Suasana
di Lovely Bakery agak kelam kabut.
Mana taknya, mereka ada majlis besar malam nanti. Amanda sendiri tak menang
tangan. Nasib baik Reen dan Lydia ada membantu.
“Amanda,
tak boleh ke you duduk diam-diam? I yang pening tengok you ni,” arah Lydia bila
tengok Amanda berulang alik berkali-kali dari café-bilik-dapur. Gelabah
semacam.
“Nyonya,
you kena ingat. Pelanggan kita kali ni lain sikit. Tak boleh main-main. Semalam
dia telefon I, siap bagi amaran lagi. Dia tak nak ada cacat cela. Kalau tak
tahulah nasib kita,” balas Amanda risau.
“Nyonya,
nyonya, I belum kahwin lagi tau,” rajuk Lydia.
Amanda
hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Lydia.
“Alahai
nyonya, you janganlah marah. Kitaorang
tahulah you belum kahwin. Saja nak bergurau dengan you,” usik Reen pula.
“I
tahu you all bergurau. Tapi depan
lelaki-lelaki hensem jangan panggil I
nyonya tau. Kesian I nanti jadi anak dara tua. Tak laku,” balas Lydia tergelak
kecil.
“Eh!
You punya Michael mana you mahu campak? Tak laku konon, choiii,” kata-kata
Amanda mengundang ketawa mereka bertiga. Riuh sekejap.
“Hmmm…
cakap-cakap lelaki hensem ni kan.
Hari tu ada sorang mamat hensem datang kedai kita ni. I tak
sangka wujud rupanya lelaki ddg kat
Malaysia ni. Ingatkan kat dalam drama aje.” Reen memulakan sesi bergosip.
“Eeeee…
betul ke Reen? Bila dia datang? Kenapa I tak tahu? I tak ada ke masa tu? Hensem sangat ke dari Michael I?”
bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Lydia. Macam M16. Tak menyempat. Teruja sangat.
Amanda
tak tercuit langsung dengan kata-kata Reen. Malas nak ambil pusing. Dalam
kepala otak dia sekarang ni, majlis malam ni. Matanya ligat membelek iPad di
tangan. Terpapar lakaran layout untuk
majlis Cik Wani. Tema ‘shocking pink’.
“Satu-satulah
nyonya, kut ya pun,” marah Reen. Dipandangnya Amanda di sebelah. Minah ni, ada
perasaan ke tidak?
“Reen!
Kalau mulut you sebut lelaki hensem.
Memang ddglah. You kan pantang nampak
lelaki berdahi licin. Mana I boleh sabar,” balas Lydia.
“Ddg?” tanya Amanda dengan muka tak faham.
Short form apa pula minah dua ekor ni.
Tak pernah pun dia dengar.
“Drop dead gorgeous,” serentak Reen dan
Lydia menjawab. Ketawa mereka berpadu.
“Macam-macamlah
korang ni.” Amanda kembali membelek iPadnya.
“Kacak,
segak, bergaya, macho. Memang ada style lah,” sambung Reen membayangkan
lelaki hensem yang dia maksudkan.
Amanda
hanya menjungitkan bahu dan menggeleng-gelengkan kepala bila mendengar pujian
dari Reen. Ya, ya kelapa aje si Reen ni sampai buat si Lydia teruja.
“Wow…!”
Lydia cuba membayangkan lelaki hensem
yang Reen maksudkan.
“Tapi
sayang…” Reen sengaja melambatkan kata-katanya.
Lydia
terkebil-kebil memandang Reen.
“I
nak sambung kerja.” terbahak-bahak Reen ketawa.
Cemberut
muka Lydia bila dipermainkan. Kusyen kecil di atas sofa di baling pada Reen.
Reen
mengelak. Sudahnya kusyen tersebut cantik je
mendarat atas kepala Amanda.
Lydia
kaku.
Reen
menjungkitkan kedua-dua keningnya.
Amanda
dah jegilkan mata.
“Sorry, dear. Am really sorry,” pujuk Lydia.
“Jangan
marah eh, Amanda sayang,” rayu Reen pula.
“Bilalah
korang ni nak matang. Pasal lelaki
aje pun. Tak malu ke budak-budak tu tengok,” suara Amanda mendatar. Pandangan
dia di tala ke arah kaunter bayaran.
Amanda
kemudian mengangkat punggung dan berlalu ke dapur. Dia tersenyum sebaik kakinya
melangkah keluar dari ruang café. Mana taknya, cuak dan pucat muka Reen dan
Lydia. Perangai macam budak-budak, kepala digeleng-gelengkan.
“Hoi…!”
oktaf suara Reen tinggi. Kena baling dengan kusyen mahu tak menjerit.
“Siapa
suruh you main-mainkan I? Cepatlah Reen, habiskan cerita dongeng you tu,”
rengek Lydia.
“Eee…
you ni. Tak cukup ke dah ada Michael tu?” soal Reen.
“Lelaki
hensem. Michael, I’ll keep him safe in my heart,” jawab Lydia selamba.
“Lelaki
tu memang hensem tapi I rasa dia pakwe Cik Wani. I pernah terbaca kat
ruangan gosip pasal mereka. Lagi satu, cerita lelaki tu pernah keluar kat
majalah bisnes. One of the hot successful
bachelor,” terang Reen panjang lebar.
“Lelaki
tu, lelaki tu, siapa nama dia? You tahukan I mana ada masa nak baca pasal
gosip-gosip ni,” marah Lydia. Geram dia bila Reen masih main tarik-tarik tali.
“Kejap-kejap
dia ada cakap nama dia tapi serius I memang lupa,” Reen memicit-micit pelipisa.
Macam memikirkan masalah negara gayanya.
“Macam
mana nak ingat kalau you asyik tenung je lelaki tu kan. Name card?” usik Lydia.
Reen
tepuk dahi. Kelam kabut dia menyelak planner.
“Huh,
ni dia! Akid Rizq Tan Sri Razlan, GM Hotel
Amiraz, Amiraz Holding Berhad.” Reen membaca butiran yang tertera di kad nama.
“Ooo…
patutlah you cakap lelaki tu ddg,”
balas Lydia.
“You know this guy?” tanya Reen.
“Kawan
Michael. Satu u dulu. Terserempak masa
kami tengah makan malam kat Hotel Mutiara. Tapi masa tu dia bukan dengan Cik
Wani. Michael cakap dia tu playboy. Biasalah
anak orang kaya, ada rupa lagi. Perempuan keliling pinggang,” terang Lydia.
“Playboy? Alamak! Baru nak berangan. Nasib
belum jadi pakwe I,” kata Reen.
“Oiii…
makcik-makcik, sudah-sudahlah tu. Tak hadapnya ddg tu kat korang. Nak
ikut ke tak? Kitaorang dah nak gerak
ni. Nanti tak sempat nak susun semua. Lambat, pergi sendiri,” laung Amanda yang
berdiri di pintu tengah. Dia dah bersedia nak ke rumah Cik Wani.
Beg
sandang belakang warna hijau lumut jenama Prada cantik tergantung di belakang
Amanda. Nampak sepadan dengan baju-t kuning dan cardigan hitam yang tersarung di badannya. Tambah lagi dengan
seluar denim hitam dan kasut tanpa tumit warna sama. Sangat santai. Seesuai
untuk buat kerja lasak.
“Coming boss!” suara Reen dan Lydia
berpadu. Kelam kabut kedua-duanya berlari ke bilik masing-masing. Kemas dan
capai apa yang patut. Bos dah ajak kenalah pergi. Lagi pun semenjak Amanda pandu
kereta BMW X6, mereka berdua belum pernah naik lagi. Tak baik menolak rezeki.
###
“Morning mummy,” sapa Amani Raiqah.
Tanganya laju mencapai mangkuk dan mencedok bihun goreng yang terhidang di atas
meja makan.
“Matahari
dah naik baru nak bangun,” bebel Puan Sri Aminah.
“Pembetulan.
Rai bangun solat subuh tau. Saja je tak nak turun awal,” jawab Amani Raiqah tersengih
memandang Puan Sri Aminah.
“Macamlah
mummy tak tahu. M Rai tu besar sangat. Nasib ada bibik,” balas Puan Sri Aminah.
Bukan dia tak tahu taktik anak daranya. Malas nak menolong kat dapur.
“Papa
dengan abang mana? Dia orang dah sarap ke, mummy?”
tanya Amani Raiqah. Baru berkira-kira nak jumpa papanya. Ada hajat besar.
“Hujung
minggu ni Rai. Papa macam biasalah, main golf dengan kawan-kawan dia. Abang, mummy rasa dia keluar jogging. Anak dara mummy ni je jogging atas
katil,” jawab Puan Sri Aminah panjang lebar. Tangannya masih ligat menyusun
makanan di atas meja.
“Alah…
mummy ni saja je tau. Rai kan baru
habis belajar. Lepas-lepas ni Rai tolong mummy,
eh. Apa mummy suruh buat semua Rai
ikut. Cuma sekarang Rai nak rehat-rehat dulu,” pujuk Amani Raiqah. Lengan Puan
Sri Aminah di paut. Memujuk.
“Ya
lah, ya lah. Dah makan mee tu. Nanti sejuk dah tak sedap pula,” jawab Puan Sri
Aminah mengalah. Lengan baju disingsing menampakkan kulit tangannya yang putih.
Peluh kecil yang merenik di dahi di lap.
“Morning,” sapa Akid yang muncul dari
ruang tamu. Jag jus oren dicapai dan dituang ke dalam gelas. Sekali teguk jus
oren tersebut habis. Itulah rutin yang selalu dibuat bila dia balik dari jogging. Diet sihat katanya.
“Apa
yang bising-bising tadi sampai Akid bagi salam sorang pun tak jawab?” tanya Akid.
“Adik
Akid nilah. Matahari dah tinggi baru nak bangun. Agaknya kalau ada meteor jatuh
pun dia tak dengar,” bebel Puan Sri Aminah semula.
Erkkk…
mummy ni. Tingginya pemikiran. Meteor
bagai, gumam Amani Raiqah dalam hati.
Akid
menggosok-gosok kepala adiknya. Tangan dia di tepis Amani Raiqah.
“Suka
tau main kepala orang.” Amani Raiqah menjeling abangnya.
Akid
tersengih.
“Budak
manja memang macam tu, mummy.
Tahu-tahu dah siap semuanya. Kesian mummy
kesayangan Akid ni. Asyik kena buli je dengan anak dara pemalas dia,” sakat
Akid.
“Rai
tak buli mummy lah. Sibuk aje abang
busuk ni. Rai cuma nak rehat-rehat je dulu. Nanti bila Rai dah bersedia, Rai
tolonglah mummy. Mummy kan cakap boleh tadi?” balas Amani Raiqah tak mahu mengalah.
Puan
Sri Aminah hanya tersenyum. Gelagat dua beradik ini mencuit hati kecilnya.
“Jangan
lama-lama sangat rehat, Rai. Nanti tak ada orang nak masuk meminang anak dara
pemalas,” usik Akid.
“Pandai
je mengata orang. Akid tu pun sama juga. Bila entah nak berhenti berjoli? Umur
pun dah makin meningkat. Kalau tak ada calon lagi bagitahu mummy. Biar mummy aje
yang carikan,” balas Puan Sri Aminah.
Akid
menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Amani
Raiqah dah ketawa mengekek-ngekek.
“Mummy ni ke situ pula. Belum jumpa yang
boleh buat hati anak mummy ni
begetar. Dup dap, dup dap,” sahut Akid. Tangannya dibawa ke dada. Macam gaya
Saiful Apek.
Amani
Raiqah menunjukkan isyarat bagus pada abangnya.
“Bilanya
nak jumpa kalau Akid asyik clubbing
je. Sepatutnya banyakkan solat, minta pada Allah, biar dipertemukan jodoh yang baik-baik.
Dekat tempat macam tu mana nak jumpa perempuan yang baik-baik,” bebel Puan Sri
Amimah.
“Errr…”
kelu lidah Akid nak menjawab.
Amani
Raiqah menyambung tawa bila dilihat abangnya dah tak keruan. Tawanya terhenti
bila Puan Sri Aminah menjeling pada dia pula.
“Assalammualaikum.
Apa hal yang bising-bising ni?” tanya Tan Sri Razlan yang tiba-tiba muncul. Dia
terus menarik kerusi di sebelah isterinya.
“Waalaimummussalam.
Eh! Papanya cepat pula balik? Selalu kalau tak pukul dua belas, tak adanya abang
kat rumah?” tanya Puan Sri Aminah yang terkejut bila melihat suaminya balik
awal hari ini.
“Cancel. Chua dengan Zayd tak dapat
datang,” jawab Tan Sri Razlan.
“Papa
nak kopi?” tanya Amani Raiqah.
Tan
Sri Razlan menganggukkan kepala. Dia memandang isterinya. Keningnya terangkat.
Pelik dengan tingkah Amani Raiqah.
Puan
Sri Aminah hanya menjungkitkan bahu.
“Ni
baik sangat dengan papa ada apa-apa ke?” soal Tan Sri Razlan sebaik menghirup
sedikit kopi yang dituang Amani Raiqah.
“Mesti
ada apa-apa tu, pa. Macam papa tak biasa pula dengan Rai ni,” giat Akid. Dia
masak sangat dengan perangai adiknya. Kalau Amani Raiqah membuat sesuatu di
luar kebiasaannya, mesti ada benda yang dia mahukan.
“Elaun
bulan ni tambah sikit boleh tak, papa? Rai nak jalan-jalan dengan kawan. Bosan
asyik duduk kat rumah je,” rayu Amani Raiqah.
Masing-masing
dah tersenyum bila Amani Raiqah bersuara. Betul sangkaan mereka.
“Enam
bulan terperap kat rumah memanglah bosan. Kalau masuk pejabat, banyak benda Rai
boleh belajar,” balas Tan Sri Razlan.
Akid
dan Puan Sri Aminah hanya mendiamkan diri bila Tan Sri Razlan dah menyentuh
soal kerja. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga.
“Rai
belum bersedia lagilah, pa. Nanti kalau dah kerja mesti tak ada masa nak jalan-jalan,”
jawab Amani Raiqah kembali.
“Macam
mana nak bersedia kalau Rai tak mula dari sekarang,” sambung Tan Sri Razlan
lembut.
Tadi
kau ketawakan abang kena ceramah percuma dari mummy, sekarang rasakan. Akid tersenyum senget memandang adiknya.
“Papa
lupakan jelah pasal elaun tu,” jawab Amani Raiqah dengan suara bergetar. Bibirnya
dah muncung sedepa. Mee di pinggan di kuis-kuis. Hilang selera nak makan.
Tan
Sri Razlan menjeling. “Papa boleh bagi tapi dengan satu syarat,” pujuk Tan Sri
Razlan.
“Anything pa, anything,” jawab Amani Raiqah ceria. Matanya bersinar-sinar. Lengan
Tan Sri Razlan dipaut.
Manja
betul, bisik Akid sendiri.
“Rai
kena masuk pejabat minggu depan. No
excuse.”
Terdiam
Amani Raiqah. Dia mengurut tekaknya yang tiba-tiba terasa kering.
Akid
menghulurkan segelas jus oren pada Amani Raiqah. Dia mengulum senyum bila wajah
ceria adiknya bertukar cemberut.
Amani
Raiqah menyambut gelas tersebut dan terus diteguk. Abangnya dijeling.
“What to do…” lemah suara Amani Raiqah.
Tan
Sri Razlan menggosok-gosok kepala anak daranya.
Hesy…
hobi orang dalam rumah ni agaknya, asyik nak gosok kepala dia.
Mentang-mentanglah dia yang paling muda. Amani Raiqah menyisir rambutnya dengan
tangan.
“Malam
ni semua makan malam kat rumah tau,” pesan Puan Sri Aminah memecah kesunyian.
“Akid
tak bolehlah, mummy. Dah janji dengan
kawan.”
“Perempuan?”
tanya Puan Sri Aminah. Tidak senang dengan sikap berfoya-foya Akid.
Akid
hanya menganggukkan kepala. Bihun yang berbaki di dalam pinggan dihabiskannya
secepat mungkin. Kena cepat bangun dari situ. Risau papanya pula yang akan
bertanya.
“Siapa?
Model? Pelakon? Penyanyi?” soal Tan Sri Razlan bertubi-tubi.
Betul
sangkaan Akid soalan cepu emas dah keluar dari mulut papanya.
Tan
Sri Razlan dah masak benar dengan perangai playboy
anak bujangnya. Perempuan mana aje
yang tak disusung Akid. Selagi kehidupan peribadi Akid tak mengganggu
perjalanan syarikat, dia masih boleh terima. Kalau melebihi batas dia akan
masuk campur.
“Model,”
jawab Akid pendek dan terus angkat kaki. Duduk kat dapur lama-lama nanti boleh
rentung kena bahasa dengan papanya. Cukuplah mummy dah bising tadi.
Amani
Raiqah sempat menjelirkan lidah dan membuat isyarat padan muka.
“Nak
mengelaklah tu,’ tutur Tan Sri Razlan.
Puan
Sri Aminah dan Amani Raiqah tertawa kecil.
“Bro, tempat biasa. Sepuluh setengah,
jangan lewat. Pasal plan malam ni kena
polish sikit. Bagi sengat lagi. Aku
tak nak gosip yang bukan-bukan keluar esok. Cukup-cukuplah pagi ni dah kena smash dengan mummy dan papa aku,” kata Akid sebaik Danial menjawab panggilan
telefonnya.
copyright : Syeena Hamdan / Ideakreatif
No comments:
Post a Comment