Bab 5
T
|
ERGESA-GESA Ain melangkah keluar dari Book Garden yang merupakan kedai yang
menjual buku rujukan dan alat tulis bagi pelajar universiti. Tadinya dia
berkunjung ke sini untuk membeli beberapa batang pen dan juga menukar bateri
kalkulator. Sebaik sahaja berdepan dengan lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapannya
sebentar tadi buat semua yang ada dalam fikirannya berterbangan. Beg sandang
ditarik kemas. Tangan yang sudah menggigil digenggam kemas. Insiden sebentar
tadi berulang tayang bagai pita rakaman yang tidak mampu dibuang.
Baru sahaja tangan memegang bekas berisi pen yang
mengandungi pelbagai warna, ada tangan lain yang turut sama mendarat dibekas
tersebut sehingga tersentuh jarinya. Terlepas bekas tersebut dari tangan.
“Lembutnya tangan.”
Tanpa mengendahkan renungan tajam lelaki di hadapannya,
Ain rendahkan posisi badan untuk mengutip pen-pen yang sudah bergelimpangan
jatuh di hujung kaki. Dengan tangan yang terketar-ketar, sebatang pen
digenggamnya erat. Baru dia perasan lelaki itu turut sama membantu mengutip pen
yang masih berselerak di hujung kakinya.
“So, dekat
sini ye awak larikan diri?” Zarul berbisik rendah dekat dengan cuping telinga
Ain. Nasib baik tidak ramai yang ada di Book Garden. Berani la dia berada dekat
dengan Ain.
Ain tentang
berani pandangan pemilik mata hazel di hadapannya. Untuk tiga saat, matanya
berdegil mahu melihat lelaki itu. Lelaki itu segak bertali leher berwarna biru
tua dipadankan dengan kemeja biru cair dan slek hitam. Lelaki di hadapannya
memang punya daya tarikan yang tersendiri. Sejak dari zaman sekolah lagi
tarikan itu sudah dirasakan tapi gara-gara perangai yang tak serupa orang,
lelaki itu buat dia jelek. Biar muka tak kacak janji perangai tak menyakitkan
hati.
“Saya tak lari.
Saya naik bas. Awak pun tahu saya ni student,
takkan mak mertua tak bagitau,” sindir Ain. Takkan la nak mengaku dia sengaja
balik awal ke kampus untuk mengelak daripada berjumpa dengan Zarul. Mereka
hanya bersua muka semasa majlis akad nikah. Hanya itu. Kerana dia yang meminta
tiada majlis resepsi diadakan. Cukup hanya doa selamat yang dihadiri oleh
keluarga terdekat. Sehingga saat ini, tiada siapa yang tahu dia sudah menjadi
isteri orang.
“Ain…Ain. Saya tahu awak ni student, tapi tak sangka berdedikasi sangat sampai balik hostel
seminggu awal.” Sindir Zarul tajam. Ain ketap bibir geram.
“Awak buat apa dekat sini? Takkan ibu suruh awak datang
jumpa saya sampai kat sini?” Ain genggam tangan yang sudah menggigil. Ingatkan
dah balik awal ke kampus takkan mengadap muka Zarul, tak sangka sampai ke sini
lelaki ini menjejakinya.
“Ain, saya tak perlu dengar arahan sesiapa terutamanya
untuk jumpa isteri saya. Nanti jumpa saya dekat kafe. Saya tunggu awak habis
kelas.” Zarul ukir senyum. Kemudian berlalu tanpa pamitan.
Hilang kelibat
Zarul, Ain teruskan langkah kaki laju menuju ke tingkat 2 Bangunan Siswa. Dia
sudah 5 minit lewat untuk kelas Ekonometrik. Gara-gara berfikir sambil
berjalan, langkahnya agak lambat. Persoalan yang makin kuat mengasak kepala,
kenapa lelaki yang seorang itu muncul di pagi Isnin di bumi Seri Iskandar. Bukankah
sepatutnya lelaki itu berkerja?
Ain berjalan pantas. Sekejap-sekejap mata menoleh
kebelakang.
"Ain!"
Serta merta langkah Ain mati. Tapi dia masih tidak
berani untuk mencari siapa yang memanggil namanya. Mata dipejam seketika.
Kemudian barulah dia menoleh ke belakang. Ain tarik nafas lega.
“Kau kenapa
Ain?” Pelik Hariz tengok Ain tertoleh ke belakang. Macam dikejar seseorang.
“Tak ada apa-apa. Aku cuma nak cepat dah lambat 5 minit.”
Ain tilik jam ditangan. Nasib baik ada geng masuk kelas lambat. Tak ada la malu
sangat masuk lambat sorang-sorang.
"Relaks la, awal-awal sem ni tak ada maknanya lecturer
nak punctual," balas Hariz
selamba. Dah masuk semester 4 ni kira otai
dah. Gelagat pensyarah dah ada dalam poket.
Ain tarik nafas lega sebaik sahaja pintu kelas ditolak
masih tiada pensyarah. Biasanya minggu
pertama dan kedua awal semester memang jarang ada kelas melainkan pensyarah
betul-betul rajin buat kelas.
“Muka kau pucat.” Jiha tegur sebaik sahaja Ain tarik
kerusi duduk di sebelahnya.
Ain pegang pipi.
Memang dia akui terjumpa dengan Zarul sebentar tadi buat darah dia berhenti
mengalir. Jantung terkejut bagaikan baru sahaja berjumpa dengan makhluk paling
menakutkan.
“Nak aku hantar kau pergi UK?” pelawa Jiha. UK adalah
nama singkat untuk Unit Kesihatan dikalangan pelajar UiTM.
“Aku ok. No
worries. Dah lambat 5 minit ni. Ada ke tak ada kelas ni?” Ain pandang pintu
kelas. Cuba mengalih perhatian Jiha dari terus memandangnya. Buku nota dalam
beg ditarik. Baru dia perasan tadi dia tak sempat beli pen waima sebatang
gara-gara sibuk nak melarikan diri.
Yang sebenarnya, gara-gara terserempak dengan Zarul mood dia melayang entah ke mana. It’s really a monday blues! Thank you Zarul,
you really spoiled my day!
“Kau bila sampai sini Ain?” Jiha buka sembang kedai
kopi bila pensyarah yang ditunggu masih tak nampak bayang.
“Dari last week
lagi.”
“Wei, awalnya? Buat apa?” Jiha bersuara sedikit
terkejut.
“Aku jadi fasilitator untuk Minggu Destini Siswa.” Yang
sebenarnya dia hanya fasilitator bidan terjun disebabkan ada yang tarik diri
saat-saat akhir. Kebetulan Sheera tawarkan padanya untuk turut serta. Dari
duduk melangut dekat rumah sewa baik la dia layan adik-adik junior.
“Ooo..”
“Kau dah register
semua kelas ke?
“Berapa jam kredit semester ni?”
“20. Aku ingat nak tarik yang sem depan satu subjek. Jadi tak adalah semester 5 nanti tough sangat. Aku tengok next sem semua 4 credit hour.”
“Insya-Allah.”
“Guys!”
Ain dah Jiha memandang ke arah Hariz yang sudah berdiri
di hadapan. Seperti ada pengumuman penting yang ingin disampaikan.
“Kelas batal.”
Dengar sahaja tak ada kelas, bersorak pelajar BM 230.
Dah masuk universiti, perkara yang paling menggembirakan adalah bila ada pengumuman
dari wakil kelas memaklumkan kelas batal. Tambah-tambah kelas Econometric. Didakwa subjek ni susah
tahap dewa kelapan.
Ain mengeluh. Punya la dia semangat pergi cetak soalan-soalan
tahun lepas. Alih-alih kelas batal pulak. Ain menatap buku teks depan mata.
Fikirannya mula menerawang memikirkan kemungkinan
bagaimana lelaki itu boleh menjejaki dia hingga ke sini. Takkan la Abang Izham
yang pecah lubang. Bukan main baik dia buat perjanjian dengan abang sepupunya
semata-mata untuk kembali awal ke kampus. Sudah diingatkan biar jadi rahsia
antara mereka berdua. Dia belum bersedia untuk berterus terang hal la yang
sebenar.
Tanpa sedar Ain sudah membebel sendiri.
“Farahain!”
Terasa diri disiku, tersembam muka atas meja. Terus Ain
buka mata. Keadaan sekeliling diperhati. Dia masih dalam kelas yang sama.
Kira-kira 30 pasang mata memandang ke arahnya.
“So, you’re
Farahain? Jangan ingat awak best student,
kelas saya ikut suka awak je. Dalam kelas saya hanya seorang yang bercakap. It’s either me or you.”
“Lagi satu kalau nak mengelamun ingatkan boyfriend tak payah masuk kelas saya. ”
Ain tunduk menekur lantai. Kecut perut.
“Kalau awak rasa kelas saya boring, pick up your stuff
and get out.” Laung pensyarah itu
dari hadapan. Tajam dan pedas. Boleh pecah gegendang telinga.
Ain terpempan. Rasa nak nangis bercampur geram. Pertama
kali kena malukan dalam dewan kuliah. Bilik yang dipenuhi oleh hampir 60 orang
pelajar. Matanya tajam merenung raut bengis depan mata. Langsung dia tak
perasan bila pensyarah ini masuk ke kelasnya.
“Bukan ke tadi cakap kelas cancel?” soal Ain kepada Jiha.
“Memang la kelas cancel,
tapi Puan Ainun minta lecturer baru
gantikan. Handsome siot. Dia ajar
budak diploma sem lepas. Imran nama
dia.” Ayu sudah tersengih-sengih. Pantang nampak pensyarah kacak, terus dilanda
perasaan.
“Aku cau
dulu. Nanti jumpa kat library.”
Sebaik sahaja Ain angkat muka, pandangannya dengan Imran
bersabung. Cepat dia menunduk. Entah kenapa berangin pulak pensyarah
yang seorang itu. Tak pasal-pasal dia tuang kelas hari ni, lagi malang kena
belajar sendiri. Harap-harap dia mampu faham buku rujukan Ekonometrik setebal
600 mukasurat itu.
Segera, dia mengemas semua perkakas alat tulis. Beg
sandang disangkut ke bahu. Tak fikir dua kali, segera dia cari pintu keluar.
Nasib baik awal semester, sempat lagi kalau nak tukar kelas lain. Ahaks!
No comments:
Post a Comment