Dua puluh lapan tahun dia
hidup, ini kalai pertama dia jumpa lelaki yang banyak mulut! Oh Tuhan, tak
letih ke dia bercakap dari tadi? Sejak dia duduk (lepas dia pulih dari rasa
terkejut dia melihat penampilan Adhan Mikhail), dia tak bersuara sepatah pun.
Yang bercakap hanya mamat rambut pacak ini. Tanpa henti! Serius, terima kasih
kepada Adhan Mikhail, selepas ini kalau ada orang soal dia tentang Ed Hardy dan
Chuck Taylor (demi Tuhan dia tak kenal langsung siapa mereka itu!), dia akan
mampu jawab dengan cemerlangnya sebab dia dah tahu segala-galanya tentang dua
orang manusia itu. Dari tarikh lahir, tempat lahir, bila kahwin, bila mati dan
sejarah asal usul dua jenama itu. Semuanya Adhan Mikhail beritahu.
Oh
Tuhan, this is the worst day
ever!
Zara
rasa nak hantuk kepala ke meja. Shoot
me! Now! Zara rasa hendak
menjerit kuat-kuat tapi memandangkan keadaan persekitaran tak mengizinkan dia
hanya ketap gigi (nak tahan diri dari menempelak Adhan Mikhail), genggam tangan
(nak tahan diri dari tangan mencekik leher Adhan Mikhail) dan istighfar dalam
hati tak henti-henti (nak menyabarkan diri dari buat dua perkara tadi). Tapi
rasa-rasanya kesabaran dia makin menipis. Dan kalau Adhan Mikhail masih
teruskan lagi cerita sejarah Ed Hardy dan Chuck Taylor dengan dia…
“And
did you know Chuck Taylor was…”
Oh
that’s it! Tahap
kesabaran dah turun ke angka kosong.
“Adhan
Mikhail, SHUT UP!” Akhirnya dia bersuara.
“Ya
Allah, kalau you sebut sekali lagi nama-nama tu, I swear I’ll choke you!” Zara capai gelas berisi air kosong di
atas meja dan mengenggamnya kuat, membayangkan itu leher Adhan.
“O-key…”
Adhan buat muka pelik sambil tarik gelas dari tangan Zara. Kemudian bibir Adhan
menguntum senyum. Senyuman yang buat Zara bertambah sakit hati sebab senyuman
itu membuatkan hati dia sedikit kacau.
“Stop
that!”
“What?”
“Senyum!”
Ketawa
Adhan pecah. “Sorry,
sweetheart. Senyum itu kan
sedekah dan I jenis pemurah.”
Zara
mendengus geram. Arghhh! Kenapa ada manusia macam ini dalam dunia ini? Belum pernah
lagi dia jumpa manusia yang menjengkelkan macam Adhan Mikhail. Kalaulah tak
undang-undang di dunia ini, dah lama Adhan ni kena. Tanpa sedar, Zara capai
cutlery knives di atas meja lalu digenggam kuat.
“Whoa! I
tahu you tengah geram tapi itu…” Adhan muncungkan bibir ke arah tangan Zara.
“…a
bit extreme, don’t you think?” Tanya
Adhan bersahaja.
Senyuman
yang buat hati Zara sedikit kacau itu masih lagi melekat di bibir. Argh! It’s official. I hate his
smile! Cutlery knives
dihempaskan ke atas meja.
“Err…are you ok?”
“No!
I’m not ok. You
nampak I macam ok ke? Telinga I dah hampir hendak bernanah dengar you bercakap
pasal benda yang tak ada kena mengena langsung dengan I. Ed Hardy? Chuck
Taylor? Who the hell are
they?”
Adhan
kecil kecil, menampakkan lekuk kecil di kedua belah pipinya.
“Err…babe,
you’re wearing them but you don’t know them?” Soal
Adhan bersahaja dengan kening ternaik sebelah.
Zara
terpegun seketika melihat senyuman Adhan. Hati sedikit mendidih bila mendengar
Adhan panggil dia babe tidak begitu dihiraukan. Tuhan!
Kacaknya. Oh tidak, Zara. Fokus! Dia mengeleng laju. Dia tak kacak. Dia tak
kacak. Dia tak kacak. Zara ulang benda yang sama dalam hati, cuba untuk psycho
diri sendiri agar tak tertarik dengan Adhan Mikhail. Tapi bila mata dia kembali
memandang…
Sepasang
mata Adhan yang menjadi sedikit sepet bila dia tersenyum…
Hidung
mancung yang elok terletak…
Bibir
nipis yang sedikit kemerahan…
Lekuk
kecil yang muncul di kedua belah pipinya bila dia tersenyum…
And
that square jaw…
Zara
tahu dia ada masalah baru. Buktinya, jantung dia dah mula berdegup tak menentu.
Jadi sebelum masalah itu menjadi lebih besar, baik dia lari!
“I
kena pergi.” Zara capai beg, angkat punggung dan terus keluar tanpa memandang
sedikit pun ke arah Adhan.
Sampai
di kereta, Zara cepat-cepat keluarkan kunci, buka pintu, masuk, kunci pintu dan
dia hela nafas panjang. Stereng kereta digenggam kuat, kepala disandarkan ke
kerusi. Apa yang dah jadi ni? Semua ini tak ada dalam rancangan dia. Dia
sepatutnya datang ke sini, jumpa Adhan, buat perangai sedikit dan berharap
Adhan akan reject dia. Tapi lelaki itu boleh senyum pada dia, panggil
dia sweetheart dan babe, bercerita dengan dia macam mereka dah
berkenalan sepuluh tahun. Dia tak sempat pun nak buat perangai emo-girl macam yang dia rancang dengan Nani.
Tapi…
Zara
tegakkan badan. Dia baru pergi macam itu sahaja, tanpa berkata apa-apa dengan
Adhan Mikhail. Sebelum tu sempat juga dia buat perangai macam perempuan psycho
depan Adhan tadi (kes cutlery knives). Itu kira buat perangailah, kan? Zara
senyum sendiri. Sure dia akan reject aku lepas ni kan? Senyum
Zara makin melebar.
“Tok…tok…tok…”
Cermin
kereta Zara diketuk. Dia menjerit terkejut. Mata memandang ke luar. Wajah Adhan
yang sedang tersenyum lebar kelihatan di luar. Oh Tuhan! Memang dia ni pemurah!
Adhan
buat isyarat agar tingkap diturunkan.
“What?” Tanya
Zara sebaik sahaja tingkap diturunkan.
“Esok.
Pukul 3. We’ll have that talk
at your hotel’s coffee house. See you, sweetheart.” Beritahu Adhan sebelum
bergerak ke arah sebuah Harley Davidson yang diparkir tak jauh dari kereta
Zara. Tak sampai beberapa langkah Adhan menapak, dia berhenti kemudia dia
berpusing semula kea rah Zara.
“Zara
Harlina…”
Zara
yang kembali membelek kad di tangan menoleh ke arah Adhan. Kali ini wajah
lelaki itu nampak serius. Tiada lagi senyuman-sedikit-kacau seperti tadi.
“Hope
to see the real you tomorrow.”
Zara
terkedu. Sambil memandang Adhan yang berlalu pergi, dua perkara terlintas di
fikirannya. Pertama, rancangan dia memang tak berjaya. Kedua, dia tak suka
Adhan yang serius. TAK SUKA!
No comments:
Post a Comment