Tajuk : BAHTERA CINTA
Penulis : Iffa Irdina
Harga : RM27 + RM6 (Pos) = RM33 (Semenanjung)
RM30 + RM10(Pos) = RM40 (Sabah/Sarawak)
Sinopsis :
“Adi nak kahwin dengan Wana. Adi tak tahu nak cakap macam mana perasaan Adi sekarang ni. Kita kahwin ya Wana?”
Ridwana ketap bibir. Adiputra sudah gila. Adiputra tidak waras. Entah-entah Adiputra sedang mabuk tapi tidak pula dia menghidu bau yang kurang enak dari tubuh lelaki ini.
“Adi ! Please... Adi keluar dulu. Esok kita cakap lagi, okey.”
Jemari Adiputra merayap di lengan Ridwana dan Ridwana tepis kasar.
“Wana jerit nanti.”
Adiputra ketawa.
“Jeritlah. Biar mama tahu, boleh Adi terus kahwin dengan Wana.”
Lama mereka kenal, Adiputra tak pernah tunjuk minat. Yang Adiputra tahu hanya menyakitkan hatinya. Tapi entah kenapa, tiba-tiba Adiputra berubah mendadak.
Bagi Ridwana, Adiputra itu bukan lelaki baik-baik. Perempuan keliling pinggang dan hidup bebas tanpa batasan. Bagaimana dia mahu percaya setiap kata cinta yang Adiputra luahkan.
Namun, kesungguhan Aditputra akhirnya merobohkan benteng kedegilan Ridwana yang pernah kecewa kerana cinta. Entah bila masanya cinta berputik, yang pasti dia sudah pandai merindui lelaki itu.
Di saat cinta berbunga, menganyam rasa kasih dan menikmati kebahagiaan yang dihulurkan Adiputra, bahtera cinta mereka dilanda badai.
Tegakah dia membiarkan sejarah silam Adiputra menghancurkan kebahagiaan mereka? Pun begitu, mampukah dia terus berdiri gagah bersama Adiputra untuk memastikan bahtera cinta mereka terus utuh hingga ke syurga?
Tajuk : Menyemai Cinta
Penulis :Iffa Irdina
Harga : RM 25 + RM 6 (postage) = RM31 (Semenanjung)
RM 28 + RM 10(postage) = RM 38 (Sabah/Sarawak)
Sinopsis :
Anissa dan Syed Farhen, dipertemukan dalam insiden yang tak terduga. Membawa Anissa menjadi anak angkat dalam keluarga lelaki itu. Jarak usia yang sangat ketara menyebabkan Anissa lebih selesa menganggap Syed Farhen sebagai abang.
Tapi, lain pula bagi Syed Farhen. Sejak mengenali Anissa, dia mula pandai merindu, dia mula pandai cemburu. Kerana itu, dia berusaha keras merapatkan Anissa dengan keluarganya. Berusaha keras memenangi hati seorang Anissa. Kalau boleh, dia mahu Anissa menjadi haknya.
Payah berkias dengan Anissa, Syed Farhen guna jalan mudah. Hantar rombongan terus ke rumah. Walau terkejut dan cuba membantah, Anissa terpaksa juga akur dengan kesungguhan Syed Farhen.
Tapi, di saat Anissa sudah meluahkan kata setuju, ada cerita lain pula yang muncul. Syed Farhen itu ada pertalian darah dengannya. Jadi, siapa ayah dia sebenarnya?
“Nissa tau tak abang sayangkan Nissa. Walau siapa pun Nissa?” bisik Syed Farhen.
“Tapi Nissa...”
“Nissa tak sayangkan abang atau Nissa tak percayakan abang.” potong Syed Farhen. Sudah dapat mengagak perkataan apa yang akan
dikatakan oleh Anissa.
Anissa diam. Mana mungkin dia tidak menyayangi Syed Farhen dan sememangnya dia percaya pada Syed Farhen.
“Nissa kena kahwin dengan abang seminggu sebelum naik semester.”
Anissa terkejut. Cepat-cepat dia bangun namun tangannya ditarik semula.
“Seminggu sebelum naik semester. Ingat tu,” tekan Syed Farhen.
“Nissa muda lagi la bang.”
“Abang ni dah tua Nissa.”
“Kalau dah tau diri tu dah tua. Kahwin ajelah dengan orang lain, jangan tunggu Nissa.”
Syed Farhen menjegilkan mata. Dia tahu Anissa hanya bergurau.
“Nissa cuma perlu jaga abang saja. Abang janji abang tak akan mengada-ngada dengan Nissa. Abang tak akan buat perangai. Abang janji, abang akan benarkan Nissa belajar.”
No comments:
Post a Comment