Prolog
Anis pejamkan
mata, menarik nafas dalam sebelum dihela perlahan. Dari balkoni biliknya, dia
berdiri menala pandangan ke arah langit yang mulai bertukar warna. Garis-garis
jingga mula kelihatan. Matahari sudah mula mahu menghilang di balik horizon. Sebentar
lagi, malam akan menjelma, tanda hari itu bakal berakhir tak lama lagi. Esok si
matahari akan muncul kembali, membawa lembaran hari yang baru.
Keluhan
terlepas dari bibir Anis. Hari berganti hari. Matahari dan bulan saling
bertukar tugas. Namun kemelut di hatinya masih lagi tidak reda. Alangkah
bahagianya kalau matahari itu tenggelam membawa sekali masalah di hati. Tapi
bak kata Birsha, sejauh mana dia cuba lari, selama mana dia cuba mengelak,
lambat laun dia perlu berikan jawapan. Lebih elok dirungkaikan segalanya
awal-awal. Bimbang kalau lewat, akan mengundang lebih banyak masalah kelak.
Ya…Dia perlu memberi jawapan. Ada empat hati
yang menanti sebuah jawapan daripadanya. Dia tahu, untuk dia berikan sebuah
jawapan, pasti ada tiga hati yang akan terluka. Persoalannya hati siapa?
Dia…insan yang mengajarnya erti berjuang untuk kebahagian sendiri? Dia…insan
yang selama ini berada di sisinya ketika dia keseorangan? Dia…insan yang
rupanya selama ini menyimpan rasa padanya? Atau dia… Insan yang mengenalkan dia
pada sebuah perasaan bernama cinta?
Langit sudah
mula bertukar jingga. Telefon bimbit di atas meja di sebelahnya dicapai.
Telefon yang dimatikan sejak seminggu yang lalu dihidupkan kembali. Jari jemari
dilarikan di atas skrin telefon. Ikon phonebook
dibuka, mata mencari nama seseorang.
“Anis…” Anis
berpaling tatkala mendengar namanya diseru.
“Birsha…” Dia
tersenyum kecil ke arah gadis berbangsa Nepal yang menjadi temannya sejak dia
menjejak kaki ke negara eksotik ini. Mata Birsha dilihat melirik ke arah
telefon di tangan. Si gadis tersenyum, faham.
“You
have your answer?” Anis senyum nipis. Sudahkah dia punya jawapannya?
4 hati menunggu. Hati mana satu yg terpilih. Memang dh mcm refflesia kan. Hati yg tiada nilai pastinya yg bakal menjadi pilihan Anis.
ReplyDeleteoh mai mai...best ..best...garapan ayat2 yg mmg boleh dihadam...ini bru intro....
ReplyDeleteJauhnya Anis lariii....
ReplyDeleteProlog nie Simple tp punya macam2 persoalan..
Dear writer sila la Sambung yaa...
menarikni.... x sbr nk bc lgi
ReplyDeleteterima kasih, akan menemui anda tak lama lagi
ReplyDelete