Setahun
kemudian...
M
|
EJA di hadapannya diketuk berkali-kali
dengan jari tengah serta jari telunjuknya, mengeluarkan irama yang entahapapa
itu. Sekali lagi jam di pergelangan tangan dibelek. Termasuk kali ini, sudah
hampir lima kali si dia mengelak.
“Kalau tahu dah lewat tu , tolonglah ada
inisiatif untuk maklumkan dulu. Ingat masa aku tu tak berharga ke? Payah betul
manusia ni kadang-kadang. Nasib baik aku sayangkan kau, kalau tak memang aku
dah tinggalkan kau dah.” Kiah merungut geram. Jarinya tadi mencapai gelas kopi
lalu menghirup minuman tersebut sepuas hati. Ah, lega sikit rasa geram ni!
Baru sahaja dia meletakkan kopinya
kembali ke atas meja, manusia yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul jua. Kiah
memandang sekilas ke arah susuk tubuh tinggi lampai tersebut. ‘Aik? Mana pergi
rambut panjang dia? Mana pergi cincin dia banyak-banyak tu? Kena samun ke? Mana
pergi telinga dia yang selalu kena tindik tu?’ Hati Kiah sudah pelik apabila
melihat si dia yang selama ini bukan main lagi muka macam penyangak yang suka
pecah rumah orang sudah bertukar menjadi insan yang sangatlah...innocent looking! Sekali pandang macam
budak baru keluar maktab tahfiz pun ada.
“Maaf, saya lewat awak.” Si dia
bersuara.
Kiah masih lagi terdiam, mencerna apa
yang telah berlaku kepada badboy dia di hadapan ini.
“Awak? Ni...kenapa nampak macam baik aja
ni?” Kiah bertanya terus tanpa memberi respon kepada kata-kata maaf tadi.
Sekarang, giliran si lelaki itu pula
untuk menjadi hairan. Bukankah sepatutnya Kiah suka ke kalau dia berubah jadi
baik? Selama ni memang dia dah baik pun, cuma cara berpakaian itu aja macam
budak nakal sikit.
“Khairina...sebenarnya... saya suruh
awak datang sini hari ni, saya nak cakap sesuatu sama awak,” kata lelaki tadi
sambil tersenyum manis.
Kiah juga ikut tersenyum lebar. Nak kata
sesuatu ye? Kata apa?
“Iya? Katalah cepat!” Kiah sudah tidak
sabar mendengar tiga perkataan yang dia tunggu-tunggu seumur hidup tu. Cepatlah
cakap saya cintakan awak tu!! Tak
sabar nak dengar ni!
Si lelaki itu sudah menggaru-garu
keningnya.
Tadi bukan main tersenyum, sekarang riak macam
kena buasir tu kenapa?
“Saya...” ayatnya tergantung di situ.
Wajah Kiah sudah semakin ceria.
‘Cepat, cepat...saya...cintakan awak.
Cepatlah cakap!!! Aku nak dengar ni...,’ getus hati Kiah, teruja.
“Awak...”
Kiah membuat muka tertanya-tanyanya. ‘Apakes
main cakap separuh jalan ni?’ Soal Kiah di dalam hatinya lagi. ‘Awak...awak
apa? Ish dia ni, cakap tu tak? Saspen betul!’
Lelaki itu berdehem dan memandang ke
bawah sejenak. Kemudian dia menarik nafas panjang lalu kembali memandang ke
arah Kiah.
“Okay...saya nak...”
Alahai! Tergantung lagi? Saya nak apa?
Saya nak awak? Boleh, tapi kena kahwin dulu! Hish mamat ni...nak cakap saya
cintakan awak pun berjanggut aku kena tunggu!
“Saya nak break!” Kiah dapat merasakan beberapa jenis kaca di dalam mindanya
retak dan hancur apabila mendengar pernyataan tersebut. Dia ternganga. ‘Dia
cakap apa tadi???Oh tidak!!! Break???’
MATANYA memandang kosong ke arah lelaki yang
kini tersenyum hambar di hadapannya. Dia sudah dapat mengagak, bahawa lelaki
ini pun bukan jodohnya. Seperti lelaki-lelaki lain sebelum ini, yang ini juga
tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Akhirnya, dia juga yang ditinggalkan. Di
manakan silapnya? Bilakah dia akan ditemukan ‘The One and Only’ yang akan mencintainya sepenuh hati dan
menghabiskan sisa-sisa hidup bersamanya apabila dia sudah tua kelak?
Nafas
berat dilepaskan. Air di dalam gelas dihadapannya dihirup rakus.
“Saya
minta maaf, awak. Awak dah banyak
mengajar saya erti cinta, erti kemaafan. Saya rasa, sekarang ni bukan masa yang
sesuai untuk kita teruskan hubungan kita, awak. Awak dah sedarkan saya, saya perlu cari balik mama saya. Saya
kena perbaiki balik hubungan saya dengan keluarga saya. Kalau saya tak kenal
awak, saya tak akan sedar akan semua benda ini. Terima kasih, awak. You are such a great...friend. Saya
minta maaf ya, kalau saya tak ada dalam situasi ni, mungkin kita ada peluang
untuk bersama, tapi, saya rasa tak lengkap hubungan kita tu kalau keluarga saya
sendiri berpecah belah,” kata lelaki tadi dengan tulus.
Kiah sekadar tersenyum hambar dan
menganggukkan kepalanya. Oh hati...kau bersabarlah. Termasuk kali ini, sudah
enam kali kau kena toreh!
Tak ada
apa yang berbeza, dia ni bukan yang pertama yang cakap Kiah hanyalah sekadar
seorang kawan yang baik. Tapi sampai bila dia nak jadi kawan yang baik? Apa
yang dia inginkan adalah cintanya berbalas. Itu sahaja. Dia tidak ingin menjadi
sekadar kawan, she wants love, marriage
,babies and a neverending confession of love! Tak banyak pun.
Dia nak bina keluarga dengan lelaki
yang dicintainya, namun, bagaimanakah impiannya akan tercapai kalau lelaki yang
ini pun tak cintakan dia? Berapa banyak lagi lelaki yang perlu dia kenal dan
jatuh cinta namun akhirnya dihampakan kembali?
“Saya
harap, awak akan jumpa lelaki yang mampu balas cinta awak. Awak sangat optimis,
saya yakin awak mampu mencari lelaki tersebut nanti. Saya pergi dulu.” Lelaki
tadi mengundur diri.
Kiah memejamkan matanya dan menarik
nafas panjang-panjang. ‘Jangan menangis Kiah, jangan menangis. Ini bukan kali
pertama kan kau hancur hati? Kau kuat Kiah. Dia tak layak untuk tangisan kau.’
Kiah
melepaskan keluhan berat apabila susuk
tubuh lelaki tadi hilang dicelah orang ramai. Mukanya diletakkan ke meja sambil
mata memandang kosong ke hadapan.
‘Orang kata kuasa magis tu tak wujud, impan tidak akan
menjadi nyata, and that Prince Charming itu
tak ada di mana-mana pun...mungkin sudah tiba masanya aku berhenti mengharapkan for my own real life Benz Aliff Sulaiman
tu? Hidup aku ni bukan novel Aa+Bb, this
is real life Kiah. Cinta tu mampu buat hati kau hancur dan ditusuk-tusuk
sembilu, Kiah, and there is no happy ever
after at all!’
Dia menggumam kepada dirinya sendiri. Patutkah dia kambus
impiannya untuk hidup bersama orang yang turut mencintainya dalam-dalam?
Patutkah dia berputus asa sekarang?
Kiah kemudiannya mengangkat
kepalanya dan duduk dengan tegak di kerusi tersebut.
“Apa
akan jadi kalau Cinderella tak berusaha memunculkan diri semasa putera raja tu
datang bawa sebelah lagi kasutnya? Apa akan jadi kalau aku tak berusaha
mendapatkan apa yang aku nak? Alang-alang hati aku dah banyak kali hancur, tak
salah kan kalau dia hancur lagi?
Asalkan aku berjaya ketemukan si dia yang mampu merawat semua luka, aku
rasa cukup berbaloi segala luka di hati aku ini. Aku akan cari putera raja aku
tu! Aku akan tunggu sampai dia muncul.’
‘I am that hopelessly hopeful, bahawa ada
lelaki di Malaysia ni yang akan cintakan aku balik. Suatu hari nanti, pasti aku
akan jumpa lelaki misteri itu; dan aku akan pastikan dia jatuh cinta pada aku,
dan dia ucapkan apa yang lelaki-lelaki sebelum ni tak mampu ucapkan.Yosh Kiah! Cari lelaki tu sampai dapat,
dia wujud Kiah. Kau kena yakin yang dia wujud. Cuma Allah yang tak bagi kau
berjumpa dengan dia lagi.” Kiah memasang azam yang baharu. Senyuman manis
kembali tersungging pada wajahnya tika itu. Yosh!
No comments:
Post a Comment