Monday, 6 January 2014

Kau Kekasih Gelapku - Bab 6-9


Bab 6

MASUK hutan????
Rihanna tersenyum-senyum. Apa dia ingat Rihanna tak biasa masuk hutan sebelum ni? Hutan ni kan kampung halamannya. Mentang-mentanglah Addi tu anggota tentera. Nak tunjuk lagaklah tu. Tapi Rihanna tak mahu Addi makin pelik dengan sikapnya. Biarlah Addi sangka Rihanna ni budak bandar yang takut pacat, lipan, ular, babi dan tenuk.
Untuk Addi, Rihanna rela berlakon setaraf penerima Grammy Award...hahaha.
Rihanna menampar-nampar nyamuk. Pura-pura sebenarnya. Mana ada nyamuk, pacat, lipan, babi, tenuk yang berani gigit dia? Darahnya kan beracun. Binatang-binatang tu pun tau. Bau aje dia, mereka dah lari seratus kilometer setengah.
"Manja betullah kau ni. Nyamuk pun tak tahan." Tiba-tiba Addi datang dan terus sapu losyen nyamuk kat lengan Rihanna. "Tak ada pun kesan gigit?" Wajah Addi berkerut.
"Belum kena gigit lagi. Baru hinggap," Rihanna buat dalih. Kena cover line betul-betul. Nanti Addi lagi syak wasangka kat dia. Mata Addi memang amat tajam memerhati. Dia kan anggota tentera. Berapa kali mau cakap daaa....
"Kita nak khemah kat mana ni?" Rihanna alih topik perbualan. Buat-buat muka risau macam tak pernah masuk hutan rimba Royal Belum. Kalaulah Addi tahu di situ terletak kampung halaman asal usul kejadiannya.....
"Sini." Addi mencampakkan khemah ke atas tanah. "Tau pasang khemah?"
Rihanna geleng. Dia mana pernah tidur dalam khemah. Selalunya dia tidur di atas pokok. Tidur sama-sama dengan sepupu sepapat Wan Empuk dan Wan Malini. Sejak masuk ke hutan itu, Rihanna masih belum rasa lagi aura suku sakat kedua-dua beradik tu. Mungkin malam kot baru mereka tunjuk muka.
"Sini aku ajar!" Addi menarik tangan Rihanna hingga menyebabkan Rihanna hampir-hampir nak tersembam ke tanah. Kasar betul si Addi ni. Macam nak lepas marah aje. Tak macam dua insan bercinta betul.
Rihanna hanya ikut saja apa yang Addi suruh. Memang dia betul-betul canggung. Tak pernah seumur hidupnya dia pasang khemah.
Siap saja khemah bentuk bulat tu, Addi pasang buaian yang diikat pada pokok.
"Kenapa aku tak boleh tidur kat situ?" tanya Rihanna sambil tunjuk pada hammock yang dah siap.
"Kau berani ke? Nanti nampak yang bukan-bukan, histeria pulak." Addi seolah-olah mencabar.
Rihanna pura-pura tunduk tengok kasut sambil sembunyikan senyum. Kalaulah Addi tau siapa dirinya...tentu dia tak berani nak sindir-sindir macam tu.
"Nampak macam best." Rihanna buat-buat muka comel.
Addi tersenyum lagi sinis. "Malam nanti kita try nak? Tidur sama-sama kat sini."
Wajah Rihanna terus berubah merah. Tak guna punya Addi!
Addi ketawa melihat wajah Rihanna yang berubah merah kerana diusik begitu. Barulah sejuk hatinya sebab melihat Rihanna macam gadis normal. Mungkin dia silap kot. Rihanna memang gadis normal. Cuma dia pelik sikit. Sebab itulah Addi bawa Rihanna masuk hutan. Sebenarnya dia nak menduga. Betul atau tak anggapannya selama ini.  Tak mengapa. Ada seminggu lagi masa mereka di hutan tu. Addi akan cuba uji Rihanna secukup-cukupnya sehingga dia puas hati yang Rihanna hanyalah gadis biasa. Bukan gadis pelik yang luar biasa.
"Aku nak mandi dulu." Rihanna mencapai tuala dan selamba berjalan ke sungai. Hari semakin gelap.
Addi terus memerhati dengan curiga. Pelik. Berani pulak dia jalan sorang-sorang. Tadi masa mula masuk hutan, terjerit-jerit sebab nampak cacing aje.
Langkah Rihanna terhenti. Alamak!!!! Dia sepatutnya berlakon. Bukan buat hutan tu macam rumah sendiri walaupun memang rumahnya.
Rihanna terus menarik nafas dalam-dalam sebelum menjerit sekuat-kuat hati bagaikan tersampuk setan.
"Kenapa?" Addi berada di sisinya tak sampai 10 saat.
"Tu!!!" Rihanna menuding seekor ulat gonggok gergasi yang sedang merayap di atas batu. Dia terus berpaling dan terpeluk Addi. Mulanya Rihanna mahu melepaskan pelukannya. Tetapi bila fikir kalau buat macam tu lagi real sebab dia takutkan gonggok. Kan?
Addi terpaksa menahan gelak. "Dia tak usik oranglah." Addi mengusap belakang tubuh Rihanna perlahan-lahan. Konon-konon hendak memujuk gadis itu.
"Tolong alihkan, boleh tak? Geli." Tika itu Rihanna mahu melepaskan tubuh Addi. Tapi bila dia ternampak Darius sedang berdiri di atas dahan pokok tinggi di belakang Addi, terus tindakan Rihanna terhenti.
Tak guna punya Darius. Aku dah suruh dia jangan ikut. Rihanna menyumpah di dalam hati.
"Macam mana aku nak alihkan kalau kau tak lepaskan aku?" Selamba Addi menegur.
Muka Rihanna terus merah padam. Dia mana pernah peluk Addi macam tu. Gila betul tindakannya. Dah macam laki bini pulak. Tapi disebabkan Darius, dia terpaksa memalukan diri. Kalau Addi pusing ke belakang, memang dia akan nampak Darius dengan jelas. Macam sengaja pula si hantu tu nak tunjuk dirinya kepada Addi.
"Tak apa. Biarkan ulat tu. Boleh kau temankan aku mandi?" Rihanna buat-buat tebalkan muka. Tapi tuhan saja tahu betapa malunya dia bila kata begitu.
Addi memandang wajah Rihanna. Dalam keadaan suram itu, dia tak dapat melihat dengan jelas riak wajah gadis itu.
"What?" Bagai tak percaya saja Addi mendengar permintaan Rihanna. Sengaja benar Rihanna mahu menguji pendiriannya.
"Aku takutlah. Dah malam ni. Lagipun gelap. Kau bukannya boleh nampak apa-apa pun." Rihanna menundukkan wajah. Giginya diketap. Rasa nak baling aje kepala Darius dengan batu sungai yang besar tu. Disebabkan dia, Rihanna terpaksa buat macam tu. "Jom!" Dia terus tarik tangan Addi ke arah yang bertentangan.
"Rihanna....kau buat apa dengan lelaki tu?"
Tiba-tiba suara Darius bergema di kepala Rihanna. Tika itu dia dah pun masuk ke dalam sungai tanpa menanggalkan pakaian. Tangan Addi masih belum dilepaskannya.
"Kenapa kau datang sini, hantu?"
"Aku tak percayakan manusia tu. Dia nak apa daripada kau?"
"Dia nak aku. Salah ke?" Sengaja Rihanna mahu buat Darius marah. Biar padan mukanya.
"Kau milik aku, Rihanna. Selama-lamanya. Tak mungkin kau bersama dia!" Waaaahhh...Darius dah marah. Suka betul Rihanna menyakat lelaki itu.
"Di dunia kau, ya, memang benar aku milik kau. Tapi di dunia Addi, aku miliknya! Dah...pergi blah. Jangan ganggu aku. Kalau tak...."
"Kalau tak....apa kau nak buat?"
"Kalau kau tak blah dari sini, aku akan biarkan Addi buat apa yang dia mahu pada aku." Rihanna mencabar. Dia masih lagi memandang ke arah Darius. Mujur Addi sentiasa membelakangi Darius.
"Kau....." Darius terus lenyap dari pandangan.
Rihanna mengeluh lega. Tak tahu berapa lama dia boleh bertahan berlakon gedik di hadapan Addi. Addi mungkin salah faham sekarang. Addi mungkin anggap Rihanna gadis liar yang boleh buat apa saja.
Perlahan-lahan Rihanna melepaskan tangan Addi dan berjalan keluar dari sungai. Addi pelik melihat sikap Rihanna yang tiba-tiba dingin.
"Kata nak mandi?"
"Sejuklah. Jom balik ke khemah." Rihanna menyelubungkan tubuhnya dengan tuala besar. Mujur hari dah gelap. Kalau tak, tentu Addi boleh lihat tubuhnya yang di sebalik t-shirt yang jarang itu.
Addi memandang Rihanna dengan pelik. Tadi Rihanna begitu manja. Tiba-tiba saja dia berubah dingin. Memang pelik betul gadis ini. Saja suka main-main kut.



Bab 7

ADDI berjalan di samping Rihanna kembali ke khemah. Dia masih terkejut sebenarnya dengan tindakan Rihanna yang begitu berani memeluknya begitu. Selama ni pegang tangan pun Rihanna tak pernah izinkan. Apatah lagi berpeluk macam tadi. Menakutkan sangat ke hutan ni?
Jantung Rihanna berdegup kuat. Kejadian di sungai tadi masih terbayang. Berani betul dia buat macam tu pada Addi. Dah macam sengaja menggoda pulak. Tentu Addi dah salah faham. Tinggal mereka berdua aje di situ. Macam-macam perkara tak elok boleh berlaku.
            Tanpa pandang ke belakang, Rihanna terus masuk ke dalam khemah. Lampu suluh besar berbentuk lantern dinyalakan. Dia terus menukar pakaiannya yang basah.
Addi menyidai t shirt hijau gelapnya di atas batu. Kemudian seluar celorengnya juga ditanggalkan dan dijemur. Dia hanya berseluar pendek. Addi berpaling ke belakang untuk mengambil pakaian kering.
Langkah kakinya mati melihat khemah Rihanna terang dari dalam. Walaupun dia hanya lihat bayang-bayang Rihanna, dia tahu apa yang sedang gadis itu sedang buat. Bodoh betul! Kenapa dia ni blur sangat? Addi mengetap gigi. Tanpa memikirkan apa-apa, dia terus meluru nasuk ke khemah Rihanna.
“Addi!!!!” Rihanna terpekik. Suasana malam yang sunyi dicemari dengan suara jeritan dan rayuan Rihanna.

ADDI termenung panjang. Bodoh betul! Entah kenapa dia boleh hilang pertimbangan sampai macam tu sekali. Sekarang segala-galanya dah terlambat. Nak menyesal pun tak akan kembalikan apa-apa. Semuanya dah berlaku dengan begitu pantas.
Addi menoleh ke belakang, ke arah khemah. Rihanna masih belum bangun agaknya. Atau dia memang tak nak bangun lepas kejadian tu. Mungkin Rihanna tengah menangis dan tengah fikir bagaimana nak bunuh dia.
Baru saja Addi hendak bangun melihat Rihanna, gadis itu sendiri keluar dari khemah. Wajahnya ditundukkan ke tanah. Di tangannya ada tuala mandi. Semakin bersalah Addi rasa. Perlahan-lahan Rihanna dihampiri dengan penuh berjaga-jaga. Takut-takut Rihanna tikam dia dengan pisau komando. Barulah nanti senjata makan tuan.
“Hanna...” Lembut gemersik Addi memanggil. Teragak-agak dia hendak menyentuh wajah Rihanna. Tapi Addi tahu yang dia harus bertanggungjawab ke atas Rihanna. Dia anak jantan. Dah buat beranilah tanggung.
“Tak guna kau jantan puaka!” Kan Addi dah kata. Mujur dia sempat mengelak. Tujahan pisau komando Wild Tiger tu nyaris nak tertusuk ke perutnya.
“Hanna!” Suara Addi lantang. Pisau dilibas sesuka hati. Kalau tak kena gaya, mungkin boleh mencederakan diri Rihanna sendiri.
Tapi Addi lebih pantas menumpaskan amukan rambang Rihanna. Dengan mudah pisau di tangan Rihanna dijatuhkan ke tanah. Tubuh di Rihanna dipeluk dari belakang dengan kuat.
“Hanna! Maafkan aku! Maafkan aku!” Addi berbisik berkali-kali ke telinga Rihanna untuk mententeramkan perasaan gadis yang sedang marah itu.
Rihanna terlupa diri. Disebabkan marah, dia bertindak cuai. Mujur kebolehan dirinya yang sebenar tak ditonjolkan tadi. Dia terlalu mengikut perasaan. Sebab tu naluri manusianya yang bertindak. Nasib baik! Kalau tak, habis rahsianya terbongkar!
Rihanna membiarkan Addi mengambil alih dirinya. Sendi-sendinya dibiarkan lemah. Dia tak akan melawan lagi. Perlahan-lahan Rihanna duduk di atas tanah. Addi masih lagi memeluk erat tubuhnya dari belakang. Apa yang akan berlaku sekarang? Dia dengan Addi? Bagaimana penghabisannya? Mereka dah melakukan perbuatan terlarang. Seseorang harus bertanggungjawab.
“Aku...aku cuma nak padamkan lampu. Tak ada niat apa-apa pun. Tapi...” Ayat Addi tergantung. Memang itu niatnya semalam. Tiada langsung niatnya hendak mengapa-apakan Rihanna.
“Hanna...” Addi memusingkan tubuh Rihanna supaya mengadapnya. Dagu gadis itu ditolak ke atas supaya mereka dapat bertentang mata.
“Hanna...”
Ish...kenapa pula Addi panggil dia ‘Hanna’? Dah macam terlebih mesra pulak.
“Aku akan bertanggungjawab!” Addi berjanji. “Tak jauh dari sini...lebih kurang setengah hari berjalan kaki, ada satu perkampungan orang asli. Aku kenal tok batin tu. Aku akan minta dia nikahkan kita!”
Bulat mata Rihanna memandang Addi. Nikah??????

ADDI nak nikah dengan Rihanna?
Macam tak percaya aje. Tapi kalau dia tak percaya kenapa dia boleh ikut Addi menuju ke perkampungan orang asli tu untuk mencari Tok Kudus?
Addi nak nikah dengan Rihanna?
Dah berapa kali dia tanya soalan tu. Boleh ke dia kahwin dengan Addi? Bukankah dia lain...dia supernatural. Rihanna bukan macam Darius; bukan macam Ryuu; bukan macam Addi. Dia....
“Hanna nak berhenti rehat ke?” Suara Addi memecah lamunan panjang Rihanna yang dah sampai ke planet Kejora.
Rihanna menggeleng kepala. Mereka dah sampai mana ni? Jauh sangat mengelamun sampai di mana kaki dipijak pun dia dah tak tau.
“Bibir Hanna dah kering tu. Minum sikit.” Addi menyuakan botol minuman ke bibir Rihanna.
Rihanna yang masih blur hanya ikut telan air yang disuakan. Bibirnya kering? Apsal dia tak rasa pun?
Renungan simpati Addi menimpa wajah Rihanna. Dia rasa amat bersalah kerana meletakkan Rihanna dalam keadaan itu. Sungguh  demi Tuhan dia tiada niat hendak menodai kesucian Rihanna. Tapi apa boleh buat. Nasi dah jadi kanji. Sebagai lelaki dia harus bertanggungjawab apatah lagi Rihanna anak yatim piatu. Sesungguhnya Addi telah menganiaya gadis malang itu.
“Jauh lagi ke?” Rihanna mendongak memandang langit yang condong ke barat.
“Setengah jam lagi.” Addi menyimpan botol minuman. Beg jenama Condor digalasnya kembali. Mereka hanya bawa satu beg saja. Jadi Rihanna memang jalan berlenggang di sepanjang perjalanan. Botol air pun bukan dia yang bawa.
Addi memang nampak gagah perkasa bawa beg berat rentas hutan. Jiwa wanita Rihanna sedikit tercuit. Apa salahnya dia bernikah dengan Addi? Dia pun memang menyayangi Addi. Tapi keputusan ni memang terlalu cepat tak diduga. Rihanna masih belum pasti sama ada dia membuat pilihan yang tepat. Ada banyak perkara yang perlu difikirkan sebenarnya. Dia bukan gadis normal. Bagaimana dia hendak hidup di samping Addi sebagai isterinya? Mahukah keluarga Addi terima dirinya?
Lamunan Rihanna terhenti bila mereka tiba di perkampungan yang dituju. Beberapa orang kanak-kanak orang asli yang sedang bermain di halaman, berhenti untuk melihat mereka. Kelihatan Addi mengusap kepala mereka. Nampaknya Addi kenal mereka rapat.
“Abang...siapa kakak ni. Cantiklah dia. Macam puteri.” Seorang kanak-kanak perempuan menegur Addi.
“Betul ke dia cantik macam puteri?” Addi menjeling Rihanna yang berjalan lambat-lambat di belakangnya. Muka Rihanna nampak macam cuak.
Budak perempuan itu angguk kepala sambil tersenyum-senyum memandang Rihanna.
Senyuman Rihanna kaku semacam. Macam dah suntik botox berjarum-jarum. Dia sebenarnya tak biasa dengan keadaan tu. Rihanna tak pernah di kelilingi oleh ramai kanak-kanak macam ni.
“Abang nak pergi mana ni?” Sepanjang jalan budak-budak kampung itu terus mengiringi mereka hingga menarik perhatian orang-orang dewasa. Makin tak selesa Rihanna rasakan. Dan yang pelik, dia tak pernah tahu pun ada perkampungan manusia di kawasan ini.  Mereka ni benar-benar manusia atau....Rihanna tak mahu membuka hijab matanya. Takut nanti nampak yang bukan-bukan pula.
Walau siapa pun mereka ini, Rihanna tak boleh lalai. Pelindung dirinya akan sentiasa dipasang. Mereka tak boleh tahu siapa dia sebenarnya.
“Tok ada kat rumah?” Rajin benar Addi melayan soalan tanpa henti yang ditanyakan oleh budak-budak tu. Tak tahu penat ke budak-budak ni bercakap?
“Ada. Tu dia....”
Rihanna memandang arah yang ditunjukkan.
Atok????

Bab 8

RIHANNA termenung memandang bulan. Petang tadi dah selamat jadi isteri Addi. ISTERI ADDI. Macam tak percaya saja. Dulu dia bertegas menolak lamaran Addi. Bukan sekali dua Addi datang nak mengajak dia kahwin....dah hampir sepuluh kali. Semuanya Rihanna tolak mentah-mentah.
Tapi hanya disebabkan perkara tu, dia terus sah menjadi isteri Addi. Apakah maknanya? Selama ini dia tak pernah merancang pun untuk sampai ke tahap ni. Dia hanya mahu bercinta saja. Dengan siapa dia kahwin, itu perkara yang telalu jauh untuk difikirkan. Masih banyak halangan yang ada di hadapannya. Tapi hari ini....lain pula jadinya. Bagaimana dia hendak menghadapi semua halangan tanpa melibatkan Addi?
Addi menolak pintu bilik perlahan-lahan. Untuk malam itu, mereka menumpang tidur di rumah Tok Kudus. Esok pagi-pagi mereka akan kembali ke KL. Pengembaraan hutan yang baru bermula semalam, terpaksa dipendekkan.
Addi bersandar pada pintu sambil memandang Rihanna yang membelakanginya. Rihanna nampak ayu berbaju kurung yang dipinjamkan oleh isteri Tok Kudus. Addi tak pernah lihat Rihanna berbaju kurung. Selalunya Rihanna lebih selesa memakai sut pejabat di siang hari dan berpakaian ala tomboy pada malam hari. Dua personaliti Rihanna yang bagai langit dan bumi. Siang dia jadi ahli korporat yang jelitawan dan nampak profesional. Malam dia jadi gadis tomboy macam budak penghantar pizza.
Dia kini personaliti Rihanna berubah lagi. Gadis ayu itu dah menjadi isteri...isterinya!
Addi menghampiri Rihanna yang asyik merenung bulan. Cahaya bulan penuh terang-benderang macam siang.
“Abang harap Hanna dah maafkan abang sebab buat Hanna jadi begini.” Pinggang Rihanna Addi paut kemas dari belakang.
Abang? Lekas-lekas Rihanna berpaling mengadap Addi. Dia rasa janggal apabila Addi membahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Rasa macam...lain. Rasa macam ada orang sayang dan benar-benar ambil berat tentang Rihanna. Macam mimpi.
Rihanna merenung ke dalam mata Addi mencari keikhlasan di sebalik kata-katanya. Rihanna boleh aje kalau dia mahu membaca fikiran Addi. Tetapi dia tak mahu kerana untuk buat macam tu, dia kena turunkan hijab sebab Addi manusia. Kalau Darius, dia tak perlu turunkan hijab. Lagipun baca fikiran tak sama maksudnya dengan kata hati.
“Ka...” Rihanna tersasul. Patutkah dia panggil Addi ‘abang’ juga? “Ab...abang tak menyesal kahwin dengan akk...Hanna?” Tersasul lagi.
“Buat apa nak menyesal? Abang memang dah lama nak kahwin dengan Hanna. Cuma Hanna aje jual mahal.” Addi mengusap rambut Rihanna yang panjang lurus sampai pinggang.
“Tak apa ke kahwin macam ni?”
“Buat apa nak kisah? Yang penting kita kahwin secara sah. Dah lewat ni. Esok pagi-pagi kita nak keluar dari sini. Jauh perjalanannya.”
Addi menutup tingkap di belakang Rihanna. Kini bilik itu samar-samar diterangi lampu dari luar. Memang sengaja tadi Rihanna tak memasang lampu minyak tanah. Cahaya bulan dari luar cukup terang masuk ke bilik itu.

“RIHANNA!”
Mata Rihanna terbuka. Dia tak tau waktu dah pukul berapa. Rihanna menoleh ke sisinya. Addi tidur begitu nyenyak sekali. Perlahan-lahan tangan Addi yang sedang memeluk tubuhnya dialihkan dengan penuh cermat. Orang kata anggota tentera tidur dengan mata sebelah terbuka. Lalu Rihanna mendekatkan wajahnya kepada Addi untuk memastikan yang Addi benar-benar dah lena.
Memang dia tidur mati. Rihanna turun dari katil dan mengambil pakaiannya dari dalam beg. Siap berpakaian, daun tingkap dibuka sebelah. Dengan mudah dan senyap, Rihanna keluar dari tingkap dan terjun ke laman. Sesudah mengambil kasut, dia berlari pantas masuk ke dalam hutan tanpa dilihat sesiapa.
Panglima Awang dah menunggunya di pinggir kampung. Haiwan berbelang putih itu ke hulu ke hilir mengukur tanah. Bagai resah menanti. Rihanna segera menghampiri harimau besar itu.
“Maaf...lambat. Lama kau tunggu?” Rihanna menepuk dan mengusap kepala Panglima Awang bagaikan mengusap kepala kucing siam!
Lantas Rihanna terus menunggang naik ke belakang tubuh Panglima Awang. Harimau belang itu terus berlari merentas hutan membawa Rihanna jauh ke dalam hutan belantara yang lebih tebal.
Perjalanan mereka terhenti di kaki bukit. Panglima Awang mengaum perlahan sambil mendongak ke bukit.
“Tunggu aku tau. Jangan jadi Dodi si pengkhianat tu,” pesan Rihanna sebelum berlari-lari anak memanjat bukit.
Darius sedang mendongak memandang bulan tatkala Rihanna tiba di belakangnya. Segera dia berpaling apabila menyedari gadis itu telah tiba.
Rihanna pandang Darius. Darius pandang Rihanna. Agak lama juga mereka saling berlawan pandang. Macam-macam perkara bermain di fikiran masing-masing. Darius mendekati Rihanna.
“Kau bau dia!” Itu perkara pertama yang diucapkan oleh Darius.
Wajah Rihanna merah bernyala. Mujur gelap. “Apa kau nak?” Suara Rihanna keras menyembunyikan rasa malu kerana ditegur begitu. Kurang asam punya hantu!
“Kau khianati aku!” Suara Darius begitu dingin dan kasar.
“Aku tak khianati sesiapa. Kau jangan lupa yang aku ada pilihan di dunia Addi. Cuma kalau melibatkan kau dengan Ryuu...aku memang kena buat pilihan.”
“Ryuu dah tau pasal kau dengan manusia tu?” Suara Darius mengendur. Dia memang tak sepatutnya memarahi Rihanna. Addi ialah pilihan Rihanna di dunia manusia.
“Mungkin dah.” Terus Rihanna teringatkan Atok.
“Kau bahagia bersama dia?”
“Bahagia boleh dicipta.” Rihanna berpeluk tubuh. Dia tak mahu terpengaruh dengan bisikan negatif Darius yang pasti mahu melihat dia sengsara hidup bersama manusia bernama Addi.
“Aku akan sentiasa ada di samping aku. Bila-bila masa yang kau perlu. Hanya sebut nama aku.”
“Walaupun di siang hari?” Rihanna sengaja mengusik.
Wajah Darius nampak tegang. “Kalau terpaksa...aku rela terbakar kerana kau!”
“Jangan buat kerja bodoh!” Baru Rihanna perasaan. Matahari sedang mula timbul di ufuk timur. Berada di kawasan tinggi bermakna mereka akan terkena sinar matahari dulu!
“Darius!” Rihanna melaung.
Gelombang matahari pagi mula menyinar menyapa alam.
Sebelah tubuh Darius berasap perlahan-lahan.
“Jangan jadi bodoh, boleh tak?” Rihanna terus menarik tangan Darius dan membawa lelaki itu turun ke bawah bukit, ke kawasan gelap secepat mungkin.
“Kenapa kau buat macam ni?” tengking Rihanna sakit hati. Sebelah wajah Darius melecur kemerah-merahan. Begitu juga dengan belakang tangannya.
“Kewujudan aku dah tak perlu lagi.” Nada suara Darius perlahan. Lecur di wajahnya bagai tak terasa.
“Jangan buat aku benci kau terus!” Rihanna memberi arahan. Tak suka betul dia lihat Darius macam patah semangat seperti itu.
“Jadi aku boleh jumpa kau bila-bila?” Soalan Darius macam budak-budak.
“Tentulah boleh. Jangan macam budak-budak boleh tak? Kau sebenarnya tak perlu pun tanya soalan bodoh macam tu. Kalau tak suruh pun, kau akan datang. Kalau aku larang, lagi kau nak datang, kan?”
Sedikit senyuman lemah terukir di bibir Darius.
“Pergilah. Muka kau dah macam hantu. Aku pun nak kena balik ke sana. Nanti orang tua tu cakap entah apa-apa pula.” Rihanna berpaling menghampiri Panglima Awang yang setia menanti.
“Dia tak komen apa-apa pasal hal ni?” tanya Darius.
Rihanna tersenyum mengejek. “Dia buat-buat tak kenal aku. Biarlah. Lagi bagus macam tu. Bukankah dia juga yang ‘buang’ aku dulu ke dunia Addi?” Rihanna naik di atas belakang Panglima Awang. “Dia tak perlu campur urusan aku lagi lepas ni.”
Harimau putih terus meredah hutan belantara kembali ke perkampungan orang asli tadi.


Bab 9

SEBAGAIMANA perlahan Rihanna menyelinap keluar tadi, begitu juga perlahan dia masuk ke dalam rumah melalui tingkap. Mujur Addi tidur lagi. Keadaan di kampung itu juga masih gelap. Cuma di puncak gunung saja sinar matahari boleh dilihat.
Rihanna mencapai tuala mandi dan sehelai kain batik yang dipinjamkan oleh isteri Tok Kudus. Segera dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Pakaiannya yang dipakai tadi dah bau harimau...hahahaha.
Sewaktu Rihanna hendak pulang ke bilik, dia terserempak dengan isteri Tok Kudus. Tersipu-sipu dia sebab rambutnya yang panjang itu nampak basah. Sebabkan nak tutup bahagian bahunya yang terdedah, Rihanna tak dapat menyanggul rambut dengan tuala.
Rihanna segera masuk ke dalam bilik. Takut terserempak dengan seorang lagi penghuni rumah itu. Dia terkejut bukan kepalang apabila terlihat Addi sedang berdiri di tepi tingkap yang terbuka sambil merenung tajam ke arahnya. Addi tahu ke yang dia keluar sembunyi-sembunyi tadi berjumpa ‘Daud’?
“Ab...abang dah bangun?” Tergagap-gapap Rihanna menegur. Dia yang hanya berkemban itu teragak-agak mahu mendekati Addi yang berdiri dekat dengan beg pakaian. Entah kenapa, renungan Addi begitu menakutkan Rihanna.
Seolah-olah Addi sedang berhadapan dengan musuh.
Tiba-tiba Addi meluru ke arah Rihanna dan menolak kasar gadis itu ke atas katil.
“Hanna milik abang seorang! Tahu tak!” herdik Addi perlahan tetapi cukup tegas di telinga Rihanna.
 Rihanna jadi takut. Tak pernah dia lihat wajah Addi segarang dan sebengis ini. Ini wajah seorang pembunuh. Malah lebih sadis lagi daripada wajah Darius.
“Abang....” Rihanna cuba merayu. Dia tahu Addi tengah marah dan fikirannya sedang dikuasai kemarahan. Namun dia tak boleh buat apa-apa. Lagi dia melawan, lagi kasar perbuatan Addi. Lalu dia biarkan....

DAH hampir beratus kali kot Addi memohon maaf daripadanya sejak mereka keluar dari perkampungan orang asli itu. Dia amat menyesal kerana mengasari Rihanna yang baru dua hari jadi isterinya.
Addi jadi cemburu tak tentu hala sebab Rihanna keluar sembunyi-sembunyi di tengah malam. Apa yang dibuatnya di dalam hutan tu? Siapa yang ditemuinya? Addi terdengar Rihanna sedang berbual-bual dengan seseorang sebelum tiba-tiba saja jejaknya hilang. Dia menunggu Rihanna pulang dengan hati yang tak senang. Rihanna pulang sewaktu subuh menjelma. Ke mana dia pergi? Tak dapat nak kawal perasaannya, Addi bersikap kasar. Kasihan Rihanna.
Tangan Rihanna dikucupnya berkali-kali tanda dia menyesali perbuatan kasarnya itu. Wajah Rihanna dibelainya lembut. Mujur Rihanna tak apa-apa. Malah Rihanna tak marah pun. Cuma Addi saja rasa bersalah terlebih sukatan.
Di dalam kereta, sepanjang perjalanan pulang, Rihanna lebih banyak tidur. Tubuhnya rasa keletihan. Malah lebih penat daripada sebelum-sebelum ini. Menjalankan misi bersama Darius pun tak penat macam ni. Addi benar-benar menguji kekuatan tenaganya.
Mereka berhenti rehat untuk makan di sebuah hentian. Addi mengejutkan Rihanna. Apabila Rihanna enggan bangun, Addi sendirian keluar membungkus makanan dan minuman. Sekali lagi dia cuba mengejutkan Rihanna. Namun gadis itu seperti pengsan pula tak mahu bangun-bangun. Addi menjadi risau. Apatah lagi melihat bibir Rihanna kering dan merekah.
Lalu dia meneguk air. Kemudian wajahnya didekatkan kepada Rihanna.  Dia membuka mulut Rihanna perlahan-lahan sebelum memasukkan air ke dalam mulut gadis itu melalui mulutnya sendiri. Dah macam bantuan cemas pulak.
Rihanna terus terjaga dan dia hampir tersedak sebab terkejut. Addi buat apa ni?
Addi menyapu lebihan air yang meleleh di dagunya. Dia berasa lega melihat Rihanna bangun. Menjadi juga akalnya itu.
“Minum air.” Addi menghulurkan sebotol air mineral.
Rihanna menggeleng dan membetulkan duduknya. Keletihan di tubuhnya masih bersisa. Sebenarnya dia rasa lesu.
“Nak abang suap macam tadi?” Addi mengagah.
Lekas-lekas Rihanna mengeleng dan mencapai botol yang dihulurkan. Baru dia sedar apa yang baru berlaku tadi. Addi beri dia minum melalui mulutnya sendiri. Romantik ke tu? Perlahan-lahan kulit wajah Rihanna jadi merah. Romantik terlebih sukatan!
“Hanna, mari makan.” Addi menghulurkan bekas makanan polisterin kepada Rihanna.
Sekali lagi Rihanna menggeleng.
“Abang suapkan, ya?” Sekali lagi Addi memujuk.
Kali ini Rihanna menggeleng kepala lagi laju. Cepat saja dia menyambut bekas makanan yang disuakan Addi.
Rihanna terus makan walaupun dia tak berselera. Nasi yang ditelan dirasakan seperti butiran pasir pula. Baru sesuap, dia dah berhenti makan dan terus termenung. Makin risau Addi melihat perilaku isterinya. Mungkin tubuh Rihanna tak cedera sewaktu dia dikasari. Tetapi perasaan dan jiwa gadis itu bercalar-balar kerana dikasari dua kali; sekali oleh seorang lelaki; dan sekali oleh seorang suami!
“Hanna sayang. Abang benar-benar menyesal buat Hanna macam tu. Abang takut kehilangan Hanna hingga buat abang hilang pertimbangan akal waras.” Addi menghadapkan tubuh Rihanna kepadanya. “Abang tak tau bagaimana nak minta maaf lagi. Kalau Hanna mahu abang melutut, abang akan buat.”
Rihanna merenung wajah Addi yang benar-benar bersungguh memujuknya. Kasihan Addi. Dia tentu rasa bersalah atas perbuatannya. Sebenarnya Rihanna tak rasa apa-apa pun. Kebetulan dia cuma penat. Banyak sangat perkara berlaku dalam hidupnya sejak seminggu yang lalu.
“Hanna maafkan abang,” ucap Rihanna lalu mencium sekejap bibir lelaki itu. Kalau kemaafan yang Addi mahu, dia dah berikan. Moga Addi puas hati dan pulih daripada rasa bersalahnya.
Addi terpegun seketika dengan perbuatan Rihanna. Selama ni Rihanna malu-malu kepadanya. Tapi sekarang dah berani mencium bibirnya pula. Ish...apa lagi yang kau nak Addi? Rihanna dah tak marah tu, cukuplah. Jangan minta yang lebih-lebih pula. Nanti bukan kena cium, dapat penampar juga kang sebab buat permintaan bukan-bukan.
Addi kembali meneruskan pemanduannya. Hatinya berbunga-bunga bahagia. Gadis idaman hati dah menjadi milik mutlaknya seorang dan dia akan pastikan Rihanna HANYA menjadi miliknya. Dia rela berhadapan dengan ‘Daud’ walau siapa pun lelaki itu sebenarnya.


Untuk baca sambungan boleh dapatkan Novel ini di kedai buku berdekatan atau, beli secara online di website kami Idea Kreatif Publication.






No comments:

Post a Comment