“Cantikkan?”
Puan Zaitun mengangguk sekali lagi.
“Jadi, kalau semua ciri-ciri tadi ada pada satu
mutiara, jika dijadikan barang perhiasan memang akan nampak lebih menarik dan
mahal. Trust me, Puan. You’ll be the centre of attention if you wear this
pearls.” Anis menambah.
Kali ini Puan Zaitun tersenyum bangga. Kembang
hatinya memikirkan diri menjadi perhatian ramai. Pasti ramai rakan-rakannya
berdiri mengelilinginya nanti. Lebih-lebih lagi bila nama Rafflesia disebut.
Bukan calang-calang orang yang mampu. Kalau mutiara tiruan, boleh laaa...
hatinya berbisik angkuh.
“Nak buat apa nanti?” Tiba-tiba si jejaka mencelah.
“Buat cincin? Sesuaikan?”
Anis segera berpaling ke arah lelaki yang
dipanggil Haris itu. Menanti si jejaka menyatakan pendapatnya. Teringin juga
hendak mendengar pandangan ‘teman mesra’ wanita yang jelas nyata layak
dipanggil ibu ini.
“Too simple kalau buat cincin.” Haris
buat muka acuh tak acuh.
“Simple tapi mutiara jenis ini sangat
sesuai untuk dijadikan cincin. Saya pasti hasilnya nanti cantik,” balas Anis
perlahan.
Dalam hati mula mencebik tingkah si jejaka yang
mula menjengkilkan hatinya. Cerewet kalahkan perempuan!
“Betul, I setuju. Simple yet beautiful,”
sampuk Winnie pula. Mutiara di tangan Anis diambil dan ditunjukkan pada Puan
Zaitun.
“Tapi simple sangat pun tak menarik
dipandang,” sanggah Haris dengan senyuman yang nampak sinis di mata Anis.
Anis tarik nafas dalam, cuba mengawal rasa tak
puas hati yang makin bertambah di dalam hati. Puan bos pula meminta diri untuk
menjawab telefon.
“Kadang-kadang, yang simple itu lebih
menarik perhatian encik. Less is more, right? Macam manusia juga. Kalau
yang terlampau mekap tebal belum tentu lagi menyerlahkan kecantikkan dia. Silap
haribulan bertambah buruk jadinya. Tapi kalau mekap ala kadar, semakin
menyerlah kecantikannya.” Anis membalas dengan senyuman. Sabarlah wahai hati.
Bibir Haris tersungging ke atas.
“Itu kalau memang dia cantik, Like you....” Haris hentikan di situ, memandang tepat ke
wajah Anis.
“Mekap sikit pun menarik dipandang. But what
if she’s…” Mata Haris melilau memandang ke sekeliling sebelum pandangannya
jatuh kepada tea lady yang sedang menuang air di meja berhampiran
mereka.
“What if she’s like that? Tak cantik dan
tak menarik dipandang melainkan kalau dia dimekap?” Haris bersuara perlahan
sambil tersenyum nakal memandang Anis.
Puan Zaitun yang sedang membelek mutiara segera
menoleh pada Haris. Matanya dikecilkan. Riak wajahnya jelas tidak senang dengan
pujian dan kata-kata yang dilemparkan pada si gadis juru jual tersebut. Apa
yang cantiknya? Biasa-biasa saja di mata dia. Hatinya mencebik.
Anis mengetap bibir. Ya Allah! kenapa mulut
lelaki ni langsi macam ni? Suka-suka hati dia nak cakap orang tak cantik! Mata
melirik ke arah Aya, tukang bersih merangkap tea lady butik tersebut.
Nampak comel dan manis saja di mata Anis.
“Beauty lies in the eyes of the beholder,
sir. Kalau encik tak boleh nampak kecantikkan sesuatu itu, belum tentu lagi
orang lain juga tak nampak.” Suara Anis sudah berubah dingin. Dia kembali
menumpukan perhatian kepada Puan Zaitun.
“Apa pun, dalam membeli mutiara ni, kualiti
lebih penting puan. Kalau cantik, tapi kualiti tak bagus, harga pun murah, mana
mungkin sesuai nak dipakai untuk wanita elegan macam puan…” Anis sempat
menjeling pada Haris.
“I beg to differ, my dear. Kalau dah
cantik…” Mata Haris memandang Anis dari atas ke bawah sebelum senyuman senget
muncul di bibir.
“Mestilah berkualiti…” sambungnya selamba.
“And I beg to differ, sir. Ada juga
perkara di dalam dunia ini yang cantik tapi zero kualitinya. Luaran kita boleh
jadi secantik bidadari sekalipun tapi kalau dalamannya kosong, akan terserlah
keburukkan tu di luarnya. Kualiti lebih penting dari kecantikan luarannya. Dari
kualiti akan terlihat kecantikkan. Kalau cantik luar, tapi dalaman hancur
memang tak laku. Nak jual tepi jalan pun belum tentu ada orang nak,” panjang
lebar Anis bersuara.
Tiba-tiba pula hati dia membara dengan lelaki
ini. Nak bercakap soal cantik dan kualiti konon. Diri sendiri tak berkualiti
pun! Demi harta sanggup jadi lelaki simpanan perempuan separuh usia. Hati Anis
mengutuk sendiri.
“Are we still talking about pearls, cik…”
Mata Haris merenung tag nama di dada kiri Anis.
“Anis Sophea?” Kening Haris dah terangkat
sebelah. Entah kenapa hati dia kuat mengatakan, apa yang keluar sebentar tadi
dari mulut comel si gadis dah jauh larinya dari perbincangan tentang kualiti
mutiara.
“Of course we’re talking about pearls!”
Anis senyum ke arah Puan Zaiton.
“Atau... encik ada terasa apa-apa?” Dia berbisik
perlahan pada si jejaka agar tidak didengari oleh wanita yang masih tekun
menilik mutiara yang dipamerkan.
Haris terdiam. Mata mencerlung tajam memandang
Anis. Lama kedua-duanya saling berbalas pandangan. Tiada siapa yang mahu
mengalah hinggalah dehaman dari Puan Zaitun memecah kesunyian.
“Ehem...”
Serentak Anis dan Haris menoleh pada Puan
Zaitun. Mata cik puan pula merenung Haris dan Anis silih berganti. Seolah ada
sesuatu yang tak kena terkesan pada pandangan matanya.
“I nak arrange next appointment. I tak
boleh nak decide lagi hari ni.” Mendatar suara Puan Zaitun. Hati dia
kurang senang pula melihat kedua-dua manusia di sebelahnya itu saling renung
merenung.
Masih dengan senyuman di bibir, Anis mengangguk
faham. Dengan hati yang sebal, dia menjeling ke arah Haris yang masih ralit
merenungnya. Entah kenapa, hati dia mudah hendak menyalahkan Haris atas
kegagalan urusniaga hari ini. Janganlah lelaki ini muncul lagi depan dia.
Masalah nanti!
No comments:
Post a Comment