Bab 4
E
|
LLY berdiri
di antara saudara mara Andi yang lain. Walau rasa kekok tapi dia cuba
membiasakan diri. Kesian dengan diri
sendiri, dah tiga tahun menjadi isteri Andi pun masih dianggap seperti orang
luar oleh keluarga mertua.
Tadi sampai di
sini, mommy macam nak tak nak
menghulurkan tangan padanya untuk disalam. Dah tu mommy tunjuk muka ‘euw
disgusting’ sebaik dia mencium tangan mak mertua. Jijik sangatkah dia di
pandangan mata mommy? Agaklah.
Fesyen rambut rounded long bob ala-ala Rose Bryne yang
diwarnakan hitam dan merah wine. Kuku
panjang yang dicorakkan dengan French
manicure art berwarna hitam dan putih. Blaus satin longgar dipadankan
dengan skinny jeans. Sekali imbas
memang orang ingat Paris Hilton tersesat di Malaysia. Mahu mommy tak terjegil mata tengok menantu macam dia. Manusia kan suka
sangat menilai dari luaran. Pakai macam ni dah kena cop jahat, tak baik, tak
‘berapa’. Hish! Belum lagi kalau dia berpakaian macam Pink, pengsan mommy.
Melihat Fatimah,
sepupu Andi terkial-kial membawa dulang penuh dengan gelas berisi jus, Elly
mendekat untuk hulurkan bantuan.
“Berat sangat ni.
Mari saya tolong.”
“Tak apa, saya
boleh buat sendiri.”
Okey. Fine. Dia ikhlas nak menolong. Tapi
kalau dah tak diterima, sudah. Keluarga Andi kan memang macam ni. Tadi pun dah
berapa kali pertolongannya ditolak oleh ahli keluarga yang lain. Jadi yang dia
dijemput untuk datang juga malam ni kenapa? Saja nak dibuat jadi tiang lampu di
tengah-tengah dapur?
“Macam tak ada
kerja lain nak dibuat. Setakat benda kecik
pun nak tolong. Nak sangat buat kerja, pergilah sediakan pinggan mangkuk kat
luar tu.”
Excuse me?
Elly berpaling.
Saudara-mara Andi buat-buat sibuk dengan hal masing-masing. Kupas kulit mangga.
Menyusun tembikai di atas piring. Potong buah dragon fruit. Tapi masih sempat nak ‘smashed’ dia dari belakang.
Oh! Macam tak
tahu, dia kan ‘ba ba black sheep’ di
antara semua yang hadir. Kalau dia ni jenis yang tak bertamadun, dah lama dia ‘smashed’ balik tapi tak mainlah babe, baik buat cool aje. Biarlah nak kutuk dia macam mana pun, makin bertambah
pahala dia.
Pang!!
Goodness!
Mata Elly menala pada kaca yang bertaburan dan minuman yang membasahi lantai.
Fatimah di pintu dapur dah melatah macam nenek moyang dulu kala. Saudara mara
yang terkejut pula dok melalak marahkan Fatimah yang cuai. Elly senyum sinis.
Okey. Sekarang
dia jadi ‘jahat’. Melihat wajah Fatimah yang memandangnya dengan pandangan nak
minta tolong, dia buat tak tahu sahaja.
Padan muka!
Selamba Elly melangkah keluar dari dapur melalui pintu belakang. Bukan dia tak
nak menolong, tapi dah mak mertua bagi jelingan semacam isyarat kata ‘tak payah
tolong’, nanti dia terhegeh-hegeh nak mengutip serpihan kaca di atas lantai
kena ‘tiaw’ pula.
Mata Elly mencari
kelibat suami yang hilang sejak mereka berdua sampai ke sini tadi. Andi memang
begini. Asal sampai rumah orang tua, dia memang Andi dah tak pandang. Seronok
bersembang dengan saudara-mara yang lain. Biasalah, bukan Andi selalu berjumpa
dengan keluarga belah mommy. Jadi dia
tak kisah sangat kalau tak berapa dilayan.
“Cari Andi ke?”
Elly menoleh dan
segaris senyuman terukir di bibir mulusnya. Siapa lagi yang akan menegur kalau
bukan Karl Fadhil. Okey, dalam salasilah keluarga Andi boleh dikira berapa
orang saja yang baik dengannya dan salah satu daripadanya adalah Karl.
Umur mereka
berdua sama, jadi masing-masing hanya sekadar memanggil sesama sendiri dengan
nama. Memang tak biasa nak panggil ‘kakak’ dan ‘adik’ walaupun dia adalah
merangkap kakak ipar Karl. Rapat? Boleh lah kut. Karl selalu datang berjumpa
dengannya di pejabat. Di luar pejabat pun ada jugak tapi jarang-jarang. Status
sebagai isteri Andi masih perlu dijaga.
“Ada nampak tak?”
“Tadi ada kat
sana, sembang dengan Annie.” Muncung Karl panjang menunjukkan ke arah tiang
besar di tengah-tengah car porch.
Annie mana pulak
ni? Mata Elly berkalih pada tiang besar yang dimaksudkan Karl. Hampa bila tiada
bayangan suami.
“Bla bla bla....”
Suara Karl dah
tak terdengar di telinga Elly. Yang dia terbayang adalah wajah suami yang
mungkin saja tersenyum lebar dan seronok berbual dengan Annie siapa entah bila
dia tiada di sisi. Biasalah, Andi kalau dengan mana-mana perempuan memang mesra
alam. Kalau tak masakan dia boleh tersangkut dengan suaminya itu.
Mengingati semula
perkenalannya dengan Andi beberapa tahun yang lalu sebelum masing-masing saling
jatuh cinta. Turun naik kelab selalu terserempak. Mula-mula setakat Hi Bye
hingga akhirnya rapat dan menyemai kasih bersama.
Aktiviti
kegemaran : Clubbing.
Tabiat buruk :
Mencarut.
Gaya hidup
ala-ala barat dan hilang budaya timur.
Kalau dah ada
banyak persamaan di antara mereka berdua, padan sangatlah Elly dan Andi menjadi
pasangan suami isteri. Mana mommy tak
pengsan bila dia diperkenalkan oleh Andi ketika pertama kali berjumpa mommy.
“Siapa ni, Andi?”
“My girlfriend, her name is Elly.”
“My boy Andi, bukan begini yang mommy nak.”
“Habis tu yang
macam mana mommy nak? Calon pilihan mommy yang anak Uncle Bob tu? Tak
mainlah. Andi tak nak.”
Sebab tu mommy tak pernah baik dengan dia. mommy tak pernah pandang dia sebagai
seorang menantu. Siapa yang nak jadikan perempuan macam retis Hollywood ni sebagai isteri kepada anak kesayangan.
Mommy tu pun
lebih kurang aje sebenarnya. Nama kemain
cantik Khalida tapi sedap tukar jadi Kathy. Tak heran nama anak-anak mommy moden mengalahkan nama anak-anak
Beckham dan Victoria.
“Elly.”
“Hah?”
Prang! Pecah
semua lamunan Elly. Apa punya menantu. Sebab kau mengutuk ibu mertua sendiri di
dalam hati lah kau tak mendapat restu sampai ke hari ini. Elly mengejek diri
sendiri di dalam hati.
Karl senyum.
Kepala digeleng sambil pandangan ditala pada sanak-saudara yang mula menjamu
selera.
“Tak outstation minggu ni?” Karl mengulangi
soalan bila riak muka Elly ketara sangat minta untuk diulang soalan sekali
lagi.
“Pergi. Jumaat ni
ke Kuching.”
Duhai! Dengan
adik ipar ringan mulut Elly memaklumkan,
tapi dengan Andi dia masih tak buka mulut lagi. Bukan tak mahu tapi dia
terlampau sambil lewa, di dalam otak selalu set
kata ‘nanti-nantilah’.
“Tiap minggu outstation, letih tu. Tak terfikir untuk
berhenti kerja? Cari kerja lain ke.”
Melihat Elly
tergelak, Karl senyum kecil. Dah tahu jawapan kakak ipar macam mana, memandai nak bagi soalan yang tak thrill begitu. Elly workaholic macam Andi, tak ada istilah nak jadi suri rumah berjaya
yang bertarung dengan periuk belanga dan tepung gandum di dalam dapur.
Baru berusia 29 tahun,
namun Elly sudah memegang jawatan pengarah di syarikat yang ‘ada nama’ macam
Science Proff Sdn. Bhd. Banyak sangat
khabar angin yang Karl dengar tentang Elly sejak dulu. Ada hubungan sulit
dengan bos lah. Main kotorlah. Menggadai maruah sendirilah.
Biarlah… buat apa
nak peduli dengan cerita-cerita begitu. Kalau dah nama pun dengki dengan
kejayaan orang lain, mulut manusia memang senang nak mereka cerita.
“Working is already part of my life, Karl,” Elly menjawab pendek.
Hobi : Bekerja
Perkara yang paling
disukai : Bekerja
Impian di masa
hadapan : Ingin terus bekerja.
Tidak tersenarai
di dalam misi hidup : Berhenti bekerja.
Bagi Elly, soalan
yang diajukan oleh Karl adalah tergolong di dalam soalan ‘orang yang berfikiran
sempit’. Maaflah bukan nak mengutuk Karl tapi serius soalan begitu adalah
sangat kolot pada deria pendengarannya.
Apa seorang
isteri tak boleh bekerja ke?
Seorang isteri
wajib duduk di rumah 24 jam ke?
Zaman sekarang
adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman nenek moyang. Jadi secara
automatik mentaliti manusia pun patut berubah. Nak mengharapkan dia menjadi
isteri paling cekap alaf baru jangan harap. Bukan senang dia mengecapi posisi
tinggi yang dia kecapi ini. Dia bukan obsess dengan kerjanya, cuma terlalu
komited dan mempunyai minat yang sangat tinggi.
“Andi okey tak
dengan kerja awak?” Mata Karl melekat pada wajah Elly. Dia tabik Andi kalau
Andi ‘on’ saja dengan kerjaya Elly
yang pastinya bukan pilihan suami zaman sekarang, isteri yang sentiasa sibuk
dan kurang masa untuk bersama.
“He’s fine with it.”
Andi bukan ambil
kisah sangat pun. Itulah yang Elly sukakan tentang Andi. Tak pernah mengongkong
atau mengawal dirinya 100% . Kalau dia bekerja, Andi okey. Tak bekerja pun Andi
okey.
Karl senyum.
“Untung awak ada
Andi. You both look really good together,” Karl memuji
ikhlas. Patutlah Elly tak pernah pandang walaupun banyak kali dia cuba memikat
hati Elly. Bagi Elly, Andi masih berada di tahap tertinggi jika dibandingkan
dengannya.
Elly membalas
dengan senyuman sinis. Beruntung sangat ke dapat suami macam Andi tu? Yang
jalan hidupnya bengkang-bengkok. Yang hidupnya tak ada aura-aura akan diterangi
cahaya keimanan yang mampu membimbing seorang isteri seperti Elly.
Huh. Jangan
pandai-pandai nak menghakimi suami kalau diri sendiri pun lebih kurang sama,
Elly. Suara di dalam hati mula mengejek dia yang seolah-olah tak sedar diri.
Selami siapa sebenarnya Elly Abdullah. Sama macam Andi, sebiji macam Andi. Yang hidupnya jauh menyimpang dan penuh dengan
samar-samar cahaya sahaja. Yang hidupnya tak ada ciri-ciri seorang isteri
impian langsung.
Lelaki yang baik
adalah untuk perempuan yang baik, yang sebaliknya juga begitu. Jadi jangan
pernah menyesal andai jodohnya adalah lelaki seperti Andi.
“Kami satu
kepala. Ada chemistry. Sebab tu
padan.” Itu jawapan standard Elly setiap kali ada yang memuji kata dia dan Andi
secocok.
Perangai mereka
berdua sama, mana tak secocoknya.
“Borak pasal apa?
Pasal saya?” tiba-tiba ada suara menegur.
Chup!
Urgh! Elly
maniskan muka bila kucupan singgah di pipinya. Toleh sebelah, Andi tersenyum
lebar. Terpaksa dia kekalkan senyuman plastik bila tangan Andi melingkari
pinggangnya. Malu nak buat gaya ala-ala Angelina Jolie dengan Brat Pitt di
tempat terbuka begini, lebih-lebih lagi di depan Karl yang berlagak selamba.
Nak membandingkan
Karl dengan Andi? Tak payah, memang jauh bagai langit dan bumi.
Again?
Judging your own husband?
Don’t be, darling!
“Karl, mommy cari kat dapur.”
“Sekarang?”
Kening Karl terangkat memandang si abang.
“Yup.”
Melihat Karl yang
sudah menjauh dan akhirnya menghilang di sebalik pintu belakang dapur, Elly
menjeling Andi di sebelah.
“Kenapa kelentong Karl macam tu?” Ada nada tak
puas hati di dalam soalan Elly. Sengaja nak ‘menghalau’ Karl di antara mereka
berdua.
Andi tersenyum.
Pautan di pinggang isteri dikemaskan lagi.
“I know that hidden smile of yours, darling.” Andi bermain tarik tali.
Pernah dengar internal affair tak? Adik ipar dengan
kakak ipar. Isteri curang dengan lelaki lain. Dia tak buta, dia bukan jenis
yang ‘blunt’ tahap tak tahu nak cakap
apa. Setiap perubahan Elly dan hubungan mesra di antara Elly dan Karl
menimbulkan rasa tak senang di hati Andi. Ini bukan kali pertama, dah banyak
kali setiap kali ada perjumpaan keluarga mesti Karl mencari peluang untuk
‘menempel’ dengan Elly.
Kalau Elly
betul-betul curang...damn! Andi buang
jauh-jauh segala prasangka buruknya.
Elly senyum
mengejek. Look who’s talking mister.
Dia merapati Andi, bibirnya begitu dekat dengan cuping telinga suami.
“Who the heck is Annie?” Entah kenapa hati
Elly panas tiba-tiba. Dahlah alkisah minyak wangi di baju dan tag nama
di kereta tak habis lagi, malam ni muncul pula watak sampingan yang dia tak
pernah dengar. Nak kata saudara mara Andi, mana ada yang bernama Annie.
Pecah ketawa
Andi. Tahu cemburu si isteri, dia
kenyitkan mata pada Elly yang masih beriak mengejek dan sinis.
“My mister, frankly speaking I’m kinda of jealous with
all the girls hanging around you. Whose perfume was it on your shirt almost
everytime when you got back from work?”
Berani Elly bertanya.
Dia yakin itu
bukan Annie. Takat Annie tu watak sampingan malam ini saja. Watak sampingan
macam Annie takkan melekat bau wangiannya di kemeja encik suami pada kebanyakan
masa. Melainkan kalau watak itu adalah watak utama di dalam hidup Andi.
Andi sedikit
terkejut namun masih mampu mengukir senyum di bibirnya. Giliran dia pula
berbisik ke telinga isteri.
“Firstly, the owner of the perfume is my colleague.
Secondly, she’s nobody. Thirdly, I didn’t know you can be this mad.”
Main kayu tiga di
belakang bukan perangai Andi. Kalau dah ada yang sehebat dan secantik Elly buat
apa tamak nak cari yang lain di luar. Terbit rasa kecewa sedikit bila Elly
mempersoalkan kesetiannya. Takkan Elly tak biasa dengan gaya hidupnya yang
bebas dan kalau setakat bergesel tubuh dengan perempuan lain itu adalah perkara
biasa, jadi tak mustahil minyak wangi milik Angelica boleh melekat di kemejanya.
A guy will never cheat on his true love.
Is that a fact?
Lain orang lain
pandangan. Dan bagi Andi, itu adalah fakta kerana dia takkan pernah curang pada
Elly, kekasih terakhir yang mengajarnya erti cinta sebenar.
No comments:
Post a Comment