Bab 7.
“Err... dia
sekolah lagi, makcik?”
Makcik tu dah
kerut-kerut kening.
“Kamu tak tau
ke?”
Laju aku
menggeleng. Lagi sekali dia kerut kening.
“Sekolah
lagi... Tahun depan dalam bulan... Bulan empat kalau tak silap makcik, dia
habislah.”
Bulan empat
habis? Err... sekolah apa habis bulan empat? Hmmm... Budak U kot... Aku tarik
senyum. Keyakinan yang sekejap tadi terbang menghilang, kembali semula.
“Pakcik ada
tak makcik?”
Dia
mengangguk, tapi tayang riak pelik.
“Kalau tak
keberatan, saya nak jumpa dengan pakcik, boleh?”
Masih
menayangkan riak pelik, tapi tetap mengangguk.
“Sekejap
makcik pergi panggil dekat atas.” Dan dia terus memanjat anak tangga yang
berada dekat dengan pintu utama.
Aku bersandar
sambil berpeluk tubuh pada dinding, menghayati pemandangan di luar rumah.
Senyum di bibir masih tak lekang. Gabra macam mana sekalipun, senyum jangan
lupa.
“Awak buat
apa lagi kat sini?” soalan siap pakej dengan tumbukan di bahu.
Aku mengaduh
perlahan sambil menggosok bahu yang perit. Dah empat kali bahu kiri ni menerima
tumbukan, aku bajet tak payah tunggu esok, sekarang pun dah naik kesan lebam
dah ni rasanya.
Senah yang
bercekak pinggang depan muka pintu aku pandang. Tak sempat buka mulut, ada
derap kaki menuruni anak tangga. Senah mendongak dan aku ikut memandang ke arah
yang sama.
“Husna, pergi
buatkan teh.”
Husna. Husna.
Husna. Nama tu bergema dalam kepala. Sangat indah kedengaran di telinga. Indah
lagi bila disebutkan di bibir. Aku pandang dia yang masih melopong memandang ke
arah kedua mak ayah dia.
“Husna...”
bisik aku sebelum menarik senyum senget. Terus dia berkalih memandang aku.
Membuntang mata kucing itu tak berkelip memandang aku.
Auh... comel.
Comel sangat. Tahap confidence aku
naik 150% walaupun perasaan gementar tu masih terus ada.
“Pergi
buatkan air, Husna.” Mak dia tegaskan suara, dia merengus dan hentakkan kaki
sekali sebelum mencicit berlari masuk ke dalam.
Aku kulum
senyum. Sumpah comel nak mati perangai tu.
“Haa, nama
kamu apa tadi?”
“Err...
Firdaus, pakcik.”
“Haa...
Firdaus... Meh, jemput masuk, kita pi duduk kat depan.”
Sandal aku
buka dan dengan lafaz bismillah, aku melangkah masuk. Perlahan mengekor di
belakang mak ayah Senah... eh, err... Husna. Ye, belakang mak ayah Husna menuju
ke ruang tamu.
“Jemputlah
duduk. Mintak maaflah, pakcik baru balik mesyuarat JKKK tadi, penat sikit.”
Aku geleng
dan senyum.
“Tak apa.
Patut saya yang minta maaf, mengganggu pakcik berehat petang-petang ni.”
Elok habis
aku bercakap, dia masuk dengan menatang sebuah dulang. Dituangkan teh ke dalam
cawan sebelum diagihkan. Kemudian dia berlalu masuk ke dalam semula. Itupun dia
sempat hadiahkan jelingan membunuh lebih dulu pada aku siap dengan menjelir
lagi. Nak tergelak, tapi aku tahan. Aku berdehem sekali.
“Dah lama
kenal anak pakcik?”
Tak sempat
aku tarik nafas lagi, ayah dia dah tanya soalan maut tu. Aku telan liur sebelum
menarik nafas dalam-dalam. Perlahan kepala kugeleng. Ayah dia nampak sedikit
terkejut. Wajah serius lelaki berusia lebih dari separuh abad di depan aku
pandang. Mata bertentang. Harus. Yakin. Diri.
“Saya baru
kenal dia. Baru pertama kali jumpa lebih kurang seminggu lepas dekat gerai
pisang goreng tu.”
Mak dia dah
melopong. Ayah dia pun ikut melopong.
“Second time saya jumpa dia secara
kebetulan dekat restoran mamak kat Kota Kemuning. Dan hari ni, juga secara
kebetulan, dekat Summit,” sambung aku lagi.
Membuntang
mata mak dia memandang aku. Ayah dia juga pandang aku dengan riak penuh
ketidakpercayaan. Aku berdehem lagi.
“Kamu tau tak
anak pakcik tu sekolah lagi?”
Aku geleng.
“Saya tak tau
apa-apa tentang dia. Nama sebenar dia pun sampai sekarang saya masih tak tau.
Err... kecuali Husna, sebab makcik panggil dia tadi,” jawabku, jujur.
Sungguh, aku
dah tak kuasa nak berdolak-dalik lagi. Biarlah diorang tahu sekarang daripada
aku terjerat sendiri di kemudian hari. Mak dengan ayah dia berpandangan sesama
sendiri sebelum saling berbisik.
“Kamu tak tau
apa-apa, tapi kamu boleh sampai rumah pakcik ni? Macam mana sampai kamu
boleh hantar dia?”
Aku garu
belakang kepala. Teragak-agak hendak memberikan jawapan.
“Sebab saya
rasa sebelum saya berkenalan dengan dia lebih lanjut, lebih afdhal saya
berkenalan dengan wali dia dulu. Itu yang membuatkan saya nekad untuk hantar
dia balik.”
Ayah dia
senyum lalu menggeleng. Teh dalam cawannya disisip perlahan. Mak dia ikut
senyum.
“Kerja kat
mana?”
“Dekat
kawasan perindustrian kat Kota Kemuning tu je.”
Setelah itu
aku mencapai cawan teh di atas meja dan menyisip sedikit teh yang sudah suam,
cuba menghilangkan perasaan gementar yang masih belum pudar.
“Kerja apa?”
Cawan
kukembalikan atas piring lapiknya kemudian berdehem sekali.
“Saya kerja
biasa-biasa je, pakcik. Buat maintenance
dekat kilang-kilang.”
Ayah dia
mengangguk-angguk. Teh dalam cawannya disisip lagi.
“Dah lama ke
kerja situ?” Mak dia pula menyoal setelah sekian lama berdiam diri.
Aku mencongak
dalam kepala.
“Adalah dalam
enam tahun dah saya dekat situ.”
“Haa, nama
kamu apa tadi?”
“Err...
Firdaus, pakcik.”
“Kamu masih
ada mak ayah?” soal ayah dia lagi.
“Mak ada
lagi. Ayah saya dah meninggal empat tahun lepas.”
Dia
mengangguk-angguk. Aku angkat cawan teh dan membawanya ke bibir. Teh yang dah
semakin sejuk aku teguk perlahan.
“Husna tu dah
nak habis sekolah dah. Tahun depan, kan? Bulan berapa?” Berkerut-kerut dahi mak
Senah. Eh, eh, bukan Senah. Husna...
“Kalau tak
silap haritu dia kata bulan empat dia habis final. Konvo bulan sembilan.”
“Lepas bulan
empat, kalau kamu masih ada niat yang sama, datanglah bawak mak. Kita bincang.”
Ayah dia dah senyum lebar.
“Err... Awal
lagi saya dah cakap dengan mak saya. Hujung minggu depan dia kata nak datang.”
Terjungkit
kening ayah dia. Sekejap kemudian dia bangun dan terus duduk di sebelah. Bahu
aku dipeluk erat.
Tiba-tiba aku
rasa sebak. Teringat-ingat pada arwah ayah dulu yang selalu duduk di sebelah
aku, memeluk bahu sambil bercerita dan memberi pelajaran hidup. Meminjamkan
kekuatan saat aku hampir rebah menongkah kehidupan.
“Jujur pakcik
cakap, walaupun pakcik tak kenal kamu lagi, tapi pakcik suka dekat kamu. You’re one fine gentleman. Pakcik yakin
kamu serius dengan anak pakcik tu. Kalau tak, tak mungkin kamu berani datang
macam ni walaupun kamu tak kenal dia siapa sebenarnya, kan? Keberanian kamu ni,
bukan calang-calang orang ada. Tapi, pakcik tak boleh nak bagi kata putus.
Semuanya terpulang pada dia. kamu faham, kan?”
Aku tarik
senyum dan mengangguk perlahan.
“Saya faham,
pakcik. Apa sahaja jawapan dia, saya terima. Tak ada sebarang paksaan dari
pihak saya.”
Bahu kiri aku
ditepuk-tepuk. Adeh, sengal kesan tumbukan Senah tadi terasa mencucuk-cucuk,
tapi aku tahankan sahaja. Pandangan si ayah terhala pada mak dia.
“Pi dalam
sat, abah ada hal nak bincang. Sat lagi abah panggil lain, panggil dia mai depan ni sekali,” arahnya.
Eh? Dia ni
satu family orang utara jugak ke? Mak
dia akur dan terus ke dalam.
Aku terus
rasa kecut perut. Aisehmen... Apa lagi yang tak kawtim ni? Tadi gaya-gaya macam
dah lulus temuduga dah. Isk... Dia jarakkan sedikit duduknya dari aku. Aku
telan liur. Seram gila pulak tengok riak serius ayah dia ni.
“Berapa umur
kamu tahun ni, Firdaus?”
“Err... Saya
dah tigapuluh dah pakcik.”
“Ramai adik
beradik?”
“Err... lima
orang. Saya yang nombor dua.”
“Adik-adik
ramai yang sekolah lagi?”
Bertubi-tubi
soalan hah. Lepas satu, satu. Nasib baik
soalan senang je nak jawab.
“Dua dah
kerja. Sorang baru masuk poli. Sorang lagi form
five.”
“Ada yang dah
kahwin?”
Aku angguk.
“Kakak dengan
adik saya seorang.”
“Ada adik beradik
lelaki lagi yang lain?” Raut wajah itu masih serius tanpa sebarang senyuman.
Aku tarik
nafas dalam-dalam.
“Seorang je.
Dah kerja dah. Kahwin dah pun.”
Dan akhirnya
ayah dia mengangguk. Belakang badan aku ditepuk perlahan.
“Berat
tanggungjawab kamu ni. Kamu betul-betul dah sedia ke nak pikul lagi satu
tanggungjawab?”
“InsyaAllah
pakcik. Saya yakin Allah akan memudahkan urusan saya bila saya menyenangkan
hati mak saya. Ini permintaan mak saya yang sedang saya tunaikan. Dan saya
yakin dengan pilihan saya ni bila segala urusan saya dipermudahkan setakat ni.
Alhamdulillah.”
Belakang aku
ditepuk lagi. Dan kali ini beserta senyuman di wajah tua itu. Aku hela nafas
lega sembunyi-sembunyi.
Ayah dia
bangkit dan keluar dari ruang tamu. Cawan teh aku tarik dan meneguk perlahan.
Lega tak tau nak habaq lagu mana. Sebaik aku kembalikan cawan yang masih suku
bersisa ke piringnya, ketiga-tiganya kembali ke ruang tamu. Husna disuruh duduk
berhadapan dengan aku, diapit mak ayahnya kiri dan kanan. Dia tayang muka blur. Sedikitpun tak memandang pada aku.
“Ni abah nak
tanya dengan Una.”
Ooo... Family dia panggil Una... Maknanya Senah
tu just among friends lah. Ok, set,
lepas ni aku nak panggil dia Una jugak. Kata dah nak jadi part of the family, kan?
“Tanya ape?”
Wooo...
dengar cara dia menyoal dekat ayah dia pun aku rasa dah boleh cair. Manja
rupanya budak ni.
“Una setuju?”
Berkerut-kerut
kening dia. Dijelingnya aku sekilas.
Aku cuma balas
dengan senyum simpul.
“Setuju apa
abah ni?”
“Una setuju
kalau abah terima pinangan Firdaus untuk Una?”
Dia terus
melompat dari sofa.
“Apadia?!
Orang gila tak faham bahasa ni pinang Una?!”
Bab 8.
Telunjuknya
lurus tepat kepadaku. Aku cuma senyum. Gabra toksah cakaplah, memang gabra
habis. Tapi mesti maintain tenang. Harus bertenang.
“Una! Don’t
be rude!”
Tu dia, mak
dia cakap English! Hebat ustazah ni.
“I’m not!”
bantahnya keras. Siap dengan mimik muka tak puas hati, kening berkerut dan
bibir sedikit muncung. Comel. Heh.
“Una.”
Semudah itu sang ayah bersuara dan tangannya yang lurus menuding ke arah aku
diturunkan perlahan.
Aku berdehem
sekali.
“Err...
pakcik, makcik. Don’t blame her for her reactions. Err... sebab memang
saya yang salah.”
Pandangan
Husna mencerun pada aku. Terketap-ketap bibir mungil itu. Mak dan ayah dia ikut
memandang ke arah aku. Aku telan liur.
“Terus terang
cakap, saya yang mintak dia tunjuk-”
“Mintak
tunjuk?” pangkas Husna. Terjungkit kening lebat itu sebelah.
Aku hela
nafas panjang. Fine.
“Err... kind
of paksa dia tunjukkan...”
“Kind of?”
pangkas dia lagi.
Dia ni laa
kan... Ada jugak yang aku cium terus kat sini kang, baru tau langit tu tinggi
ke rendah. Baru berbaloi kalau aku kena belasah dengan mak ayah dia pun.
Hiisshh... Geram betul.
Aku hela
nafas panjang sekali lagi dan menolak rambut yang berjuntaian di dahi ke
belakang.
“Ok. Saya
terus terang cakap, saya memang kebetulan jumpa dia dekat Summit tadi. Tapi
lepas tu saya paksa dia balik dengan saya. Saya paksa dia tunjuk mana rumah
dia. Saya...”
Aku tengok
Husna dah tarik senyum. Siap bersilang tangan di dada. Mak dengan ayah dia
masih terlihat tenang menunggu penjelasan aku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Ok,
relax Daus, chill. Jangan cepat sentap. Not at this moment.
Not at this time.
Aku kalih
pandang pada si ayah. Memandang tepat ke wajahnya. Kira man to man laa ni.
“Saya mengaku
saya salah sebab paksa Husna dan saya minta maaf pasal tu. Betul-betul minta
maaf. Niat saya buat macam tu, macam yang saya cakap tadi. Sebelum saya kenal
dia lebih lanjut, lebih afdhal saya berkenalan dengan wali dia dulu, dengan
pakcik.” Aku berhenti.
Mak dengan
ayah dia masih diam, sedang menghadam penjelasan aku mungkin. Dari ekor mata
aku nampak Husna menjulingkan matanya ke atas dan menggeleng. Kau tak percaya
eh? Siap kau, aku goreng cukup-cukup sampai jadi jugak. Heh.
“First
time jumpa je hati saya dah jatuh berkenan. Kali kedua pulak saya dah jatuh
suka. Kali ketiga, saya yakin dan pasti, Allah yang aturkan pertemuan demi
pertemuan tu yang membuatkan saya akhirnya sampai kat rumah pakcik petang ni.
Niat saya cuma satu. Saya nak minta izin dan restu dari pakcik, dari makcik,
untuk mengambil Husna sebagai pendamping saya yang sah di dunia dan akhirat
nanti.”
Mak ayah dia
tersenyum lebar. Tapi Husna aku tengok dah melopong besar. Pandang semula pada
si ayah.
“Saya mengaku
cara saya salah. Tapi kalau saya tak buat macam tu, saya pun tak tau bila saya
dapat jumpa dengan pakcik, dengan makcik. Sekarang ni, semuanya terpulang pada
pakcik, pada makcik, pada Husna. Apa saja pun cakap pakcik, saya terima.” Aku
tamatkan hujah bela diri dengan helaan nafas panjang.
Ayah dia berdehem sekali. Cawan teh ditarik ke
bibir dan diteguk perlahan. Aku telan liur. Aiseh, main jeda-jeda macam ni yang
aku tak gemar ni. Dahlaa tengah saspen gila nih.
Aku kilas
pandang pada Husna yang aku rasa juga tengah tak senang duduk menunggu jawapan
dari ayah dia. Pakcik, cepat sikit cakap boleh tak? Saya dah rasa nak terkucil
ni. Heh.
Cawan teh
dikembalikan atas piring lapik. Ditolehnya pada sang isteri, kemudian pada si
anak sebelum memandang pada aku. Sekali lagi dia berdehem. Aku telan liur.
“Mak kamu nak
datang bila? Hujung minggu depan ye?”
Err... Aku
angguk perlahan.
“Datanglah.
Kami tunggu.” Dia senyum.
“Alhamdulillah...
Terima kasih pakcik.” Aku ikut senyum. Lega!
“Abah! Una
tak-“
“Pakcik bagi
peluang kamu bincang elok-elok dengan Husna dekat luar sana.”
Rengekan dia
dipangkas laju. Husna tayang muka tak puas. Berulang kali dia pandang aku
dengan ayah dia. Aku sekadar senyum dan bangkit berdiri. Dah nak cair
sebenarnya dengar dia punya merengek tadi. Merengek marah-marah pun aku dengar
manja yang amat. Tak boleh tahan betul. Kalau ayah dia tak potong tadi, confirm
aku dah meleleh ke lantai. Heh!
“Saya mintak
izin bincang dengan Husna sekejap ye pakcik, makcik?” Mereka mengangguk. Mak
dia tolak Husna supaya bangun.
Aku keluar
lebih dulu dari ruang tamu melintasi ruang tv dan terus ke pintu utama tadi.
Sandal kusarung dan terus ke tepi kereta, menunggu. Lebih kurang lima minit
kemudian baru Husna muncul dengan muncung panjang sedepa di bibir.
Aku bersandar
pada dinding kereta, memerhatikannya yang sedang menendang-nendang batu-batu
kecil atas tanah. Senyum dan geleng-geleng. Tangan kusilangkan di dada.
“Apa motif
awak ni sebenarnya, hah?” Akhirnya dia yang memulakan setelah puas menendang
batu-batu kecil. Tubuhnya disandarkan pada tiang besi yang menampung awning
rumah. Tangannya ikut bersilang di dada.
“Apa yang
saya cakap tadi, itulah motif saya.”
Dikecilkan
matanya. Skeptiklaa tu, macam aku tak faham.
“Cakap
betul-betul boleh tak?” rengusnya.
Aku ketawa
kecil.
“Saya cakap
betul-betullah ni. Dah siap terus terang lagi dengan mak ayah awak. Apa yang
tak betulnya lagi?”
“Main-mainlah
awak ni!”
KTANG!! Tiang
besi disepak kuat. Berdengung bunyinya. Tak padan dengan pakai selipar getah
aje. Pergh! Kalau dia sepak keting aku tadi, confirm patah. Garang yang
amat budak ni dengan aku. Tapi dengan mak ayah dia, dengan kawan-kawan dia,
apasal nada manja tu kedengaran jelas walaupun tengah marah? Tak aci betul...
Haisshhh...
Aku kuis tanah dengan hujung sandal.
“Husna, I’m
dead serious about it. Kalau saya nak main-main, saya tak datang sini hadap
mak ayah awak. Saya takkan berani cakap mak saya nak datang next weekend.
Saya memang tak main-main bila saya cakap saya nak kahwin dengan awak.”
Dia merengus
kuat.
“Gila! Siapa
yang nak kahwin dengan awak?” Matanya mencerlung tajam pada aku.
Aku tarik
senyum senget.
“Awaklah.
Ayah awak dah setuju apa.”
Membuntang
terus mata kucing tu sebelum sekali lagi tiang besi yang tak berdosa tu
disepak. KTANG!! Sekali lagi tiang itu berdengung.
“Awak tau tak
awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak ni, tau?” marahnya.
Aku gelak.
“Memang saya
gila. Gilakan awak. Tak boleh?”
“Eeeiii!!
Boleh gila saya cakap dengan orang gila macam awak ni, tau tak?!”
Tiang besi
dicengkamnya kuat-kuat lalu digegar. Serius aku rasa nak tergelak
berguling-guling dah dekat situ, tapi cover macho depan bakal mertua
punya pasal, aku kunci keinginan tu kemas-kemas.
“Umur awak
berapa eh?”
Dia kembali
memandang tajam pada aku.
“Dah habis kenal
dengan abah saya ke?”
“Err...
belum...”
Dia tarik
senyum sinis.
“Tadi kata
sebelum kenal saya, nak kenal dengan wali dulu, kan? Pergi berkenalan dulu
habis-habis dengan abah, baru carik saya,” tegasnya.
Aku telan
liur. Dia boleh kenakan aku pulak. Chiss... Eh? Dia kata apa tadi? Ahhaaaa..
Senyum senget terukir dibibirku.
“Maknanya
awak setuju la ni kan nak kahwin dengan saya?”
Serta-merta blusher
original terpalit di kedua belah pipinya. Senyum aku semakin lebar.
“Takde
maknalah saya nak kahwin dengan awak. Tak hingin!” dalihnya. Tangannya
disilangkan ke dada. Riaknya serius walau rona merah jambu itu masih jelas
terlihat di pipi.
“Maknanya
awak nak tolak tanggungjawab laa ni, ye?”
Keningnya
berkerut.
“Tanggungjawab
apa pulak? Awak jangan mengarut boleh tak?” Silangan tangan dileraikan. Kedua
belah tangan jatuh ke sisi dan aku nampak penumbuk sudah terkepal.
“Awak jangan
buat-buat lupa pulak apa awak dah buat kat saya dalam panggung tadi.”
Kepalan
penumbuk terlepas. Merah padam terus wajahnya. Kening berkerut-kerut dengan
gigi diketap rapat. Malu campur marah. Confirm.
“Itu orang
tak sengajalah!” bentaknya.
Aku kunci
tawa kemas-kemas dalam hati dan buat muka kesian.
“Tak sengaja
ke, atau awak memang saja ambil kesempatan? Tak pernah lagi ada orang perempuan
sentuh saya kat situ tau selama ni? Kecik-kecik dulu adalah mak saya ke, makcik
ke... Dah besar-besar ni, memang tak ada. Awak orang pertama. Awak dah calarkan
kehormatan saya. Sebab tu saya ajak awak kahwin. Saya nak awak bertanggungjawab,”
kataku serius.
“Saya tak
sengajalah...” Dia tunduk. Hujung seliparnya menguis-nguis tanah. Aku sembunyi
senyum.
Memang aku
tau dia tak sengaja. Walaupun panggung dah gelap masa tu, bukan aku tak nampak
ada orang terlanggar dia masa dia baru nak duduk. Dalam dia nak terjatuh tu,
entah macam mana tangannya menekan paha aku, menahan diri dari terus tersungkur
ke bawah. Sikit lagi nak kena kat situ. Tak kena pun, tapi memang sikit je lagi
nak kena.
Terlompat
jugaklah aku pun, terkejut punya pasal. Berpuluh kali jugaklah budak yang
langgar dia tu minta maaf bila tengok muka garang aku masa tu. Terpaksa buat
muka garang pasal nak cover malu. Itu yang masing-masing senyap sunyi je
sepanjang cerita ditayangkan. Kalau aku rasa malu, dia dah tentu-tentu rasa
berkali-kali ganda malunya.
“Kalau tak
sengaja, at least say sorry once. Ini sampai sekarang tak ada awak sebut
apa-apa pun. Sekarang ni, awak sengaja ke, tak sengaja ke, belakang kira. Yang
saya tau, you have to bear the responsibility. Kalau tak, saya cakap kat
ayah awak apa awak buat.”
Dia angkat
muka, memandang tepat pada aku. Auh... mata kucing tu... Argh! Chill Daus,
chill! Kuatkan semangat Daus, kau nak kahwin kan? Nak tergoda ke, nak
cair ke, meleleh ke apa, tunggu kemudian. Sekarang ni kena keraskan hati dulu.
“Tapi saya
tak nak kahwin lagi...” nada suaranya dah lembut. Sejuk je telinga ni
mendengar.
Aku senyum
dan mendekatinya.
“Saya bukan
ajak awak kahwin this instant. Saya tunggu sampai awak habis final.
Kalau nak tunggu sampai awak habis konvo pun saya sanggup. It’s not like I’m
pregnant or something like that yang perlu kita nikah instant to cover
things up.” Dan aku rasa seolah menjerat diri sendiri seusai melafazkan
ayat terakhir tu bila melihat dia dah mencerlung marah pada aku.
“Memanglah
tak pregnant! Awak gila ke apa?” Dan tumbukannya hinggap di bahu kiri
aku menyebabkan aku sedikit terdorong ke belakang. Cukup lima kali sudah dan
aku sangat yakin lagi pasti, tulang bahu aku dah patah remuk sebab tumbukan dia
kali ini sangat-sangat padu lagi jitu. Tangan kanan memegang kejap bahu yang
berdenyut sakit.
“I think
you broke my shoulder already this time around...” ujarku dengan kening
berkerut menahan sakit.
“Husna Binti
Samsudin!!”
Aku toleh ke
arah pintu utama. Ayah dia dah bercekak pinggang dengan muka bengis. Aku
pandang Husna semula. Dia dah pucat lesi.
Bab 9.
“Are you
nuts?!” Dia dah terjerit.
Aku gelak.
Dulu masa dia bukak cerita dengan aku, tak ada pun aku punya refleks melampau
macam tu. Cool je. Even masa dia kecoh-kecoh telefon aku dari
hospital pasal kena balun dengan steering lock dulu pun, aku cool
je tolong uruskan apa yang patut. Dia ni, baru aku bukak cerita sikit, over pulak
reaksi tu.
“You think?”
Aku jungkit kening sebelah.
“Memang gila
tak pernah dibuat orang, bang chor. Serius aku habaq hang, memang patutlah dia
duk cakap hang gila. Pasai hang memang gila! Agak-agaklah kot ya pun nak jumpak
mak ayah dia. Gila keji dol main paksa-paksa!”
Aku gelak
lagi.
“Hang toksah
nak mengata aku. Hang pun sama keji pedajal skuter Kak Maira dulu.”
Dia ikut
gelak.
“Hat tu lain.
Aku guna cara halus,” dalihnya.
“Hangguk hang
laa cara halus. Cara halus tu laa lagi keji hang tau? Tak pasai mendapat tang
kepala tu sekali. Sapa susah? Ni, adik hang ni jugaklah yang susah. Nasib baik
aku pun duk tengah cuti time tu.” Sekali lagi tawa bersatu menggegarkan
kereta.
“Gila lah
hang ni, Daus. Memang gheja gila betui.” Dia dah geleng-geleng kepala.
“Lepaih balik
tu aku buat istikharah dah. Jawapan dia pun aku dapat dah. Memang confirm.
Lagipun ayah dia dah habaq kata go ahead. Aku go ahead sajalah
ni.” Stereng kuputar membelokkan kereta ke kiri.
“Hang serius?
Like, seriously serious?”
Aku tarik
sengih dengan soalan itu.
“Damn
right I am. Hang ingat hang sorang jaa boleh buat gheja gila lagu tu?”
Tawanya meletus semula.
“Tapi aku tak
adalah gila macam hang! At the very least aku kenai kak hang tu dah lama
jugak sebelum aku dengan penuh sopan santun datang dengan mak pak aku pi masuk
minang dia behind her knowledge. Ini hang main aci pakai terjah takdak warning,
takdak pesan. Baru seminggu jaa kenai kot, terus ajak kahwin. Gila desperado
ka apa hang nih?” Bahu kiri aku ditepuk kuat. Berkerut muka aku tahan sakit.
“Hoi, hoi.
Kan aku dah habaq kata bahu aku ni tak baik lagi. Hang ni aku humban keluaq
kereta jugak satgi, hang tau lah.”
Haziq ketawa
lagi.
“Sorry,
sorry, aku lupa. Dahsyat rupanya penangan awek pisang goreng tu na?
Sampai..”
“Husna. Nama
dia Husna,” tekan aku.
“Yalah,
yalah. Husna. Dahsyat penangan dia sampai hang teruih masuk minang sendiri tak
tunggu mak lagi dah.”
Tawa Haziq
meledak lagi. Kemain lagi sampai tertunduk-tunduk menekan perutnya. Aku sekadar
sengih. Pandangan tetap fokus pada jalanraya di hadapan. Jam di dashboard kereta
sudah menunjukkan waktu sudah mencecah jam tujuh suku malam. Sepatutnya jam
lima lagi sudah selesai buat site evaluation, tapi sebab site
engineer tu beria ajak lepak bersama, tu yang jadi lambat keluar tu. Bukan
orang lain, orang kampung jugak. Itu yang jadi banyak cerita tu.
“So
Saturday ni kira confirm laa ni?”
Aku angguk.
“Confirm
laa. Esok mak aku sampai dengan Acaq dengan Abang Salim. Petang ka malam ka,
camtu laa... Tumpang rumah hang laa, macam biasa.” Aku tayang sengih.
“Tu laa hang.
Beli ghumah, pi sewa kat oghang. Lepaih tu hang pi sewa bilik pulak. Kot dak,
kan senang mak hang nak datang tidoq,” tempelak Haziq.
“Halamak...
Kalau hang tak sudi bagi tumpang, hang habaq. Aku boleh pi carik hotel,” tukas
aku laju.
“Aku bubuh
penampaq jugak sat lagi budak ni. Bila pulak aku kata lagu tu?”
Kepala aku
disekehnya sekali.
“Woi, woi.
Aku duk driving ni. Terjun laut satgi, tak sempat hang nak kejaq masa
afdhal hang tu. Baru hang tau.” Aku dah gelak dulu.
“Sebelum hang
terjun laut, aku terjun keluaq dulu, lari pi airport. Tinggai la hang
sorang. Esok baghu aku mai balik carik hang.” Dia pulak gelak.
“Barua punya
member! Sampai hati hang nak tinggai aku!” Aku sambung gelak. Serius tak boleh
blah betul mamat ni sejak-sejak kahwin. Gila punya merenyam sampai aku tak tau
nak kata apa dah.
“Setakat
hang, apa pulak tak sampai? Sampai sangat.”
“Mangkuk ayun
hang!” Tawa terus bergema dalam kereta sewa yang sedang kupandu menghala ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Sampai di
depan perkarangan pintu departure, aku hentikan kereta dan matikan enjin
lalu keluar. Beg galas dari seat
belakang aku ambil dan kugalas di bahu kanan. Clip file yang penuh dengan
kertas aku kepit celah ketiak sebelum menutup pintu.
“Op! Op!
Jangan tepuk bahu kiri dia, Haji! Satgi ada yang meraung tang ni satgi!”
Kata-kata
Haziq buat aku laju berpusing ke belakang. Bos syarikat kereta sewa yang aku
biasa ambil tersengih dengan tangan yang terangkat. Aku ikut sengih.
“Awat bahu
hang?” soalnya setelah aku hulurkan salam dan kunci kereta.
“Haa? Err...
Tak dak pa aih. Lebam bengkak skit jaa,” jawabku.
“Accident
ka hapa buleh lebam bengkak pulak? Tapi kalau accident, takkan tang bahu
jaa kot?”
Haziq dah
ketawa lebih dulu. Chiss.
“Bergaduh
laki bini, Haji. Tu yang berlebam tang tu, tu.” Dia sambung ketawa. Lelaki
hampir separuh abad depan aku ni ikut ketawa. Aku sekadar tayang sengih.
“Aih, menikah
dah ka hang? Dia aih, tak jemput habaq pun.”
Lagi kuat
Haziq ketawa. Barua betul. Mengenakan aku nombor satu mamat ni.
“Haji percaya
sangatlah cakap mamat gelong tu. Mana ada saya menikah lagi pun.”
“Tahun depan
tu, insyaAllah,” tokok Haziq, laju. Nasib baik dia kat sebelah sana kereta. Kot
tak, memang aku dah kepit kepala dia lepas tu sekeh laju-laju dah ni.
“Oklah tu.
Umuq pun sedang elok nak menikah tu. Nanti jangan lupa hantaq kad. Setakat SP
tu, insyaAllah.” Dia senyum. Aku ikut senyum. Tak boleh nak kata apa dah.
“InsyaAllah,
Ji. Oklah, Ji. Kami masuk dulu na? InsyaAllah bulan depan jumpak lagi.” Salam
kuhulur sekali lagi.
“Ok, ok.
Assalamualaikum.”
Salam kujawab
dan terus membawa langkah masuk ke tengah-tengah ruang legar lapangan terbang
itu. Jam di pergelangan tangan ku kilas sekali. Baru pukul tujuh setengah.
Masih ada banyak masa lagi.
“Aku nak
mandi tukaq baju dulu. Lepaih jamak, baru kita masuk.”
Haziq sekadar
angguk. Langkah terus dibawa menuju ke tandas lelaki terlebih dahulu untuk
membersihkan diri dan mengganti pakaian. Bukanlah kotor sangat pun, cuma ada
terlekat sedikit debu-debu pasir dan simen je. Kebas sikit, hilanglah. Lagipun
cuma buat evaluation dekat site je, bukan buat kerja buka motor.
Tapi sebab nak menghadap Tuhan yang Maha Esa, rasanya lebih afdhal aku
menghadap dengan pakaian yang serba bersih.
Usai mandi
dan ganti baju, aku terus berjalan menuju ke surau dengan Haziq mengekor di
belakang. Sampai depan pintu surau, aku berhenti. Dan Haziq terus merempuh aku.
Aku pandang dia atas bawah. Galaxy Note II nya terus diselit ke dalam
poket seluar. Dia sengih lalu membawa tangannya ke dahi.
“Sorry
bos. Aku tak sempat brek.”
“Tak lari
kemana laa bini hang tu. Nak lari pun dah tak larat, hang laju sangat.
Gelojoh.”
Sikit lagi
penumbuknya nak mendarat ke bahu kiri aku namun terhenti serta-merta bila aku
menjegilkan mata. Tawanya pecah, namun perlahan. Hormat, depan surau kot.
“Satgi lepaih
solat kita pi makan sat. Aku rasa lapaq gila pulak dah,” ujar Haziq.
Sandal aku
tanggalkan dan susun atas rak kasut.
“Tak payah.
Hang peghabih jaa coklat melambak hang beli tak sat tadi,” balasku laju.
“Hat tu kak
hang yang order, ok? Aku punya hat Kinder Buenos tu jaa sekotak.”
Dia gelak. Aku ikut gelak.
Pintu surau
aku kuak sedikit. Tak ramai yang berada di dalam sementelah waktu maghrib pun
dah tinggal hujung-hujung je. Aku tinggalkan beg galas di tepi dinding dan
terus ke tempat mengambil wudhu’. Selepas mengambil wudhu’ aku angkat beg dan
mengambil tempat rapat ke dinding di sebelah kiri.
Sengaja rapat
sikit dengan dinding supaya tak ada orang berada disebelah kiri aku. Takut
berlaga bahu. Serius sakit. Ngilu sampai ke tulang sum-sum rasanya. Kaki seluar
aku lipat sedikit sebelum berdiri. Kemudian bahu kanan terasa ditepuk lembut.
Aku toleh kebelakang.
“Imam eh?”
Aku kerut
kening.
“Hang laa
lagi afdhal. Lagi tua pada aku.”
“Dah hang duk
rapat dengan dinding, aku nak jadi imam lagu mana? Duk tengah-tengah dalam
dinding pulak?”
Aku ketawa
kecil. Dia juga. Aku angkat beg dan berganjak tiga langkah ke kanan.
“Hek eleh,
mengelat. Hang nak kahwin lagu mana suruh jadi imam pun mengelat lagu ni?” rungut
Haziq sambil melangkah.
Aku tepuk
belakangnya sekali. Haziq terhenti dan berpusing kembali menghadap aku.
“Aku tak
habaq apa pun. Aku ginjak sikit ja pun. Takkan aku nak duk rapat dengan dinding
pulak? Tapi kalau hang nak jadi jugak, by all means, please, be my guest.”
Aku depakan tangan ke depan. Haziq sengih lalu ke belakang semula.
“Aku ingat
hang nak mengelat. Takpa, aku dah lama tak merasa jadi makmum hang ni,” katanya
selamba.
Mamat ni, nak
je aku sekeh. Suka sangat buat assumption sendiri. Aku pandang ke
hadapan. Nafas panjang ku tarik dan menghembusnya perlahan.
Bismillaahirrahmaanirraahiimm...
Usai solat
dan berdoa ringkas, beg segera aku galas dan keluar dari surau. Sandal kusarung
kembali dan bersandar di dinding sambil menunggu Haziq . Kedua belah tangan
menyeluk poket jeans. Sekejap kemudian Haziq keluar dari surau.
“Hang nak
makan kat food court ke, kat luar tu ke, kat cafe belah dalam waiting
lounge tu?”
Haziq pegang
perut.
“Dalam lah.
Eh, jap. Dah boleh masuk ke pun?”
Aku jungkit
bahu. Masing-masing mengilas jam di pergelangan tangan. Baru pukul lapan
setengah. Ada dua jam lagi. Flight pukul sepuluh tiga puluh lima minit
malam.
“Food
court je lah. Jom.” Dia berjalan lebih dahulu dan aku mengekor dari
belakang.
Skrin penuh
calar Galaxy Ace yang aku tarik keluar dari poket aku tatap. Dah berapa
hari, tapi aku masih belum ada kesempatan nak call. Itupun nasib baik abah dia
baik hati nak bagi nombor. Mintak dekat dia bukan main kedekut lagi. Aku cakap
karang senang mak aku nak tanya apa-apa. Haram tak mau dibaginya. Siap jelir
lidah lepas tu terus lari masuk.
Heiii...
Nasib baik abah kau ada kat situ. Kot tak, aku pun tak sure apa aku akan buat. Kejar sampai dapat. Lepas tu? Humban atas
katil? Wooo~ Ganasnya imaginasi kau Daus. Rileks Daus, chill. Tak kemana
dah tu. Memang confirm insyaAllah dapat tak lama lagi dah tu.
“Hoi!”
Angkat kepala
pun tak sempat, terus merempuh Haziq di depan. Dia terdorong beberapa langkah
ke belakang sebelum sempat berpaut pada railing tangga. Dia dah tayang
muka tak puas hati. Aku gelak.
“Awat hang brake
tak bagi signal?” soalku dalam tawa.
“Hang yang
duk mamun sengih sorang-sorang tengok handphone tu sapa suruh? Aku
panggil pun duk tak dengaq,” marah dia.
“Hang dah
nampak aku lagu tu, awat hang tak elak? Salah sendiri, nak salahkan aku pulak.”
Aku tak nak kalah.
“Hang laa.
Orang berjalan mata pandang depan, bukan duk tengok handphone. Dah laa
duk sengih sorang-sorang. Gelong ngat aih!”
Lagi kuat aku
gelak.
“Ooo... Hang
buat tadi takpa. Sampai kat aku, tak buleh pulak. Ini tidak adil!” Aku tumbuk
tapak tangan sendiri sebab tak ada meja yang boleh ditumbuk. Gaya dah macam
Abdul Wahub dalam filem 3 Abdul. Tawa Haziq akhirnya meledak juga.
“Sudahlah.
Layan hang, dan mati kebuloq aku tang ni. Memang malang sungguh aih nasib bakal
bini hang tu dapat laki gelong macam ni.”
“Hang toksah
mengata aku. Hang pun sama dua kali lima, lima kali dua, sepuluh!”
Dia tutup
telinga dengan tangan buat tak dengar dan terus berjalan meninggalkan aku
menuju ke food court. Telefon di tangan aku pandang sekali lagi.
Nantilah sampai rumah nanti aku telefon. Sms ke. Rindu pulak nak gaduh-gaduh
manja dengan dia lagi. Aku usap perlahan bahu kiri dan tarik senyum.
“Hoi!”
Belakang aku
ditepuk kuat. Aku pandang Haziq yang entah bila tiba di sebelah sedang tayang
muka marah, tapi pada masa sama sedang menahan tawa. Serius lawak.
“Angau tak
habih!” ujarnya dan tawa kami terus meledak menggamatkan ruang legar kawasan food
court itu.
Woah! Tak
sabarnya tunggu hari Sabtu ni!!
Bab 10.
Clip file yang berisi
maklumat dari site evaluation semalam
aku pandang lama. Pensil tekan di tangan aku putar-putarkan. Rasa blank je kepala tengok maklumat tu
semua. Tiba-tiba rasa tak pandai nak buat costing
padahal dah bertahun buat kerja yang sama.
Hujung pensil
aku ketuk-ketuk di pelipis pula. Nafas panjang aku hela. Bukan tak reti, tapi
malas sebenarnya. Nak-nak pulak dah waktu petang-petang macam ni. Kepala otak
dah tepu.
Pensil aku
lepaskan dan bersandar pada kerusi. Jam di dinding luar bilik aku kerling
sekali. Sudah lima belas minit waktu pejabat habis. Rasa-rasanya mak jauh lagi
nak sampai ni. Pagi tadi Acaq ada bagitau diorang bertolak lepas solat Jumaat,
dalam pukul tiga.
Abang Salim
tu bawak kereta sopan santun gila. Lagi-lagi pulak mak pun ada sekali. Lagi
bertambah sopan laa dia pandu. Heh. Confirm
tengah malam karang baru sampai. Baru je ingat nak ajak mak pegi jenguk gerai
pisang goreng petang ni. Cuci mata. Itupun kalau dia ada laa...
“Husna!”
Aku petik
jari sekali. Serius lupa. Malam tadi sampai rumah pun dah lewat tengah malam.
Dah lebih dari jam dua belas pun. Tak ada ampun lagi, aku terus terjun tiruk
atas katil. Gila punya mengantuk. Ada klien telefon lebih kurang pukul dua pagi
pun aku tak sedar dah. Cuma tersedar bila alarm
bunyi subuh tadi. Tengok-tengok ada tiga panggilan tak berjawab. Klien besar
pulak tu. Nasib baik masa aku call
balik bos dah tolong selesaikan masalah dia. Siap tolong kelentong kata aku
masih dekat Langkawi. Terima kasih incik bos.
Handphone di tepi
monitor LCD aku capai. Skrin aku aktifkan dan terus ke phonebook. Namanya ku cari lalu terus masuk mode new message.
-
Rindu.
Send. Sending... Sent. Aku tarik
senyum senget. Baru nak letak semula telefon atas meja, dah terima balasan.
Senyum di bibir makin lebar.
+ Sorry. Awak dah
salah nombor ni.
Aku ketawa
kecil. Sahih dia tak ada nombor aku. Ni yang rasa nak tumbuh tanduk kat kepala
ni.
-
Saya rindu awak, Husna. :)
Sepuluh saat
lepas hantar aku dah dapat jawapan. Serius laju dia ni. Mesti selalu main sms.
Biasalah, budak-budak, kan? Macam aku ni, agak terkial-kial jugaklah. Selalu
terus telefon je, tak kuasa nak taip-taip sms. Buang masa. Segera aku periksa
sms balasannya.
+
Memang salah nombor. Saya bukan Husna.
Kening aku
dah terjungkit tinggi, kemudian aku kerut dahi pulak. Eh, takkan abah dia nak troll aku pulak kasi nombor salah? Ke
dia yang nak main-mainkan aku? Tak boleh jadi ni.
Telefon terus
aku sisip masuk dalam poket seluar. Segala file yang terbuka aku save dan tutup. Komputer aku matikan. File-file atas meja aku kemas ala
kadar. Beg galas bawah meja aku tarik. Selepas mematikan pendingin hawa dan
memadam lampu, aku terus keluar dari bilik. Renu di depan pun sedang mengemas
barang nak balik.
“Saya balik
dulu,” ujarku berbasa-basi lalu terus keluar dari pejabat tanpa menunggu
jawapan darinya.
Safety boot segera aku
sarungkan sebelum menuruni anak tangga dengan laju dan terus keluar dari
bangunan pejabat menuju ke kereta di tempat parkir. Kunci ku buka dan terus
masuk. Beg galas kuletakkan di atas kerusi sebelah. Enjin kuhidupkan, Aviator
di atas dashboard aku capai dan kenakan, masuk gear dan terus beredar.
Civic hitam
meluncur laju atas jalan. Destinasi sudah dikenal pasti dari dalam pejabat tadi
lagi. Tak puas hati punya pasal. Sama ada aku yang tersalah salin nombor, atau
abah dia salah bagi nombor, atau memang dia yang tak nak mengaku. Dalam kepala
dah siap plan dah nak buat apa sejak masuk dalam kereta lagi.
Kereta aku
parkir di hujung deretan gerai. Orang tak berapa ramai. Dah dekat pukul enam
kot. Sekarang waktu orang sibuk balik kerja. Dari dalam kereta lagi aku dah
nampak kelibat dia sedang melayan dua-tiga orang pelanggan. Aku keluarkan
telefon bimbit dan mendail.
“Assalamualaikum.
Hah, awat? Depa sampai dah ka?”
“Waalaikumussalam.
Dak gi. Hang tolong call aku balik
dalam seminit dua lagi, boleh?”
“Ni hang dah call aku, cakap teghuih lah.” Aku keluar
dari kereta dan mengunci pintu. Perlahan langkah kuatur menuju ke gerai,
memastikan supaya pelanggan terakhir beredar terlebih dulu sebelum aku sampai
di situ.
“Hang call lah. Aku ada hal ni. Call sekarang,” arahku, sedikit garang.
“Yalah,
yalah. Aku call sekarang.”
“Ok, thanks.” Talian terus kumatikan dan
menyisip telefon ke dalam poket. Langkah pegun betul-betul depan gerai, bibir
melakarkan sebuah senyuman. Dari balik Aviator hitam likat, anak mataku
memandang tepat ke wajahnya. Aku perasan dia buat selamba sahaja macam tak ada
perasaan.
“Nak apa?”
soalnya kasar. Aviator aku tanggalkan. Baru nak buka mulut, aku terasa telefon
aku bergetar dalam poket seluar.
“Pisang
goreng dua ringgit,” jawabku dan terus mengeluarkan telefon dan berjalan
sedikit menjauh sebelum menjawab panggilan.
“Hello.”
“Hah, ada
apa?” soalnya. Garang sekali. Aku ketawa.
“Takdak apa,
saja nak buat excuse nak keluaq sat.”
“Meeting boring laa tu. Kurang asam hang.
Mempergunakan aku.” Tawanya pecah.
“Ok, ok. Thanks. Aku ada benda lain nak settle ni.”
“Sat, sat.
Mak hang sampai pukui beghapa?”
“Lewat kot.
Depa bertolak lepaih Jumaat tadi. Nanti apa-apa aku call hang balik. Aku ada
hal lain nak settle ni.”
“Yalah,
yalah. Assalamualaikum.”
Salam kujawab
dan terus matikan talian. Lepas tu cepat-cepat mencari nama Husna dan mendail.
Telefon kutekap kembali ke telinga seolah masih belum tamat berbual sambil
berjalan semula ke gerai.
Elok aku
sampai depan gerai, aku dengar lagu Big
Girls Don’t Cry dari meja belakang. Husna aku tengok semacam teragak-agak
je nak angkat phone. Aku matikan talian. Kemudian mendail semula. Sekali lagi
lagu yang sama berkumandang. Dia dah jeling-jeling. Ding! Ding! Ding! Ding! Bingo! Talian aku matikan, telefon
kusimpan ke dalam poket lalu menarik senyum senget.
“Saya...”
“Nah. Dua
ringgit,” pangkasnya tanpa sebarang senyuman. Sebungkus plastik berisi pisang
goreng diletakkan di hadapan aku.
Aku seluk
poket baju di dada dan mengeluarkan sekeping not biru kehijauan lalu kuhulurkan
padanya. Dia dah buat muka.
“Duit besar
lagi takde?” sindirnya. Huluran aku masih tak bersambut.
Aku ketawa
kecil.
“Ada, nak?”
balasku sambil berpura-pura mahu menyeluk poket sekali lagi.
Dia mencebik
sekejap kemudian membasahkan bibir. Auuhhh... Berdetak hebat jantung ini. Wang
kertas di tangan ditariknya kasar dan terus dimasukkan ke dalam bekas wang.
Lepas tu dia terus pusing ke belakang dan mengemas. Amboi? Aku berdehem sekali.
Dia buat tak reti.
“Husna.” Aku
panggil dia, lembut. Tapi dia tetap buat derk, terus mengemas perkakas di meja
belakang. Dia ni kang... Isshhh...
Aku toleh ke
gerai sebelah. Makcik tu dah senyum-senyum semacam je pandang aku. Aku senyum balik.
Takkan takde angin, takde ribut nak masam muka dekat orang pulak, kan? Yang
depan aku ni lainlah, memang pesen dia gitu. Dengan orang lain aku tengok
kemain senyum. Sampai kat aku je, haa... berjela-jela muncung tu. Aku cium
jugak karang, baru dia tau erti penyesalan. Hahahahah Eh?
Astaghfirullaahal’adziimm... Ehem!
“Husna.”
Sekali lagi aku panggil.
Dia menunduk,
mencapai sebuah bakul dari bawah meja. Masih tak mengendahkan aku. Dia ni laa
kan... Haiiissshhhh... Geram aku.
“Husna
sayang...” Meleret aku panggil.
Tak taulah
dia terkejut ke, marah ke, excited
ke, Bungkusan tepung yang sedang dipegang terus jatuh atas tanah. Puk! Pecah.
Dan tepung berterbangan. Putih sebelah kaki seluar track dia yang berwarna gelap tu. Aku ketap bibir menahan tawa.
“Awak ni laa
kan...” Dia berpaling menghadap aku. Merah padam muka dia. Riak marah dia
tayang pada aku.
Aku selamba
bagi senyuman manis.
“Nak kena
panggil sayang baru ada respond
rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam
kepala supaya tak lupa.”
Jari telunjuk
buat gaya memutar skru di pelipis kanan, jungkit kening dan senyum lagi. Dia
julingkan mata ke atas dan kemudian menarik nafas panjang.
“Jangan
sampai saya lumur awak dengan tepung lepas tu goreng dalam kuali ni,” tuturnya
mendatar tanpa sebarang nada.
“Sampainya
hati?” balasku.
“Sampai
sangat,” katanya acuh tak acuh sambil menyambung mengemas meja.
“Try
sekarang?” Aku mencabar. Tak puas hati betul dia cakap macam tu.
Dia berhenti
mengemas dan memandang tajam pada aku.
“Sinilah!”
Ui, melawan! Fine! Aku terus berpusing nak join dia
di sebelah sana meja. Bila aku masuk bawah khemah tu, aku tengok dia macam
goyang sikit. Aku tarik senyum senget sambil melangkah perlahan mendekatinya.
Tiba-tiba dia menunduk laju dan... PUFF! PUFF! Tepung berterbangan di udara!
“Husna!”
Aku dah
terbatuk-batuk. Sebelah tangan menekup hidung dan mulut manakala sebelah lagi
mengipas-ngipas sisa-sisa tepung yang masih di udara. Saat telinga ini
menangkap suaranya sedang tertawa lepas, aku berhenti mengipas dan membuka
mata. Indah betul pemandangan. Cantik je tengok dia sedang ketawa sukahati
dengan tepung yang masih berada di udara. Macam salji pulak. Memang betul-betul
pemandangan yang cantik.
Lama aku
pandang dia, sampai dia tersipu-sipu sendiri cuba berhenti ketawa. Dia berdehem
beberapa kali sambil menepuk-nepuk tangan, menghilangkan saki baki tepung yang
dibaling pada aku tadi.
“Seronok
nampak?” Aku menyindir sambil kibas-kibas baju dan seluar sebelum memandang
tepat ke arahnya. Dia senyum. Ikhlas. Manis. Manis sangat. Aku. Rasa. Nak.
Pengsan. Sekarang. Auuhhh... Relax Daus...
Relax... Chill...
“Err...
Awak...” Dia bermain dengan jari sendiri.
Aku sekadar diam, menunggu baris kata
selanjutnya.
“Err...
Awak.. Emm.. Esok tu... Err... Awak serius?”
“Awak rasa?”
Dia tunduk. Hujung
selipar getahnya menguis-nguis longgokan tepung di tanah. Habis putih kaki itu.
“Tapi...
Err... Kenapa?”
Aku senyum.
Comel betul perangai malu-malu macam ni. Garang comel, malu-malu lagi comel. Ni
yang buat lagi tak sabar menunggu ni. Heh!
“Husna...”
Dia angkat
muka memandang tepat ke arah aku.
“Do you believe in love at first sight?”
Dia julingkan
mata ke atas.
“Cliche...” gumamnya.
Aku ketawa
kecil.
“Kan? Cliche gila...” Aku hela nafas panjang
sebelum menyambung, “ But that’s what
happened to me.” Aku senyum bila dia pamer riak tak percaya.
“Dan macam tu
je awak boleh terus nak masuk minang? Awak tak tau apa-apa pun pasal saya.
Macam mana..”
“Yep. Semudah
tu. Sesenang tu. Sesimple tu,” pangkasku.
“Tapi awak
tak tau apa-apa pun tentang saya...” tuturnya perlahan.
“Awak nak
mulakan proses berkenalan sekarang? Saya on
je. Anytime.”
Dia menjeling
tajam. Aku tarik senyum. Baru nak sambung, ada suara lelaki berdehem. Serentak
aku dan dia menoleh. Erks!
“Err...
Pakcik... Err... Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat?” Huluran tangan aku
disambut. Ada senyum yang tersungging di bibir tua itu. Aku hela nafas lega
sembunyi-sembunyi.
“Alhamdulillah.
Hmm... Baru balik kerja ke?”
Aku angguk.
“Aaa...
A’ah... Err... Tolong Husna kemas-kemas.” Aku capai dulang-dulang yang dah
kosong dari meja depan.
“Kamu tolong
apa sampai bertepung atas kepala ni?”
Pegun terus.
Aku curi pandang pada Husna yang ikut pegun. Kemudian memandang semula pada
abah dia yang sedang tersenyum, sinis. Alamak... Confirm... Kantoi!!
Terima kasih kerana membaca. Ingin tahun sambungannya?
Sila dapatkan novel AWEK PISANG GORENG di kedai buku berdekatan atau buat pesanan online di website kami...
No comments:
Post a Comment