Bab 4
Ayah dah janji nak jemput aku jam enam petang nanti. Tapi baru jam lima petang aku dah kena balik. Sebabnya? Abang Shah yang datang. Dia kata ayah yang minta dia jemput aku. Menyampahnya!
“Hantar Ika balik rumah teruslah...” Aku malas nak ke rumah nanny dengan barang-barang yang segerabak ni.
“Ala, kejap je. Malam nanti bila pak cik dah balik abang hantarlah Ika...” Dia ini memang spesies degil. Kena ikut cakap dia saja. Malang betul siapa jadi teman wanita dia.
“Ika nak abang terus hantar balik rumah ke ni? Betul tak nak pergi rumah nanny dulu?” Dia tanya aku dengan nada perlahan. Kesian kut tengok muka monyok aku ni.
“Nak balik rumah...”
“Okey, tapi kalau ada apa-apa call abang ya?” Aku anggukkan kepala dengan pesanan khidmat masyarakat dia ni.
Abang Shah berhentikan kereta betul-betul di depan pagar rumah. Selepas punggah semua barang aku masuk dalam rumah, Abang Shah berlalu pergi. Yalah, ayah tak ada di rumah, takkan aku nak ajak dia masuk pula.
AYAH bawa aku makan di sebuah restoran makanan Arab yang terletak di Bangi. Aku suka juga makan nasi Arab walaupun aku langsung tak ada berdarah Arab.
Aku serahkan kerja memesan makanan kepada ayah. Aku ini jenis tak kisah. Semua aku bedal. Tak pernah aku memilih makanan, asalkan halalan toyyiban semua aku telan.
Sambil ayah bercakap dengan pelayan aku pulak ralit memerhati dekorasi dalaman restoran ni. Boleh tahan juga hiasannya. Tapi aku bukan kisah sangat fasal hiasan dalaman sesebuah restoran, yang penting bagi aku adalah kesedapan makanannya. Kalau dah bayar mahal-mahal dan makanan itu pula tak menepati cita rasa memang tak berbaloilah. Datang ke kedai makan nak jamu selera, bukan nak jamu mata. Satu bonus itu kalau makanan sedap dan dekorasinya menarik serta sedap mata memandang.
“Nasi Arab lauk ayam okey, kan?” Ayah beritahu aku sebaik pelayan berlalu
pergi.
Aku angguk kepala. Lauk kambing pun aku suka, tapi agaknya ayah takut aku mengembek, itu yang dia oderkan ayam. Hmph... miring dah otak aku ni. Maklumlah, penat mengerah otak menjawab soalan peperiksaan.
“Assalamualaikum! Maaf pak cik, Shah terlambat.” Aku pandang sebelah kiri dan nampak muka dia sedang menyengih pandang ayah. Sejenak mereka berjabat tangan. Erm... di sini pun dia salam cium tangan ayah juga?
“Wa’alaikumsalam. Tak lambatlah... kami yang datang awal!” Ayah terus persilakan dia duduk. Sebelah aku pula tu. Aku jeling dia tanda tak puas hati.
“Ayah yang ajak Shah makan malam dengan kita, sebagai tanda terima kasih sebab dia jemput Ika petang tadi.” Ayah menjawab persoalan aku.
Abang Shah tersengih tanda kemenangan. Aku julingkan mata ke atas.
Macamlah kalau dia tak jemput tadi aku tak boleh balik sendiri. Teksi banyak kut.
“Perkara kecil aje pak cik. Shah pun free sekarang ni. Nak suruh ambil dan hantar Ika hari-hari pun boleh!”
Amboi, bukan main manis mulut dia. Kalau perkara kecil tak payahlah ikut sertai aku dengan ayah makan malam. Apa mak cik tak masak nasi ke malam ini yang sampai dia kena merempat kat sini, nak tumpang makan malam?
Pelayan hantar hidangan. Aku tengok ada makanan dan minuman ekstra diletakkan di tempat kosong sebelah ayah. Lapar sangat ke ayah aku ini sampai oder makanan lebih?
Aku baru nak menyisip Mango Lassi apabila ayah minta kami tunggu sebentar sebelum mula makan. Tak jadi aku minum. Aku tolak balik gelas ke depan dan sempat jeling Abang Shah yang sedang gelakkan aku. Ciss...
Semenjak kes dia pandai-pandai sound aku dengan Abang Faez di Restoran Fuze tempoh hari aku agak angin dengan dia. Sejak itu juga aku rasa Abang Faez mula bersikap dingin sikit dengan aku. Dah jarang juga dia menghubungi aku.
Kalau telefon pun tak macam dulu lagi. Cakap sikit-sikit sahaja. Sah dia terasa hati sebab aku tak terima cincin batu delima pemberian dia waktu itu. Ini semua Abang Shah punya fasallah. Menyibuk!

“Assalamualaikum, maaf saya terlambat!” Ada lagi seorang makhluk yang
menuturkan dialog lebih kurang sama dengan Abang Shah tadi.
Tapi... siapa dia ni? Salah meja ke?
Ayah bangun, jawab salam dan kemudian perkenalkan perempuan itu kepada kami. Aku dengan Abang Shah ikut bangun.
“Perkenalkan, kawan ayah. Siti Fatimah, Ika dengan Shah boleh panggil dia Aunty Siti.” Ayah sebut nama perempuan itu dengan senyum lebar.
“Saya Nur Zulaikha.” Aku sambut huluran salam dia.
“Saya Muhammad Nadzim Shah.” Abang Shah perkenalkan diri sambil menundukkan sedikit kepala.
“Sila duduk semua. Jom kita makan!” Aku tengok ayah ceria, suara pun macam orang gembira sangat. Padahal waktu ayah sampai di rumah senja tadi bukan main lesu muka dia.
“Cantik anak abang? Memang padanlah dengan Shah.” Ek, eh... apa yang dia cakap ni? Dia kenal kita orang ke? Gaya sebut nama Abang Shah itu macam dah kenal lama. Dan... dan... dia panggil ayah, abang?
Sejak bila pula ayah ada adik? Tak sangka hari ini aku ada mak cik segera.
“Ika, dah mula cuti semester ya? Agak-agak nak buat apa masa cuti ni?” Aunty Siti tanya aku. Kami baru sudah mengaminkan doa makan yang dibaca oleh ayah.
“Rasa macam nak kerja...” Aku belasah jawab macam ini dan ayah tunjuk muka tak puas hati. Ayah ni, aku nak kerja sementara pun dia tak bagi. Bosan gila aku sorang-sorang kat rumah itu nanti. Tapi siapalah nak ambil aku kerja, cuti pun bukannya lama sangat. Tak sampai pun sebulan.
“Ayah tak suka idea Ika nak bekerja tu. Cuti, berehat ajelah di rumah. Tenangkan minda... bukan senang alam pekerjaan ni. Ika masih belum bersedia nak menghadapi tendang terajang alam pekerjaan!”
Ala, ayah ini! Kalau aku kerja pun mestilah part time di kedai-kedai ataupun restoran makanan segera sahaja. Bukannya aku kena uruskan sebuah syarikat pun.

“Sayang sungguh abang dengan Ika. Over protective, macam mana nak
transfer kalau macam ni?” Aunty Siti bercakap sambil senyum pandang ayah. Apasal
aku rasa macam ada kuntuman bunga-bunga yang mengelilingi ayah dan Aunty Siti
tu? Macam dalam drama Korea tu.
“Ika satu-satunya harta yang abang ada. Abang sayang dia lebih daripada nyawa abang sendiri.” Wah, kembang setaman hati aku masa ni. Pertama kali kut dengar ayah cakap dia sayangkan aku lebih daripada segala-galanya.
“Patutlah abang susah nak terima orang baru dalam hidup abang. Tapi dah sampai masa abang fikir diri sendiri, kan? Ika tentu akan bahagia dengan pasangannya nanti. Abang pun kenalah move on...”
Aku cuma jadi pendengar perbualan ayah dengan Aunty Siti itu. Dalam kebanyakan masa hanya mereka berdua yang berbicara. Aku dengan Abang Shah ibarat macam mangkuk nasi tambah sajalah sini.
Senyuman sentiasa melatari bibir ayah dan Aunty Siti. Sinar mata pula nampak sangat bersinar bahagia. Macam, orang sedang dilamun cinta. Itulah tafsiran yang bermain di mindaku.
Aku bukannya bodoh sangat. Sikit-sikit aku dapat tangkap dan faham. Kalau benar telahan aku, ayah mahu kahwin lagi. Tiba-tiba aku rasa kecil hati. Sikit pun ayah tak pernah beritahu yang dia dah ada ‘kawan’. Tup-tup hari ini aku diperkenalkan dengan Aunty Siti sedangkan aku rasa hubungan ayah dengan Aunty Siti dah terlalu jauh. Bukan peringkat baru berkenalan saja.
“Ika balik dengan Abang Shah.” Aku beritahu ayah. Lagipun ayah nak hantar Aunty Siti pulang ke rumahnya. Cepat sahaja ayah bersetuju dengan cadangan aku.
Lepas bersalaman menonong aku masuk ke dalam kereta.
“Kenapa ni? Angin tak ada, ribut tak ada... pokok sakan bergoyang?” Abang Shah cakap sambil pandang aku yang masam mencuka.
“Sebab ada bapak monyet atas pokok!” Aku jawab dengan nada geram. Abang Shah gelak dengar jawapan aku.
“Ika tak nak balik!” Aku cakap pada Abang Shah ketika dia mula memandu. Jam di lengan kiri aku kerling. Waktu sekarang 10:00 malam. Lama juga sesi makan malam kami tadi.
“Habis tu nak pergi mana?”

“Mana-manalah, asalkan tak payah balik rumah!” Kalau aku balik pun, ayah
bukannya ada. Entah-entah ayah pergi sambung berdating di mana-mana. Fikiran
jahat menguasai aku.
“Okey, abang tahu nak bawa Ika pergi mana.” Abang Shah cakap sambil sengih.
“Abang Shah jangan macam-macam ya. Ika terer karate orang tau!” Aku bagi dia amaran apabila tengok sengih jahat dia tadi.
“Eleh, kita tengoklah nanti. Siapa yang karate siapa!” Dia angkat-angkat kening. Gaya tumbuh tanduk.
“Cubalah kalau berani!” Aku tengah sakit hati ini memang nak merasalah kalau dia buat benda bukan-bukan.

No comments:
Post a Comment