Bab 6
J
|
ARI Andi
mengetuk-ngetuk stereng kereta. Sempat matanya berkalih pada kereta Nissan
Sylphy di sebelah. Automatik mengingatkan dia pada isteri sendiri, Elly
Abdullah.
“Andi, saya rasa
macam nak tukar kereta.”
“What car do you want?”
“Sylphy.”
“Almera tu tak best ke?”
“Sylphy lagi best. Ruang kat dalam lebih besar.”
Rasa macam nak
tergelak pun ada dengan alasan yang Elly berikan. Macamlah nak bawa satu
kampung naik kereta. Alang-alang kalau nak yang besar kenapa tak ambil Serena
aje? Tak pun Vellfire. Saja nak tukar
kereta baru sebenarnya. Tapi walau apa pun yang Elly inginkan, Andi akan cuba
tunaikan biarpun kadang-kadang Elly tak suka bila dia berbelanja untuk isteri.
“Andi, saya
ada duit sendiri. I can pay for the down
payment and I can...”
“Elly, saya bayar
downpayment. Installment tiap bulan awak boleh bayar half kalau nak. Full stop.”
Elly jenis yang
‘degil’ sedikit. Tak nak dianggap terlalu bergantung dengan suami dan mampu
mencapai sendiri apa yang diingini. Nama. Pangkat. Hidup mewah. Elly sudah
punyai semua itu sebelum bertemu dengan Andi. Jadi celah mana mommy kata Elly ni kerjanya hanya nak
bersenang-lenang dengan duit suami, Andi tak faham. Biasalah, mommy dari dulu sampai sekarang tak
sukakan Elly.
‘Mommy nak perempuan yang boleh jadi isteri yang baik
untuk Andi, bukan macam Elly.’
Erm..fikir
balik. Bahagian mana yang tak baiknya
Elly di mata mommy? Elly sayangkan
dia. Elly cintakan dia. Elly tak pernah mengabaikan dia. Elly sentiasa di sisi
tak kira di kala waktu sedih atau gembira. Serius Andi tak nampak di mana
kekurangan Elly.
Jangan cakap
sebab gaya hidup Elly yang agak bebas tu yang mommy tak berkenan. C’mon
la, mommy. Takkan itu pun nak kecoh.
Nak mengharapkan dia untuk mencari yang lebih baik daripada Elly?
Nahhh...Elly is the best!
Pitt! Pitt!
Cis! Mengelamun
jauh sampaikan lampu merah yang dah bertukar hijau pun Andi tak sedar, sedap
aje kena hon dari belakang. Keretanya dipecut laju untuk sampai ke destinasi.
Nak mencari Lust, kelab yang agak
terkenal di kalangan pelepak macam dia tak susah. Percaya atau tidak, kali
pertama bertemu dengan Elly dulu pun adalah di Lust.
Kalau dulu, Elly
pergi ke kelab untuk duduk lepak saja. Nak cari suasana yang berbeza. Tapi
sekarang Elly dah mula berubah. Ini dah kali kedua Elly minum sampai dia
terpaksa datang untuk menjemput balik. Di dalam fikirannya terlintas satu
soalan.
Is she really drunk?
Andi melepaskan
keluhan kecil. Macam tak tahu jawapannya adalah ‘ya’. Keluar saja dari perut
kereta, Andi melangkah masuk ke dalam kelab. Langkah kaki diatur ke arah Linda
dan Elly di meja paling hujung.
“Dia minum banyak
ke?” Soalan pertama untuk partner in
crime Elly.
Andi mengambil
tempat di sisi Elly yang bersandar di belakang kerusi dan tak sedarkan diri.
Tangan naik menepuk lembut pipi Elly tapi tak ada respons. Sah mabuk teruk.
“Ya, minum non stop. Kena tegur pun dia tak
peduli.” Linda berterus-terang.
Janganlah sampai
Andi tanya apa jenis minuman yang Elly minum. Kalau Andi tahu Absinthe, dengan
dia sekali kena buang di Laut China Selatan malam ni. Matanya bersilih ganti
dengan wajah tenang Andi dan teman baiknya itu. Muka Elly tak usah cakap, betul-betul
dah seperti dibuai mimpi. Ini kalau disimbah dengan air sebaldi belum tentu
terbangun.
Andi senyum
nipis. Dahi Elly dikucup sebelum tubuh isteri disandarkan pada tubuhnya.
“Bill dah settled? Awak okey tak? Kalau tak, saya hantarkan. Kereta tu tinggal
sini, esok pagi boleh datang ambil.”
Oh! Bahagian ni
yang buat Linda lemah sebenarnya setiap kali berhadapan dengan Andi di dalam
situasi begini. Kalau suami orang lain, dia dah kena ‘sembur’ sampai haus
telinga sebab selamba itik bawa isteri orang keluar malam sampai mabuk teruk.
Sah-sah bawa pengaruh yang tak elok untuk Elly.
Tapi berbeza dengan Andi. Sikap Andi yang
selamba dan cool buat Linda dihujani
rasa bersalah. Mana tidak, niat yang hanya sekadar nak melepak berakhir dengan
kes ‘Elly terlebih minum’. Kalau dia teman yang baik, mereka berdua takkan
bertapa di Lust malam ni. Kalau dia
teman yang boleh diharap, Elly takkan mabuk teruk.
“Tak apa, awak
bawa Elly balik. Saya okey lagi. Masih tahu jalan pulang. And ya, bil dah settled.”
Linda menolak pelawaan Andi lembut.
Dia memang okey,
setakat segelas vodka yang dicampur soda apalah sangat. Tak kick mana pun. Lagipun dia dah biasa,
lebih-lebih lagi bila bergaul dengan keluarga belah mommy yang berasal dari New Zealand.Yang teruk tadi tu Elly lah. Minum
minuman yang mempunyai 40% alkohol tu macam minum jus Tropicana. Dahlah masih
‘hijau’ lagi, mahu tak pengsan sampai ke pagi nanti.
“Err...Andi..”
Serba salah Linda
memanggil bila Andi sudah bangun mahu mendukung tubuh Elly untuk keluar dari
situ. Dia berdiri dari duduk. Nak bagitau ke tak ni? Argh! Bagitau aje lah, biar Andi tahu. Sekurang-kurangnya dia cuba
membantu Andi dan Elly secara tak langsung.
“Ya?”
“She talked a lot.” Ulang balik ayat tadi.
“She loves you. A lot,” sambung
Linda.
Dari mula duduk
di sini sehinggalah kepala Elly mendarat elok di atas meja, tak tahu berapa
kali Linda dengar ayat yang sama terpacul dari bibir Elly. Dah macam rap ayat ‘I love him’ sejak mereka berdua berada di Lust ini tadi.
Tapi dia tak bosan, malah dia setia mendengar
luahan Elly yang mengadu hal yang membuatkan dia sendiri terkejut
.
.
Andi dah tak
sayang aku lagi.
Andi dah tak
pedulikan aku.
Andi dah ada
perempuan lain.
Bab kata Andi ada
perempuan lain tu susah untuk Linda percaya. Ya lah, sepanjang mengenali Andi
sejak pertemuan pertama Andi dengan Elly mana pernah dia tengok Andi tertarik
dengan perempuan lain. Nak menjeling pun tak. Yang Andi tengok cuma Elly. Dari
dulu sampai sekarang layanan Andi pada Elly dilihatnya tak pernah berubah.
Pendek kata, kisah cinta Andi dan Elly boleh masuk kategori ‘cinta sampai
mati’. Tapi jika difikirkan, takkan Elly main sebarang cakap kut. Patah hati
sampai mabuk teruk begini, siap menangis-nangis lagi sampai orang sebelah-sebelah
tengok.
Wake up, babe!
Hal rumah tangga orang bukan masalah kau, jangan kepochi melebih. Suara hati Linda mengejek diri sendiri. Masalahnya
sendiri yang tengah perang besar dengan Daniel pun tak settle lagi.
Andi tersenyum.
Tubuh Elly didukungnya.
“Thanks. Drive safe.”
Sekurang-kurangnya
dia dapat tahu tentang isi hati Elly biarpun bukan dari mulut Elly sendiri.
Mungkin mereka berdua dah tak semesra dulu. Tak masuk kategori ‘loved birds’ macam mula-mula selepas
kahwin dulu.
Tapi Andi
masih menaruh harapan bahawa perasaan dan cinta Elly padanya takkan mudah pudar
begitu saja. Jika ‘internal affair’
di antara Elly dan Karl butt in di
dalam rumah tangga mereka berdua, Andi pasti dugaan seperti itu akan dapat
dilalui juga andai cinta sejati Elly hanyalah untuk dia yang bergelar suami.
PULANG ke
rumah, tubuh Elly dibaringkan di atas katil. Pakaian Elly dibuka Andi dan tubuh
isterinya itu dilap dengan tuala basah sebelum dipakaikan dengan pakaian
tidur. Sesekali Elly merengek, mungkin
marah dan tak selesa bila tidurnya terganggu. Sejak tiga tahun hidup bersama
Elly, baru tahun ini perangai Elly dah mula berubah. Semakin kerap turun naik
kelab. Minum sampai mabuk. Nak minta izin daripadanya untuk keluar tu memang
tak lah.
Dia bukan tak
pernah menegur, malah dia menasihati Elly. Tak tahu berapa kali dan dia tak
pernah berputus asa. Namun ada saja yang Elly jawab dan kadang-kadang menjadi
punca pergaduhan mereka berdua.
“Tak payah tegur
saya kalau awak pun dua kali lima, Andi. We
both are equal, nothing more and nothing less.”
“Ya, tapi awak
kena sedar sikit. Saya lelaki awak perempuan.”
“So? I thought we have gender equality here?”
“Elly, awak pun
tahu kan minum tu tak elok. Dan awak isteri saya, takkan saya nak diam-diam
bila awak minum sampai mabuk.”
“Wow! Look who’s talking. A doctor which also takes
alcohol almost every week is advicing his wife not to take alcohol. Bravo,
Andi.”
Dah banyak kali
kena ayat pedas begitu dari Elly. Nak menasihati dari sudut pandangan agama,
dia takkan buka mulut sebab sedar yang diri sendiri sangat pincang dan cetek hukum hakam agama. Yang dia mampu buat
cuma menasihati dari sudut pandangan seorang doktor walaupun diri sendiri pun
mengamalkan cara hidup yang tak sihat itu.
Bila baru
masing-masing akan berubah?
Bila baru dia
akan dapat membimbing isteri?
Bila baru dia
akan dapat menjadi ketua keluarga yang selayaknya?
Andi yang duduk
di birai katil tertunduk dan tersenyum nipis. Rasa lucu pula dengan diri
sendiri. Nak berubah tapi tak berubah. Nak bertaubat tapi tak bertaubat.
Sudahnya hidupnya masih terumbang-ambing sehingga kini. Elly pun tak
terkecuali. Betullah kata Elly, memang mereka berdua sama saja.
Terngiang-ngiang ayat mommy yang tak
pernah habis dengan isu ‘isteri terbaik’.
‘Patutnya Andi
patut dapat perempuan yang lebih baik. At
least bolehlah tegur sikit Andi yang perangai macam benda bertanduk.’
Adakah Elly tak
cukup baik untuknya? Nahhh...mommy and
her typical theory. Saja buat ayat begitu sebagai alasan untuk
tidak menyukai Elly.
Andi berpaling
memandang Elly yang sudah terlena di atas katil. Wajah mulus isteri ditatap
lama. Terubat sedikit rindu setelah tak berjumpa sepanjang hari. Andi mendekat
dan ciuman hinggap di bibir Elly.
“Sleep well and dream of me,” Andi berbisik ke telinga Elly biarpun isteri tak
dengar langsung.
Tak kisah pun
dengan bau nafas Elly yang berbau alkohol dan menyebabkan bilik tidur mereka
berdua berbau sedikit. Adakalanya dia lebih teruk daripada Elly, mabuk sampai
muntah di atas tilam mereka berdua. Jadi setakat bau nafas Elly ni takkan dia
tak tahan.
Tetapi Elly? Elly
dah pandai melenting. Elly dah pandai kompelin. Mungkinkah cinta Elly padanya
juga tak sehebat dulu? Nahhh...kan
Linda dah bagi ‘harapan’ tadi. Elly masih cintakan dia.
Andi bangun dari
katil mahu menuju ke tingkat bawah. Seluar jean dan t-shirt yang dipakainya
digantikan dengan pajama pant,
pakaian rasmi sewaktu tidur malam. Bunyi telefon Elly di dalam beg tangan
isteri menarik perhatian Andi. Bunyi macam WhatsApp masuk tanpa henti. Ni mesti
Linda. Namun saat telefon Elly diambil dan WhatsApp yang diterima dibacanya,
Andi terdiam seketika.
Karl : Elly,
tengah buat apa? Lepak jom. Rasa rindu nak sembang lama-lama. More precisely, I
miss you.
Andi terduduk di
atas sofa yang terletak di tengah-tengah bilik. Lepak apanya tengah malam macam
ni? Lama dia merenung skrin telefon dan pesanan Karl dibacanya berkali-kali
sebelum matanya berkalih pada Elly yang terlena di atas katil.
What does loyalty mean to you, darling?
Argh! Andi
bangun, telefon Elly dimasukkan semula ke dalam beg tangan isterinya.
Langkahnya diatur menuruni tangga. Perasaan yang bercampur baur ditolak tepi.
Anggap saja tekaan dan firasatnya salah.
Elly loves me. And Linda said so.
Elly loves me not.
Satu-persatu
makanan yang dimasaknya dimasukkan Andi ke dalam peti sejuk semula. Lilin yang
sudah dipadamnya sejak sebelum keluar dari rumah tadi dialihkan dan diletakkan
di atas meja kaunter. Terbatal niat nak makan malam romantik dengan Elly.
Abaikan
perasaan tu, bro. Tak macho!
Hembus nafas.
Tarik nafas. Itu salah satu caranya mengawal perasaan emo di hati. Namun
tatkala dia mengutip satu persatu kelopak bunga yang ditabur di atas meja,
matanya terasa berkaca dan dia akhirnya terdudukdi atas kerusi. Kelopak bunga di
tangan bertaburan di atas lantai. Dia kecewa kejutannya pada Elly tak menjadi.
Dan lebih kecewa bila hati mula menebak perkara yang tak elok tentang isteri.
No candle light for tonight, darling.
Love me? Love me not? Oh I love you so!
No comments:
Post a Comment