BAB 4
“I nak Skype dengan
Zayn,” beritahu Amanda pada Herna. Jika diikutkan kata hati, dia malas hendak
berbicara dengan lelaki itu tetapi bila melihat beberapa pesanan ringkas yang
Zayn titipkan untuknya agar menghubungi lelaki itu, dia akur juga.
“Nak skodenglah tu. I sendiri dah
faham sangat dengan perangai tunang you tulah,” cebik Herna. Memahami sifat
tunang Amanda yang kuat cemburu itu.
Amanda tersenyum kelat. Jika
orang lain sudah memahami sikap Zayn apatah lagi dia. Dia sudah lali dengan
sikap lelaki itu terhadapnya. Earpiece
dipasang ke telinga. Agar kata-kata Zayn tidak didengari oleh Herna.
“Baru sekarang nak hubungi saya?
Apa yang awak buat kat sana tu sampai malam begini baru nak ingat tunang
sendiri,” ucap Zayn sebaik menatap wajah Amanda.
“Tolonglah... Saya tak ada masa
nak gaduh dengan awak, Zayn,” balas Amanda kembali. Matanya beralih ke Opera
House. Malas mahu menatap wajah Zayn yang penuh dengan wajah curiga itu.
“You are not in your room?”
“Tak. Saya kat Living Room. Nak
tengok pemandangan Opera House.”
“Awak dengan siapa kat situ?”
“Herna.”
Ketika Amanda menyebut nama Herna, matanya jatuh memandang wanita itu,
manakala Herna sudah mencebik dan membuat muka. Seperti jangkaan Herna, Zayn
memang bertindak hendak ‘skodeng’ Amanda.
“Let me look around you,” arah Zayn.
Amanda terjeda seketika.
Kepalanya tergeleng-geleng dengan arahan Zayn itu. Lelaki itu menganggap
dirinya seperti budak-budak yang perlu dipantau 24 jam. Kerana tidak mahu
mencetuskan pertengkaran yang lebih besar lagi, laptop itu diangkat dan
dihalakan ke sekeliling.
Nasib baik rakan setugasnya yang lain sudah naik ke bilik masing-masing,
jika tidak, pasti Zayn akan bertambah curiga lagi-lagi bila melihat adanya
rakan setugas lelaki. Amanda juga sempat menghalakan laptopnya ke Opera House
agar Zayn percaya bahawa dia benar-benar berada di Living Room berhadapan
dengan Opera House.
“Who’s that guy?” tanya Zayn pada Amanda sebaik saja laptop kembali
diletakkan seperti tadi.
Dahi Amanda berkerut. Guy? Siapa?
“Guy? Siapa? Tak ada pun,” sejurus berkata begitu, mata Amanda
melihat sekeliling. Herna juga turut sama memandang padanya. Mungkin hairan
bila melihat Amanda seperti tercari-cari sesuatu.
“He was staring at you. Dia dengan budak perem...”
Belum sempat Zayn menghabiskan
bicaranya, Amanda terpandang lelaki itu. Ya. Memang ada lelaki yang bersama
dengan seorang budak perempuan. Duduk di sofa yang berhadapan dengan Amanda.
Kenapa dia tidak sedar akan kewujudan lelaki itu tadi?
“He was staring at you,” ujar Zayn lagi. Riak wajahnya mula berubah.
Curiga dan cemburu mula mengusai diri.
Not was. He’s staring at me right now, bisik hati Amanda kerana dia
sedar, lelaki itu masih merenungnya. Untuk apa dan kenapa? Dia kurang pasti.
“Orang local kat sini kut,” ujar Amanda mendatar.
“I don’t think so. He looks like an Asian.”
“He’s not. They talk in English.” Alasan Amanda. Malas hendak
memanjangkan perkara itu lagi kerana dia yakin bahawa Zayn tak akan berpuas
hati.
“Awak balik bilik sekarang. Dah
lewat ni. We should stop here. Jangan
lupa, balik bilik terus,” arah Zayn dengan tegas.
Skrin laptop kembali gelap. Zayn
benar-benar mahu dia balik ke bilik dengan kadar yang segera. Sebelum Amanda ‘sign out’, Zayn sempat menitipkan
pesanan buatnya.
ZaynAzfar : Don’t forget, go back
to your room now!
Amanda mengeluh. Hanya kerana
lelaki yang tidak diketahui siapa orangnya, Zayn sudah mula membuat andaian.
“Kenapa?” tanya Herna. Dia
terdengar keluhan yang terbit di bibir Amanda.
“Entahlah..,” jawab Amanda
mendatar.
“Sejak bila ada orang kat
belakang you ni?” tanya Amanda sedikit berbisik. Risau jika orang yang
berhadapan dengannya itu terdengar bicaranya. Memang betul tanggapan Zayn,
lelaki yang di hadapannya itu memang kelihatan seperti orang timur.
“Mereka duduk kat sebelah Raymond
tadilah... I think mereka lebih awal
dari kita. You mana nak sedar. Mata fokus kat skrin laptop aje. Hot daddy, huh?” usik Herna.
Namun usikan itu tidak mengundang
senyuman di bibir Amanda. Matanya kembali memandang lelaki itu yang ketika ini
melayan kerenah budak perempuan yang kelihatan mengantuk. Berkali-kali juga
budak kecil itu memisat-misat matanya.
“Daddy... I want to sleep.” Rengek budak kecil itu.
“Mommy’s studying, baby. We’ll
go upstairs in a few minutes more. Alright?”
Kedengaran suara si ayah memujuk si anak.
Budak kecil yang dalam lingkungan
empat ke lima tahun itu kelihatan akur. Lalu si ayah mengangkat anaknya untuk
duduk di atas riba. Dengan manja budak kecil itu menyandarkan kepalanya pada
dada bidang lelaki itu seraya kedua-dua tangan merangkul leher si ayah. Amanda
leka merenung keprihatinan seorang ayah melayan seorang anak dan tanpa sedar,
lelaki itu kembali mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Amanda. Tepat.
Dup! Jantung Amanda bagaikan
dipalu bila sepasang mata yang redup itu memandangnya.
“Err... Apa yang you nak cerita
tadi, Herna?” Kelam-kabut Amanda bertanyakan soalan pada Herna. Malunya dia
kerana ‘tertangkap’ dari merenung lelaki itu.
“Oh yes... I almost forgot about that one. Wani... You tahu kan yang
sekarang dia dah berhenti kerja?”
Amanda mengangguk. Dia memang
mengenali Wani, pramugari yang berlainan syarikat penerbangan dari mereka. Dan
kini wanita itu sudah pun berhenti kerja.
“Then what?”
“She’s married with suami orang, okey! God. I can’t believe that. And now, dia dah jadi bini nombor dua.”
Dengan teruja Herna memberitahu berita yang agak gempak itu pada Amanda.
Amanda mengangguk perlahan.
Berita itu memang mengejutkannya. Namun reaksi yang dia pamerkan pada Herna,
seakan-akan kurang teruja.
“Ni yang tak best bila bercerita dengan you. No
reaction. No feedback. Nothing! Zayn tak pernah komplen ke bila you dengan
dia?”
Bebelan Herna itu membuatkan
Amanda tergelak kecil. Sesungguhnya Herna sudah masak dengan sikapnya. Namun
wanita itu seringkali mengeluh dan membebel kerana Amanda kurang memberi reaksi
dan tindak balas setiap kali Herna bercerita padanya.
Zayn. Lelaki itu pula memang belum mengenali dirinya dengan sepenuhnya.
Adakalanya pertengkaran boleh saja terjadi hanya kerana sifat Amanda itu.
Amanda cuma seorang wanita yang tidak banyak kerenah. Bercakap bila perlu saja.
Namun sifatnya itu mengundang ketidakselesaan pada Zayn. Dan Zayn beranggapan
bahawa Amanda bosan melayan lelaki itu.
“Okay, sorry. Then I should say, ‘What? Are you serious?’”
ucap Amanda dengan mimik muka yang dibuat-buat.
“Lame! I hate you. But whatever, I nak continue juga.”
Sekali lagi Amanda tersenyum
seraya kepalanya tergeleng-geleng geli hati.
“Suami dia... Well you know... Masih muda tau. Early thirties, I guess. Nampak sangat
tak puas bujang,” cebik Herna.
“Penumpang dia ke?” tanya Amanda
ingin tahu. Kadang-kadang masyarakat berangapan wanita seperti mereka akan
mendapat suami yang selalu turun naik pesawat. Namun pandangan sebegitu
adakalanya tidak sahih. Segalanya terletak pada jodoh.
“Nope. Mereka berjumpa kat luar kawasan bekerja eh. Tak ada kena
mengena cinta berputik ketika bertugas. Such
a lame.”
“Jodoh, Herna. Kita tak boleh nak
halang.”
“Tapi dia boleh elak, Amanda.
Kalau dia tahu yang lelaki tu dah berkahwin.”
Amanda terdiam. Memang kata-kata
Herna itu ada benarnya.
“Kuasa cinta.”
“Mungkin. And one more thing. You nak tahu tak sebab apa dia berhenti kerja? Because isteri pertama lelaki tu datang
jumpa dia, tau. Teruk juga I dengar. Wani kena herdik depan orang ramai. Then perempuan tu siap tampar muka Wani.
Eeee... Seram!”
Amanda tersentap mendengar berita
yang disampaikan oleh Herna itu. Dia sendiri dapat membayangkan betapa
huru-haranya situasi ketika itu.
“Tapi tak boleh salahkan Wani
seorang saja. Lelaki tu pun salah juga.”
“Ni yang buat I solute kat lelaki tu, tau. Dia
pertahankan Wani bersungguh-sungguh. Dia siap kata, dia yang mulakan
segala-galanya. I tak sangka, ada lelaki yang macam tu lagi pada zaman sekarang
ni. Yang I tak faham, kenapa isteri pertama dia tu berikan kebenaran juga
akhirnya? Dah nampak sangat lelaki tu lebihkan Wani. Motif sebenar, hanya dia
aje yang tahu. I don’t know what to say
about that.”
Sekali lagi Amanda mengangguk.
“Well... Kalau tak nak
dilabelkan sebagai perempuan gatal, lebih baik jauhkan diri dari suami orang,
tunang orang atau boyfriend orang. We need to play safe then we will be safe,”
nasihat Herna.
Memang betul nasihat Herna itu. Walaupun sesuatu hubungan itu dimulakan
dari pihak lelaki, pasti yang buruknya datang dari pihak perempuan dulu.
Seringkali dikata gatal, perampas dan sebagainya. Namun hakikatnya, ada yang
terjadi disebaliknya.
Herna mengeluh. “Tapi zaman sekarang, lelaki baik memang cepat kahwin,
kan? Bila hati kita dah mula suka dengan keperibadian lelaki tu, tup-tup dah
kahwin. Tup-tup dah ada anak rupanya. Still
remember Captain Wafri? God! Wife dia cuma kerja ticketing MAS tau. Dulu punyalah playboy mati. Tapi bila dia berubah, berubah terus. Nak layan
perempuan ni pun ala kadar.”
“Nama Kapten Wafri I pernah dengar. Tapi I tak sempat bekerja dengan
dialah. Dulu kan I kat Narrow Body.”
“A’ah lah... I lupa. Unfortunately,
dia pun dah berhenti. Pernah juga dia kena ofer tapi dia menolak dengan cara
baik. Actually, he’s a nice guy. I
nak lelaki yang macam tu. Bila bercinta, mereka setia pada yang satu. Tapi
masalahnya juga, dah berpunya!”
Amanda terjeda seketika. Zaman sekarang kebanyakannya berkahwin di usia
yang muda. Selepas habis belajar, dapat kerja dan berkahwin. Mungkin kerana itu
kebanyakan para wanita tersilap pilih. Menyangka bahawa sang lelaki masih
berstatus bujang padahal sudah beristeri. Namun kata-kata Herna itu memang ada
benarnya, selagi dapat dielak, elaklah dari terjatuh cinta dengan kepunyaan
orang lain.
“You tak suka Kapten Aidan ke?” usik Amanda bila teringatkan kapten muda
yang menjadi perbualan beberapa pramugari semenjak lelaki itu berkhidmat dengan
Malaysia Airlines.
“Dia suka kat I ke?” tanya Herna kembali dengan nada usikan juga.
Amanda mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
“Aidan tu memang hensem tapi dia lain sikitlah. I pun tak tahu nak describe macam mana.”
Amanda tersenyum kecil. Dia juga sebenarnya tidak mengenali rapat Kapten
Aidan. Mereka hanya sekadar bertukar-tukar senyuman bila terjumpa. Mata Amanda
kembali menatap lelaki di hadapannya itu. Kali ini lelaki itu leka memandang ke
luar tingkap. Tangan mengusap lembut belakang si anak yang sudah terlelap di
pangkuan si ayah. Hatinya terdetik, inilah ciri-ciri seorang ayah yang baik.
“Weh..,” tegur Herna seraya kepalanya menoleh ke belakang. Dia yakin
sangat bahawa Amanda memandang lelaki yang ada di belakangnya itu.
“Suami orang tu..,” ujar Herna setelah kembali menatap wajah Amanda.
“Dia ayah yang baik.”
“Yup! Hot daddy, you know. Siapa sangka, lelaki hensem macam tu dah
berkahwin dan dah ada anak. He looks
young. Mungkin awal tiga puluhan.”
“Pendapat I, kalau nak tengok lelaki tu baik ke tak... Tengok aje macam
mana dia layan mak dia atau dia layan anak dia. Kalau kita nampak dia caring, means dia boleh jaga kita dengan
baik.”
“Dah-dah... Yang penting, dia tetap suami orang. No matter what. And you pula, tunang orang. Be careful, girl. Kalau nak cari lelaki lain pun, biarlah bukan
kepunyaan orang lain. Anyway jom,
naik bilik. Dah nak dekat pukul sebelas ni. Living Room pun dah nak tutup.”
Amanda mengangguk. Akur. Laptop dipeluk rapat ke tubuh. Rasa sejuk pula
tiba-tiba. Namun sebelum berpaling, matanya degil memandang lelaki itu lagi.
Ternyata lelaki itu juga turut sama memandang ke arahnya. Sekali lagi Amanda
bagaikan terpaku. Dia menelan liur. Matanya cuba dikelipkan berkali-kali agar
tidak kelihatan dia memandang lelaki itu. Tapi yang hairannya, lelaki itu
tersenyum seakan-akan geli hati melihat tingkahnya. Ah! Apa yang dia dah buat
ni? Lantas dia terus berpaling dan kakinya laju mengorak langkah.
SENYUMAN MASIH
meniti di bibir Luthfi. Dia tidak menyangka dari hanya memandang, dia boleh
tersenyum dengan gelagat wanita itu. Pelik. Pada mulanya dia memang hairan bila
melihat wanita itu mengangkat laptop lalu menghalakan ke sekeliling termasuk
menghala padanya sekali. Itu yang menyebabkan wanita itu menarik perhatiannya.
Lagi-lagi mengetahui mereka adalah wanita melayu yang berada di Sydney.
Ada juga dia terdengar-dengar butir bicara kedua-dua wanita itu
memandangkan tempat mereka tidak jauh darinya. Namun isi cerita kurang jelas di
telinganya. Kedua-dua wanita itu berpakat untuk berbicara secara perlahan. Yang
penting, ada kedengaran suami orang yang disebut. Mungkin menjerumus kepada
dirinya. Ah! Perasan pula dia tiba-tiba.
Wajah ditundukkan untuk memandang
Fea yang sudah terlena di pangkuannya. Mata juga mengerling pada jam di pergelangan
tangan. Sudah pukul 11 malam. Itulah masa yang dia berikan pada Dayana untuk
menelaah dan membuat persiapan untuk assigment.
Dia risau jika Fea mengganggu Dayana kerana itu dia bercadang untuk membawa Fea
berjalan-jalan sekitar kawasan hotel dan berakhir di Living Room.
Pipi Fea dikucup lama. Inilah
permata hatinya. Adakalanya dia kasihan dengan Fea yang kurang kasih sayang
seorang ibu. Sudah setahun lebih Fea tidak mendapat kasih sayang ibu dengan
sepenuhnya. Cuma pada masa-masa yang tertentu saja. Namun dia beranggapan
bahawa Dayana sibuk dengan pengajian dan dia boleh menjaga Fea dengan sebaik
yang mungkin. Kerana dia yakin yang dia boleh menjadi ayah dan ibu dalam satu
masa.
Badan Fea diangkat dengan perlahan, tidak mahu mengganggu tidur anaknya
itu. Lalu dengan perlahan, dia meneruskan langkah meninggalkan Living Room
tersebut. Fea perlu tidur bersama dengan Dayana. Dia mahukan Fea berada di
dalam pelukan isterinya itu dan berharap agar Fea berasa dekat dengan mommynya.
Biarlah dalam beberapa hari ini, malam-malamnya sunyi tanpa Fea di sisi
No comments:
Post a Comment