Sunday, 11 January 2015

Prolog : DIA... PELENGKAP HIDUPKU - FARISYA NATASHA



Prolog

22 September 2012
Tepat pukul 7.15 pagi waktu Sydney, Amanda dan rakan-rakan setugas yang lain sudah tiba di Sydney Kingsford Smith International Airport untuk pulang ke Malaysia. Seperti biasa taklimat diadakan untuk pemberitahuan aspek keselamatan, jumlah penumpang, keadaan cuaca pada hari itu dan seterusnya pembahagian tugas kepada pramugara dan pramugari.
Amanda menerima dengan hati yang terbuka sebaik saja namanya disebut dan diarahkan bertugas di bahagian First Class untuk Boeing 747-400 itu. Mana-mana bahagian pun sebenarnya tidak menjadi masalah buat Amanda kerana baginya setiap layanan pada penumpang memang dibahagikan sama rata. Tak ada beza.
“You dengan I, Amanda,” ujar Herna, wanita keturunan Serani itu sebaik saja mereka selesai taklimat.
 “Yeah,” jawab Amanda seraya mengangguk. Kali ini dia bersama dengan Herna lagi. Di bahagian yang sama.
 “Nice!” ucap Herna seraya tersenyum lebar.
 Amanda membalas senyuman Herna itu dengan menjongketkan bahu. Mungkin Herna selesa bersamanya berbanding dengan anak kapal yang lain.
 Bila keadaan dalam pesawat sudah sedia segala-galanya dari segi keselamatan, fasiliti, kebersihan, makanan dan sebagainya, pintu gate dibuka untuk membenarkan para penumpang naik ke dalam pesawat.
 Bibir sudah mula mengukir senyuman. Amanda dan Herna sudah berdiri di hadapan pintu masuk pesawat. Bersedia untuk menyapa penumpang-penumpang Malaysia Airlines.
 “Hello, good morning! Welcome to Malaysia Airlines,” ujar Herna seraya menundukkan sedikit badannya tanda hormat. Amanda juga melakukan perkara yang sama.
 Untuk penumpang yang pertama, Amanda menunjukkan tempat duduk mengikut tiket penerbangan yang diberikan.
 “Have a sit, sir,” ucap Amanda.
 “Thank you,” balas penumpang itu seraya mengambil tempat duduk di tepi tingkap.
 Ketika Amanda hendak berpaling, kedengaran suara budak kecil merengek-rengek. Matanya memandang lelaki yang mendukung budak kecil itu lalu melangkah ke tempat duduk untuk dua orang. Wajah lelaki itu kurang jelas kerana budak kecil tersebut memegang erat tengkuk si ayah. Sebelah tangan lelaki itu memegang beg sandang yang lebih kepada beg sandang si kecil. Manakala sebelah bahu pula tersangkut beg sandang yang lebih kepada kepunyaan lelaki itu.
 “Let me help you, sir,” ujar Amanda bila melihat lelaki itu berhati-hati hendak meletakkan si kecil di tempat duduk sebelah kanan.
 Lelaki itu menoleh dan... Dup! Degupan jantung Amanda bagaikan terhenti. Riak wajahnya pula berubah. Begitu juga lelaki itu. Seperti mereka mengenali satu sama yang lain.
 “Let me help you to keep your bag in the stowage compartment, sir,” sekali lagi Amanda bersuara. Dia perlu berlagak biasa. Dia perlu professional dalam mengendalikan situasi itu.
 “I met you yesterday, saw you at the beach...
Kata-kata lelaki itu membuatkan kening Amanda terangkat. Jadi lelaki itu benar-benar mengenalinya? Masih mengingati wajahnya?
Ah, nevermind...” Tangan lelaki itu mengusap lembut belakang badan si anak. Cuba menenangkan tangisan yang mula kedengaran dari budak kecil itu.
Tanpa menunggu lama, Amanda mencapai beg yang diletakkan di atas kerusi sebelah kiri itu lalu diletakkan ke dalam stowage compartment.
“Beg yang warna pink tu, tak payah letak kat stowage,” sempat lelaki itu bersuara sebelum Amanda mencapai beg sandang yang berwarna merah jambu pula.
Sure, sir.”
Thank you,” ucap lelaki itu seraya menghadiahkan senyuman buat Amanda. Namun wajah lelaki itu bertukar riak sebaik saja memandang si kecil yang mula menangis. Lebih kepada berwajah risau.
You are welcome, sir,” balas Amanda. Kaki mengorak langkah ke belakang untuk menolong penumpang wanita yang mungkin berasal dari negara Eropah itu untuk meletakkan bagasi ke dalam stowage compartment.
Si kecil masih kedengaran merengek-rengek dengan diiringi tangisan kecil. Mata Amanda pula kerap kali memandang lelaki itu dan si anak. Hatinya mula tertanya-tanya, kenapa ketika ini si ibu tidak kelihatan lagi?
I want my mommy! Where is mommy, daddy?” rengek si kecil itu dari tadi.
Amanda menoleh sebaik saja Herna masuk ke dalam galley, pasti Herna sudah selesai memastikan semua penumpang First Class dan juga Business Class di lower deck itu memasang tali pinggang keselamatan sebelum mereka berlepas.
“Ada budak kecil kat luar tu, dah mula menangis tak henti. Thank God you ada kat sini. That’s your speciality Amanda, you have the ability to connect and handle budak-budak kecil. Am I right, mommy?” usik Herna kerana budak-budak memang sudah sinonim dengan Amanda.
Amanda tersenyum. Dia memang suka melayan kerenah budak-budak, tak kira dari lingkungan bayi atau budak-budak yang berumur di bawah sepuluh tahun. Panggilan ‘mommy’ juga sudah sebati dengan Amanda bila berkaitan dengan budak-budak.
Mereka mengambil tempat duduk lalu tali pinggang keselamatan dipasang. Hanya tinggal beberapa saat saja lagi mereka akan berlepas.
“Dia masih menangis?”
“A’ah... I’m just worried kalau tangisan dia mengganggu penumpang yang lain,” bisik Herna.
Amanda mengangguk. Memang betul. Apatah lagi di bahagian First Class itu, pasti setiap penumpang menginginkan suasana yang tenang dan lebih kepada privasi.
“Lepas ni I cuba pujuk dia kalau dia masih menangis,” ujar Amanda.
You heard that? Now, she’s crying out loud.”
Mommy!” kedengaran si kecil menjerit.
“Kesiannya...” bisik Amanda. Jika tidak mengenangkan yang ketika ini pesawat sudah mula bergerak untuk berlepas, dia akan cuba menenangkan si kecil itu. Yakinlah dia bahawa si ibu tidak ikut pulang bersama.
“Kalau yang menangis tu, bapak budak, I dengan rela hati tolong pujukkan,” bisik Herna dengan diiringi ketawa kecil.
Amanda menoleh sekilas seraya menggeleng-gelengkan kepala. Bibirnya ikut sama mengukir senyuman kerana dia tahu, kata-kata Herna itu cuma gurauan.
“Bismillah...” ucap Amanda ketika pesawat sudah mula bergerak laju.
Ketika waktu berlepas dan juga mendarat adalah saat-saat yang paling genting buat juruterbang kerana segala kemungkinan boleh berlaku. Perasaan itu juga sama buat anak kapal yang lain, berdebar dan hanya mampu bertawakal. Walaupun wajah sentiasa mempamerkan reaksi tenang namun di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.
Ada sebahagian anak kapal sudah terlalu imun dengan situasi itu dan ianya tidak meninggalkan kesan pada mereka namun bagi Amanda, perasaan risau itu tetap ada dalam dirinya walaupun sudah lebih tiga tahun menjalani kehidupan sebagai seorang pramugari.
That guy... Bukan hot daddy yang kita jumpa kat Living Room hotel tu ke?” tanya Herna.
I guess so,” balas Amanda. Dia tidak mahu Herna berfikir bahawa dia masih mengingati wajah lelaki itu.
Okay, done! It’s time to work now,” ujar Herna sebaik saja lambang tali pinggang keselamatan dipadamkan.
Tangisan si kecil masih kedengaran dan kini sudah mula teresak-esak. Amanda mendekati tempat duduk lelaki itu dan si kecil.
“Fea sayang... Jangan macam ni. Kalau mommy tahu Fea menangis, she will cry too. Fea tak mahu mommy sedih, kan?” pujuk si ayah.
I want my mommy!” jerit si anak masih mengharapkan agar si ibu ada bersama mereka.
“Biar saya pujuk, encik,” ujar Amanda kerana dia sedar beberapa penumpang sudah mula rasa tidak selesa dengan tangisan si kecil itu.
I’m Luthfi. Just call me Luth.”
Sekali lagi kening Amanda terangkat. Pelik dengan lelaki itu. Dalam saat-saat begini, sempat pula lelaki itu memperkenalkan diri.
“Biar saya pujuk anak Encik Luth.”
What I mean is... only Luth. Tak ada encik.”
Daddy, I want my mommy!” Semakin kuat suara si kecil itu menjerit. Amanda mendekati budak kecil itu. Tidak dihiraukan lelaki yang bernama Luth. Apa yang penting adalah keselesaan penumpang.
Hi sweetheart..,” sapa Amanda.
Mommy! I want my mommy!”
“Fea... Jangan macam ni, sayang,” pujuk Luthfi. Kepala Fea diusap lembut namun si kecil menggeleng laju. Tangisan semakin kuat. Airmata mengalir berlinangan di pipi.
Amanda membongkokkan sedikit badannya agar selaras dengan kedudukan Fea.
Hmm.. You can have a sit. Here,” pelawa Luthfi agar wanita itu duduk di tempatnya. Dia sudah berkira-kira hendak berdiri.
It’s okay, sir.” Pelawaan itu ditolak dengan lembut oleh Amanda. Ketika ini dia sedang bertugas. Rasanya tak elok jika penumpang pula yang berdiri sedangkan dia senang-senang duduk di tempat lelaki itu.
Tanpa dapat ditegah, Luthfi mendekati Amanda lalu memegang lengan wanita itu dan memaksa wanita itu untuk duduk di tempatnya.
Sorry. But you have to sit. Tak kan you nak membongkok macam tu sedangkan orang tengok you dari belakang. Please, pujukkan anak I. I nak ke wash room sekejap,” ujar Luthfi tegas. Dia rasa tidak sedap hati bila melihat wanita itu tunduk membongkok sebegitu sedangkan di belakang wanita itu ada penumpang lelaki. Dengan membongkok sebegitu pasti akan menarik perhatian penumpang itu. Ah! Atau hanya dia yang berfikiran sebegitu?
Amanda terpaku. Dia menoleh ke sisi, Fea masih dengan tangisannya. Debaran di dada semakin kencang. Adakah keputusan untuk menenangkan si kecil itu tidak wajar dilakukan? Manakala tangannya pula teragak-agak mahu menyentuh bahu si kecil.
Hi, little girl...” sapa Amanda lagi, masih belum berputus asa.
Bahu Fea masih terhenjut-henjut namun si kecil itu masih sudi memandang ke arahnya.
I just want my mommy to be here. With me,” beritahu si kecil itu pada Amanda. Airmata diseka dengan belakang tapak tangan.
Hati Amanda tersentuh. Rasa kasihannya pada si kecil itu membuak-buak. Apatah lagi bila dia sendiri menyaksikan betapa gembiranya Fea di sisi si ibu.
Your mommy has to stay, dear. Of course she wants to be with you too but because she has a lot of to do... Your mommy has to stay.” Sememangnya Amanda tidak tahu kenapa si ibu tidak ikut pulang ke Malaysia dan berharap agar alasan yang dia berikan itu diterima oleh Fea.
I can help her. Just let me to stay with her.”
How about your daddy? Don’t you miss your daddy if you stay with your mommy?” tanya Amanda kembali.
Fea terdiam. Tangisannya juga sudah mula berhenti. “I love my daddy.”
Amanda tersenyum. Fea sudah mula berfikir siapa yang lebih disayangi. Antara si ayah mahupun si ibu.
Everything is alright?” tanya Herna tiba-tiba.
I hope so,’ ucap Amanda tanpa bersuara. Berharap agar Herna mengerti isyarat yang dia berikan itu.
She can be your mommy if you want, dear. Because everyone here calls her mommy, including myself,” beritahu Herna pada Fea dan dia sempat mengenyitkan sebelah matanya pada Amanda.
“Herna...” seru Amanda. Usikan Herna itu tidak kena dengan tempatnya. Namun ketua pramugari itu cepat melarikan diri, masuk ke dalam galley sebelum sempat Amanda berkata lebih lanjut lagi.
Really? Then can I call you mommy?” tanya Fea ingin tahu.
Amanda mengetap bibir. Sukar untuk dia menjawab permintaan Fea itu. “But I’m not your real mommy, dear.”
I know you’re not my mommy. I just want to call you mommy. That’s it.
Kini barulah Amanda tersenyum. “Sure, sweetheart.”
Bicara mereka berterusan sehingga mengundang tawa di bibir Fea. Si kecil itu juga mula berkata banyak. Bercerita tentang keseronokan berada di bumi Sydney. Sehingga Amanda tidak sedar bahawa Luthfi sudah pun muncul di sebelahnya.
Why she call you mommy?”
Pertanyaan Luthfi itu membuatkan Amanda menelan liur. Teragak-agak dia hendak menatap wajah si empunya suara. Dadanya juga kembali berdebar-debar seolah-olah ada sesuatu di antara mereka berdua.

1 comment: